Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Nikmati Kemanisan Ramadan Dengan 10 Resepi Pencuci Mulut Ini

Tak best tanpa pencuci mulut

Product in this article

Waktu PKP ini, mesti masing-masing pun pening kepala nak berbuka puasa apa lah agaknya ya. Iyalah, dah biasa ke bazaar ramadhan kan. Tetapi, walaupun musim puasa tahun ini tak dapat menikmati juadah bazaar ramadhan, kita masih boleh cuba untuk menyediakan juadah sendiri. 

Tambahan pula, kuih-kuih Melayu bukanlah mudah untuk dibuat sendiri bagi yang baru ingin mencuba. Yang penting, jangan lupa untuk mencubanya!

Adakah e-bazar akan dilaksanakan semasa MCO?

Setakat ini, hanya negeri Selangor sahaja yang telah melancarkan e-bazar secara rasmi dibawah nama Platform Selangor dan juga Grab Selangor. MYEG juga memperkenalkan platform perkhidmatan makanan dalam talian yang diberi nama Nak Makan dan akan menganjurkan e-bazar ramadhan yang boleh didapati sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan seluruh Selangor. 

Kalau dah malas hendak menggunakan khidmat delivery, apa kata cuba buat dessert untuk dijamah selepas selesai berbuka? Ayuh lihat resepi-resepi yang boleh anda gunakan untuk pencuci mulut;

10 Resepi Untuk Pencuci Mulut (Dessert) Selepas Berbuka

1. Kek Batik Cadbury

View this post on Instagram

A post shared by @resepi.sis on

Sesuai sangat buat resepi ni kalau tengah mengidam coklat! Lagi-lagi kek batik ini menggunakan topping coklat Cadbury. Pasti menjadi kegemaran ahli keluarga anda yang inginkan manisan selepas selesai berbuka. Lagi-lagi jika yang ada anak kecil.

Bahan-bahan kek batik:

  • 2 bungkus biskut marie
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • Setengah cawan serbuk koko
  • Setengah cawan air masak
  • 1 cawan milo
  • 2 biji telur
  • 200gm butter

Cara-cara:

  • Cairkan butter dan campurkan susu pekat, milo dan serbuk koko. Gaul sehingga sebati.
  • Gaulkan telur dan kacau sehingga sebati menggunakan api perlahan.
  • Masukkan air dan kacau sehingga rata.
  • Kemudian masukkan biskut marie yang telah dipatahkan lebih kecil atau anda juga boleh menyusun biskut tersebut ke dalam loyang untuk tampak tersusun
  • Masukkan adunan kek batik ke dalam loyang dan sejukkan.

Bahan-bahan topping coklat Cadburry:

  • 70gm Cadburry
  • 300 ml whipping cream anchor
  • 300gm coklat susu

Cara-cara:

  • Cairkan coklat susu dan coklat Cadbury dengan menggunakan kaedah double boil.
  • Masukkan whipping cream dan kacau sehingga rata. 
  • Tuang ke atas kek batik dan sejukkan. Dah boleh dihidang!

Cadbury Dairy Milk Chocolate (165g x 2)

RM 17

Hwa Tai Marie Biscuit

RM 4.5

2. Resepi Donut Gebu Foolproof!

View this post on Instagram

A post shared by @ezlynkhld_ on

Sedapnya menjamu donut gebu sebagai pembuka selera ketika waktu berbuka puasa. Resepi donut yang ini disalut dengan gula icing. Anda juga boleh menggunakan topping kesukaan anda seperti coklat ataupun caramel. Ikut kreativiti sendiri!  

Bahan-bahan:

  • 500gm Tepung Gandum
  • 2 tbsp Butter/Marjerin
  • 1 tbsp Susu Pekat
  • 11gm Yis
  • 60gm Gula
  • 2 biji telur
  • Air Secukupnya

Cara Cara:

  • Bancuh terlebih dahulu yis dan tunggu sehingga 10 – 15 minit sehingga berbuih.
  • Campur bahan seperti gula, susu pekat dan air ke dalam bekas adunan. Masukkan air lebih kurang 150-200ml. 
  • Satukan tepung gandum, marjerin & susu tepung. Gaul rata sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti/breadcrumb.
  • Pecahkan telur & kacau rata di dalam bekas berasingan. Kemudian masukkan ke dalam adunan yis yang telah kembang tadi. .
  • Masukkan adunan telur + yis tadi dalam adunan tepung dan uli rata sehingga sebati.
  • Kemudian, tutup dengan kain lembap. Selama 45 minit – 1 jam.
  • Selepas diperap selama 1 jam atau sehingga doh betul-betul kembang, anda boleh bentukan bulat bulat dan digoreng!

