Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Oven Besar & Murah Bawah RM 500 Untuk Berniaga. Lebih Jimat & Menguntungkan!

Kembangkan bisnes anda dengan oven yang berkualiti tinggi dan murah!

Untuk anda yang masih baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan makanan, mesti banyak benda yang perlu anda fikirkan, bukan? Dengan kos bahan mentah, kos elektrik lagi, kalau anda mahu terlibat dengan bidang baking atau roasting pula sudah pasti kena fikir nak mencari oven pula kan? Larat tak nak scroll senarai oven yang banyak dan tengok satu-satu ana yang elok? Kalau tak larat, biar kami bantu anda.

Apakah itu “Oven dengan Rotisserie” ?

Teknik memasak secara rotisserie ialah sebuah teknik dimana bahan makkanan anda akan dicucuk pada batang besi atau kayu kemudian digolekkan dihadapan api atau pemanggang bagi mendapatkan kadar masakan yang sekata dan rasa panggangan yang unik. Teknik ini amat terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai teknik “menggolek” seperti ayam atau kambing golek. Oven dengan rotisserie pula bermaksud oven yang dilengkapi dengan fungsi menggolek, dimana oven-oven ini mempunyai besi penggolek dan boleh melakukan pemanggangan secara golek.

10 Oven Mengikut Kehendak Anda

Oven untuk beginner
Khind
Semak Khind 68L Electric Oven OT6805 harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Pelbagai fungsi
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Ruangan terhad

Bagi anda yang baru mua menceburi bidang baking atau grilling menggunakan oven, oven keluaran Khind model OT-6805 ini merupakan model yang sesuai untuk keperluan anda. Ia mempunyai kapasiti sebanyak 68L dimana ianya lebih besar daripada kapasiti oven konvensional tetapi agak kecil jika dibandingkan dengan oven komersial.

Ianya mempunyai fungsi yang sangat mudah digunakan terutama sekali bagi beginner, dimana ia mempunyai empat takal atau tombol kawalan yang tidak susah untuk difahami. Walaupun saiznya agak kecil berbanding oven komersial lain, tetapi harganya yang murah menjadikannya sebuah pelaburan yang sangat baik, dan walaupun saiznya lebih kecil, tetapi kebiasaannya beginner tidak memerlukan oven yang bersaiz terlalu besar kerana produksi kebiasaannya tidak terlalu banyak dan tidak memerlukan kaasiti yang terlalu luas.

Oven ini sesuai digunakan untuk baking, broiling, grilling dan roasting, dimana ia mampu memuatkan sehingga dua atau tiga baking rack, bergantung kepada saiz makanan yang anda hendak bake, sekaligus membolehkan anda untuk bake dalam kadar yang banyak berbanding oven kegunaan rumah yang biasa. Ia juga dlengkapi dengan sistem rotisserie yang membolehkan anda memanggang secara ‘golek’ makanan seperti ayam dan daging, menjadikannya sebagai sebuah oven yang pelbagai guna.

Adapun begitu, ruangannya yang terhad boleh menjadi isu sekiranya bisnes anda telah berkembang pesat dan memerlukan produksi yang banyak, tetapi kebiasaaya pada waktu yang begitu kebanyakan peniaga sudah mempunyai keuntungan dan kemahiran yang cukup untuk upgrade kepada oven yang lebih besar dan lebih rumit penggunaanya. Sebagai permulaan, oven ini sesuai menjadi peneman anda dalam mengenal selok-belok dunia baking atau grilling.

Oven untuk bakar kek
Morgan
Semak Morgan MEO-1003RC (100L) Electric Oven harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle Kukuh
add_circle Tahan lasak
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Memakan ruang

Bagi anda yang lebih cenderung kepada pembuatan kek dan patisserie, kami mencadangkan kepada anda oven Morgan dengan model MEO-1003RC ini dimana ciri utama dan terpenting buatnya ialah saiznya yang besar. Pengguna oven ini ramai yang memberi maklumbalas yang positif berkaitan dengan kapasiti oven ini, dimana ia mampu memuatkan dua tray baking yang besar, membolehkan anda untuk bake lebih dari satu kek dalam satu masa, sekaligus menjimatkan kos elektrik dan masa.

