X
X

Fesyen

1. FashionValet

Khas bagi muslimah yang sentiasa in trend

Bagi muslimah lebih- lebih lagi yang bertudung, anda pasti tidak mahu ketinggalan membeli pelbagai baju, busana dan shawl untuk digayakan pada tahun baru nanti di FashionValet.

Sempena 12.12 ini, ambil peluang untuk membeli pelbagai jenama popular dan berkualiti tinggi seperti dUCk, lilit, aeres dan sebagainya pada harga yang jauh daripada biasa.

2. Zalora

Untuk mereka yang trendy dan 'on point'

Menawarkan beratus-ratus rangkaian produk berjenama daripada skincare, fesyen sehinggalah kosmetik, Zalora sentiasa menawarkan potongan harga dan diskaun yang mampu membuatkan anda terduduk dan termenung jika melepas.

Perlu diingatkan untuk membuat pembelian selaju mungkin pada sale 12.12 ini kerana berdasarkan pengalaman penulis sendiri, produk di site ini memang laku keras dan akan sold out dengan sepantas kilat.

 

3. JD Sports

Untuk penggemar street style dan laid-back

Sneakers atau sports shoe memang selesa dan versatil, malangnya harganya kadangkala memang melampau dan tak masuk akal.

Apa kata sempena 12.12 ni, anda dapatkan berpasang-pasang kasut baru daripada jenama Adidas, Nike, Vans dan banyak lagi di JD Sports untuk digayakan pada tahun baru yang bakal menjelang. Anda pasti akan tampak lebih ranggi dan mengancam.



Kecantikan & Kesihatan

4. Hermo

Terbaik untuk borong makeup lokal dan international

Perhentian wajib bagi penggemar barangan makeup dan skincare jenama luar negara dan lokal. Beli-belah tanpa was-was di Hermo pada 12.12 ini kerana lebih daripada 9000 produk yang ditawarkan adalah 100 peratus dijamin original.

Anda juga boleh memulangkan pembelian dalam tempoh 7-14 hari jika tidak berpuas hati dengannya. Berbelanja lebih daripada RM 50 dan nikmati penghantaran percuma.

5. Watsons

Untuk barangan skincare, makeup dan kesihatan daripada drugstore

Jenama kegemaran kaki borong drugstore. Dapatkan barang kesihatan dan kecantikan daripada jenama terkemuka lokal dan international sehingga 50% lebih murah daripada harga pasaran di sini.

Watsons turut menawarkan perkhidmatan self pick-up di store. Ambil sendiri pembelian anda di store yang berhampiran tanpa perlu berbelanja lebih untuk pengeposan atau belanja minima RM 150 untuk penghantaran percuma (terhad kepada 3 kg. RM 1 untuk setiap kg seterusnya).

6. Althea

Untuk penggemar K-beauty atau skincare dan makeup Korea

Untuk anda yang gilakan makeup dan skincare Korea atau K-beauty, ini online shopping site terbaik untuk anda. Kini anda tidak perlu lagi gigih menggunakan google translate dan berbelanja beratus ringgit untuk pengeposan dari luar negara.

Miliki jenama-jenama Korea yang sukar didapati di Malaysia seperti April Skin, Moonshot, SOME BY MI dan banyak lagi dengan harga runtuh di Althea pada 12.12 ini. Pengeposan dari Korea mengambil masa kira-kira 15 hari dari tempoh pembelian dilakukan.

7. Sephora

Terbaik bagi jenama skincare dan makeup international

Satu lagi jenama yang tidak asing dalam kalangan penggemar makeup dan skincare. Syurga ‘high-end’ makeup ini menawarkan pelbagai jenama terkemuka di seluruh dunia seperti Naked, Benefits, Tarte dan banyak lagi.

Daftar sebagai ahli kad Sephora GOLD/ BLACK/ WHITE sekarang untuk menikmati pelbagai manfaat sebagai ahli pada jualan 12.12 ini.


Aktiviti & Pelancongan

8. Klook

Beriadah sambil berjimat bersama keluarga dan rakan-rakan

Bagi mereka yang gemar melancong atau melakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakan atau keluarga, pastikan anda membeli tiket penginapan, pengangkutan atau tiket entry untuk menyertai pelbagai aktiviti di Klook yang menyajikan pelbagai diskaun dan tawaran hebat pada 12.12 ini.

9. Expedia

Bagi kaki travel yang mahukan bajet travel

Satu lagi site yang wajib dikunjungi oleh para traveler, jetsetter dan backpackers. Reward diri anda dengan trip vacation sempena hujung tahun ini setelah berhempas pulas bekerja sepanjang tahun.

Dapatkan tawaran dan diskaun terhebat untuk tiket penerbangan, pengangkutan dan accommodation di Expedia sempena 12.12 ini. 


Elektronik dan Gajet

10. Harvey Norman

Terbaik untuk tech geeks dan peralatan rumah elektronik

Jika tidak puas membeli- belah barangan elektronik, tech dan gadget di Lazada dan Shopee pada 12.12 ini, apa kata anda cuba nasib di Harvey Norman.

Selain daripada penghantaran percuma dengan belian RM 200 ke atas, anda juga boleh membeli produk yang anda idamkan dengan ansuran tanpa bunga.

 



Online Mall

11. Qoo10

Online mall yang versatil

Kebanyakan daripada kita di Malaysia gemar ke pasar malam kerana boleh mendapatkan pelbagai produk di satu tempat. Konsep yang sama digunakan Qoo10 untuk penggemar online shopping.

Jimat kaw-kaw pada 12.12 ini untuk produk dari pelbagai kategori seperti peralatan rumah, peralatan dan makanan kanak-kanak dan bayi, makanan dan pelbagai lagi.

 

12. PrestoMall

Online mall serba lengkap seperti Lazada dan Shopee

Dahulu dikenali sebagai 11 street, Prestomall juga menawarkan konsep yang sama dengan Shopee, Lazada dan Qoo10. Jika barangan yang anda inginkan tidak lagi available di website yang lain, anda mungkin ingin mencuba nasib di site berkonsepkan mall ini yang menawarkan pelbagai barangan daripada makanan sehinggalah kelengkapan rumah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih! 

 

 

End of Article
Selengkapnya 12.12 Online Revolution

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!