Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Atasi Virus Kemalasan. Ini 10 Aplikasi Senaman & Peralatan Untuk Kekal Cergas di Rumah

Wabak melanda, tidak semestinya tak boleh bersenam!

Negara kita dikejutkan dengan kehadiran wabak COVID-19 yang telah menyebabkan rakyat negara kita dikuarantin. Oleh sebab itu, kita semua tidak dibenarkan keluar daripada rumah kecuali untuk hal-hal penting seperti membeli barangan rumah. Ramai orang menganggap ini sebagai alasan untuk tidak bersenam kerana tidak boleh keluar ke gym atau joging. Namun begitu, anda masih boleh bersenam di rumah.

Apakah ianya berkesan untuk bersenam di rumah?

Secara keseluruhannya, bersenam di rumah sememangnya berkesan. Anda boleh melakukan aktiviti walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan. Aktiviti seperti pumping, crunches, aerobik serta pelbagai senaman lain sesuai dilakukan di rumah. Yang penting, tidak perlu berkongsi dengan orang ramai seperti di gym. Namun, bagi memastikan senaman anda dapat memberikan kesan yang optimum kepada tubuh, gunakan aplikasi yang dapat membantu anda untuk kekal sihat. 

Peralatan yang sesuai juga dapat memberi nilai tambah kepada senaman anda. Kami telah senaraikan beberapa aplikasi serta peralatan yang sesuai untuk anda gunakan ketika bersenam di rumah;

5 Aplikasi Kecergasan Untuk Kekal Sihat & Aktif

Kegel Exercises

  • Aplikasi senaman untuk ibu hamil – memudahkan proses bersalin
  • Harga: Percuma
  • Muat turun: Android

Senaman kegel ialah senaman yang melibatkan otot kegel pada bahagian pelvis. Senaman ini sangat sesuai dilakukan oleh ibu mengandung kerana ianya boleh menguatkan otot yang menyokong pundi kencing, uterus dan usus besar. Dengan menguatkan otot ini, anda boleh mengawalnya dan memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan relaks ketika proses melahirkan.

Aerobics Workout at Home - Weight Loss in 30 Days

  • Aplikasi senaman aerobik untuk menguruskan badan sambil buang toksik
  • Harga: Percuma
  • Muat turun: Android

Senaman aerobik adalah antara cara yang berkesan jika anda mahu kurangkan berat badan. Aplikasi ini mempunyai pelbagai senaman yang sesuai dengan semua peringkat usia. Ia juga mempunyai sokongan lagu serta memberi anda jadual untuk memastikan anda mencapai sasaran.

Calorie Counter – MyFitnessPal

  • Aplikasi untuk diet - pastikan makanan anda berkhasiat
  • Harga: Percuma
  • Muat turn: Android | iOS 

Salah satu aspek penting untuk kekal sihat dan kurus ialah menjaga pemakanan anda.  Aplikasi ini memberi maklumat tentang bilangan kalori serta nutrien yang terdapat dalam pemakanan anda. Anda juga boleh menyimpan semua data pemakanan anda untuk rujukan masa depan. 

Selain daripada itu, anda juga boleh menyambungkan aplikasi kesihatan lain dengan aplikasi ini untuk mengira keperluan kalori harian anda.

ZUMBA DANCE Exercise Offline

  • Aplikasi senaman Zumba – masa untuk keluarkan peluh sambil menari!
  • Harga: Percuma
  • Muat turun: Android 

Zumba adalah antara cara yang terkenal untuk mengempiskan perut ketika berada di rumah. Aplikasi ini mengandungi banyak video senaman zumba yang boleh anda lakukan ketika berada di rumah. Anda boleh mengakses aplikasi ini walaupun tanpa menggunakan internet.

NIKE Training Club

  • Aplikasi untuk kecilkan perut dengan pelbagai senaman
  • Harga: Percuma
  • Muat turun: Android | iOS 

Aplikasi ini memberi anda pelbagai jenis senaman yang boleh menguatkan otot anda serta pada masa yang sama anda boleh mengurangkan berat badan anda. Aplikasi ini juga boleh membantu anda memilih senaman yang sesuai untuk anda kerana terdapat banyak pilihan yang anda boleh lakukan berdasarkan tahap kesukaran pilihan anda.

5 Peralatan Senaman Yang Murah Dan Berkesan

Alatan senaman untuk peha – kecilkan bahagian yang anda inginkan
Semak Resistance bands harga dibawah:

Penggunaan resistance band dapat meningkatkan jisim otot anda dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis senaman. Ianya juga boleh digunakan untuk pelbagai bahagian badan, bukan hanya tertakluk kepada peha sahaja. Ia sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan boleh dipadankan dengan senaman lain bagi menambah keberkesanan senaman tersebut. Harganya juga cukup murah.

Alatan senaman untuk kaki tampil lebih fit
Supersport
Semak Supersport Weighted Jumping Rope harga dibawah:

Weighted jumping rope adalah jumping rope yang mempunyai berat antara 200 gram sehingga lebih 3 kg. Kelebihan weighted jumping rope adalah ianya boleh memberi lebih rintangan kepada otot anda seterusnya merangsang otot terbentuk. Kalori yang dibakar ketika anda menggunakan weighted jump rope juga lebih tinggi berbanding dengan jumping rope biasa.

Alatan senaman terbaik untuk mengecilkan lengan
Semak Dumbbell harga dibawah:

Dumbbell sememangnya terkenal digunakan untuk senaman kerana ianya terbaik buat menambah beban tambahan kepada lengan, meningkatkan pembentukan otot serta membantu membakar lemak. Harga dumbbell juga tidak terlalu mahal dan saiz yang kecil menjadikan ia sebagai peralatan senaman pilihan.

Alatan senaman untuk kempiskan perut
KeepFit
Semak KeepFit Yoga Mat harga dibawah:

Yoga mat biasanya digunakan untuk melakukan pelbagai senaman yoga di lantai. Senaman yoga memerlukan anda untuk mengimbangkan badan. Oleh itu, penggunaan Yoga mat mampu memberikan anda permukaan yang kasar dan selesa bagi mengelakkan anda tergelincir ketika melakukan senaman disebabkan oleh peluh anda sendiri.

Peralatan kesihatan untuk memastikan anda kekal kurus
Fitbit
Semak Fitbit Charge 3 Fitness Tracker harga dibawah:

Penjejak kesihatan atau fitness tracker merupakan peralatan terkenal yang digunakan untuk memastikan anda mencapai sasaran senaman anda dengan membantu menjejak semua senaman yang anda lakukan. Fitbit adalah antara pengeluar terkenal jam tangan kesihatan ini yang mempunyai heart rate detection agak tepat dan boleh mengagak kualiti tidur anda. 

Dengan sokongan kalis air sehingga 50 meter dan mempunyai sistem GPS untuk membolehkan anda membawanya jogging tanpa telefon. Selain daripada itu, ia juga membantu anda untuk mengira bilangan kalori yang anda bakar ketika bersenam di rumah.

End of Article