Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lebih Cekap Mendidih Air Dengan 7 Cerek Elektrik Ini

Panaskan air anda dengan lebih selamat.

Penggunaan cerek biasa yang memerlukan dapur masak sudah ketinggalan zaman kerana sungguh melecehkan dan merupakan punca kedua kebakaran rumah dan kecederaan. Kesedaran ini menyedarkan rakyat Malaysia mengenai kegunaan cerek elektrik yang lebih selamat dan mudah. Oleh itu, kami mengesyorkan beberapa cerek elektrik yang terbaik di Malaysia kepada anda dan sekeluarga mengikut cita rasa yang ideal.

mulai
RM51.00
Semak Pensonic Jug Kettle PAB-1704 harga dibawah:

Dengan harga yang rendah seperti ini, ianya sesuai kepada mereka yang ingin berjimat-cermat ketika berbelanja dan kepada pelajar universiti yang masih lagi belum bekerja. Mempunyai kapasiti sehingga 1.7 liter sesuai untuk kegunaan individual atau ahli keluarga yang kecil. Jagnya yang tidak bersambung dengan tapak menjadikannya lebih mudah diangkat dan dituang.

Menggunakan elemen pemanas anti karat yang menjaminkan keselamatan pengguna daripada minuman yang diracuni karat. Juga terdapat fungsi auto off apabila air sudah cukup panas atau mendidih bertujuan mengurangkan pembaziran elektrik.

mulai
RM269.00
Semak Khind EK-15V harga dibawah:

Menggunakan dua dinding yang bersifat vakum di mana dapat mengekalkan tenaga haba di dalam cerek buat masa yang lama. Kelebihan vakum iaitu dapat mempercepatkan pendidihan air dan dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Pemanasan air lebih pantas berbanding memanaskan air di dalam microwave dan lebih selamat daripada penggunaan dapur masak.

Cerek elektrik ini juga mampu memanaskan sup segera atau mencairkan coklat tanpa menyebabkan tersumbat atau kerosakan, menjadikannya sangat universal dalam pelbagai kegunaan. Permukaan luar dan dalam yang anti karat mengelakkannya daripada mudah rosak dan tahan lebih lasak.

mulai
RM159.00
Semak Panasonic NC-SK1 harga dibawah:

Permukaan cerek elektrik ini diperbuat daripada besi tahan karat. Pada masa yang sama, besi yang sudah digilapkan menghasilkan reka bentuk yang elegan. Kapasitinya boleh sehingga 1.6 liter air dengan penggunaan tenaga sebanyak 1850 Watt. Pemegangnya yang bergetah mengelakkan haba dipindahkan dengan banyak dan memudahkan pengguna memegangnya tanpa berlaku kemalangan.

Elemen pemanas dan badannya mudah dicuci bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan kebersihan minuman anda. Juga terdapat fungsi auto off apabila air sudah mendidih serta terdapat perlindungan yang mencegah pemanasan tanpa air yang boleh merosakkan elemen pemanas atau kebakaran.

mulai
RM339.00
Semak Kenwood Glass Kettle ZJG111CL harga dibawah:

Badannya diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti tinggi di mana mampu menahan suhu lampau tanpa pecah dan lebih kuat apabila terhentak. Reka bentuknya yang melengkung dan lut sinar menjadikannya lebih bersifat moden berbanding cerek elektrik lain. Tambahan pula, gelas yang lut sinar itu juga mempunyai fungsi di mana pengguna dapat melihat air mereka dididihkan dan menentukan paras yang sesuai.

Penapisnya yang boleh ditanggalkan memudahkan lagi proses pembersihan. Reka bentuk ini juga banyak menentukan aspek simplisiti kerana tidak mempunyai kabel dan universal bagi pengguna tangan kiri atau kanan.

mulai
RM83.90
Semak Pensonic PAK-25C harga dibawah:

Mempunyai kapasiti sehingga 5 liter sesuai untuk penggunaan besar-besaran seperti di kedai makan, pejabat atau keluarga yang ramai ahlinya. Reka bentuknya yang sama dengan bentuk cerek yang digunakan pada dapur masak, tetapi cerek yang ini berbeza kerana menggunakan elektrik.

Ianya lebih baik daripada cerek dapur masak kerana mempunyai suis automatik off mengelakkan daripada penggunaan yang lampau dan perlindungan didih kering. Hal ini dapat mengurangkan risiko kemalangan apabila pengguna bersifat cuai sementara.

mulai
RM169.00
Semak Philips HD9351 harga dibawah:

Reka bentuknya diperbuat daripada sepenuhnya besi anti-karat menghasilkan penggunaan tahan lebih lasak dan bentuknya yang moden dan elegan. Terdapat penapis mikro mesh yang bertujuan untuk menapis air daripada partikel kecil kapur di dalam air. Penapis ini juga boleh ditanggalkan dengan mudah untuk pembersihan.

Ia mempunyai ciri keselamatan yang bagus di mana ia akan berhenti mendidihkan air apabila air sudah mendidih, cerek diangkat daripada tapaknya, atau terlalu sedikit air. Elemen pemanas yang tersembunyi mempercepatkan pemanasan dan pendidihan air. Tambahan pula, elemen pemanas yang tahan karat memudahkan pembersihan.

mulai
RM169.00
Semak Lebensstil Kollektion Pyramid Kettle LKAB-604BL harga dibawah:

Masih mengekalkan reka bentuk cerek pada tahun 18-an menjadikan dapur anda kelihatan lebih bersifat klasik dan lebih berfesyen. Diperbuat daripada besi tahan karat dan dicat dengan cat khas untuk mengelakkan daripada permukaan luar terlampau panas ketika sedang mendidih air. Kapasitinya sehingga 1.7 liter dan mempunyai penunjuk paras air.

Pemegangnya yang ergonomik sangat ideal untuk membuat minuman panas seperti kopi atau teh dengan lebih pantas. Elemen pemanasnya yang berada di tapak dan tersembunyi dapat mempercepatkan pendidihan air dan memudahkan pembersihan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article