Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Periuk Nasi Besar Serbaguna untuk Kegunaan Sekeluarga

Periuk nasi semestinya benda yang wajib untuk dimiliki di setiap rumah. Malah dengan adanya periuk yang serba moden ini membolehkan anda untuk memasak bukan sahaja nasi malahan pelbagai jenis makanan di dalam periuk nasi serbaguna ini. Periuk nasi mempunyai beberapa jenis iaitu periuk masak perlahan (slow cooker), periuk tekanan rendah, multifungsi dan ada juga yang menggunakan gas.

Anda seharusnya membeli mengikut kegunaan yang anda inginkan dan tidak semestinya periuk yang murah itu tidak tahan lama. Berikut beberapa jenis periuk nasi yang berkapasiti besar untuk panduan anda ketika membeli.

Periuk nasi elektrik menggunakan pemasa (timer)
PHILIPS 4L IH Copper Coating Rice Cooker HD3175
Periuk nasi elektrik menggunakan pemasa (timer)
mulai
RM538.99
Semak PHILIPS 4L IH Copper Coating Rice Cooker HD3175 harga dibawah:

Periuk nasi ini mempunyai reka bentuk jenis canggih dan moden. Philips adalah salah satu periuk nasi yang direka khas dengan pot blaze untuk memastikan konduksi haba yang lebih baik dan dapat memasak secara merata.

Menarik tentang periuk ini adalah ianya memiliki pelbagai fungsi pilihan iaitu pemasa (timer) dan sedia memasak 10 menu utama mengikut jenis masakan yang anda inginkan dengan hanya perlu menekan satu butang sahaja. Memasak kini lebih mudah dan cepat dengan adanya periuk ini di rumah.  

Periuk nasi elektrik besar – sesuai untuk jumlah keluarga yang ramai
SHARP KSH555 5L Rice Cooker SHP-KSH555
SHARP
Periuk nasi elektrik besar – sesuai untuk jumlah keluarga yang ramai
mulai
RM289.00
Semak SHARP KSH555 5L Rice Cooker SHP-KSH555 harga dibawah:

Memiliki keluarga bersaiz besar menjadi lebih sempurna sekiranya anda memiliki periuk nasi ini di rumah. Ianya bukan sahaja periuk yang besar malah juga mudah untuk dikendalikan dengan fungsi butang yang sangat ringkas. Periuk dengan fungsi lampu penunjuk memasak dan pemanas ini memudahkan anda untuk mengetahui sama ada nasi sedang di masak, sedia di makan atau sedang dipanaskan semula.

Periuk ini juga sesuai untuk anda yang ingin memasak juadah perayaan atau masakan yang dalam kapasiti besar. Tak perlu lagi berhabis gas hanya untuk memasak nasi impit!

Periuk nasi aluminium – daya ketahanan lebih tinggi
PENSONIC Rice Cooker (5.4 L, for 30pax) PRC-130
Periuk nasi aluminium – daya ketahanan lebih tinggi
mulai
RM385.00
Semak PENSONIC Rice Cooker (5.4 L, for 30pax) PRC-130 harga dibawah:

Pensonic memudahkan anda untuk memasak sebarang juadah yang anda inginkan sama ada sup, ikan stim atau apa jua masakan yang baik untuk kesihatan anda. Malahan ia juga periuk yang mempunyai pemegang kiri dan kanan yang mudah dipegang dan dibawa kemana sahaja.

Selain itu, periuk ini juga memastikan anda tidak perlu lagi menyental untuk membersihkannya kerana ia memiliki periuk dalaman yang tidak melekat (non-stick). Kini anda boleh memanaskan semula makanan yang disimpan dengan adanya fungsi hangat pada periuk ini.

Periuk nasi jenis elektrik – murah dan berkualiti tinggi
Russell Taylors 4L Pressure Cooker Stainless Steel Pot PC-40, Rice Cooker
Russell Taylors
Periuk nasi jenis elektrik – murah dan berkualiti tinggi
mulai
RM167.00
Semak Russell Taylors 4L Pressure Cooker Stainless Steel Pot PC-40, Rice Cooker harga dibawah:

Periuk ini memastikan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di dapur. Ianya bukan sekadar mudah tetapi juga dapat memberikan anda pilihan untuk memasak pelbagai jenis makanan seperti makanan yang direbus, sup, bubur, kari, sayuran dan banyak lagi. Selain itu, fungsi pemasa pada periuk ini membolehkan anda memasak sambil melangsaikan kerja-kerja lain.

Tidak perlu disental semasa membersih dalaman periuk ini, hanya perlu cuci menggunakan air yang bersih. Periuk ini sangat sempurna untuk anda miliki atau dibuat sebagai hadiah untuk pasangan yang baru berkahwin.

Periuk nasi sesuai digunakan untuk peniaga restoran
MILUX Electric Rice Cooker MRC-5100 (10L) _3205000
Periuk nasi sesuai digunakan untuk peniaga restoran
mulai
RM269.00
Semak MILUX Electric Rice Cooker MRC-5100 (10L) _3205000 harga dibawah:

Milux adalah salah satu jenama yang tidak asing lagi dipasaran Malaysia, malahan ianya menjadi pilihan utama pengguna terutamanya buat peniaga restoran, periuk ini sesuai untuk anda. Dengan berkapasiti 10 liter ia tidak menjadi masalah untuk penyediaan seramai 50 hingga 60 orang. Fungsi periuk nasi ini yang berkebolehan memasak dengan sendirinya akan lebih memudahkan kerja anda.

Dari segi kualitinya pula, ia dapat dilihat dari sudut ketahanan aluminium yang berkualiti tinggi. Selain itu, elemen pemanasan yang terdapat pada periuk nasi ini berkualiti tinggi dan menjamin kesempurnaan makanan anda. Kini dengan periuk bersaiz besar ini, anda tidak perlu memasak nasi berulang kali terutamanya ketika ada tetamu yang ramai.

Periuk gas dengan kapasiti sehingga 10L - sesuai untuk kenduri
BUTTERFLY Gas Rice Cooker (10L) PL-50
BUTTERFLY
Periuk gas ini dengan kapasiti sehingga 10L
mulai
RM488.00
Semak BUTTERFLY Gas Rice Cooker (10L) PL-50 harga dibawah:

Periuk yang besar dan sesuai untuk penyediaan makanan bagi bilangan yang ramai terutamanya ketika berniaga ataupun kenduri. Periuk ini memerlukan penggunaan gas untuk memasak dan dapat mempercepatkan proses memasak nasi atau lauk.

Dengan mempunyai pemegang aluminium tahan karat untuk memudahkan anda membawanya. Sesuai untuk kegunaan di luar dan sempurna untuk penyediaan juadah dalam kuantiti yang banyak terutama sekali semasa majlis kenduri kahwin.

Periuk nasi tahan lebih lama
KHIND RC360 3.6L Rice Cooker
Periuk nasi tahan lebih lama
mulai
RM181.00
Semak KHIND RC360 3.6L Rice Cooker harga dibawah:

Khind, jenama peralatan elektrik yang terkenal di kalangan pengguna Malaysia mengeluarkan produk periuk nasi yang memiliki reka bentuk ringkas dan sering digemari ramai. Diperbuat daripada keluli tahan karat dan mudah untuk digunakan dengan hanya perlu menekan butang ke bawah.

Memasak nasi menjadi mudah dan ringkas dengan periuk ini. Ramai yang lebih gemar menggunakan periuk jenis ini kerana ianya bukan sahaja mempunyai harga yang berpatutan di antara periuk nasi di atas 3.0L tetapi juga tahan lama.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article