Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Mesin Basuh Berkapasiti 9kg & Ke Atas Untuk Kegunaan Keluarga Saiz Sederhana

Jom cuci mata lihat mesin baru untuk rumah!

Membasuh kini lebih mudah dan cepat dengan menggunakan mesin. Lebih-lebih lagi, kini mesin basuh mempunyai ciri-ciri tambahan yang sangat menakjubkan. Hanya dengan menekan satu butang pakaian sedia dibasuh bahkan ada juga mesin yang boleh terus mengeringkannya dengan segera. Tidak perlu lagi menyidai pakaian dan menunggu sehingga kering. 

Tidak dinafikan lagi bahawa kini terlalu banyak mesin basuh yang dilengkapi dengan teknologi terbaru tetapi perlulah beringat bahawa mesin yang terbaik tidak semestinya mahal kerana anda juga boleh mendapatkan mesin basuh yang murah atau mengikut bajet. Semuanya bergantung kepada cara anda memilihnya. Berikut beberapa jenama mesin basuh yang mungkin membuatkan anda tertarik untuk membelinya;

Mesin basuh 2-dalam-1 yang dilengkapi pengering terbaik
Panasonic
Semak Panasonic Econavi Washer & Dryer PSN-NAS106G1 (10kg / 6kg) harga dibawah:

Membasuh kini lebih singkat waktunya dengan hanya 49 minit sahaja membasuh. Ia juga mesin yang dapat memuatkan pakaian yang banyak dan dapat mengeringkan pakaian anda sekaligus tanpa perlu menyidai pakaian. Mesin basuh ini direka untuk memastikan walaupun pakaian dicuci dengan cepat tetapi kotoran degil dapat ditanggalkan serta dapat menjimatkan penggunaan detergen.

Fungsi cuciannya memudahkan anda untuk mencuci pakaian dari semua jenis kain. Mesin ini dicipta dengan tiga kawalan pintar Econavi secara automatik bagi mengesan keadaan pakaian anda bagi menyediakan operasi penjimatan tenaga, air dan tenaga yang optimum.

Mesin basuh cuci dengan 1 tabung – mudah untuk dikendali
Toshiba
Semak Toshiba Top Load Washer TSB-AWDG1500WMKK (14kg) harga dibawah:

Reka bentuk mesin basuh jenama ini sememangnya kelihatan lebih tegap dan elegan. Ianya merupakan mesin satu tabung yang mudah dan ringkas dari segi membuka penutupnya. Bukan sahaja itu, dengan ciri satu sentuhan pada panel skrin membuatkan basuhan lebih mudah dan anda juga boleh memilih beberapa program membasuh mengikut kesesuaian pakaian. 

Mesin ini bagus kerana cirinya yang tidak membuatkan pakaian anda cepat kedut dan lebih mudah di seterika. Yang paling penting, mesin ini sangat menjimatkan penggunaan elektrik.

Mesin cuci dengan low watt, menjimatkan dalam penggunaan tenaga
Semak LG 6 Motion Inverter Direct Drive Top Load Washer (19kg) harga dibawah:

Mesin basuh dengan ciri cucian turbo ini memastikan pakaian dibersih secara menyeluruh. Tambahan pula dengan sistem spray jeT dan gelombang yang kuat meningkatkan lagi kesan cucian. Yang lebih menarik, mesin basuh ini memiliki ciri teknologi SmartthinQ yang membolehkan anda mengendali atau memantau basuhan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

Dengan sistem pengendalian air yang sempurna, menjadikannya mesin yang menjimatkan penggunaan tenaga dan mencuci dalam penggunaan watt yang rendah.

Mesin cuci 2 tabung – asingkan pakaian untuk dicuci mengikut warna
Semak SHARP EST1216 12KG Semi-Auto Washing Machine SHP-EST1216 harga dibawah:

Mesin basuh separuh automatik ini memiliki dua tabung untuk cucian dan perahan. Ianya direka dengan 2 program membasuh iaitu lembut dan biasa. Anda juga tidak perlu bimbang tentang masa menunggu kerana ia hadir dengan pemasa yang boleh diselaraskan. 

Kini, anda tidak perlu lagi pening untuk menyidai pakaian yang tidak diperah kerana mesin ini boleh lakukannya untuk anda. Mesin separuh automatik ini bukan sahaja bagus malah ia juga berbaloi dari segi harga.

Mesin basuh semi auto paling besar – sesuai untuk membasuh material tebal
Semak PENSONIC Semi Auto Washing Machine PEN-PWS1404 (14kg) harga dibawah:

Mesin basuh separuh automatik ini bukan sahaja luas tetapi ia juga mesin basuh yang tahan lama. Ianya sesuai untuk membasuh pakaian, selimut, cadar ataupun tuala. Dilengkapi dengan program memerah bagi memudahkan kerja mendobi di rumah yang disepadukan dengan fungsi udara kering, ianya dapat menghilangkan lembapan pada pakaian. 

Selain itu, mesin basuh ini mempunyai fungsi keselamatan pemutar yang berfungsi sebagai mekanisme memberhentikan mesin apabila tudung dibuka. Sememangnya ia berbaloi untuk dimiliki kerana saiz yang luas dan mudah diselengarakan.

Mesin basuh dengan harga mesra poket, berkualiti setanding jenama mahal
Semak KHIND Semi Auto Washing Machine WM1017 (10kg) harga dibawah:
add_circle Diperakui SIRIM
add_circle Cucian lebih bersih
add_circle Menjimatkan penggunaan air
add_circle Kapasiti cucian besar, 10 kg
add_circle Boleh spin baju hingga 6 kg
remove_circle Harga mahal

Khind adalah salah satu jenama mesin basuh yang murah dan mempunyai keluasan agak besar dengan kapasiti cucian sebanyak 10 kg manakala tabung perahan pula seluas 6 kg. Ianya sama seperti mesin basuh yang lain iaitu mencuci pakaian dengan putaran yang kuat dan bersih. 

Selain itu, mesin ini turut mempunyai fungsi pemasa untuk memudahkan anda memantau waktu cucian pakaian. Mesin jenama Khind ini sempurna untuk anda yang inginkan mesin dengan harga murah dan dalam masa yang sama tahan lama.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article