Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tak Semua Gelatin Halal?? Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gelatin Halal

Gunakan gelatin tanpa rasa was-was

Gelatin boleh ditemukan di dalam kebanyakan makanan dan manisan seperti marshmallow, sumi, kek, gula-gula jeli dan juga kapsul ubat. Perkataan gelatin diambil dari bahasa Latin ‘gelatus’ yang membawa maksud keras. Gelatin merupakan bahan semula jadi dalam bentuk protein yang dihasilkan daripada kolagen. 

Kolagen ini diperolehi daripada kulit, tulang atau ligamen haiwan seperti lembu, kerbau, ikan atau dankhinzir. Sudah pasti ramai yang masih was-was sama ada gelatin halal ataupun tidak.

Adakah gelatin halal atau haram?

Status gelatin sama ada halal atau haram bergantung kepada:

  • Sumber gelatin
  • Proses pengeluaran
  • Status kebersihan
  1. Gelatin adalah halal sekiranya sumber haiwan yang digunakan dalam pengeluarannya adalah daripada haiwan yang halal dimakan dan haiwan tersebut telah melalui proses sembelihan mengikut syariat Islam. 
  2. Gelatin halal hanya didatangkan dalam bentuk serbuk seperti gula pasir atau gula perang tetapi lagi jernih sedikit warnanya dari gula perang dan lebih kuning sedikit dari gula pasir. Ia juga sedikit halus dari gula pasir tapi lebih kasar dari gula kastor.
  3. Sebagai pengguna Muslim, pengguna haruslah bijak dalam memastikan label produk yang dibeli mempunyai logo dan sijil halal yang telah diiktiraf JAKIM. 

Apakah kegunaan dan fungsi gelatin?

Gelatin boleh digunakan sama ada sebagai bahan ramuan atau kondisioner makanan dalam industri pemprosesan makanan.

FUNGSI

CONTOH

Agen penstabilan

Produk hasilan daging seperti sosej

Agen pemekat

Makanan bersos

Agen pembuih

Produk susu proses

Agen pengikat

Produk daging

Agen pelekat

Gula-gula dan produk jenis ini

Pengemulsi 

Anti pembuih

Agen pelembut

Produk bakeri / ais krim

Agen pembentuk/konsistensi

Gula-gula dan produk jenis ini

Agen pelapis

Produk buah-buahan

Memperbaiki struktur dan kestabilan

Yogurt, ais krim, dadih, keju, mentega

Penjernih 

Produk minuman bersari buah

Pembentukan, pengerasan, kekentalan

Sarung kapsul ubat-ubatan

Bagaimanakan menggunakan serbuk gelatin?

Untuk menggunakan serbuk gelatin, ikuti langkah dibawah:

  • Letakkan air di dalam mangkuk yang kecil. Boleh gunakan air biasa atau air paip.
  • Taburkan gelatin perlahan-lahan di atas air dan biarkan ia kembang dalam anggaran masa 10 minit.
  • TIPS : Gelatin yang kembang akan kelihatan berbiji-biji dan seakan-akan jelly.
  • Seterusnya, gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk mencairkan gelatin. Masukkan air di bahagian periuk bawah dan biarkan air mendidih.
  • Setelah air mendidih, tuang gelatin yang sudah kembang ke dalam mangkuk berasingan dan masukkan mangkuk ke dalam periuk tadi.
  • Kacau gelatin sehingga ia cair. 
  • Pastikan gelatin sudah suam sebelum masukkan ke dalam adunan masakan.

Kini anda pasti sudah faham dan tahu akan asal-usul, fungsi dan cara untuk menggunakan gelatin. Jom ikuti senarai gelatin halal yang anda boleh order secara online;

4 Serbuk Gelatin Halal Dan Dijamin Selamat

Gelatin halal untuk membuat manisan seperti agar-agar / pudding jelly
Semak Halal Gelatin Powder – 150Bloom harga dibawah:

Gelatin ini pilihan terbaik untuk membuat manisan seperti gummy, jelly dan bermacam lagi. Ianya merupakan gelatin bovine yang disahkan halal oleh JAKIM. Kini anda boleh meembuat manisan sendiri di rumah untuk hidangan pada hari raya nanti.

Gelatin halal sesuai untuk si kecil
Semak QP Halagel Gelatin Tanpa Perisa (21gm x 5 sachets) harga dibawah:

Gunakan gelatin halal daripada Halagel ini tanpa was-was. Ianya bebas dari bahan pengawet seperti pewarna dan perisa tambahan, sesuai untuk hidangan si manja. Ibu-ibu bolehlah tunjuk skill membuat kek atau manisan untuk si kecil dengan gelatin ini.

Gelatin halal untuk membuat kek agar tampil lebih fluffy
Semak Gelatin Halal harga dibawah:

Gelatin halal ini jenis jernih, tiada pewarna dan perisa tambahan. Ianya sesuai untuk baking kek terutamanya jika anda inginkan bentuk kek anda tahan lama dan tampak fluffy. Gelatin ini diyakini halal dan sedia untuk digunakan.

Gelatin halal untuk inti pastry
Semak Pastry Pro Gelatine Powder 150 Bloom harga dibawah:

Jika anda gemarkan pai atau pencuci mulut berasaskan pastry dengan inti krim, anda boleh gunakan gelatin ini. Ianya akan memberi konsistensi yang cantik untuk krim pastry anda. Bolehlah bake pai kastad untuk berbuka. Yang pastinya, dijamin selamat dan halal!

End of Article