Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

7 Penimbang Makanan Digital Untuk Membantu Proses Baking Anda!

Untuk resepi masakan lebih tepat dan sedap!

Product in this article

Jika anda seorang individu yang gemar membakar kek dan kuih, pasti anda sudah tahu alatan paling penting dalam dapur bukan? Ya, penimbang berat lah jawapannya! Bukan sekadar penimbang berat tau, tetapi penimbang berat yang jenis digital. Bukan sahaja ianya senang digunakan malah ianya member bacaan yang tepat. Jadi risiko untuk resepi anda untuk gagal minimum je tau. 

Bukan orang yang suka membakar kuih dan kek je tau. Penimbang makanan juga sangat penting untuk sesiapa yang mengamalkan diet yang yang ketat yang memerlukan mereka mengikuti sesetengah resepi dengan sukatan yang tepat. Sebab itu kalini kami sediakan untuk anda senarai penimbang makanan digital yang sesuai dengan keperluan anda.

HC SF-400 Digital Scale

RM 3.74
1. HC SF-400 Digital Scale
Penimbang kek digital yang murah
Updated on 20th July 2020
add_circle Saiznya kecil dan leper, senang untuk disimpan
add_circle Senang untuk digunakan
remove_circle Tidak boleh menimbang bahan berat dengan kerap
remove_circle Tidak boleh menimbang bahan yang kecil dan ringan dengan tepat

Penimbang makanan digital yang ini sangat sesuai bagi kegunaan apa pun di dapur. Daripada menyukat berat bahan kecil kepada menimbang mangkuk atau tin pembakar kek yang berat. Penimbang ini sangat popular di kalangan pembeli kerana ianya sangat senang untuk digunakan. 

Walaupun penimbang makanan ini nampak kecil, namun kerana skrinnya yang jauh daripada skala membolehkan anda menimbang mangkuk atau bahan yang besar. Dan juga memudahkan anda membaca nombor yang tertera. 

Bukan itu sahaja, penimbang ini bersaiz kecil dan leper jadi ianya amat mudah untuk disimpan dan tidak mengambil ruang yang besar. 

Penimbang ini juga datang dengan 7 warna (kuning, merah jambu, hijau, biru, putih, jingga, dan unggu) yang comel! Boleh lah dipadankan dengan stail peralatan dapur anda yang lainnya. Mesti bila gunakan penimbang dengan warna yang comel ini, dapatlah naikkan mood untuk timbang berat makanan diet anda!

Penimbang ini sesuai untuk menyukat apa-apa bahan masakan sehingga 10kg. Namun disebabkan ianya bukan penimbang bergred industrial, dan harganya yang rendah, anda tidak digalakkan kerap menimbang bahan yang berat-berat kerana takut cepat rosak pula. 

Namun, penimbang ini juga tak sesuai untuk menimbang tepat bahan yang kecil macam bahan berserbuk yang ringan tetapi penimbang ini dapat menimbang serendah 1g sehingga 10kg tau.

Akiro Kitchen Digital Scale

RM 16.90
Akiro
2. Akiro Kitchen Digital Scale
Penimbang tepung digital yang ringan
Updated on 20th July 2020
add_circle Sesuai untuk menimbang bahan kecil dan ringan
add_circle Mempunyai lampu di skrin
add_circle Mempunyai 6 jenis unit timbangan
add_circle Diperbuat daripada bahan stainless steel dan ABS plastik yang tahan lama
remove_circle Hanya boleh menimbang sehingga 3kg sahaja

Penimbang yang ini ialah penimbang bersifat tinggi sensitivity yang sesuai untuk digunakan untuk menimbang bahan yang sangat ringan seperti serbuk perencah makanan, cecair, barang kemas, daun teh, dan juga bahan rempah. 

Penimbang tinggi sensitivity ini juga telah diluluskan oleh USA FDA (United States Food and Drug Administration) sebagai alatan dapur yang selamat digunakan untuk menimbang makanan, jadi anda tak perlulah risau jika material penimbang ini akan membahayakan makanan anda pula ya. 

Yang membuatkan penimbang ini menjadi editor’s choice ialah kerana penimbang kecil molek ini mempunyai 6 unit timbangan yang berbeza termasuklah imperial unit ( gram(g), carat(ct), pennyweight(dwt), troy ounce (ozt), ounce(oz), grain(gn) ) yang membolehkan anda menimbang apa sahaja jenis bahan kecil termasuklah mengukur carat berlian. 

Unit  timbangan yang berbeza jugak menjadikan kerja-kerja menimbang lebih mudah jika anda mengikuti resepi antarabangsa yang menggunakan imperial unit. Bukan itu sahaja tau, penimbang ini sangat sesuai jika anda seseorang yang mengamalkan diet yang ketat dan ingin menimbang berat makanan anda dan mengira micronutrient kerana penimbang ini dapat mengira berat makanan yang sangat ringan. 

