Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Robot Vacuum Cleaner Terbaik, Inovasi Terkini Beri Keselesaan Untuk Kerja Pembersihan Anda

Kemewahan yang menjadi keperluan untuk jangka masa panjang

Dewasa ini, teknologi robot vacuum cleaner semakin moden dan terkini. Ini menjadikan ia satu tarikan untuk dimiliki oleh kebanyakan kediaman.

Namun begitu, mungkin masih ramai yang masih tertanya-tanya dan skeptikal untuk memiliki robot vacuum cleaner. 

Adakah berbaloi untuk anda memiliki robot vacuum cleaner?

Harga yang agak mahal berbanding dengan saiz dan kemampuannya untuk melakukan kerja-kerja setanding dengan vacuum tradisional yang ada hari ini, mungkin ramai yang berpendapat robot vacuum cleaner lebih kepada suatu kemahuan mewah daripada keperluan wajib.

Tetapi, untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengemas rumah, robot vacuum cleaner ini sangat berbaloi untuk dimiliki. 

Ianya terbaik untuk anda yang ingin melakukan 2 kerja dalam 1 masa. Tambahan pula, robot vacuum cleaner ini dapat menjimatkan wang anda dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, kalau anda bercadang untuk membeli robot vacuum cleaner, berikut adalah antara pilihan yang ada buat anda.

Robot vacuum cleaner dengan harga mesra poket dan berkualiti bagus
Semak CLEAN ROBOT harga dibawah:

Walaupun kebanyakan robot vacuum boleh mencecah sehingga harga beratus-ratus ringgit, masih ada robot vacuum yang berharga kurang daripada RM50. Walaupun murah, Clean Robot adalah robot vacuum cleaner yang bagus dan mampu melakukan tugas setaraf dengan robot vacuum yang lain. 

Diperbuat dari bahan ABD yang berkualiti dan tahan lasak. Ia dilengkapi dengan ruang sampah yang besar dan filter berganda untuk melakukan tugasnya dengan berkesan.

Robot vacuum cleaner untuk membersih kereta dengan lebih teliti
Morgan
Semak Morgan MRV-VAC 1 harga dibawah:
add_circle Sedutan vacuum 360 darjah
add_circle Anti-falling
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Jaminan 1 tahun
remove_circle Masa mengecas lama, 4 jam
remove_circle Produk berat, 4.6kg

Dengan mengecaj selama 4 jam, robot vacuum MORGAN ini boleh digunakan selama 95 minit dan sangat membantu dalam kerja-kerja pembersihan kereta anda. Ianya memerlukan 13V tenaga kuasa elektrik dan dengan menggunakan adaptor charger, anda boleh mengecajnya secara manual. 

Hanya satu butang auto sahaja, mod tugasan robot vacuum ini termasuklah spiral, edge wall dan random dapat bekerja dengan aktif. Direka khas dengan sistem anti-jatuh serta saiz mini ultra yang hanya setinggi 7cm, robot vacuum ini juga mempunyai kuasa sedutan sangat bagus.

Robot vacuum cleaner khas untuk kegunaan membersihkan sofa
Xugel
Semak Xugel KRV 209 harga dibawah:

Dihasilkan dengan teknologi tinggi untuk menyapu, menyedut habuk dan kotoran serta mengelap lantai, robot vacuum cleaner dari Xugel KRV 209 ini membuatkan kerja-kerja pembersihan menjadi lebih mudah.  Ia dilengkapi dengan 10 pasang sensor infrared untuk membolehkan mesin bergerak dengan perlahan dan mengelakkan dari jatuh atau berlanggar dengan dinding.  

Robot vacuum XUGEL  ini juga didatangi dengan alat kawalan jauh yang membolehkan anda membuat pelbagai pilihan yang ada serta boleh diatur masa cucian yang akan datang dengan lebih awal.

Robot vacuum cleaner untuk menyedut bulu kucing dengan berkesan
iLife
Semak ILIFE V5 harga dibawah:

Robot vacuum cleaner ILIFE V5 ini dilengkapi dengan sistem automatik mencuci kotoran dan habuk microfiber, sesuai digunakan di rumah yang mempunyai binatang peliharaan seperti kucing. Ia mempunyai teknologi yang mampu menyedut habuk, kotoran, bulu kucing serta kertas sehingga PM2.5

Robot vacuum ILIFE ini mampu bekerja di kawasan luas sehingga 100-130 meter persegi. Dengan mempunyai sistem anti-pelanggaran dan sensor infrared, ianya dapat mengesan halangan serta mengelakkannya dari terjatuh. Sistem operasinya pula menghasilkan bunyi perlahan serendah 65dBA.

