Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
water heater malaysia

12 Water Heater (Alat Pemanas Air Mandi) Terbaik di Malaysia 2024

Badan akan lebih rileks apabila mandi dengan air suam.

Water heater yang bagus atau pemanas air mandi sekarang boleh dikatakan perlu ada di setiap bilik mandi untuk kegunaan musim hujan.

Selain dari memberi kehangatan ketika mandi pada musim hujan, water heater bagus untuk melegakan ketegangan otot, mengurangkan sakit kepala dan dapat melegakan badan yang penat.

Mungkin ada yang beranggapan brand water heater yang bagus dan water heater yang selamat untuk digunakan berharga mahal tapi sebenarnya ada water heater terbaik dengan harga mampu milik.

Jom lihat senarai jenama water heater terbaik untuk bilik air dan ada review yang bagus.


Senarai 12 Jenama Water Heater Terbaik

Water heater terbaik secara keseluruhan
Midea
mulai
RM170.00
Semak Midea Water Heater (Non-pump) MWH-38Q harga dibawah:
add_circle Ada perlindungan overheating
add_circle Dilengkapi built-in ELCB
add_circle Perlindungan antibakteria Ag+
remove_circle Tiada pam

Sebab menjadi pilihan utama;

Kelebihan utama produk ini sudah tentulah harganya yang mampu milik dan pemanas air jenis instant ini menggunakan elemen pemanas yang diperbuat daripada tembaga. 

Ciri-ciri;

Suhu air yang diinginkan ketika membersihkan badan setiap pagi juga dapat dikawal dengan mudah kerana hadir dengan kawalan suhu elektronik jenis stepless. 

Selain itu, bahagian luar produk ini dilengkapi dengan bahan yang kalis air IP25 di mana akan dilindungi daripada pancutan air tekanan rendah dari mana-mana arah.

Oleh itu, water heater terbaik ini selamat digunakan walaupun anda sering mandi dalam tempoh masa yang lama. 

Uniknya lagi, water heater ini turut mempunyai perlindungan pemanasan anti kering yang akan menghalang pemanas air ini daripada rosak atau terbakar jika digunakan ketika tiada pengaliran air.

Perlindungan earthing pula akan melindungi penggunanya daripada kejutan elektrik.

Review;

"Water heater paling mampu milik dan recomended..Air cepat panas dan pancuran air yang kuat. Puas hati!"

mulai
RM370.00
Semak Centon EcoSerene Instant Shower Water Heater with DC Silent Pump harga dibawah:
add_circle Dilengkapi built-in flow sensor
add_circle Air panas dengan cepat
add_circle Waranti pam DC hingga 6 tahun
add_circle Ada pengesahan SIRIM
remove_circle Agak berat, 3.1kg

Anda inginkan pengalaman mandi yang menyegarkan setiap pagi dengan pemanas air tapi takut penggunaan alat tersebut akan merosakkan alam sekitar?

Jangan risau, produk yang dikilangkan di Malaysia ini direka khas untuk anda kerana mesra alam sekitar dan aliran air dan suhu juga dapat dikawal dengan mudah. 

Malah dilengkapi dengan pam DC jenis senyap jadi tidak akan mengganggu ahli keluarga yang sedang tidur walaupun anda mandi pada waktu lewat malam.

Pemanas air Centon ini juga menggunakan tenaga 50% lebih rendah berbanding motor AC biasa yang lain. 

Selain itu, water heater ini juga mempunyai injap kawalan air 90° dengan penapis yang akan menghalang zarah asing daripada mengalir dalam elemen pemanas, jadi ia tidak akan mudah tersumbat atau rosak. 

Paling best, mempunyai teknologi pemanas air cepat tanpa tangki di mana air panas dapat disalurkan kepada pengguna dengan cepat tanpa halangan.

Water heater tanpa tangki
Sharp
mulai
RM219.00
Semak Sharp Water Heater WHN115B harga dibawah:
add_circle Injap henti 90 darjah
add_circle Kalis percikan air
add_circle Ada sensor aliran
remove_circle Piilihan warna terhad
remove_circle Tiada pam

Produk dari Sharp ini pula sesuai untuk anda yang lebih gemar pemanas air yang ringkas kerana ia berwarna putih. 

