Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Keliru Nak Beli Marjerin Atau Mentega? Baca Panduan Ini

Jangan keliru lagi lepas ini

Product in this article

Hampir setiap dapur rakyat Malaysia pasti mempunyai satu bekas marjerin atau mentega untuk dijadikan sebagai pelengkap bahan masakan. Sebagai sapuan roti, menggoreng telur sehinggalah membakar kek, mentega atau marjerin jadi produk serba boleh.

Ini kerana kedua-duanya berfungsi sebagai sumber lemak dalam sajian makanan. Jika makan makanan tanpa lemak, kita boleh cepat merasa lapar semula dan tak puas dengan makan!

Namun dalam diam masih ada lagi diantara kita masih tidak tahu marjerin dan mentega adalah dua produk yang berbeza. Sampaikan ada beranggap tekstur dan rasa dua produk ini sama sahaja. 

Apakah perbezaan antara marjerin dan mentega?

Mentega – produk tenusu dari haiwan terutamanya susu lembu yang diproses dari cecair kepada komponen pepejal. Mentega tinggi dengan lemak tepu (saturated fat), krim pasteur malah mengandungi nutrisi asid lemak Omega-3 yang baik untuk jantung.

Terdapat dua jenis mentega iaitu unsalted butter atau salted butter, perbezaannya ialah penambahan garam dalam mentega. Tesktur mentega pula lebih lembut, mudah cair pada suhu bilik dan berwarna kuning cair berbanding marjerin. 

Marjerin – diperbuat dari sumber lemak sayuran atau kombinasi bersama lemak haiwan. Sumber tumbuhan untuk menghasilkan marjerin ialah minyak canola, minyak kelapa sawit dan minyak kacang soya.

Proses membuat mentega dikenali hidrogenasi iaitu menukarkan minyak sayuran kepada bentuk pepejal hanya menggunakan suhu bilik. Kandungan lemak dan air dalam marjerin berbeza-beza untuk menjadikannya sebagai sapuan biasa atau untuk memasak. Lemak marjerin 75% lebih sesuai sebagai bahan resepi kek anda. 

Marjerin vs Mentega. Mana lebih bagus?

Tekstur, rasa, nutrisi dan sudut proses setiap dua produk ini adalah berlainan sekali. Apa yang anda yang perlu faham ialah mentega ialah dari tenusu manakala marjerin pula dari lemak sayuran.

Tidak ada yang bagus atau tidak bagus kerana mentega dan marjerin mempunyai fungsi yang sama iaitu samada untuk masakan serta pembuatan kek. Ayuh lihat senarai mentega dan marjerin yang sesuai untuk kesihatan anda;

5 Mentega Pilihan Ramai di Malaysia

Buttercup Original Salted Luxury Spread

RM 5.90
Buttercup
1. Buttercup Original Salted Luxury Spread
Murah, sedap dan boleh dipelbagai guna untuk masakan

Buttercup, mentega paling popular dikalangan suri rumah kerana ianya mudah didapati dan dijual pada harga yang murah. Tidak seperti mentega yang lain, Buttercup mungkin murah kerana ia bukan mengandungi 100% tenusu. 

Uniknya tentang Buttercup adalah ianya sejenis mentega bebas lemak-trans tapi diformulasi sebagai marjerin dan mentega. Ramai yang setuju aroma kek atau pastri menggunakan Buttercup lebih wangi dan beraroma.

Emborg Cook & Bake Buttery

RM 5.66
Emborg
2. Emborg Cook & Bake Buttery
Paling bagus untuk kek dan juadah masakan

Jenama Emborg antara ‘juara’ mentega terbaik untuk bahan kek dan masakan. Emborg Cook & Bake Buttery adalah pilihan ramai terutamanya ketika membuat kek dan hasil kek anda lebih gebu serta lembut. Jika anda menggoreng telur dadar dengan mentega ini, tak perlu lagi menambah garam atau susu kerana rasa cukup lemak menjadikannya telur dadar anda lebih berkrim.

Anchor Unsalted Pure New Zealand

RM 10.99
Anchor
3. Anchor Unsalted Pure New Zealand
Ibu hamil dan menyusu tiada masalah ambil mentega ini

Para ibu yang ingin menjaga kualiti dalam pemakanan boleh memilih mentega dari Anchor ini. Ia mentega berkualiti hanya dari susu lembu dan tidak mempunyai sebarang bahan pengawet yang lain. Mentega ini cukup nutrisi untuk kehamilan dan menyediakan rangsangan tenaga yang diperlukan. 

Namun, anda harus beringat untuk mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana. Mentega jenis unsalted paling terbaik untuk si ibu mengandung.