Mauri-pan Instant Yeast

RM 2.45

3. Pudding Roti Lembut

View this post on Instagram

A post shared by cik jatt (@cikjatt_khalid) on

Sangat sesuai jika anda masih mempunyai lebihan roti yang anda ingin habiskan cepat. Resepi ini sedikit unik kerana pudding rotinya tiada topping kismis ataupun gula dan menggunakan santan. Jadi rasa pudding roti ini sangat berlemak manis dan unik!

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 2 cawan santan 
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula 
  • 2 biji telur
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

  • Potong roti bentuk kiub. Rendam dalam 2 cawan santan. Ketepikan.
  • Blend sekejap bahan-bahan lain sehingga sebati.
  • Campurkan ke dalam roti tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Tuang dalam loyang yang dialas baking paper.
  • Bakar suhu 180C selama 45 - 60 minit. Boleh dibakar lama sedikit untuk dapatkan topping yang crunchy dan isi dalam masih lembut.Boleh juga taburkan gula dan kismis.

Ayam Brand Coconut Milk (200ml)

RM 3

4. Apam Balik Jagung Berkrim

View this post on Instagram

A post shared by MISSNICK KITCHEN (@missnick.kitchen) on

Resepi ini sangat versatil sebab anda boleh masak ikut ketebalan yang anda suka. Nak buat yag crispy pun boleh ikut resepi ini. Mudah dan ringkas sahaja untuk santapan anda sekeluarga sambil menonton televisyen selepas selesai Tarawikh.

Bahan-Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan-Bahan B :

  • 2 cawan susu segar air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur

Bahan-bahan C:

  • 1 tin jagung berkrim

Cara-cara :

  • Gaulkan semua bahan-bahan A di dalam mangkuk yang sesuai.
  • Masukkan kesemua bahan-bahan B dan kacau rata.
  • Panaskan kuali non-stick. Kemudian sendukkan adunan ikut saiz yang kita suka. Kalau nak garing boleh buat nipis dengan meratakan adunan tadi guna senduk. Kalau nak gebu boleh buat tebal.
  • Apabila adunan sudah hampir masak, letakkan krim jagung mengikut sukatan yang sesuai.
  • Kemudian lipat dan hidangkan.

Okay siap. Selamat mencuba!

Ayam Brand Jagung Mani

RM 3.5

5. Resepi Kuih Ketayap Gebu Gebas

View this post on Instagram

A post shared by The Yusma's Kitchen (@theyusmakitchen) on

Kuih ketayap ini sedap untuk dibuat sebagai minum petang dan juga pencuci mulut selepas berbuka. Cara hendak membuatnya juga mudah sahaja. Tidak memerlukan banyak bahan atau cara pembuatan yang remeh. Anda pasti sukakan cara yang ringkas.

Bahan-bahan ketayap:

  • 3 cawan air
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau
  • 1 sudu besar air cordial pandan atau air daun pandan segar

Cara-cara:

  • Campurkan kesemua bahan di atas dalam blender sehingga rata. 
  • Kemudian, gunakan kuali non-stick dan cara memasaknya lebih kurang seperti lempeng. Cuma nipiskan kulitnya agar senang untuk melipat.

Bahan-bahan inti kelapa:

  • ½ kg Kelapa parut 
  • 1 cawan gula
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • Gula nisang (palm sugar)

Cara-cara:

  • Didihkan air dengan gula nisang, gula biasa dan daun pandan. Boleh gunakan gula Melaka biasa selain gula nisang.
  • Selepas gula nisang cair, masukkan kelapa parut dan gaul sehingga air kering.
  • Taburkan tepung ubi untuk kilatkan inti supaya nampak cantik.
  • Selepas itu biarkan sejuk sebelum dilipat dengan kulit ketayap.

Gula Nisang Nisan Kerek Terengganu (1 pcs)

RM 3.7

Star Brand Perisa Pandan (25ml)

RM 2.6

6. Kuih Kaswi Lembut

View this post on Instagram

A post shared by Florist who LOVES cooking (@hangriimommy) on

Tak lengkap juadah pencuci mulut ketika berbuka kalau tak ada kuih kaswi ni. Kegemaran semua orang kan! Tapi disebabkan PKP pun masih berlangsung sepanjang ramadhan, terpaksalah kita buat sendiri.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 keping gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 7 cawan air
  • 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan-bahan salutan kelapa:

  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam

Cara cara:

  • Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga air gula agak sedikit suam.
  • Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. 
  • Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
  • Panaskan periuk pengukus dan masukkan. Setelah bekas panas, tuang adunan ke dalam bekas dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. 

