Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Bagaimana Mengunakan Pelan Ansuran dengan 0% Interest di Lazada dan Shopee

Apabila pelan ansuran 0% interest digunakan dengan bertanggungjawab, ia dapat memberi kemudahan dan lebih banyak pilihan kepada pembeli.  Ia bukan sahaja dapat membahagikan bayaran yang besar kepada jumlah yang lebih kecil, tetapi juga tidak mempunyai sebarang cas tambahan daripada pihak bank.

Untuk menggunakan pelan ansuran, anda memerlukan kad kredit kerana debit kad tidak akan diterima.

Kami mengesyorkan kad kredit Maybank kerana kad ini adalah kad yang paling diterima luas untuk pelan ansuran ini. Bukan itu sahaja, Maybank juga menawarkan hadiah-hadiah percuma seperti earbud Edifier dan headphone bagi mereka yang memohon kad ini sekarang, hadiah akan diberi sejurus selepas kad disahkan!

Pelan ansuran ini begitu popular kini sehingga online shopping site popular seperti Lazada & Shopee juga telah menawarkan pelan ansuran mereka sendiri. Ini adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakannnya!

Pelan Ansuran 0% Interest dengan Hanya Tiga Langkah Mudah!

1. Pastikan pelan ansuran ditawarkan untuk pembelian yang ingin dibuat

Sebelum pembelian dibuat, pastikan pelan ansuran ditawarkan bagi produk yang ingin dibeli. Jika ansuran tidak ditawarkan, cuba cari penjual lain. Perlu diingatkan, pelan ansuran kebiasaannya ditawarkan bagi barangan yang bernilai RM 500 ke atas.

2.       Pastikan hanya produk yang mempunyai pelan ansuran di check-out pada satu masa.

Anda boleh meletakkan pelbagai produk di dalam cart TETAPI jangan lupa pastikan barangan yang ingin dibayar menggunakan pelan ansuran dibayar berasingan. Pilihan pelan ansuran akan terbatal sekiranya anda barangan tersebut di check-out bersama barangan lain!

 

3. Pilih tab ‘pelan ansuran’ dan checkout!

Jika langkah-langkah di atas diikuti dengan betul, anda akan dibawa ke paparan “place order” untuk mengesahkan maklumat anda. Click ‘place order’, dan di paparan seterusnya pilih ‘ansuran’. Sila sedia maklum bahawa Lazada hanya mempunyai sokongan kad kredit Maybank buat masa ini. Shopee pula menyokong kad Maybank dan Public Bank.

Sila isi maklumat anda, pilih tempoh bayaran (berapa lama tempoh untuk bayaran penuh dilangsaikan) dan teruskan membuat bayaran! Kad anda akan di charge pada setiaa hujung bulan dengan nilai bulanan yang telah ditetapkan.

Bonus Life-Hack

Salah satu tips kegemaran kami adalah untuk menggunakan pelan ansuran dengan 0% interest supaya anda dapat menggunakan wang tunai lumpsum tersebut di simpanan lain. Dengan kata lain, anda akan mendapat wang percuma daripada bank!

Cuma pesanan kami, gunakanlah pelan ini dengan berpada-pada dan elakkan daripada berbelanja untuk sesuatu yang anda tidak mampu untuk mengelakkan hutang yang tidak perlu.