Yang paling bestnya ialah, penimbang ini juga mempunya lampu di skrin LCD, jadi anda boleh menggunakannya ketika malam hari.

30kg Digital Weight Mini Price Computting Scale

RM 41.59
3. 30kg Digital Weight Mini Price Computting Scale
Penimbang makanan digital mini yang menunjukkan harga
Updated on 20th July 2020
add_circle Boleh menetapkan harga selaras dengan berat bahan
add_circle Saiz yang kecil dan senang dibawa
add_circle Skrin LCD besar
add_circle Mempunyai lampu di skrin
remove_circle Tidak dapat menimbang bahan yang kurang 1gram

Nah, penimbang yang ini pula adalah sangat sesuai buat para usahawan kecil yang memerlukan penimbang berserta penetap harga supaya senang untuk digunakan ketika menyenaraikan harga bagi barang yang dijual. Penimbang seperti ini juga sesuai untuk penjual online yang sering menimbang barang jualan untuk mengira harga postage kerana harga postage boleh ditetapkan ke dalam sistem penimbang. 

Penimbang ini diperbuat daripada material plastik yang tahan lama tetapi ringan berbanding dengan jumlah berat yang dapat diukurnya. Menjadikan penimbang ini sangat mudah untuk di alih ke mana sahaja. 

Penimbang ini juga dilengkapi dengan dua unit penimbang iaitu kilogram (kg) dan juga pound (lb) dan sistem sensor ketegangan ketepatan tinggi (high precision strain gauge system) yang membolehkan anda menimbang bahan dengan tepat tanpa kesalahan dan juga dengan pantas. 

Kawasan penimbangnya juga luas jadi senanglah untuk mengukur barang yang besar seperti kotak parcel ataupun buah-buahan yang besar. Skrinnya juga dilengkap dengan lampu yang menyenangkan kerja anda di kawasan malap ataupun gelap.

FurniHome Digital Kitchen Scale

RM 13.50
4. FurniHome Digital Kitchen Scale
Penimbang makanan stainless steel 10 kg
Updated on 20th July 2020
add_circle Ringan dan kecil
add_circle Senang dibawa ke mana sahaja
add_circle Diperbuat daripada material stainless steel
remove_circle Skrin kecil

Jika anda seseorang yang mementingkan gaya dan estetika dapur anda, pasti anda menyukai penimbang stainless steel ini yang mempunyai rekaan sleek dan bersesuaian dengan dapur berdekorasi moden. Penimbang ini juga ialah yang paling cantik sekali dalam senarai kami ini dan juga tidak akan berkarat maka ianya tahan lama dan tidak mudah rosak jika terkena cecair. Jadi penimbang ini amat sesuai untuk menimbang bahan cairan, 

Penimbang ini sangat mudah digunakan lagi-lagi jika resepi yang anda gunakan itu menggunakan timbangan unit imperial dan metrics kerana penimbang ini dilengkapi dengan unit gram (g), dan ounce (oz). Anda juga boleh menyukat cecair ya kerana penimbang ini juga mempunyai unit millilitre (ml). Kami mengesyorkan anda untuk memilih penimbang 10kg dengan tambahan harga hanya Rm3 kerana manalah tahu jika anda perlu menimbang barang selain bahan masakan.

Saiznya yang kecil molek tidak memakan ruang dan senang dibawa kesana sini. Penimbang ini juga sangat sesuai digunakan untuk menyukat berat bahan yang kecil sepeti barang kemas dan parcel jualan jika anda seorang penjual barang online yang perlu menimbang parcel untuk menetapkan harga postage. 

Namun disebabkan skrinnya berada dekat dengan skala nya, anda tidak boleh menimbang barang yang mempunyai permukaan besar kerana ianya akan menutup skrin penimbang itu.

Kubei Digital Electronic Kitchen Scale

RM 3.80
5. Kubei Digital Electronic Kitchen Scale
Penimbang makanan digital yang kalis air
Updated on 20th July 2020
add_circle Ringan dan kecil
add_circle Tinggi sensitiviti
add_circle Kalis air
remove_circle Cenderung untuk cepat rosak jika muatan terlampau berat

Jika anda mencari penimbang yang amat tepat dan tinggi kadar sensitivitinya sertas bersifat kalis air, penimbang inilah yang paling sesuai. Penimbang ini sangat sesuai digunakan oleh pekerja café yang sering menggunakan penimbang untuk menimbang biji kopi secara tepat. Bukan itu sahaja, malah penimbang didatangi dengan pelekat kalis air, jadi ianya sangat senang untuk dibersihkan jika terkena kotoran sisa cecair.

