Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Mee Halal Yang Wajib Anda Cuba Untuk Hidangan Berbuka Seisi Keluarga

Jemu dengan hidangan nasi? Cuba juadah berasaskan mee pula!

Untuk sesetengah orang, hidangan mee adalah makanan pilihan ketika berasa jemu nak makan nasi. Memasak mee menjimatkan masa kerana ianya tidak memerlukan dua atau tiga hidangan lauk yang lain. Lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadhan ini, hidangan mee boleh dijadikan makanan ketika bersahur. Antara menu boleh kita cuba adalah mee goreng mamak, yee mee sup bebola ikan dan banyak lagi.

Bagaimanakan cara yang betul untuk mencelur mee?

Hidangan seperti mee kari atau mee rebus memerlukan kita mencelur mee terlebih dahulu. Untuk memastikan mee tidak terlalu lembik dan melekat, ikuti langkah dibawah:

  • Celur mee di dalam air mendidih selama 2 minit.
  • Setelah mee ditoskan, gaul 1 - 2 sudu minyak sayur atau minyak zaitun ke dalam mee.
  • Tips: Boleh tambah minyak di dalam air rebusan dan skip langkah kedua.

Tanpa membuang masa ayuh kita lihat jenis-jenis mee yang dijamin Halal untuk dicuba dalam bulan Ramadhan ini!

10 Mee Halal Terbaik Sepanjang Masa 

Mee kuning halal untuk hidangan bersama bakso
Semak Numee Mee Kuning harga dibawah:

Mee kuning keluaran Gardenia ini pasti memudahkan anda untuk memasak. Ianya melalui proses pempasteuran untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma yang mempercepat kerosakan makanan. Mee kuning NuMee juga tiada bahan pengawet tambahan dan kurang minyak. Bolehlah memasak mee kari untuk berbuka puasa nanti!

Menu berbuka hari ini mee laksa Penang
Semak Laksa Beras Sufi harga dibawah:

Laksa Penang sebenarnya tersenarai dalam 50 makanan tersedap di dunia. Ianya mudah untuk disediakan dan sesuai untuk majlis keramaian ataupun sekadar makan-makan bersama keluarga. Kualiti mee laksa haruslah yang terbaik kerana ianya mempengaruhi keseluruhan juadah. Dengan laksa beras ini anda hanya perlu rebus dan hidangkan bersama kuahnya.

Mee kolok Kuching halal pilihan terbaik, sekali-sekala tukar selera
Semak Mee Kolo Sarawak harga dibawah:

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, anda pasti kenal dengan mee kolok. Kebiasaannya, mee kolok disajikan dengan sup dan kicap untuk menjadikan hidangan lebih gelap dan menambah rasa masinnya. Hidangan ini juga dilengkapi dengan daging cincang yang banyak, dihiasi dengan daun bawang dan bawang goreng untuk melengkapkan rasa.

Mee wantan halal – sesuai untuk hidangan steamboat
Semak Oven Dried Egg Wantan Noodle harga dibawah:

Hidangan mee wantan biasanya disajikan dalam wantan ayam atau udang, dihiasi dengan sayur-sayuran berdaun seperti kailan. Anda boleh memilih untuk menikmati dengan sup atau kering. Untuk malam steamboat pula, mee wantan boleh dijadikan pengganti nasi. 

Hanya rebus didalam air mendidih selama 3 minit untuk tekstur yang betul. Ianya sesuai untuk vegetarian dan tidak mengandungi bahan pengawet.

Yee Mee halal pilihan terbaik untuk hidangan sizzling
Semak Murni Yee Mee harga dibawah:

Anda yang menggemari sizzling mee harus mencuba sendiri dirumah. Dengan yee mee segera ini anda boleh cuba skill memasak sizzling ayam cendawan seperti di kedai. Selain hidangan sizzling, yee mee juga boleh disajikan dengan sup bebola ikan ataupun digoreng seperti menggoreng mee kuning. Untuk hidangan sebegini, hanya celur mee sebentar sebelum digoreng.

Mee pok halal pilihan terbaik dan sesuai sebagai hidangan berbuka
Semak Kuching Mee Pok harga dibawah:

Mee pok merupakan makanan terkenal dikalangan masyarakat Cina, dimana ianya mudah untuk dibezakan kerana rupa mee yang nipis dan berwarna kuning, seakan-akan pasta fettucine. Anda boleh cuba hidangan mee pok kering dan digandingkan dengan daging ayam cincang serta cendawan kulat shitake yang dicampur kicap dan sos tersendiri.

Mee tarik halal sesuai untuk hidangan anak-anak dan lulus diet
Semak Fatboi Mi Tarik Noodle Produk Bumiputera harga dibawah:

Mee Tarik Fatboi ini terkenal dikalangan ibu-ibu kerana ianya sesuai untuk anak-anak kecil. Ianya boleh didapati dalam 3 perisa berbeza iaitu labu, oat dan asli. Anda boleh sediakan pelbagai jenis hidangan dengan mee tarik ini antranya mee goreng dan aglio olio. Ianya tidak mengandungi lemak trans, jadi diet anda tidak akan terganggu.

Mee sayur halal yang sesuai untuk pesakit diabetes dan kanak-kanak
Yumny
Semak Yumny Dried Noodles harga dibawah:

Anak kecil juga seperti kita, kadang-kala jemu dengan hidangan nasi. Kini, ibu boleh sediakan hidangan mee tanpa khuatir dengan bahan-bahan dalam mee ini. Mee Yumny ini menggunakan sayuran sebenar yang dirawat. Ini penting kerana sayuran mungkin terdedah dengan racun perosak. 

Tepung pula menggunakan tepung tanpa bahan peluntur. Ianya rendah kandungan protein dan bebas dari iodin tambahan. Adalah diingatkan bahawa mee ini mengandungi telur. Justeru ibu harus memastikan si kecil tidak mempunyai alahan terhadap telur.

Pan mee halal – sesuai dihidangkan bersama sup atau cili
Semak Yoy Natura Pan Mee harga dibawah:

Jika kita sebut sahaja pan mee, pasti kita teringatkan cili pan mee yang popular. Namun, pan mee juga boleh dinikmati dengan sup. Pan mee segera ini memudahkan kita untuk menyediakan juadah. Anda boleh olah hidangan mengikut kreativiti anda. Ianya 100% asli dan tidak menggunakan minyak.

Ramen halal pilihan terbaik – sesuai untuk hidangan oden
Lohas
Semak Lohas Organic Ramen harga dibawah:

Ramen merupakan makanan mi segera di Korea. Ianya selalu dijual lengkap dengan perencah sekali. Namun, jika anda inginkan ramen untuk hidangan lain seperti oden, boleh cuba ramen segera organic ini. Ianay diperbuat dari bahan berkualiti dan tepung tanpa peluntur. Antara perisa yang popular adalah ramen kimchi dan ramen beras perang.

End of Article