Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Naik Taraf Dapur Anda Dengan 10 Peti Sejuk Dari Sharp Ini

Makanan kekal segar lebih lama

Product in this article

Peti sejuk merupakan salah satu peralatan rumah yang penting dan pelaburan yang bernilai kerana jika anda inginkan yang berkualiti tinggi, ianya haruslah tahan lama dan menyenangkan kehidupan seharian. Kualiti peti sejuk juga amat berbeza-beza dari segi teknologi penyejukan yang digunakan kepada reka bentuk dan style terkini

Apakah saiz standard untuk peti sejuk?

Biasanya, saiz standard untuk peti sejuk gred professional adalah di antara 30 inci sehingga 36 inci lebar, 70 inci tinggi dan 35 inci kedalaman. Ini selalunya bagi peti sejuk 280L sehingga 300L yang sememangnya sesuai untuk kesemua saiz dapur untuk semua jenis kediaman. 

Pilihan peti sejuk yang sesuai untuk ruang dapur yang sederhana dengan kapasiti 280L berpintu 2. Ini kerana saiz yang paling standard pasti akan muat di kawasan dapur anda. Ayuh lihat senarai peti sejuk dari Sharp sesuai mengikut ruang dapur kediaman anda;

10 Peti Sejuk Jenama Sharp Terbaik di Malaysia

Sharp Mini Bar SJM60MK (60L)

RM 349
Sharp
1. Sharp Mini Bar SJM60MK (60L)
Peti sejuk paling murah, sesuai untuk yang menyewa bilik
Updated on 12th August 2020

Peti sejuk ini amat sesuai sekali untuk yang tidak mempunyai ruang dapur jika anda menyewa bilik atau pelajar yang tinggal di asrama. Bersaiz kompak dan ruang dalaman petis sejuk ini dapat memuatkan 60L barang makanan di dalamnya. Cukup untuk memuatkan barang makanan untuk seorang.

Sharp SJD186MSL 165L Single Door Fridge  

RM 529
Peti sejuk 1 pintu yang terbaik
Sharp
2. Sharp SJD186MSL 165L Single Door Fridge  
Peti sejuk SHARP dengan 1 pintu – sesuai untuk ruang kecil
Updated on 12th August 2020

Peti sejuk comel ini amat sesuai digunakan buat anda yang tinggal di flat atau apartment kecil seperti studio apartment. Sesuai juga jika anda hidup nomad seperti tinggal di dalam caravan, tidak perlu guna peti sejuk yang terlalu besar

Peti sejuk ini dapat menampung keperluan harian anda dengan cukup dan mempunyai ruang freezer yang exstra besar.

Sharp J-Tech Inverter Fridge SJ189MS

RM 754.90
Sharp
3. Sharp J-Tech Inverter Fridge SJ189MS
Peti sejuk 2 pintu dengan teknologi J-Tech Inverter
Updated on 12th August 2020

Peti sejuk ini yang biasa digunakan di ruang dapur yang kecil. Rekaan yang ringkas ini mempunyai kesemua ciri-ciri cukup untuk menyimpan makanan anda seperti freezer, tempat sayuran. 

Dengan menggunakan teknologi J-Tech Inverter yang mengurangkan penggunaan tenaga eletrik, ianya sangat esuai untuk yang baru berpindah rumah dan memerlukan peti sejuk yang ringkas.

Sharp 280L 2-Door Fridge (SJ285MSS)

RM 1009
Sharp
4. Sharp 280L 2-Door Fridge (SJ285MSS)
Peti sejuk SHARP 280L – sejukbeku makanan dengan pantas
Updated on 12th August 2020

Peti sejuk ini bersaiz standard dan amat sesuai untuk kesemua saiz ruang dapur. Rekaan yang menegak dan tidak lebar akan mengurangkan penggunaan ruang di dapur anda. Ciri-ciri peti sejuk ini pula ialah menggunakan ActiFresh Hybrid Cooling Technology dan J-Tech Inverter Technology yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga untuk menyejukkan makanan di dalamnya. 

Peti sejuk ini juga mempunyai pembuat ais automatik, jadi anda tidak perlu susah-susah untuk membekukan ais sendiri.

Sharp Refrigerator SJP598GM (480L)

RM 2299
Sharp
5. Sharp Refrigerator SJP598GM (480L)
Peti sejuk berkapasiti 480L dengan warna yang menarik
Updated on 12th August 2020

Peti sejuk berkapasiti 480L ini amat sesuai untuk keluarga yang sederhana. Saiz ruangannya dapat memuatkan banyak barangan makanan. Bukan itu sahaja, reka bentuknya menggunakan kaca berwarna maroon sebagai pintu amat menarik perhatian dan sesuai untuk dikenakan dengan gaya rumah anda yang moden dan sleek

Peti sejuk ini menggunakan Hybrid Cooling System yang mengurangkan jejak karbon individu dan secara automatiknya mengurangkan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera.