Saiz penimbang yang kecil juga akan tidak mengambil ruang kerja anda lagi-lagi jika anda membuat kerja di ruangan kecil seperti kaunter di café. Kerana saiznya yang kecil, ianya juga mudah untuk disimpan tanpa kelihatan berselerak. 

Penimbang ini diperbuat daripada stainless steel yang tidak akan karat, dan juga tahan lama jadi anda tak perlu risau jika selalu menggunakannya. Bukan itu sahaja tau, penimbang ini juga boleh menimbang barang kemas, barang yang sangat ringan dan kecil serta density cecair kerana ianya didatangi dengan 9 unit pertukaran iaitu gram (g), mililitre (ml), troy ounce (ozt), ounce (oz), pound (lb), pennyweight (dwt), grain (gn), teralitre (tl). 

Namun anda harus berhati-hati dengan penimbang yang sensitif ini kerama ianya senang untuk rosak dan kaliberasi skalanya boleh lari jika anda menimbang barang yang beratnya melebihi kapasiti walaupun sebanyak 1g.

40KG Electronic Digital Price Computing Weighting Scale

RM 69.90
6. 40KG Electronic Digital Price Computing Weighting Scale
Penimbang digital 40 kg untuk bisnes
Updated on 20th July 2020
add_circle Skala besar
add_circle Tahan lama
add_circle Boleh menetapkan harga
remove_circle Terdapat 2g maximum ketidaktepatan
remove_circle Terdapat hanya 1 unit ukuran sahaja

Jika anda mencari penimbang untuk digunakan secara professional dan industrial di kedai ataupun untuk menimbang barang yang besar, penimbang ini sangat sesuai untuk anda kerana ia boleh penimbang sehinggan 40kg. Bukan itu sahaja, penimbangini dapat penetapkan harga barangan anda supaya senang untuk anda membuat kira-kira. Penimbang sperrti ini sering digunakan di supermarket, kedai runcit dan juga syarikat logistic untuk menimbang barang makanan seperti sayuran, daging, ikan, buahan dan juga menimbang item parcel untuk postage. 

Penimbang ini sangat tepat dan senang digunakan walaupun mempunyai ketidaktepatan maximum 2g, namun, ianya sangat jarang berlaku dan hanya berlaku jika barang yang dtimbang terlampaun kecil dan ringan. 

Skala penimbangnya boleh diubah untuk memastikan barang yang berat dapat ditimbang dengan tepat tanpa mencecah kaki penimbang. Penimbang ini juga diperbuat daripada bahan kualiti tinggi dan tahan lama seperti stainless steel, dan juga plastic tebal. 

Bukan itu sahaja, penimbang ini boleh dihidupkan dengan menggunakan power cord tapi ianya juga boleh dicas supaya boleh digunakan ketika tiada eletrik dan akan tahan sehingga 8jam seperti pasar tani atau pasar malam.

SS01 Portable Spoon Scale

RM 23.90
7. SS01 Portable Spoon Scale
Penimbang digital berbentuk sudu yang portable
Updated on 20th July 2020
add_circle Kecil dan senang digunakan
add_circle Boleh ditanggal untuk dibasuh
add_circle Senang menimbang bahan yang ringan
remove_circle Terhad untuk menimbang dengan banyak

Penimbang yang comel ini sangat sesuai buat sesiapa yang mengamalkan diet ketat seperti keto diet mahupun yang mengamalkan calorie deficit yang harus mengambil makanan dalam kuantit dan berat yang tepat. Kerana skalanya yang kecil dan berbentuk sudu, ianya lebih mudah untuk dipindahkan didalam mangkuk. Malah ianya sangat mudah digunakan dan juga dialih. Penimbang sudu ini boleh menimbang daripada 0.1g sehingga 500g dan akan menpercepatkan kerja menyediakan makana di dapur anda. Takde lah rasa susah untuk sediakan meal prep lepas ni kan?

Penimbang ini juga sesuai digunakan bukan sahaja didapur tau, malah, penimbang tepat seperti ini sangat sesuai jika digunakan di makmal perubatan dan juga kedai barang kemas kerana penimbang ini mempunyai 4 jenis unit pertukaran iaitu gram (g), ounce (oz), carats (ct), grain (gn) dan juga didatangi dengan warna hitam dan putih.

Untuk membersihkan penimbang sudu ini pula, bahagian sudunya boleh ditanggalkan untuk dibasuh dengan air dan sabun. Tetapi jika mahu penimbang ini tahan lama, elakkan timbang barang dengan banya sekaligus ya. Dan jangan gunakan macam sudu biasa pulak ya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article