Robot vacuum cleaner dengan filter jenis air
Dibea
Semak Dibea D500B harga dibawah:

Robot vacuum DIBEA D500 ini didatangi bersama tangki air yang boleh digunakan untuk semua keadaan lantai samada kering atau basah. Anda boleh memantau dan mengawal kerja-kerja Robot vacuum ini melalui aplikasi telefon untuk kemudahan anda berada di mana sahaja. Di samping itu, robot vacuum DIBEA ini juga dilengkapi dengan sensor pintar anti-jatuh dan secara automatik mampu mengesan keadaan di tempat tinggi seperti tangga. 

Sensor bumper yang ada pula menghalang robot vacuum ini daripada bersentuhan dengan dinding. Hayat bateri litiumnya membolehkan ia berfungsi selama 120 minit dengan satu kali caj.

Robot vacuum cleaner untuk tempat tidur – tiada lagi masalah hama
Ecovacs
Semak ECOVACS DEEBOT Mini 2 harga dibawah:

Tempat tidur antara kawasan di dalam rumah yang mana akan anda dapati banyak rambut gugur dan sebagainya. Robot vacuum EVOVACS MINI2 ini adalah jawapan untuk membersih rambut-rambut halus yang berada di merata-rata tempat tidur serta kotoran yang lain. Dengan dimensi yang kompak, robot vacuum cleaner ini mampu mencuci secara efisien walaupun pada kawasan-kawasan yang sukar untuk dilalui oleh vacuum cleaner biasa. 

Ianya senang dikendali dan mempunyai aplikasi yang membolehkan anda menyusun jadual pembersihan, jenis serta memantau kerja robot vacuum ini walaupun sewaktu berada di tempat kerja.

Robot vacuum cleaner terbaik menjimatkan elektrik dengan watt rendah/kecil
iROVA
Semak I-ROVA C30B harga dibawah:

Robot vacuum cleaner I-Rova dilengkapi dengan bumber getah untuk navigasi dan mampu beroperasi selama 90 minit setelah dicaj sepenuhnya. Berus berkembar yang ada pada robot vacuum ini membolehkan ianya menyapu di setiap tebing tanpa meninggalkan sebarang habuk. 

Walau pun ternyata mempunyai daya sedutan habuk dan kotoran yang baik, motor sedutan robot vacuum ini hanya menggunakan 50W untuk berfungsi dengan bagus. Vacuum cleaner automatik ini juga mudah untuk dikendali dan dicuci. Filternya boleh dicuci dengan air dan digunakan semula.

Robot vacuum cleaner untuk kemudahan mencuci karpet
Philips
Semak PHILIPS TriActive XL harga dibawah:

Robot vacuum cleaner Philips ini dilengkapi dengan nozzle TriActive XL yang membolehkan ia melakukan tugasan pembersihan dengan maksima dan 2 kali lebih pantas dari robot vacuum yang lain. Ia juga dilengkapi dengan sistem 4 tayar dan sesuai untuk digunakan bagi mencuci karpet. Direka dengan rekaan slim setinggi hanya 6cm, ia membolehkan kerja-kerja mencuci di kawasan ruang sempit. 

Robot vacuum pintar ini juga boleh dijadualkan 24 jam lebih awal untuk anda mengaturkan jadual cucian pada masa-masa tertentu dan dilengkapi dengan Smart Detection System, membuatkan kerja-kerja pembersihan lebih efisien.

Robot vacuum cleaner yang dilengkapi dengan HEPA filter
Xiaomi
Semak Xiaomi Gen3 Robot Vacuum (Roborock S6) harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal menggunakan app
add_circle Masa bekerja yang lama iaitu 180 minit
add_circle Recharge secara automatik
remove_circle Untuk harga premium, bekas habuk hanya berkapasiti 460ml

Robot vacuum jenama Xiaomi ini adalah antara produk premium yang digemari ramai. Menggunakan teknologi tinggi, laser scanning yang ada pada robot vacuum ini sangat tepat serta HEPA filter,  ia mampu melakukan kerja-kerja menyedut habuk lebih berkesan. 

Robot vacuum Xiaomi ini sangat pintar dan mempunyai kemampuan untuk memetakan bilik dan kawasan-kawasan yang dilaluinya. Dengan mempunyai empat mod pembersihan iaitu quiet, balanced, turbo dan max untuk pilihan yang bersesuaian.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article