Original Palm Sugar Gula Melaka Asli 450g (9 pcs)

RM 5.8

7. Kuih Keria Gula Melaka 

View this post on Instagram

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Wah, siapa sajalah yang tak suka kuih keria. Lagi-lagi versi gula Melaka! Jika anda penggemar keria gula Melaka, anda wajib cuba resepi ni! 

Bahan-bahan:

  • 500gm keledek putih
  • ¾ cawan tepung gandum

Cara-cara: 

  • Rebus keledek putih yang telah dipotong kecil dalam air yang diletak garam sedikit. Rebus sehingga empuk.
  • Kemudian toskan keledek putih yang telah lembik dan lenyekkan keledek sehingga lumat. 
  • Tunggu sehingga keledek sejuk lalu taburkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati.
  • Uli sehingga menjadi bentuk donut kecil dan gorengkannya sehingga perang.

Bahan-bahan sira:

  • 150gm gula Melaka
  • 1 sudu besar gula putih
  • ¼ cawan air masak
  • Secubit garam

Cara-cara:

  • Hiris blok gula Melaka halus-halus supaya senang untuk dicairkan.
  • Masukkan ke dalam periuk kecil dan cairkan hirisan gula Melaka dengan bahan yang lain. 
  • Selepas cair, masukkan kuih keria yang telah digoreng sebentar tadi ke dalam gula sira dan gaulkannya sehingga rata.

Dah siap!

Tepung Gandum Serbaguna Cap Sauh

RM 2.80

8. Resepi Kuih Lopes Tradisional

View this post on Instagram

A post shared by Zie's Oven (@zie_oven) on

Cara pembuatan kuih lopes ini lebih kurang sahaja seperti cara membuat kuih onde-onde Melaka dan kuih sagu hijau. Cuma dibuat dengan beras pulut dan dicecah bersama air gula Melaka. Rasa masin kelapa sangat melengkapi rasa manis air gula Melaka. 

Bahan-bahan kuih lopes:

  • 2 cawan beras pulut
  • Pewarna hijau pandan (rendam dengan pulut 2jam)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/2 cawan santan 
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan 
  • 1 biji kelapa parut 

Cara-cara:

  • Rendam beras pulut bersama pewarna hijau kemudian kukus bersama air pandan, santan, garam dan daun pandan.
  • Kukus kelapa parut dengan garam supaya tahan lebih lama. 

Bahan-bahan air gula:

  • 1 1/2 cawan air
  • 1 blok gula melaka
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • Masak semua sampai agak pekat

Cap Keluarga Beras Pulut Susu Glutinous Rice (1kg)

RM 6.9

9. Kuih Sagu Merah Lemak Manis

View this post on Instagram

A post shared by B (@sofeashafie) on

Kuih sagu ini sangat senang dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasaknya. Amat sesuai bagi sesiapa yang masih perlu bekerja di rumah ketika waktu PKP ini! Sesuai untuk masak last minute sebelum waktu berbuka!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan biji sagu putih
  • Sirap ros
  • Gula kastor
  • Kelapa parut muda
  • Garam

Cara-cara:

  • Rebus biji sagu sehingga bertukar warna transparent lalu masukkan gula dan sirap ros sekadar sebagai pewarna. Boleh juga gunakan biji sagu bewarna merah atau hijau sebagai warna. 
  • Pindahkan ke dalam loyang dan sejukkan sebelum digaul bersama kelapa parut. 
  • Kukus kelapa parut dengan garam. 
  • Selepas kuih sagu sejuk, potong kuih sagu bentuk segi empat dan gaulkan dalam kelapa. Sedia dihidang!

Biji Sagu

RM 3

Ameen Pekatan Perisa Ros

RM 1.7

Prai Castor Sugar

RM 4.5

10. Resepi Kuih Gunting Crunchy

View this post on Instagram

A post shared by WNAgastronomical (@wnagastronomical) on

Resepi ini sesuai untuk dibuat semasa hari minggu ketika waktu lapang. Boleh dibuat banyak-banyak dan disimpan di dalam balang sebagai snek ataupun kuih raya! 

Bahan-bahan tepung:

  • 1kg tepung gandum
  • 5 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 pkt rempah kari ikan
  • 1 sudu besar  jintan manis
  • 6 tangkai daun kari
  • Daun kucai

Cara-cara:

  • Gaulkan tepung gandum dengan marjerin, dan minyak sapi cair. Ramas dengan serbuk kari dan letak ke tepi.

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji telur

Cara-cara:

  • Kisarkan semua bahan diatas dan campurkan di dalam adunan tepung tadi. 
  • Uli doh dan leperkan supaya senang digunting. Lalu dimasak didalam kuali dengan minyak panas sehingga keperangan.

Enrico's Pure Ghee / Minyak Sapi Tulen

RM 22.75

Seri Pelangi Marjerin (1kg)

RM 4.7

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article