Dilengkapi dengan fungsi auto-thermal cut off, water heater ini sesuai digunakan untuk seisi keluarga kerana mempunyai lima pilihan pancuran air dalam satu shower head.  

Tambahan pula, aliran airnya akan mengalir minimum sebanyak dua liter per minit, jadi anda boleh manjakan dan bersihkan diri selama mungkin dengan nyaman. 

Selain itu, pemanas air ini merupakan jenis tanpa pam air di mana penggunaannya bergantung pada tekanan air yang ada untuk memanaskan air mandian anda. 

Tekanan air yang diperlukan untuk berfungsi pula ialah maksima 380KkPa. Paling penting, produk ini patuh RoHS di mana ia tidak diperbuat daripada sebarang bahan yang berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar. 

Pemanas air mandi ini juga mempunyai surge protector yang akan melindungi barangan elektrik daripada rosak akibat lonjakan kuasa.

Water heater pintar dengan Wi-Fi
Pensonic
Pensonic TOUSH Smart Water Heater T1100SWH-E
mulai
RM204.00
Semak Pensonic TOUSH Smart Water Heater T1100SWH-E harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal dengan telefon pintar
add_circle 5 pilihan pancuran air
add_circle Injap henti 3 dalam 1
add_circle Hos PVC
remove_circle Harga mahal

Barangan jenama Pensonic sememangnya tak usah diperkenalkan lagi kerana ia merupakan antara produk yang sering menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. 

Pemanas air ini pula patut menjadi milik anda yang gemarkan produk pintar yang bakal memudahkan kerja harian di rumah. 

Uniknya, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Toush di telefon pintar dan di situ, anda boleh mengawal alat yang menyokong sambungan Wi-Fi ini dari jauh. Anda juga boleh memantau penggunaan air dan elektrik yang digunakan setiap kali ada ahli keluarga anda yang mandi. 

Aplikasi yang sama turut bakal memberi anda notifikasi jika berlaku sebarang kerosakan pada water heater ini. 

Paling penting, ia mendapat pengesahan SIRIM, jadi anda tak perlu risau tentang keselamatan alat pemanas air ini. 

Malah, ia menggunakan teknologi pemanasan dari UK yang akan memberikan pengguna kecekapan pemanasan sehingga 95%.

Pemanas air jenis instant ini juga dilengkapi dengan lampu indikator suhu yang akan berubah warna mengikut ketinggian suhu air.

Water heater tanpa pump
Panasonic
Panasonic Home Shower No Pump DH-3RL1MW
mulai
RM255.42
Semak Panasonic Home Shower No Pump DH-3RL1MW harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Ada fungsi ELCB
add_circle Saiz compact
remove_circle Tiada pump

Water heater dari Panasonic ini mempunyai sistem auto thermal cut off dimana dapat mengawal arus elektrik yang terlampau kuat sehingga menyebabkan air suhu tinggi.

Dengan sistem ini, water heater dapat mengawal secara automatik suhu air yang telah ditetapkan.

Jadi, anda boleh tetapkan suhu yang anda inginkan menggunakan Water Control Valve yang disediakan.

Selain itu, water heater ini mempunyai fungsi ELCB yang mampu memutuskan bekalan elektrik sendiri jika berlaku kebocoran pada arus yang boleh menyebabkan kebakaran.

Jangan risau, dengan beratnya 1.6kg dan saiz sebesar 380 (H) x 190 (W) x 93 (D) mm, sangat sesuai untuk bilik air yang kecil.

Cornell Instant Shower Without Pump Water Heater CIS-E7310X
mulai
RM233.00
Semak Cornell Instant Shower Without Pump Water Heater CIS-E7310X harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Disahkan SIRIM
add_circle Ada pelbagai jenis pancuran
add_circle Beroperasi dengan senyap
remove_circle Tiada pump

Anda masih mencari water heater instant yang dapat memberikan tekanan aliran air yang kuat dan beroperasi dengan senyap?

Cornell Instant Shower Without Pump memastikan anda mandi dengan tekanan air yang kuat tanpa bunyi yang bising, memberikan anda mandian yang menyenangkan.

Selain itu, water heater dari jenama Cornell ini dilengkapi dengan elemen pemanas yang diperbuat di UK dan berkualiti tinggi.

Paling penting, sangat sesuai untuk tekanan air yang tinggi dan rendah kerana mempunyai injap henti, aliran dan penapis kompak (3 dalam 1).