Arla Butter Unsalted

RM 11.85
Arla
4. Arla Butter Unsalted
Mentega paling elok untuk anda yang sedang berdiet

Ramai yang ragu-ragu untuk ambil mentega ketika berdiet. Sebenarnya ia bergantung pada kuantiti dan cara pengambilan itu sendiri. Mentega Arla ini sekurang-kurangnya mengandungi 187kcal daripada 2000kcal yang diperlukan seorang manusia dewasa. Normal kerana kita akan membakar semula kalori dengan aktiviti harian. Arla Butter Unsalted juga 100% dari produk tenusu tanpa bahan pengawet yang lain.

SCS Salted Pure Creamery Butter

RM 15.25

Mentega dari jenama SCS ini antara yang paling mahal dijual di pasaraya. Ia diperbuat daripada 100% susu lembu Australia yang memakan rumput. Jadi ianya langsung tidak mempunyai sebarang tambahan hormon kepada lembu. 

Mentega ini cukup berkualiti dan dijamin semulajadi kerana tanpa pewarna, bahan pengawet dan perasa. Walaupun mahal, ia tetap menjadi mentega pilihan nombor satu rakyat Malaysia dan Singapura.

5 Marjerin Pilihan Rakyat Malaysia

Adela Margarine (240g)

RM 4
Adela
6. Adela Margarine (240g)
Marjerin yang sedap dan murah - penambah rasa dalam masakan

Menurut dari ulasan pengguna marjerin Adela, rata-ratanya cukup berpuas hati dengan tekstur dan rasa marjerin ini. Ia kurang masin, cepat cair dan sesuai dijadikan sebagai pengganti minyak masak. Selain sapu pada roti, anda boleh buat hidangan tumisan dengannya. Pada harga yang berpatutan anda boleh dapatkan marjerin yang lazat tanpa belanja lebih.

Daisy Margarine

RM 4.30
Daisy
7. Daisy Margarine
Marjerin bukan sahaja untuk memasak tapi mengurangkan ulser mulut

Diperbuat dari minyak sayuran tulen, bebas kolesterol dan mempunyai 9 vitamin untuk kebaikan pemakanan dan juga bibir anda. Info menarik, rupanya anda boleh menyapu marjerin untuk mengurangkan luka ulser pada bibir anda. 

Kandungan garam dan vitamin pada marjerin sedikit-sebanyak boleh membasmi bakteria pada ulser. Sama seperti anda letak garam atau berkumur dengan air garam. Tujuannya untuk membersih atau mematikan bakteria.

Seri Pelangi Margerine (1kg)

RM 4.50
8. Seri Pelangi Margerine (1kg)
Marjerin dengan kuantiti banyak sesuai untuk peniaga kek dan biskut

Marjerin Seri Pelangi memang sangat murah dan sesuai untuk mereka yang berniaga kek dan biskut. Seri Pelangi merupakan produk dari jenama tempatan FGV Holdings Berhad. Bahan utama marjerin ini ialah minyak kelapa sawit berkualiti tinggi. Buat anda yang membuka perniagaan kek atau biskut secara kecilan, marjerin Seri Pelangi terbaik kerana ia murah dan berkualiti juga.

Planta Margarine

RM 4.99
Planta
9. Planta Margarine
Boleh dijadikan santapan pagi buat ibu yang berpantang

Pernah dengar tak mitos orang tua-tua larang ibu yang sedang berpantang makan roti dan marjerin? Katanya perut boleh jadi kembung dan berangin. Jangan percaya lagi dengan mitos itu. Sebenarnya roti dan sapuan marjerin boleh diambil ketika berpantang selepas melahirkan anak. 

Marjerin antara sumber tenaga malah ianya dari jenama Planta lengkap vitamin A, B1, B2, B6, B12, D, E, niacin dan asid folik. Jadi tiada masalah pun makan marjerin!

Naturel Soft Margarine Reduced Salt

RM 6.50
Naturel
10. Naturel Soft Margarine Reduced Salt
Marjerin sesuai untuk yang mengamalkan pemakanan sihat

Marjerin Naturel dari variasi reduced salt ini ialah marjerin lembut yang bebas kolesterol. Manariknya lagi ia mengandungi 44% kurang garam dan lemak bebas kolesterol. Ia juga lengkap dengan Omega 3 dan 6, vitamin A, D dan E. 

Wow! Mungkin ini marjerin yang paling menyihatkan terdapat di pasaran. Anda yang sedang berdiet dan suka makan roti bersama marjerin, produk ini mungkin yang sesuai buat anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article