Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Cerek Elektrik di bawah RM100 yang Masak Air Dengan Cepat

Menikmati secawan teh bersama keluarga kini lebih mudah.

Di zaman yang serba moden ini semestinya ramai yang lebih memilih untuk menggunakan cerek elektrik berbanding cerek dapur gas. Anda ingin berkejar masa ke tempat kerja tetapi mahu minum secawan kopi dahulu? Cerek elektrik murah ini memudahkan anda untuk memasak air panas dengan pantas. Jika di hujung minggu anda banyak meluangkan masa bersama keluarga, penyediaan minuman panas tidak lagi menjadi masalah.

Anda boleh dapatkan cerek elektrik dalam harga mampu untuk dimiliki serta berkualiti tinggi malahan ia lebih tahan lama dan berfungsi dengan baik. Berikut beberapa cerek elektrik yang murah mungkin menarik minat anda.

Cerek elektrik jenis plastik – tahan lama dan berkualiti tinggi
mulai
RM89.99
Semak ELECTROLUX 1.5L Electric Kettle EEK1303W harga dibawah:

Kini, menyediakan minuman panas kesukaan anda lebih mudah kerana Electrolux mengeluarkan cerek yang bukan sahaja ringan tetapi juga membuatkan pengisian air lebih mudah dengan bantuan penutup satu tangan untuk membukanya. Didatangi dengan pemanas asas swivel tanpa kabel dan wayar supaya penggunaan cerek ini lebih mudah dan selamat. 

Dengan mempunyai sukatan paras air dan memiliki penapis yang boleh ditanggalkan, ianya memudahkan anda membersihnya. 

Cerek elektrik bermaterial besi tahan karat
mulai
RM99.00
Semak KINGSMAN Sincero SEK-10 Electric Jug Kettle 1.8L harga dibawah:

Produk dari jenama terbaru di pasaran, Kingsman hadir dengan cerek bercirikan reka bentuk besi tahan karat yang bergaya serta dapat mendidihkan air dengan cepat dan cekap. Dengan hanya menekan satu butang, tudung cerek akan terbuka untuk memudahkan anda mengisi air. 

Berfungsi secara automatik, anda hanya perlu menekan satu butang pada cerek ini dan ia sedia untuk mendidihkan air kurang daripada masa 3 minit sahaja.

Mudah untuk anda menyediakan susu buat si kecil atau menyediakan minuman petang dalam masa yang cepat dan ringkas. 

Cerek elektrik sesuai untuk pelajar yang tinggal di asrama
mulai
RM53.00
Semak ELBA 1.7L Jug Kettle EJK-D1719WH harga dibawah:

Cerek Elba ini mempunyai kapasiti yang agak besar dan juga berbaloi dari segi harganya. Produk ini yang memiliki ciri keselamatan hadir dengan tempat pemanas swivel iaitu tanpa wayar. Manakala, elemen pemanasnya pula diperbuat daripada keluli tahan karat ini bagi memastikan kualiti air yang dipanaskan terjamin bersih dan mengurangkan risiko kemalangan. 

Cerek ini sesuai untuk anda yang ingin memasak air dalam kapasiti besar dan ianya selalu menjadi pilihan hotel-hotel, juga diletakkan di pejabat serta bersesuaian untuk para pelajar yang tinggal di asrama.

Cerek elektrik mini – dengan kapasiti air yang lebih kecil
PENSONIC
mulai
RM93.00
Semak PENSONIC 1.2L Kettle PEN-PMC1201 harga dibawah:

Cerek mini ini bukan sahaja kecil tetapi juga ringan dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ianya mempunyai penyelaras kawalan suhu dan anda boleh mendidih air mengikut tahap kepanasan yang diingini. 

Bukan hanya itu, ia juga cerek yang tahan lama dan memiliki pemegang jenis plastik, tidak mudah panas serta selamat untuk digunakan. Menyediakan secawan kopi kini lebih mudah di mana sahaja dengan adanya cerek ini. 

Cerek elektrik jenis stainless steel - tahan lama dan tidak mudah karat
mulai
RM75.99
Semak PHILIPS Jug Kettle HD9303 (1.2L) Stainless Steel Jug harga dibawah:

Philips, cerek yang memiliki sensor wap, didih dan dapat mencegah air daripada mendidih dengan terlalu panas. Cerek ini juga ringan dan mudah untuk pengisian air dengan hanya perlu menekan satu butang sahaja. 

Cerek yang diperbuat daripada keluli tahan karat ini bukan sahaja tahan lama, malahan ia juga ringan untuk diangkat. Ianya lebih memudahkan penuangan air kerana hadir dengan pemegang cerek yang tidak licin. Terkenal dalam peralatan perkakas dapur, Philips dijamin atas kualitinya.

Cerek elektrik kecil – bersaiz kompak dan menjimatkan ruang
mulai
RM46.00
Semak FABER 1.7L Kettle FBR-FCK186 harga dibawah:

Menyediakan air panas kini bukan sahaja cepat tetapi juga ringan dan mudah untuk digunakan. Ianya cerek dari jenama Faber, mempunyai ciri penutup tudung yang berkunci untuk memastikan keselamatan anda ketika menuang air panas. 

Dilengkapi dengan penyukat air untuk memudahkan anda mengisinya agar tidak terlalu penuh sehingga melebihi tahap maksimum cerek . Kini dengan cerek ini anda boleh nikmati secawan teh setiap hari untuk minum petang anda.

Cerek elektrik dengan rekaan moden
mulai
RM119.00
Semak LEBENSSTIL Kollektion Pyramid Kettle LKAB-604SS harga dibawah:

Cerek Lebensstil ini memiliki reka bentuk yang unik dengan kemasan bercirikan moden. Dengan memiliki pemegang yang tahan daripada haba panas dan cengkaman yang stabil ketika penuangan untuk memastikan keselamatan anda terpelihara. Cerek elektrik ini juga mempunyai lampu penunjuk untuk memudahkan anda mengetahui apabila air sedang mendidih. 

Cerek ini bersesuaian dengan ruang dapur yang berkonsepkan moden, nikmati minuman panas kegemaran anda dengan kadar segera.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article