Oven ini juga mempunyai fungsi convection, dimana pengaliran haba didalam ruangan pembakaran akan disalurkan secara optimum, memberikan kek anda masa yang lebih singkat untuk masak, dan juga memberikan kadar pemanasan yang sekata kepada kek anda. Ini sangat penting kerana pemanasan yang sekata akan memastikan kek anda masak secara sekata dan tidak ada kepincangan seperti terdapat bahagian yang terlebih masak berbanding yang lain dan sebagainya. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa yang anda perlu ambil untuk menghasilkan setiap kek dan dapat memastikan kualiti produk yang bagus dan konsisten.

Oven ini juga elok digunakan kerana materialnya yang kukuh dan tahan lasak, sekaligus membolehkan anda untuk menggunakannya buat jangkamasa yang lama. Oven ini sememangnya pelaburan yang bagus bagi anda yang menceburi bidang baking ini!

Namun begitu, satu sahaja perkara yang anda perlu ambilkira sebelum membeli oven ini ialah saiznya yang besar bermaksud ianya juga akan memakan ruangan yang banyak, jadinya anda perlu pastikan dahulu tempat yang anda mahu letakkan oven ini supaya tempat tersebut tidak akan rosak dan oven ini pun dapat berfungsi dengan aliran udara yang baik.

Semak The Baker Electric Oven ESM-100L (100L) harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle Tahan lasak
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Berat

Untuk artisan-artisan biskut di luar sana yang masih terfikir-fikir nak cari oven yang mana, apa kata anda cuba tengok-tengok oven The Baker model ESM-100L ini. Ia mempunyai kapasiti sebesar 100L, dimana ia mampu memuatkan banyak baking rack dalam satu masa sekaligus membolehkan produksi anda berjalan dengan lancar dan efisien.

Masalah utama yang sering dihadapi ketika membuat biskut ialah penegmbangan doh, dimana kadang-kadang dengan ruangan yang terlalu kecil, biskut-biskut tersebut akan mengembang dengan tidak sekata sekaligus mencacatkan rupanya dan kadang-kadang merosakkan biskut tersebut akibat pemasakan yang tidak sekata. Dengan oven ini, anda tidak perlu risau kerana ruangan yang ada sesuai dan boleh menampung pengembangan doh-doh biskut didalamnya.

Oven ini juga mempunyai fungsi convection bagi memastikan haba dapat disalirkan kepada biskut anda dengan sekata, sekaligus membolehkan biskut anda masak dengan baik dan ia juga boleh mempercepatkan masa untuk biskut tersebut masak, sekaligus memberikan penjimatan masa dan tenaga kepada anda.

Oven ini juga diperbuat daripada material stainless steel yang tahan lasak dan mampu bertahan dalam jangkamasa yang lama, sekaligus menjadikannya pembelian yang sangat berbaloi dan efektif. Cumanya, dengan saiznya yang besar dan bahannya yang kukuh, oven ini agak berat, jadinya kalau anda hendak meletakkan oven ini, pastikan ianya diletakkan pada tempat yang betul-betul kukuh.

Oven untuk membuat roti
Faber
Semak Faber Electric Oven (100L) FEO-R100 harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle kemampuan suhu yang tinggi
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Memakan ruang

Bagi baker-baker roti diluar sana yang masih runsing mencari oven yang sesuai, kami cadangkan kepada anda oven Faber model FEO-R100 ini dimana pertama sekali, ia mempunyai kapasiti yang besar, iaitu 100L, sekaligus membolehkan roti anda mengembang tanpa sebarang masalah. 

Yang kedua, oven ini mempunyai sistem kawalan suhu yang amat terperinci dimana ia mempunyai 6 sistem takat suhu yang boleh dipilih mengikut keperluan anda. Ini amat penting kerana pembkinan roti memerlukan ketepatan dan kesesuaian suhu agar ianya tidak kurang atau terlebih masak.

