Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Hari Raya Bakal Tiba, Mulakan Persediaan Kuih Raya Anda Dengan 10 Tepung Ini

Dah kenal tepung baru boleh start buat kuih!

Image credits: KetoJules

Kalau lihat di media sosial sudah muncul semula pelbagai jenis resipi biskut dan kuih-muih gara-gara menjelang bulan Ramadhan pada April ini. Bagi anda yang ingin menjimatkan wang daripada membeli kuih ‘tunjuk’, apa kata buat sendiri? Lebih berbaloi dan lagi banyak boleh dapat daripada sebalang sahaja.  

Jika anda yang baru berjinak untuk membuat sendiri kuih raya. Pastikan anda kenal dahulu barang-barang utama biskut, kek serta kuih iaitu tepung. Sebenarnya tepung bukan hanya ada satu jenis sahaja dipasaran tapi ada pelbagai jenis. Kalau silap pilih tepung memang rosaklah kuih raya anda. Ingat ya, lain tepung lain fungsinya. 

Apakah perbezaan tepung di pasaran dan kesan jika menggunakan jenis yang salah?

Pembuatan kek dan kuih sebenarnya mempunyai kajian sains tersendiri. Ia bergantung hasil dari gabungan bahan yang ditentukan. Malah suhu ketika membakar juga mainkan peranan penting untuk menentukan kesan, warna, tekstur, bentuk dan isipadu kek. Punca utama kek atau kuih selalu gagal ialah kesalahan menggunakan tepung. 

Dua perkara yang perlu kita semua faham tentang tepung ialah ia mempunyai dua jenis formula. Tepung gluten rendah iaitu tepung lembut baik untuk kek dan tepung gluten tinggi yang sedikit keras sesuai sebagai bancuhan biskut. Sentiasa semak kandungan gluten dibelakang bungkusan tepung bagi memastikan peratusan gluten dalam tepung. 

Kiraan contoh ialah jika jumlah protein 9.0g dalam setiap 100g bersamaan 9% gluten. Jadi kandungan gluten tepung bagi resepi kek sebaiknya 8% - 10%, manakala tepung untuk roti 10% - 13% dan pastri pada kadar 9% - 10% sumber protein. Protein atau gluten sangat penting untuk kek dan kuih kerana ia adalah perkara asas menjadikan tekstur kek dan kuih lebih padu. 

Mari kita sama-sama kenali jenis-jenis tepung yang ada dipasaran. Barulah boleh beli yang mana sesuai untuk resepi kek, kuih atau biskut hari raya nanti! 

10 Tepung Sesuai Digunakan Untuk Kuih Raya

Tepung terbaik untuk hasil biskut kegemaran tetamu
mulai
RM1.49
Semak Tepung Jagung Cap Bintang harga dibawah:

Tepung jagung biasanya terkenal untuk memekatkan kuah dalam masakan. Kalau di dalam dunia baking pula, ia paling terbaik dalam menghasilkan kerapuhan dan kerangupan biskut. Mana-mana bater yang diadun dengan tepung jagung pasti lebih crunchy

Tekstur tepung dari jenama Cap Bintang ini lebih lembut dan halus. Kalau dekat dapur belum ada tepung jagung, kena beli segera ya!

Rahsia utama cookies lebih rangup!
MFM
mulai
RM1.90
Semak Tepung Gandum Cap Ros harga dibawah:

Nampak seperti tepung gandum biasa tapi tepung gandum dari cap Ros ini mengandungi sedikit campuran tepung jagung. Hasilnya biskut raya anda jadi lebih rangup berbanding guna tepung gandum jenama lain. Jangan risau anda tak perlu kurangkan tepung jagung yang ada dalam resepi. Ikut sahaja sukatan seperti biasa supaya ramuan biskut tidak terjejas.

All-purpose flour paling popular di pasaran
mulai
RM2.80
Semak Tepung Gandum Serbaguna Cap Sauh harga dibawah:

Nama pun serbaguna jadi nak buat apa-apa dengan tepung ini boleh sahaja. Kek, kuih tradisional, biskut atau dalam masakan harian. Tepung gandum diperbuat dari bijiran gandum yang dikisar halus, sesuai dijadikan pelbagai produk makanan. 

Jenama tepung gandum serbaguna paling popular di Malaysia ialah tepung dari Cap Sauh. Jangan tak tahu, Malaysia merupakan pengimport terbesar tepung gandum.

