Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Vitamin D Terbaik Untuk Penyerapan Kalsium Sempurna Agar Tulang Lebih Kuat

Penjagaan kesihatan dan perapian diri untuk seisi keluarga

Product in this article

Apa itu Vitamin D? Vitamin D merupakan vitamin larut lemak yang memberi ekstra nutrisi kepada badan manusia bagi memastikan pembentukan struktur tulang dan gigi dengan baik. Selain itu, ianya juga turut menjaga tulang dan fungsi organ tubuh yang lain. Terdapat 5 bentuk Vitamin D seperti D1, D2, D3, D4 dan D5 tetapi hanya 2 sahaja yang penting untuk tubuh manusia iaitu D2 dan D3. 

Apakah kegunaan vitamin D?

Fungsi utama Vitamin D adalah untuk menguatkan, pembentukan dan penumbuhan tulang dengan memberi serapan kalsium dan fosforus secara normal. Menurut satu kajian yang dijalan, Vitamin D juga dapat membantu sistem ketahanan tubuh dan mengelakkan anda mudah terkena penyakit seperti demam atau selesema. Ianya juga membantu fungsi kognitif iaitu otak agar tidak terjadinya Alzheimer atau Parkinson. 

Antara kegunaan lain Vitamin D termasuklah;

  • Elak daripada penyakit Multiple Sclerosis (MS)
  • Kurangkan risiko kanser
  • Pulihkan pesakit batuk kering
  • Diabetes
  • Kemurungan
  • menyeimbangkan level insulin di dalam badan

Ayuh lihat senarai Vitamin D dibawah yang boleh anda dapati dalam keperluan seharian;

10 Vitamin D Untuk Kegunaan Harian

Scott's Emulsion Cod Liver Oil + Vitamin A & D + Calcium

RM 19.5
Scott's
1. Scott's Emulsion Cod Liver Oil + Vitamin A & D + Calcium
Vitamin yang bagus untuk perkembangan minda anak
Updated on 16th April 2020

Suplemen SCOTT's Emulsion Orange ini sangat bagus dan sesuai untuk anak-anak. Ianya mengandung minyak ikan kod yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin D dan kalsium. Vitamin A dan Vitamin D membantu mengekalkan fungsi sistem imunisasi di dalam badan. Tambah perisa semulajadi buah oren membuatkan anak tidak akan menolak.

Bio-Life Vita D3 1000

RM 33.98
Bio-Life
2. Bio-Life Vita D3 1000
Vitamin D untuk ibu menyusu, beri khasiat ekstra untuk anak
Updated on 9th July 2020

Vitamin D jenama Biolife ini mengandungi zat vitamin D3 iaitu Cholecalciferol yang tinggi. Ianya membantu menambahkan kandungan Vitamin D di dalam badan dan sesuai digunakan oleh ibu yang sedang menyusu anak. Ini kerana di masa ini anda sudah tentu memerlukan banyak makanan berkhasiat untuk diri dan juga anak yang disusui. Saiz tablet yang kecil memudahkan pengambilan Vitamin D ini.

Caltrate 600+Vitamin D

RM 35.6
Caltrate
3. Caltrate 600+Vitamin D
Vitamin D dengan mineral untuk warga emas
Updated on 16th April 2020

Semakin meningkat umur seseorang, semakin menurun tahap kesihatannya. Oleh kerana itu, mengambil suplemen tambahan dapat membantu warga emas untuk menambahkan tenaga agar kuat dan sihat. Suplemen Caltrate 600 ini mengandungi kalsium, Vitamin D dan magnesium serta empat lagi mineral tambahan yang dapat membantu menguatkan tulang badan. 

Vitamin D3 di dalam suplemen ini memaksimakan penyerapan kalsium supaya ia menjadi lebih berkesan.

VitaHealth Vitamin D3 1000IU

RM 40.9
VitaHealth
4. VitaHealth Vitamin D3 1000IU
Vitamin D yang halal dan cruelty-free
Updated on 16th April 2020

Vitamin D3 VitaHealth ini diformulasi dengan kandungan vitamin D3 yang tinggi. Ia didatangi daripada New Zealand dan mempunyai sijil halal. Ia juga boleh diambil oleh vegetarian kerana sumber kandungannya tidak mengandungi sebarang bahan dari haiwan. Vitamin VitaHealth ini menggunakan kapsul cecair softgel yang berasakan minyak beras untuk serapan yang baik. 