Oven ini juga dilengkapi dengan sstem convection yang membolehkan roti anda masak dengan sekata dan cepat. Ia juga disertakan dengan fungsi rotisserie, dimana kalau anda sudah bosan membuat rot, anda mungkin boleh cuba buat ayam golek pula. Makan dengan roti-roti yang anda dah bake, pasti sedap!

Oven ini juga dilengkapi dengan fungsi sampingan lain seperti lampu dalaman untuk melihat dengan jelas keadaan masakan anda didalam oven, dan ia juga mempunyai timer yang mampu pergi sehingga 60 saat, selari dengan kadar masa oven-oven komersial yang digunakan oleh syarikat-syarikat besar. Cumanya, oven ini bersaiz besar jadinya ia akan memakan ruangan yang agak banyak, jadi anda perlu pastikan ianya diletakkan pada tempat yang mempunyai ruang untuk aliran udara dan kukuh untuk menampungnya.

Semak Butterfly Commercial Large Capacity Electric Oven (100L) BEO-1001 harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Berat
remove_circle Leceh untuk dicuci

Untuk peniaga-peniaga ayam bakar dan panggang pula, kami cadangkan kepada anda oven Butterfly dengan model BEO-1001 ini. Kenapa oven ini? Hal yang pertama sekali ialah kerana kapasitinya yang besar iaitu sehingga 100L, membolehkan anda memuatan sehingga dua ke tiga ekor ayam sekaligus, bergantung kepada saiz ayam tersebut.

Ia juga mempunyai fungsi pemanasan atas dan bawah sekaligus memberikan haba yang cukup kepada ayam anda untuk masak dengan sekata. Ini amat penting kerana kalau sekali sahaja pelanggan anda dapat ayam yang tidak masak, naya review yang anda akan dapat.

Tidak cukup dengan itu, oven ini juga mempunyai fungsi convection untuk membantu pengaliran haba yag efisien, sekaligus membolehkan ayam anda masak dengan lebih pantas dan sekata (ya, tak cukup dengan pemanasan atas dan bawah, mereka tambahkan pula sistem convection). 

Oven ini juga mempunyai fungsi yang sangat penting dalam bidang memasak ayam ini, iaitu fungsi rotisserie. Ayam yang digolek ni kebiasaannya kualitinya sangat menyerlah berbanding dengan ayam yang dimasak dengan cara lain, kerana ia membolehkan pengaliran lemak dari ayam berlaku dengan sekata dan tanpa gangguan, dimana kalau kena caranya, anda boleh dapatkan ayam dengan kulit yang crispy dan isi yang juicy. 

Diseabkan oleh material pemanasannya yang pelbagai dan komponennya yang banyak, oven ini agak berat, jadinya pastikan anda cari tempat yang sesuai untuk meletakkannya, dan dari segi cucian pula, anda perlu berusaha sikit terutama sekali untuk menghilangkan minyak dan lemak, tetapi kalau sudah biasa tidaklah payah mana pun.

Semak Meck 120L Electric Oven Individual Temperature (MOV-121) harga dibawah:
add_circle Diperbuat besi tahan karat
add_circle Kapasiti besar, 120L
add_circle 4 elemen pemanasan yang sesuai

Bagi anda yang mementingkan ketahanan produk dan kualitinya, kami menyarankan kepada anda oven jenama Meck dengan midel MOV121 ini, dimana ia diperbuat dari stainless steel berkualti tinggi yang sangat tahan lasak. Kebiasaannya material-material didalam oven memang cenderung untuk mudah rosak kerana ia terdedah kepada, haba, kelembapan dan macam-macam lagi, tapi dengan oven ini anda tak perlu risau, kalau digunakan dengan betul, bertahun-tahun boleh pergi.