Menariknya, water heater ini juga dapat mencegah elektrokusi dan kilat untuk elak sebarang kejadian yang tidak diingini semasa anda sedang mandi.

Water heater elektrik
Rinnai
Rinnai 3.8kW No Pump REI-E380NP
mulai
RM380.00
Semak Rinnai 3.8kW No Pump REI-E380NP harga dibawah:
add_circle Rekaan moden
add_circle Kapasiti pemanasan 3.8kW
add_circle Ada sistem ELCB
remove_circle Saiz kecil

Adakah anda inginkan water heater yang mempunyai design yang moden dan tampak ringkas? 

Rinnai water heater adalah pilihan yang terbaik untuk anda dan ini adalah salah satu produk dari barisan produk Rinnai Sen.

Barisan produk ini diilhamkan dari garisan cantik yang terdapat di pantai membuatkan rekaan water heater ini kelihatan sangat estetik dan sedap mata memandang.

Bukan sahaja berkonsepkan reka bentuk yang minimalis, water heater dari Rinnai ini mempunyai pancuran air yang berkuasa tinggi.

Turut mempunyai kapasiti pemanasan 3.8kW yang memendekkan masa untuk penukaran suhu.

Menarik lagi, water heater ini mempunyai Pemutus Litar Kebocoran Bumi (ELCB) tau!

Ciri ini untuk memastikan water heater akan putuskan bekalan elektrik secara automatik jika ada kebocoran semasa anda sedang menggunakannya. 

Jangan risau, turut mempunyai perlindungan kalis percikan dan suis penderia aliran auto bagi mengelakkan kulit anda melecur jika aliran air terlalu rendah.

DEKA PRO V10 AC-Pump Instant Heat Water Heater.png
mulai
RM369.00
Semak DEKA PRO V10 AC-Pump Instant Heat Water Heater harga dibawah:
add_circle Ada pump turbo AC
add_circle Ada 3 pilihan warna
add_circle Ada 5 jenis pancuran air
remove_circle Bunyi pump sedikit kuat

Anda mahukan water heater yang dapat memberikan pelbagai variasi pancuran air tetapi sukar untuk cari dengan harga yang berpatutan? 

Jangan risau sebab water heater dari Deka Pro ini mempunyai 5 jenis pancuran air yang berbeza dan dapat memberikan kepuasan untuk mandian yang lebih optimum.

Selain itu, Deka Pro ini terdiri dengan pump turbo AC dan fungsi pump ini dapat menambahkan tekanan air yang lebih banyak.

Ciri pump turbo ini membolehkan anda dapatkan feeling mandian seperti “rain shower” di rumah sahaja. 

Menariknya, water heater ini ada tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan rose gold jadi anda boleh sesuaikan dengan tema bilik air anda.

Water heater ini turut direka dengan suhu yang boleh diubah mengikut kehendak penggunaan anda dengan mudah.

Tambahan lagi, tahap minimal untuk aliran air water heater ini adalah sebanyak 2 liter dalam satu minit dan tahap maksimanya pula pada kadar 4 bar untuk (58p.s.i).

Water heater yang bagus dan murah
ELTON
ELTON SS138
mulai
RM290.00
Semak ELTON SS138 Home Electric Instant Portable Water Heater harga dibawah:
add_circle Side bar boleh laras
add_circle Ada sistem ELCB
add_circle Kawalan kuasa elektronik
remove_circle Tiada pump turbo

Anda mahukan alat pemanas air elektrik instant dengan rekaan yang kecil untuk bilik mandi anda yang bersaiz kecil dan sederhana

Water heater dengan kualiti yang bagus daripada Elton ini akan jadi teman baik anda setiap kali mahu membersihkan diri.

Pemanas air elektrik ini akan menghasilkan aliran air dari serendah dua liter per minit sehingga maksima lapan liter per minit tau.

Menariknya, dengan rekaan bar pancurannya juga boleh dilaraskan mengikut ketinggian yang anda mahukan akan memberikan anda keselesaan yang lebih baik ketika mandi. 

Paling penting, pemanas air ini selamat digunakan kerana dilengkapi dengan teknologi ELCB yang akan memastikan air mengalir dengan secukupnya sebelum pemanas bekerja dan akan mengelakkan kulit anda daripada melecur jika air terlalu panas.