Puritan’s Pride Vitamin A & D 5000iu

RM 43.9
Puritan’s Pride
5. Puritan’s Pride Vitamin A & D 5000iu
Vitamin D untuk kesihatan kulit & mata
Updated on 8th July 2020

Jenama Puritan’s Pride sudah berada di pasaran global sejak 40 tahun lalu. Produk Puritan’s Pride Vitamin A & D adalah bagus sebagai suplemen yang melengkapkan keperluan nutrien manusia. Kandungan Vitamin A membantu dalam menjaga kesihatan mata manakala Vitamin D mempunyai pelbagai kebaikan lain. 

Antaranya termasuklah memperbaiki kesihatan tulang, sistem imunisasi dan kesihatan kulit dan rambut. 

Blackmores Vitamin D3 1000iu

RM 36.63
Blackmores
6. Blackmores Vitamin D3 1000iu
Vitamin D disyorkan untuk ibu mengandung bagi menguatkan otot
Updated on 16th April 2020

Ibu-ibu mengandung disarankan untuk mengambil suplemen tambahan bagi membantu memberi tenaga dan memastikan ibu serta kandungan sentiasa sihat. Vitamin D3 Blackmores mengandungi vitamin asli yang membantu penyerapan kalsium, sekaligus menguatkan tulang dan otot badan. Ianya juga membantu mengurangkan level hormon parathyroid (PTH) yang bertindak mengurangkan jumlah kalsium yang dihasilkan dari tulang.

Swisse Ultiboost Calcium & Vitamin D

RM 53
Swisse
7. Swisse Ultiboost Calcium & Vitamin D
Vitamin D dan kalsium – halang dan rawat osteoporosis
Updated on 8th July 2020

Simptom dan kesan penyakit osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan suplemen. Suplemen Swisse Ultiboost Calcium & Vitamin D membantu menyokong kesihatan tulang dan gigi serta memberi sumber kalsium yang menghalang dan merawat penyakit osteoporosis. Produk ini tidak mengandungi sebarang tambahan laktosa atau gluten.

Solaray Vitamin D3 + K2

RM 62
Solaray
8. Solaray Vitamin D3 + K2
Vitamin D baik untuk kesihatan jantung
Updated on 16th April 2020

Solaray Vitamin D3 + K2 ini menggunakan bahan semulajadi tanpa kandungan soya serta selamat untuk kegunaan harian. Vitamin D yang aktif di dalam produk ini bukanlah solusi utama tetapi dapat melegakan buat anda yang mempunyai masalah jantung dan darah tinggi. 

Ianya adalah suplemen yang baik dan membantu penjagaan jantung anda. Ianya juga bagus untuk kekuatan tulang dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Kordel's Calcium + Vitamin D3 PLUS

RM 68
Kordel's
9. Kordel's Calcium + Vitamin D3 PLUS
Vitamin D yang bagus untuk tulang
Updated on 16th April 2020

Diformulasi dengan menggunakan MenaquinGold ES, suplemen jenama Kordel ini mampu meresap dan menggunakan kalsium dan Vitamin D3 yang terkandung di dalamnya dengan baik. Boleh diambil 1 tablet setiap hari selepas makan, suplemen ini adalah suplemen generasi terkini untuk penghasilan tulang yang lebih kuat dan sihat.

Nano SG Hair Skin Nails Extreme

RM 126.38
10. Nano SG Hair Skin Nails Extreme
Vitamin D untuk menguatkan akar dan membaikpulih rambut
Updated on 16th April 2020

Dilengkapi dengan biotin, asid folik, magnesium oksida dan pelbagai vitamin termasuk Vitamin A, C, D3 dan E yang bagus untuk menguatkan akar rambut. Ia membantu melancarkan aliran darah di kepala dan akar rambut untuk menghalang dari gugur serta memberi keseimbangan zat, gula darah, protein dan lemak metabolisme sekaligus untuk rambut. Suplemen ini juga baik untuk kulit dan kuku.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article