Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Sediakan Juadah Di Pagi Syawal Dengan 10 Hidangan Instant Hari Raya Ini

Elakkan kelam kabut dipagi raya!

Product in this article

Sedar tak sedar, bulan Ramadhan sudahpun berada dipertengahannya. Ini bermaksud umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Walaupun rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri kali ini dalam keadaan terkawal akibat PKPB, ianya tidak seharusnya mematahkan semangat kita. 

Memadailah jika kita menyambut dalam keadaan bersederhana. Sambutan Hari Raya kali ini harus dilakukan dengan penuh waspada kerana harus diingatkan bahawa wabak COVID-19 belum pulih sepenuhnya.

Mengapakah Hari Raya Aidilfitri disambut?

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah simbolik kemenangan setelah satu bulan berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga serta meninggalkan laranganNya. Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita untuk mengenakan pakaian baru semasa Hari Raya. Walaupun begitu, sifat kesederhanaan haruslah kita terap dalam diri kerana Hari Raya bukannya hari untuk bermewah.

Justeru itu, memandangkan kita akan beraya dalam suasana yang lebih santai dan dikalangan ahli keluarga terdekat sahaja, tidak perlulah kita memasak dengan banyak. Inilah masanya untuk kita mengurangkan masa didapur setelah bertahun-tahun melakukan persediaan Aidilfitri dengan meriah.

Kali ini, apa kata kita cuba makanan instant ataupun segera yang boleh didapati di pasaraya dan secara online. Ayuh lihat senarai makanan instant yang boleh disediakan dengan cepat dan ringkas;

10 Makanan Segera Untuk Sambutan Hari Raya

Dodol Panas (Asli Gula Melaka, Durian, Pandan, Strawberry, Wajik Sirat)

RM 5.39

Buat penggemar dodol, ini untuk anda. Dodol ini diperbuat daripada gula melaka asli untuk memberi rasa yang unik itu. Berbeza daripada dodol yang diperbuat dari gula pasir, dodol ini 100% asli dan bebas pewarna serta perasa tiruan. Anda boleh pilih daripada perisa asli gula melaka, durian, pandan, strawberry atau wajik sirat. Pasti anak-anak pun menggemarinya.

Nona Lemang (5pcs)

RM 6.75
2. Nona Lemang (5pcs)
Lemang segera enak yang boleh didapati melalui online

Tak perlu susah-susah cari buluh untuk bakar lemang. Hanya rebus lemang instant Nona selama 45 minit dan tambahkan santan untuk rasa lebih umph! Lemang enak dimakan bersama apa jua jenis lauk antaranya ialah kari ayam dan rendang. Hari Raya tak lengkap tanpa lemang tau!

Kukimon Cookies Super Pack (150g)

RM 12
3. Kukimon Cookies Super Pack (150g)
Biskut raya coklat untuk kanak-kanak, buatan Muslim

Biskut dari Kukimon ini adalah biskut coklat butterscotch premium homemade. Ianya diperbuat daripada 100% mentega tulen, cip coklat Belgium dan bahan berkualiti tinggi tanpa pengawet tambahan. Bahan premium ini memberi rasa biskut yang unik dan istimewa, teksturnya crunchy dan crispy yang memuaskan dalam setiap biskut! Siapa yang tak suka biskut cip coklat kan?

Salsabila Nasi Himpit (45gm x 5pcs)

RM 12
4. Salsabila Nasi Himpit (45gm x 5pcs)
Nasi impit yang lembut dan bebas bahan kimia

Dapatkan nasi impit Salsabila untuk dimakan dengan kuah kacang kegemaran anda. Ianya bebas dari plastik beracun kerana dibungkus dengan kain. Nasi impit ini sangat mudah untuk disediakan. Tak perlu tambah apa-apa perisa lagi. Untuk anda yang menggunakan periuk tekanan tinggi (pressure cooker), boleh rebus nasi impit selama 25-30 minit sahaja.

Brahim's Nasi Briyani Ayam

RM 11.5
Brahim's
5. Brahim's Nasi Briyani Ayam
Briyani ayam yang simple dan menjimatkan masa penyediaan

Untuk anda yang beraya berdua sahaja akibat tidak dapat pulang ke kampung, apa kata cuba hidangan nasi briyani ayam ini. Ianya menggunakan beras Basmathi gandum panjang yang dimasak dengan ayam tanpa tulang dan rempah aromatik. 

Hanya perlu microwavekan pek makanan selama 2 minit atau letakkan di dalam air mendidih panas selama 8 minit. Siap untuk dihidang!

Serunding Daging Ori Kelantan

RM 15
6. Serunding Daging Ori Kelantan
Serunding daging original dari Kelantan dan dijamin kelazatannya

Serunding merupakan makanan popular di Semenanjung Malaysia ketika Hari Raya. Ini kerana pembuatan serunding tertumpu di sana. Jadi apa kata kita cuba serunding dari Kelantan ini. Ianya dijamin enak dan menepati citarasa ramai. Gandingkan serunding dengan nasi impit atau lemang, pasti makan bertambah-tambah.

Jamilah Mansor Sambal Kuah Kacang Instant (500gm)

RM 13.8

Kuah kacang antara juadah yang remeh untuk disediakan. Ianya memerlukan bahan yang banyak serta masa penyediaan lebih panjang. Selain itu, teknik memasak kuah kacang juga tidaklah mudah. Kini, dengan kuah kacang instant ini, cuma tambah air panas untuk dibancuh. 

Ianya sedia untuk dihidangkan bersama sayur-sayuran dan sesuai dijadikan kuah kacang untuk cucur udang atau nasi impit. Satu paket kuah kacang ini cukup untuk jamuan 15 orang.

Kek Lapis Original Sarawak

RM 15.12
8. Kek Lapis Original Sarawak
Kek lapis Sarawak famous dengan aneka jenis pilihan ramai

Selain lapisan cantik tersusun dan berwarna-warni, kek lapis Sarawak mempunyai karakter yang tersendiri dan ianya tidak mudah untuk ditiru. Pemilihan butter juga amat penting agar tidak mempengaruhi rasa kek. Kek lapis original dari Sarawak ini menggunakan resepi turun temurun untuk rasa yang asli. 

Anda boleh pilih dari perisa coklat, cheese, durian dan banyak lagi. Order cepat sebelum kehabisan stok!

Pakchips Raya Giftbox

RM 30
9. Pakchips Raya Giftbox
Kerepek popular yang harus dihidangkan setiap kali Hari Raya

Tak lengkaplah meja hidangan tanpa kerepek dihari raya. Untuk anda yang tidak pasti mahu memilih, dapatkan kerepek nangka dan pisang ini. Ianya bukan sahaja enak malah pembuatannya tidak menggunakan garam atau gula tambahan. Kerepek ini 100% asli dan anda tak perlu risau untuk menghabiskan satu balang!

Rendang Cinta Hati by @NAZIAMUSTAFAR

RM 45
10. Rendang Cinta Hati by @NAZIAMUSTAFAR
Rendang yang enak – tidak perlu menunggu berjam-jam di dapur

Jika anda hendak tahu, memasak rendang memerlukan masa yang lama agar daging menjadi empuk. Tapi, raya kali ini order saja rendang enak dari Nazia Mustafar ini. Anda boleh memilih antara rendang daging, paru atau istimewa. Jika diletak di dalam freezer, rendang boleh tahan selama 4 bulan. Apa yang pasti adalah, daging yang digunakan adalah premium dan segar!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article