Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Lagi Masalah Bahang Akibat Musim Panas Dengan 10 Penghawa Dingin Daikin Ini

Ruang pilihan terasa sejuk dan segar!

Dengan kadar pembangunan sekarang, suhu sekeliling pun makin bertambah. Kita juga lah yang merana kepanasan di dalam rumah. Penghawa dingin merupakan satu keperluan di masa kini untuk setiap kediaman. Ianya dapat digunakan pada setiap masa. Lagipun dengan teknologi semakin maju ke hadapan, jenama-jenama terkenal mula menghasilkan penghawa dingin yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga / elektrik. 

Berapa lamakah biasanya pendingin hawa Daikin bertahan?

Kebiasaannya untuk aircond biasa, anggaran jangka hayatnya dari 12 hingga 15 tahun. Menurut laman web syarikat berasal dari Jepun tersebut, jangka hayat aircond mereka dicipta untuk 15 tahun dengan data sebenar menunjukkan yang ianya mampu melebihi daripada 20 tahun. Menurut feedback pengguna Daikin pula, aircond mereka sememangnya dicipta untuk bertahan dan befungsi dengan baik.

Ingin beli penghawa dingin tetapi buntu tidak tahu yang mana sesuai atau terbaik di pasaran? Nah, ikuti senarai dibawah untuk ketahui penghawa dingin terbaik dari jenama Daikin ini;

10 Aircond Daikin Terbaik & Berkualiti untuk Kegunaan Seharian

Aircond Daikin murah dan berkualiti tinggi
Daikin
mulai
RM965.00
Semak Daikin R32 1.0HP Air Conditioner (FTV28P) harga dibawah:

Untuk anda yang mahukan aircond dengan harga yang murah, Daikin FTV28P R32 sesuai untuk anda. Ianya menggunakan kekuatan 1 HP (horsepower) dan dilengkapi dengan fungsi asas yang penting seperti sistem penapisan micron yang boleh memerangkap partikel habuk di dalam udara. Penukaran penapis aircond ini juga sangat mudah tanpa memerlukan sebarang alatan.

Aircond yang beroperasi dengan sistem lebih senyap
Daikin
mulai
RM1,020.00
Semak Daikin FTN10PV1L/M Ecoking FTN P Series Aircond harga dibawah:

Bagi anda yang mudah terganggu dengan bunyi-bunyian di waktu malam, kami ada model yang sangat sesuai untuk anda. Model FTN10PV1L/M ini mempunyai kuasa 1HP tetapi mampu menghasilkan bunyi serendah 25 dBA seperti bunyi bisikan yang sangat perlahan. 

Penghawa dingin ini juga mempunyai sistem self diagnose untuk mengesan sebarang kerosakan jadi anda tak perlu susah-susah periksa sepanjang masa.

Aircond yang sesuai digunakan untuk bilik bayi
Daikin
mulai
RM1,179.00
Semak Daikin FTN10QSV1I/J Iplasma FTN QS Series Aircond harga dibawah:

Untuk anda yang mencari aircond yang bersesuaian dan selamat untuk bayi atau kanak-kanak, secara umumnya anak anda perlukan tiga perkara, kesejukan, udara yang bersih dan operasi bunyi lebih perlahan. Penghawa dingin model ini mampu membekalkan anak tersayang dengan ketiga-tiga keperluan tersebut. 

Ia mempunyai 1 HP yang sesuai untuk saiz sebuah bilik tidur dengan teknologi advanced i-Plasma lebih efektif dari ionizer biasa dari segi pembersihan udara serta bunyinya hanyalah pada frekuensi 25dBA.

Aircond berkuasa 1HP untuk ruangan lebih kecil
Daikin
mulai
RM1,230.00
Semak Daikin FTV28AV1M 1.0HP Premium Iplasma FTV A Series Aircond harga dibawah:

Bagi ruangan bilik yang kecil seperti bilik tidur, aircond berkuasa 1HP sudah memadai untuk menyejukkan bilik anda. Berfungsi dengan kekuatan 1HP dimana ia juga dilengkapi dengan teknologi iPlasma ionizer yang dapat membersih udara dari cemaran dan juga bakteria. 

Aircond ini  juga dilengkapi dengan fungsi breeze airflow yang membuatkan anda rasa seperti udara sejuk tersebut adalah udara semulajadi. Tidak mempunyai inverter, maka penggunaan elektrik mungkin melebihi sedikit dari yang jenis inverter.