Oven ini sangat sesuai untuk peniaga-peniaga diluar sana kerana bila anda berniaga, memang oven tersebut akan terdedah kepada penggunaan yang lama dan berat, ya lah kan, memasak untuk orang-orang diluar sana mana sama macam masak untuk keluarga sendiri sahaja, dengan jumlah produksi yang banyak dan sentiasa mendatang, anda pasti perlukan sesuatu yang tahan lama.

Oven ini juga dilengkapi dengan kapasiti yang sangat besar, iaitu 120L, sekaligus membolehkan anda untuk membuat produksi secara banyak sekaligus menjimatkan masa dan tenaga. Bercakap pasal tenaga, oven ini walaupun besar dari kebiasaan, ia tetap berjalan dengan jumlah tenaga yang sama seperti oven berkapasiti 100L iaitu 2800W. 

Oven ini turut dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang membolehkan and membuat pemanggangan secara golek dan ia juga mempunyai fungsi convection yang mampu memberi hasil masakan yang sekata dan cepat kepada produk anda. 

Oven ini akan memakan ruangan yang lebih sedikit jadi anda perlu pastikan terdapat ruangan yang cukup untuk pengaliran haba dari oven dan juga pastikan yang tempat letaknya cukup kukuh untuk menampung beratnya, baik tanpa muatan ataupun dengan muatan.

Oven yang ada kipas/ blower
Innofood
Semak Innofood Electric Oven (100L) KT-CL100R harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Penjagaan komponen

Bagi anda yang mahukan oven dengan kipas ataupun blower, kami cadangkan kepada anda oven Innofood KT-CL100R ini dimana oven ini dilengkapi dengan kipas untuk membantu proses convection, sekaligus membolehkan masakan anda masask dengan cepat dan sekata.

Ia mempunyai kapasiti yang besar iaitu 100L sekaligus membolehkan anda memasak dalam kuantiti yang banyak dimana ia mampu memuatkan sehingga dua atau tiga baking rack, bergantung kepada jenis produk yang anda hasilkan. Oven ni sangat sesuai untuk baking kerana saiznya yang besar membolehkan doh-doh mengembang tanpa anda perlu risau ianya akan mengembang dengan terlalu besar.

Oven ini juga memunyai fungsi rotisserie yang emmbolehkan anda memasak makanan dengan eknik rotisserie, ataupun golek, seperti ayam golek, daging paggang dan sebagainya. Maksudnya dengan satu oven ini anda boleh membuat pelbagai jenis masakan baik patisserie ataupun makanan savoury, bergantung kepada kehendak anda.

Namun beitu, oven ini memerlukan penjagaan yang agak teliti dan rapi, seperti pebersihan dan pengaliran haba yag bagus supaya komponennya tidak rosak. Ya lah kan, kalau banyak komponennya banyak jugalah benda yang perlu dijaga.

Oven yang murah
Russell Taylors
Semak Russell Taylors Oven Toaster (120L) OT-120 harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Penggunaan tenaga yang banyak

Untuk anda yang mementingkan penjimatan wang dan kos, ataupun sedang dalam keadaan kesempitan wang, kami mencadangkan kepada anda oven Russel Taylors model OT-120 ini dimana ia merupakan pembelian yang sangat berbaloi jika anda mengambilkira faktor kos dan kapasitinya. 

Harga oven ini mungkin tidak semurah oven yang pertama dalam senarai kami, tetapi dari segi apa yang anda dapat dengan setiap ringgit perbelanjaan, oven ini lebih berbaloi kerana dengan harganya, anda dapat sebuah oven dengan kapasiti sehingga 120L, jauh lebih besar dari oven sederhana-komersial yang biasa. 

Oven ini juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie, sekaligus membolehkan anda membuat masakan dengan style panggang ataupun golek, dimana cara masakan ini sangat digemari di negara-negara Mediterannean seperti Turki, negara-negara Balkan dan lain-lain, ini kerana masakan ini dapat menghasilkan makanan yang berkualiti dan sihat kerana lemak dari bahan makanan seperti ayam, dan sebagainya akan menitik kebawah dan tidak terkumpul pada makanan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, oven ini turut dilengkapi dengan fungsi convection bagi mempercepatkan proses masakan dan menyekatan pengenaan haba pada bahan makanan supaya makanan masak dengan sekata.