Sharp SJP68MFGK (610L)

RM 2730
Sharp
6. Sharp SJP68MFGK (610L)
Peti sejuk SHARP yang menjimatkan eletrik dengan kualiti berbaloi
Updated on 11th August 2020

Kebanyakan peti sejuk SHARP menggunakan J-Tech inverter bagi mengurangkan penggunaan eletrik, namun tidak kesemua sesuai dengan ruang dapur anda ataupun menepati citarasa dengan rekabentuk yang anda minat. 

Nah, peti sejuk ini walaupun rekaan yang sleek dengan warna hitam, ianya masih mempunyai ciri-ciri penjimatan tenaga eletrik dengan menggunakan J-Tech Inverter. Peti sejuk ini juga amat sesuai untuk keluarga yang ramai kerana ruang freezer dan sayur  yang besar.

Sharp Side By Side SJX508MS (500L)

RM 2559
Sharp
7. Sharp Side By Side SJX508MS (500L)
Peti sejuk yang tahan lama dan berkualiti tinggi
Updated on 11th August 2020

Peti sejuk berkapasiti 500L ini boleh dikatakan tahan lama dan berkualiti tinggi kerana ciri-ciri keselamatannya. Lengkap dengan alarm pintu dan child lock yang sesuai untuk keluarga dengan ahli yang punyai anak kecil. Pintunya akan mengeluarkan bunyi jika tidak ditutup rapat dan elakkan si kecil bermain terlalu rapat dengan peti sejuk ini.

Peti sejuk ini juga mempunyai Nano Deodoriser yang memerangkap bau tidak enak, ciri penyejuk cepat dan pembeku cepat yang akan memudahkan kerja anda di dapur.

Sharp Refridgerator SJF858VMBK 4 Door (700L)

RM 3799
Sharp
8. Sharp Refridgerator SJF858VMBK 4 Door (700L)
Peti sejuk SHARP 4 pintu sesuai untuk keluarga besar
Updated on 12th August 2020

Anda mesti runsing jika menggunakan peti sejuk berkapasiti atau bersaiz besar, selalunya menggunakan tenaga eletrik yang banyak dan juga bersifat tidak mesra eco. Nah, peti sejuk 4 pintu ini. Ianya besar dan sesuai dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Dengan ciri-ciri hybrid yang bersifat mesra eco, inverternya pula mengurangkan penggunaan tenaga eletrik.

Bukan itu sahaja, peti sejuk ini juga mempunyai Nano Deodoriser yang menghilangkan bau-bauan yang tidak menyenangkan di dalam peti sejuk.

Sharp with J-Tech Inverter SJF95VMSS (750L)

RM 4384
Sharp
9. Sharp with J-Tech Inverter SJF95VMSS (750L)
Peti sejuk yang mewah dan eco-friendly
Updated on 12th August 2020

Peti sejuk yang mewah ini mempunyai 4 pintu dan pelbagai ciri-ciri yang menarik. Contohnya seperti ciri yang menggurangkan penggunaan tenaga seperti ActiFresh Hybrid Cooling System, Eco Mode. Teknologi J-Tech Inverter yang terdapat pada peti sejuk ini akan meningkatkan jangka hayatnya dan tahan lasak.

Sesuai untuk kawasan dapur yang besar, dan keluarga yang ramai, peti sejuk ini pasti ada dalam senarai pilihan peti sejuk dari jenama Sharp.

Sharp Hikaru Refrigerator SJF876GK 800L

RM 10866
Sharp
10. Sharp Hikaru Refrigerator SJF876GK 800L
Peti sejuk tahan lama dan nyahkan bau kurang enak
Updated on 14th August 2020

Peti sejuk ini walaupun berkapasiti dan saiz yang besar, namun ciri-cirinya amat terperinci dengan meningkatkan jangka hayat peti sejuk ini. Ciri-ciri yang membuatkan peti sejuk ini lain daripada yang lain ialah Hygienic Cooling yang digunakan untuk meyejukkan makanan dengan menyahaktifkan kotoran dan bauan tidak enak. 

Hybrid Cooling System pula mengawal angin sejuk dikeseluruhan kawasan peti sejuk dan menjaga tahan lembapan supaya makanan tidak kering. J-Tech Inverter pula mengawal suhu didalam peti sejuk ini dengan menggurangkan tenaga eletrik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article