Tepung untuk kuih-muih tekstur kenyal dan baik untuk ibu mengandung
mulai
RM3.00
Semak Tepung Pulut Cap 3 Kambing harga dibawah:

Ramai yang keliru pembungkusan tepung pulut dengan tepung beras. Ya, ia seakan-akan sama dan dinasihatkan untuk anda perhati labelnya terlebih dahulu. Tepung pulut mengandungi 100% beras merah asli dimana bahagian merah pada mata padi yang dibuang. 

Kuih-muih tradisional seperti kaswi, tepung pulut, bubur candil, kuih tepung gomak dan kuih mochi jepun banyak menggunakan tepung jenis ini. Tepung pulut sangat baik buat penghidap kencing manis dan ibu mengandung. Ia mudah dihadam dan mengandungi Vitamin E dan B!

Tepung untuk yang sedang berdiet
mulai
RM3.10
Semak Alaggapa’s Tepung Suji (300g) harga dibawah:

Tepung suji terkenal untuk membuat biskut, manisan, bingka dan banyak lagi makanan berasaskan tepung ini. Suji atau nama sebenar Semolina terhasil dari pengasingan kulit gandum ketika pemprosesan tepung gandum. Tepung suji sangat tinggi protein, vitamin dan boleh membantu mengurangkan berat badan serta menjaga kesihatan jantung. 

Kalau di negara barat tepung suji boleh menghasilkan pasta dan roti. Tepung suji dari Alaggapa’s menjadi pilihan utama masyarakat Melayu dan India untuk menghasilkan pelbagai juadah manisan.

Tepung terbaik untuk kuih tradisional
mulai
RM3.50
Semak Erawan Tepung Beras Campuran (1kg) harga dibawah:

Ia tepung dari beras yang dikisar halus dan merupakan tepung bebas gluten. Tepung beras sangat popular dalam bahan kuih tradisional seperti kuih lapis, kuih apam, kuih talam serta bancuhan tambahan bater untuk hidangan gorengan. 

Tepung beras dari jenama Erawan atau lebih dikenali tepung cap tiga gajah paling elok untuk kuih koci dan apam beras. Ia memberi kelembutan istimewa pada kuih yang dimasak secara kukus.

Adunan kek tanpa tambahan agen penaik
mulai
RM3.90
Semak Blue Key Tepung Naik Sendiri (1kg) harga dibawah:

Tepung naik sendiri adalah tepung gandum yang sudah dicampur agen penaik samada soda bikarbonat atau baking powder. Anda tak perlu menambah lagi agen penaik dalam adunan resepi kek. Blue Key antara jenama paling laris yang mengeluarkan tepung naik sendiri. 

Ianya rendah protein, kaya dengan vitamin dan memberi hasil kek yang lembut. Tepung ini juga biasa digunakan untuk resepi muffin atau pancake.

Beri haruman wangi pada kek dan kuih
mulai
RM3.95
Semak Bird’s Custard Powder harga dibawah:

Sesetengah daripada anda mungkin menggantikan tepung gandum kepada tepung kastad untuk hasil baking yang lebih wangi. Selain itu, tepung kastad juga dapat memberi efek warna kekuningan asli yang cantik pada kuih atau kek. 

Tepung kastad biasanya digunakan untuk cream puff atau puding. Custard powder dari jenama Bird’s antara yang banyak dijual di pasar raya dan pilihan ramai.

Tepung kek span untuk anda yang tidak mahu lakukan sukatan
mulai
RM6.50
Semak Sponge Cake Premix (1kg) harga dibawah:

Campuran tepung ini mengandungi gula dan terus boleh dibancuh menjadi kek span. Anda perlu tambah air mentega, telur dan tepung mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Pukul adunan sehingga menjadi pekat dan likat kemudian sedia untuk dibakar. 

Dapatkan campuran tepung istimewa ini melalui seller yang boleh dipercayai dan pastikan tepung yang diterima berada dalam keadaan baik. Disebabkan tepung premix ini adalah barangan re-branding dan tidak dibuat terus dari kilang.

Tepung organik yang tinggi dengan protein
mulai
RM9.90
Semak Love Earth Organic Wholemeal Tepung Tinggi Protein harga dibawah:

Tepung tinggi protein atau tinggi gluten memberi tekstur yang anjal dan elastik. Ia ramuan paling elok untuk membuat roti atau kek. Jika anda sukakan kek atau muffin yang berat boleh gunakan tepung tinggi protein atau nama lain whole meal dan whole wheat. 

Dengan mengandungi serat gandum tidak hancur dan ianya tidak boleh diayak sehingga halus. Kalau anda ingin mencuba tepung ini, disyorkan dari jenama organik Love Earth yang lebih bersih dan menyihatkan.

End of Article