Product in this article

Apakah itu pressure cooker dan apakah manfaatnya?

Pressure cooker merupakan alat memasak yang memasak makanan menggunakan keadaan tekanan apabila air atau sesuatu cecair memasak panas mendidih sehingga menghasilkan keadaan bertekanan tinggi di dalam pressure cooker. 

Hal ini menghasilkan makanan yang dimasak oleh suhu yang dibekalkan oleh tekanan dan menghasilkan makanan yang lebih enak seperti sup kekacang dan daging yang empuk.

1. Russell Taylor PC-60

Pressure cooker terbaik untuk cepat memasak dan mudah dibersihkan

Harga mulai RM189.99

shopping_cart Shopee Malaysia RM189.99 shopping_cart Lazada Malaysia RM189.99

Russell Taylor PC-60 memasak makanan 70% lebih cepat berbanding memasak secara konvensional. Dengan kelebihan pelepasan tekanan sendiri, Russel Taylor PC-60 boleh mengekalkan nutrisi makanan yang dimasak. 

Penutup dalam Russell Taylor PC-60 yang mudah ditanggalkan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membersihkan dengan usaha yang kecil.

2. Philips HD2178

Pressure cooker terbaik yang mempunyai child lock system dan timer

Harga mulai RM559.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM559.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM749.00

Philips HD2178 merupakan pressure cooker yang mengutamakan keselamatan pengguna dan keluarga pengguna. 

Philips HD2178 juga menjaga nutrisi ketika kekal panas dan mempunyai inovasi dua pemegang untuk memudahkan urusan pengguna membawa dan menyimpannya. Serta Philips HD2178 mempunyai pemasa yang mudah diprogram supaya berhenti memasak pada waktu yang ditetapkan.

3. Philips HD2137

Pressure cooker terbaik yang menggunakan kaedah slow cooking

Harga mulai RM459.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM459.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM543.00

Philips HD2137 mempunyai kelebihan slow cooking pada suhu yang tinggi dan rendah untuk mengekalkan nutrisi di dalam makanan.

Ia  juga mempunyai kaedah memasak yang pintar menghasilkan pelbagai jenis makanan yang enak, bernutrisi tinggi dan memasak makanan dengan selamat serta amat mudah digunakan dengan meter LED yang besar.

4. Noxxa Multifunction Pressure Cooker

Pressure cooker besar terbaik

Harga mulai RM679.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM684.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM679.00

Pressure cooker sebesar 8L ini mempunyai pilihan utnuk memasak dengan suhu yang tinggi atau suhu yang rendah. Selain itu NOXXA Multifunction Pressure Cooker mempunyai kelebihan pengguna dapat memilih kaedah memasak dalam kuantiti yang banyak.

Ia sesuai bagi keluarga yang ramai atau rumah terbuka kerana pressure cooker ini mampu memasak makanan dalam jumlah yang besar pada satu masa.

5. Tefal RK1068

Pressure cooker terbaik yang mempunyai fungsi panas semula

Harga mulai RM140.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM140.50

Tefal RK1068 mempunyai kelebihan fungsi panas semula bertujuan untuk memanaskan kembali makanan yang sejuk atau beku. Hal ini dapat mengelakkan makanan yang sejuk atau beku daripada membazir.

Ia juga mempunyai kelebihan untuk mengekalkan suhu panas bagi suatu makanan supaya lebih tahan lama dan mengelakkan daripada makanan tersebut basi.

6. Sharp KQA60RD

Pressure cooker terbaik yang mempunyai penetapan tekanan sendiri

Harga mulai RM327.50

Sharp KQA60RD mempunyai teknologi yang mampu menetapkan tekanan sendiri secara automatik ketika memasak tanpa menyusahkan pengguna untuk menetapkan tekanan yang perlu sehingga pengguna merisaukan tekanan terlebih banyak atau teramat kurang.

Dengan keupayaan set sendiri tekanan, Sharp KQA60RD mampu menghasilkan makanan yang sihat dan enak disamping menjaminkan kaedah masakan yang selamat kepada pengguna.

7. Trio TPC-1835

Pressure cooker paling murah dan terbaik di atas api

Harga mulai RM52.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM72.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM52.90

Trio TPC-1835 merupakan pressure cooker atas api yang mempunyai 2 pemegang yang berpenebat bertujuan untuk memudahkan pengguna memegang keseluruhan pressure cooker atau memegang penutupnya sahaja di samping mengelakkan tangan pengguna mudah melecur ketika memegang Trio TPC-1835.

Tapak aluminiumnya membantu memendekkan waktu masak kerana aluminium adalah pemindah haba yang baik.

8. Elba EPC-6000SS

Pressure cooker elektrik terbaik

Harga mulai RM209.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM209.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM219.00

Elba EPC-6000SS mempunyai kapasiti sehingga 6L dengan menggunakan 1000watt tenaga sahaja. Ia  mempunyai fius terma yang akan putus jika suhu lampau mengelakkan terbakar dan litar pintas. 

Ia juga mempunyai termostat di mana pengguna boleh melaraskan suhu yang tertinggi yang dimahukan. Elba EPC-6000SS mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan yang tak diingini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecil

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!