Slow cooker memasak secara perlahan dan lebih lama pada suhu yang rendah. Kelebihan jika memasak dengan periuk ini adalah ia mengekalkan rasa dan khasiat pada makanan yang di masak sambil menjadikan makanan yang dimasak lebih empuk terutamanya ketika memasak daging dan ayam.

Memasak lebih ringkas dan mudah, anda juga boleh melakukan kerja rumah yang lain sambil-sambil memasak. Berikut beberapa jenis slow cooker yang yang boleh dijadikan panduan ketika hendak membeli.

1. Faber FGC Gourmet 10 Cooker Stew 10L

Slow cooker yang mempunyai timer – sesuai untuk ibu bekerja
Harga mulai RM345.46
Lazada MY RM345.46

Para ibu yang sibuk bekerja sudah pasti kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan untuk keluarga tetapi dengan adanya periuk bersaiz 10 liter ini segala juadah seperti bubur, sup ayam, sayur, nasi goreng, nasi tomato, nasi briyani dan lain yang ingin disediakan lebih mudah dan ringkas.

Anda tidak perlu risau untuk menunggu makanan yang di masak kerana ia mempunyai kawalan pemasa untuk jenis hidangan anda. Periuk seramik yang dijamin selamat untuk digunakan dan membuatkan setiap hidangan yang disediakan dimasak dengan betul dan sempurna.

2. Portable Ceramic Cooker Stainless Steel Electric Pot 1L

Slow cooker bagus untuk travelling
Harga mulai RM56.90
Lazada MY RM56.90

Pot masak perlahan ini bersaiz kecil dan sesuai untuk dibawa kemana sahaja dengan adanya pemegang tangan. Anda juga boleh menjadikan ia sebagai hadiah untuk seseorang. Pot ini diperbuat daripada seramik dan keluli tahan karat yang berkualiti tinggi.

Anda boleh memasak makanan seperti bubur dan sup dengan periuk memasak ini. Dengan periuk memasak secara perlahan ini, makanan yang dimasak akan terasa lebih keenakannya. Periuk ini semestinya menjadi pilihan anda ketika pergi berkelah.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Panasonic 5L Slow Cooker

Slow cooker yang tahan lama dan untuk memasak nasi
Harga mulai RM175.00
Harvey Norman Malaysia RM175.00

Jenama Panasonic merupakan jenama yang dikenali ramai. Periuk bersaiz 5 liter ini cukup sempurna untuk memasak semua jenis hidangan seperti nasi, sup sayur, bubur dan lain lagi. Ia memiliki pot seramik yang memasak masakan anda secara rata agar masakan dimasak sempurna.

Bukan sahaja itu, ia juga mempunyai suhu kawalan yang boleh diselaraskan. Ia pastinya periuk masak perlahan yang berkualiti tinggi dan tahan lama.

4. Pensonic 0.6Litre Slow Cooker PSC-82

Slow cooker yang bagus untuk bubur bayi
Harga mulai RM68.80
Lazada MY RM68.80

Apabila anak kecil anda melangkah ke umur 6 bulan sudah semestinya para ibu mahukan makanan yang terbaik untuk disediakan kepada si kecil. Dengan periuk bersaiz 0.6 liter ini, anda dapat menyediakan hidangan yang enak untuk anak anda seperti bubur nasi, ayam dan juga daging.

Periuk ini memasak dengan sempurna dengan hanya menggunakan kawalan satu butang. Dengan periuk bersaiz kecil ini, bubur dapat dimasak dengan lebih cepat dan ia juga ringan untuk di bawa kemana sahaja.

Cornell CSC-D50C Slow Cooker 5 Litre

Slow cooker watt rendah yang menjimatkan elektrik

BELI DISINI

RM 188.00

Slow cooker watt rendah yang menjimatkan elektrik

Memiliki slow cooker dari jenama ini sangat menjimatkan elektrik kerana wattnya yang rendah. Pelbagai menu masakan seperti bubur, stew dan sup dapat disediakan dengan pantas. Dari segi pembersihan, ia amat mudah untuk dicuci kerana memiliki jenis periuk yang tidak mudah melekat.

Ia bersaiz 5 liter dan memiliki penyelaras suhu auto, rendah dan tinggi. Kini pengalaman memasak anda lebih mudah dan ringkas dengan adanya periuk ini di rumah.

5. Faber 1.5L Slow Cooker FSC515

Slow cooker yang bagus dan murah
Harga mulai RM75.00
Lazada MY RM75.00

Anda mungkin mencari periuk masak secara perlahan yang berpatutan dari segi harga dan yang terbaik untuk keluarga anda. Faber Slow Cooker FSC 515 SS ini mempunyai badan keluli tahan karat yang tahan lama dan besaiz 1.5 liter. Selain itu, badan keluli tahan karat ini dapat memudahkan ia dibasuh dan dibersihkan.

Ia datang dengan periuk seramik yang boleh ditanggalkan dan juga memastikan ia tidak mudah pecah dan dapat bertahan lama ketika memasak. Periuk ini turut hadir dengan penutup kaca supaya ia tidak mudah retak di bawah haba atau apabila jatuh.

6. Khind Soup Cooker Steamer BPS-07

Slow cooker terbaik untuk mengukus
Harga mulai RM95.00
Lazada MY RM95.00

Periuk ini direka khas untuk bubur bayi, membuat sup, mengukus dan merebus. Dengan adanya fungsi preset pada periuk ini makanan dapat disediakan sebelum anda hendak pergi bekerja seperti malam sebelumnya. Manakala, pemasa pada periuk ini membolehkan anda mengawal tempoh masa masakan.

Fungsi pemanasan yang berkualiti tinggi ini memastikan makanan anda dimasak dengan menyeluruh. Ia juga menjimatkan tenaga dan tahan  lama.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!