Turut dilengkapi dengan kawalan kuasa elektronik, jadi anda boleh laras suhu air secara lebih selamat dan mudah. 

Rubine RWH-FS390N-BRCB Water Heater
mulai
RM488.00
Semak Rubine RWH-FS390N-BRCB Instant Water Heater Non Pump harga dibawah:
add_circle Saiz compact
add_circle 5 pilihan pancuran air
add_circle Kalis percikan air
remove_circle Tiada pump

Untuk anda yang mahukan pelbagai pilihan pancuran air, anda boleh dapatkan water heater dari jenama Rubine RWH-FS390N-BRCB.

Pemanas air ini mempunyai 5 pilihan pancuran air yang anda boleh sesuaikan mengikut keselesaan dan penggunaan anda ketika mandi. 

Turut dilengkapi dengan sistem Safe DPDT Protection bagi memastikan penggunaan water heater ini selamat dan tidak mengakibatan sebarang masalah kejutan elektrik.

Paling penting, pemanas air ini direka dengan teknologi UL-Approved High Quality Heating Element dari United Kingdom dan badan water heater ini kalis percikan air. 

Menariknya, water heater ini turut ada sistem inverter yang boleh bantu anda untuk jimat penggunaan elektrik sebanyak 60%. 

Water heater solar
Aqua
Aqua Solar water heater
mulai
RM3,899.00
Semak Aqua Solar water heater harga dibawah:
add_circle Jimat bil elektrik
add_circle Ada safety relief valve
remove_circle Harga mahal

Jika anda mempunyai bajet yang lebih untuk dapatkan pemanas air mandi, anda boleh pertimbangkan untuk membeli water heater jenis solar ini. 

Walaupun harganya mahal, namun ia akan jimatkan penggunaan elektrik bulanan anda untuk tempoh yang panjang kerana ia dijana oleh tenaga solar.

Alat ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimal, iaitu beberapa kali setiap tiga hingga lima tahun.

Jika cuaca tiba-tiba hujan, water heater ini tetap boleh digunakan kerana ia dilengkapi dengan back-up Electric Booster.

Kapasiti water heater ini pula sehingga 300 liter, sesuai untuk rumah yang mempunyai sehingga lima bilik mandi dan lebih daripada tujuh ahli keluarga.


Tips Memilih Water Heater 

Sebagai pengguna yang bijak, anda perlulah pertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat pembelian pemanas air yang terbaik untuk rumah anda.

Ini kerana sudah tentunya anda mahukan produk yang terbaik dan sesuai dengan kegunaan harian setiap ahli keluarga. 

Antaranya, terdapat banyak jenis pemanas air yang dijual di pasaran iaitu pemanas air dengan tangki simpanan, pemanas air dengan pump, water heater tanpa tangki, pemanas air dengan panel solar, pemanas air jenis instant dan sebagainya. 

Setiap jenis pemanas air ini pula ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing, contohnya water heater tanpa tangki akan menjimatkan tenaga dengan lebih baik.

Untuk instant water heater pula mampu memanaskan air dalam masa yang lebih cepat

Selain itu, perhatikan juga sama ada produk pilihan anda itu mempunyai circuit breaker kerana fungsi ini akan menyelamatkan anda jika berlaku masalah pada aliran elektrik pada pemanas air atau di rumah anda. 

Jika anda gemarkan tekanan air yang terbaik ketika mandi, anda boleh dapatkan water heater dengan pam jenis AC namun pemanas air dengan pam DC pula sesuai jika anda mahukan produk yang lebih efisyen atau cekap tenaga.


Kelebihan Mandi Menggunakan Water heater

Kelebihan mandi menggunakan pemanas air mandi termasuklah dapat menghangatkan badan, terutama semasa cuaca sejuk dan dalam masa yang sama boleh memberikan perasaan santai.

Selain itu, water heater juga boleh membantu membersihkan badan dengan lebih efisien serta membantu mengurangkan stres selepas seharian sibuk bekerja.

Air panas juga dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan kesakitan badan akibat daripada melakukan aktiviti fizikal, atau selepas melalui hari yang memenatkan.

Kelebihan lain terhadap kesihatan tubuh badan adalah ia dapat membantu meningkatkan peredaran darah, yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta kulit anda.


Artikel Berkaitan

End of Article