Cumanya, oven ini berfungsi dengan kadar tenaga yang sama seperti oven-oven kebiasaan iaitu 2800W, cumanya bergantung kepada persepsi anda, kerana oven ini mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding oven separa-komersial yang biasa. 

Oven dengan pengatur suhu
Elba
Semak Elba Electric Oven (100L) EEO-G1029 (BK) harga dibawah:
add_circle 6 pemanas
add_circle Kapasiti besar
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Penggunaan tenaga yang banyak

Bagi anda yang mementingkan ketepatan suhu dan memerlukan pengubahsuaian suhu yang baik, anda boleh dapatkan oven Elba EEO-G1029 ini, dimana ia dilengkapi dengan 6 pilihan pemanasan mengikut citarasa dan keseuaian anda. Suhu yang tepat amat penting terutama sekali dalam bidang bakery kerana pembikinan roti dan kek memerlukan ketepatan cara dan bahan masakan, jika tidak, ianya boleh menjadi terlalu keras atau terlalu lembut. 

Oven ini juga dilengkapi dengan kapasiti yang besar, iaitu 100L menjadikannya sesuai untuk digunakan bagi pelbagai jenis masakan terutama sekali makanan seperti roti atau biskut yang akan mengembang ketika dimasak. 

Oven ini mempunyai sistem convection untuk penyaliran haba yang efisien, supaya makanan anda dapat dimasak dalam jangkamasa yang lebih singkat dan dapat dimasak denga sekata. Ianya penting untuk menjimatkan penggunaan tenaga dan menjimatkan masa anda, sekaligus membolehkan anda mengeluarkan produk dalam jumlah yang lebih banyak dalam masa yang lebih singkat.

Cumanya, seperti oven-oven lain, oven ini juga menggunakan tenaga yang banyak dimana ia menggunakan sehingga 2800W tenaga, tetapi jumlah tersebut adalah normal bagi oven dalam lingkungan ini.

Oven dengan watt kecil & jimat elektrik
Pensonic
Semak Pensonic Electric Oven 100L PEO-1100 harga dibawah:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Kapasiti besar
add_circle Fungsi convection
add_circle Rotisserie
remove_circle Berat

Penjimatan tenaga memang menjadi faktor penting bagi sesetengah pengguna, mana taknya kan? Bil elektrik perlu dibayar selalu, harga pula perlu dibayar sekali sahaja, mahal sedikit pun tak mengapa asalkan bil elektrik jimat. Apa kata anda dapatkan oven Pensonic PEO-1100 ini.

Oven ini berfungsi dengan kadar tenaga hanya 1380W, dimana ianya jauh lebih sedikit dari penggunaan tenaga yang biasa. Ianya jauh lebih sedikit dari oven lain yang dimana oven ini berkapasiti 100L, kebiasaannya oven denga kapasiti sebegini memakan tenaga sehingga 2800W. 

Ia juga mempunyai fungsi convection bag mencapai pengaliran haba yang efisien, sekaligus menyekatakan proses memasak sesuatu hidangan, dan juga mempercepatkan masa yang diperlukan. Ini dapat menjimatkan lagi tenaga dan masa anda. 

Oven ini juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie supaya anda boleh membuat ayam golek ataupun daging kambing golek dengan mudah. Fungsi rotisserie ini dapat memanggang jauh lebih baik dari fungsi pemanggangan di atas grill ataupun pan.

Berbanding oven-oven yang lain, oven ini agak berat, jadinya anda perlu letakkannnya pada tempat yang kukuh, dan anda juga dinasihatkan untuk memberikan sedikit ruang supaya haba dari oven anda dapat disalirkan keluar, bagi menambahkan lagi jangkahayat oven anda.


Artikel Berkaitan

End of Article