Aircond dengan inverter untuk penjimatan elektrik
Daikin
mulai
RM1,280.00
Semak Daikin FTKF25AV1M 1.0HP Inverter Aircond harga dibawah:

Bagi anda yang lebih pentingkan penjimatan jangkamasa panjang, model FTKF25AV1M sesuai dengan keperluan anda. Ianya dilengkapi dengan inverter yang boleh memastikan suhu kekal nyaman tanpa menggunakan terlalu banyak tenaga elektrik. Ianya juga dilengkapi dengan fungsi econo mode untuk mengehadkan penggunaan tenaga ketika suhu ruang atau bilik panas.

Maknanya, kalau anda baru nak hidupkan aircond, biasanya penggunaan tenaga akan tinggi kerana suhu sekeliling panas, tapi tidak dengan model ini. Ayuh dapatkannya sekarang!

Aircond non-inverter sesuai untuk kegunaan di premis perniagaan
Daikin
mulai
RM1,230.00
Semak Daikin FTV35AV1M Premium Iplasma Aircond harga dibawah:

Kalau anda mempunyai kedai atau premis perniagaan yang hendak menggunaan alat penghawa dingin, model dari siri yang sama dengan FTV28AV1M ini berkuasa 1.5HP dan tidak dilengkapi dengan inverter dimana lebih sesuai untuk anda terutama sekali bagi premis yang pintunya selalu dibuka dan ditutup. Ini kerana sistemnya akan memakan tenaga setiap kali compressor dihidupkan.

Untuk premis perniagaan seperti kafe, penghidupan compressor kebiasaannya lebih jarang berlaku kerana haba dari luar akan masuk setiap kali pelanggan membuka dan menutup pintu kedai anda, sekaligus mengurangkan pengunaan tenaga.

Aircond 1.5HP terbaik untuk ruang tamu anda
Daikin
mulai
RM1,410.00
Semak Daikin FTKQ35T R32 1.5HP Standard Inverter FTKQ Series Aircond harga dibawah:

Apakah aircond yang sesuai untuk mendinginkan ruang tamu kediaman anda? Secara umumnya, sebarang aircond berkuasa 1.5 HP sudah sesuai tetapi kami mencadangkan model FTKQ35T ini dimana ianya sesuai untuk kegunaan ruang sederhana besar. Dilengkapi dengan inverter supaya ruang tamu anda sentiasa sejuk. 

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan penapis PM2.5 yang boleh menapis partikel cemaran sekecil 2.5 mikrometer dan elakkan anda daripada dijangkiti penyakit merbahaya.

Aircond siling Daikin terbaik untuk ruang yang luas
Daikin
mulai
RM2,780.00
Semak Daikin R32 2.0HP FCC50AV1M Ceiling Cassette FCC A Series Aircond harga dibawah:

Untuk anda yang mahu nyamankan ruangan besar seperti kedai makan, galeri ataupun premis kedai, Daikin FCC50AV1M ini mungkin produk yang anda cari. Ini merupakan aircond yang dipasang di siling dan mampu menyejukkan dengan kemampuan lebih dari 2 HP. 

Terdapat 8 aliran udara berbeza bagi memaksimumkan kawasan yang disejukkan pada penghawa dingin ini. Dilengkapi dengan ionizer yang memastikan kualiti udara didalam keadaan yang baik.

Aircond dengan 2HP untuk ruangan pejabat yang sederhana besar
Daikin
mulai
RM1,880.00
Semak Daikin Smarto FTKH50AV1L Premium Inverter FTKH A Series Aircond harga dibawah:

Untuk anda yang mahukan aircond first class, model Smarto FTKH50AV1L mampu memberi anda servis yang terbaik. Ianya dilengkapi dengan 2HP yang mampu menyejukkan ruangan luas. Selain daripada mempunyai sistem smart clean yang boleh membersih dan penapis teh hijau untuk membuang bau busuk dari udara. 

Ia juga mempunyai sistem tiupan udara 3-D yang mampu memberi keselesaan pada setiap penjuru ruangan anda. Penghawa dingin ini lengkap dengan inverter bagi mengurangkan kos dan menambahkan efisiensi.

Aircond Daikin dengan kekuatan 2.5HP
Daikin
mulai
RM5,099.00
Semak Daikin 2.5HP R32 Inverter Wall Mounted FTKM Series Aircond harga dibawah:

Bagi anda yang mahukan prestasi terunggul, model FTKM60TVMM ini dilengkapi dengan 2.5sHP yang sesuai untuk menyejukkan secara efektif ruangan lebih besar. Dengan kapasiti penyejukan sebanyak 20,500 Btu per/jam, sangat efektif dan menjimatkan masa penyejukan. 

Model ini dilengkapi dengan sistem wiring Super PCB yang boleh menghalang mesin dari rosak akibat ketidakstabilan arus elektrik. Ia juga mempunyai rekaan hembusan udara yang unik dan menyeluruh.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article