Kebiasaannya anda perlu keluar dari rumah sekiranya ingin bersenam, tidak kira ke taman rekreasi atau ke gym.
Tapi sejak penularan wabak penyakit COVID-19 dan ditambah pula dengan perkembangan teknologi, alatan senaman kini boleh digunakan hanya dari rumah.
Alat gym di rumah juga kini mudah untuk didapatkan, tidak kira untuk lakukan senaman cardio atau senaman untuk besarkan otot.
Bagi mereka yang suka membuat senaman di rumah, jom tambah koleksi alat senaman di rumah untuk menjalani kehidupan sihat.
Berikut adalah senarai alatan gym yang sesuai untuk dilakukan di rumah, dan kalau tak tahu nama alatan gym pun anda boleh lihat je senarai di bawah.
Penyunting
Tentang Hamka Rosli chevron_right
Pakar
Izzat Zin chevron_right
Table of Contents
Alatan Apa Yang Sesuai Digunakan Untuk Senaman Di Rumah?
Sebelum anda nak mula aktif bersenam di rumah, pasti anda nak tahu alat senaman apa yang sesuai dan berbaloi dibeli untuk mulakan aktiviti senaman di rumah.
Jangan risau, boleh rujuk pendapat Expert kami tentang perkara ini.
Senaman Jenis Apa Paling Efisien Dilakukan Di Rumah?
Bagi memulakan senaman di rumah, pasti kita ingin tahu senaman apa yang paling sesuai dan efisien untuk dilakukan.
Bukan apa, kalau boleh kita tidak mahu senaman kita di rumah itu menjadi sia-sia kerana menggunakan teknik atau jenis senaman yang salah.
Izzat Zin
Mengikut rutin senaman saya di rumah biasanya akan mengamalkan High Intensity Interval Training (HIIT) dan Yoga.
Sebabnya senaman ni paling efisien dan boleh dilakukan dalam masa yang singkat.
Dalam tempoh 20-30 minit dah boleh settle sesi senaman, dan juga ia boleh bakar banyak lemak dan tingkatkan kepadatan otot kita.
Kemudian kalau ada masa lebih boleh buat Yoga atau Pilates.
Semua contoh senaman tu boleh dilihat di YouTube dan boleh diikuti dengan mudah.
Selain itu, kalau ada bajet lebih boleh beli dumbell atau gym bench dan boleh lakukan weight training di rumah.
Senarai 11 Alat Senaman Di Rumah
*PERHATIAN: Jenama alatan senaman yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Izzat Zin, kecuali dinyatakan.*
Sebab menjadi pilihan utama:
Anda mahukan satu alat senaman di rumah yang tidak terlalu besar dan mudah untuk disimpan? Boleh dapatkan alat senaman stepper ini.
Alat senaman ini boleh membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal dan boleh toned badan anda.
Ciri-ciri:
Alat senaman stepper ini sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya bagi anda yang mempunyai waktu yang singkat untuk bersenam.
Ia juga mempunyai bacaan digital untuk mengira langkah, masa dan juga kalori yang terbakar semasa menggunakan alat ini, menjadikan ia alat senaman yang efisien.
Tambahan lagi, bahagian pedal selesa untuk dipijak dan anti-slip demi keselamatan anda, dan alat ini agak berat jadi tidak mudah bergerak semasa menggunakannya.
Alat yang sesuai untuk anda yang mahu lakukan senaman ringan di rumah.
Review:
"Mudah digunakan dan boleh tampung berat hingga 200KG, jadi tiada masalah untuk guna. Anak saya pun boleh guna. Dah 2 hari guna dapat turun berat badan 1.56KG. Sangat efektif dan recommended!"
Kalau atas dah sado, bawah pun kena sado sekali, baru badan stabil jadi anda kena ada skipping rope.
Tapi skipping rope kami ni bukan yang biasa pun tapi jenis digital di mana boleh membaca kalori yang dibakar dan jumlah lompatan dilakukan.
Bacaan ini anda boleh lihat pada paparan LED. Maksudnya tanpa smartwatch, digital skipping rope ini boleh bantu anda.
Jangan risau, sesuai dan selamat untuk newbie kerana boleh dilaras tanpa tali untuk berlatih.
Alat pemegang mempunyai ciri tidak licin supaya tangan berpeluh, tangan anda boleh pegang pemegang lagi.
Peralatan gym ini seperti tali skipping tapi sebenarnya mampu berfungsi seakan senaman menggunakan dumbell.
Aktiviti tubing memerlukan tekanan pada otot tangan untuk menarik getah naik kearah tubuh berbanding dengan dumbbell mengangkat ke atas.
Dengan tubing anda masih boleh meningkatkan kekuatan otot, mengawal tangan dan boleh digunakan dalam pelbagai cara.
Tubing merupakan alat senaman jauh lebih selamat berbanding dumbell kerana dumbell berisiko sekiranya jika terlepas atau mengangkat terlalu berat.
Peralatan gym ini diperbuat dari kualiti getah tempatan, tahan lasak sehingga boleh mencapai berat 12 kilogram, dan ia juga mempunyai fungsi yang sama seperti resistance band.
Terdapat 5 tali getah untuk dipilih mengikut ketahanan yang bersesuaian dengan anda.
Buat newbie jangan risau, segala panduan arahan menggunakan alatan ini disertakan bersama.
Bagi anda yang bersaiz besar atau gemuk, jangan risau mulai aktiviti senaman ringan iaitu berjalan perlahan dengan peralatan larian ini.
Jadi, treadmill dari jenama U’REVO ini adalah pilihan yang terbaik kerana dikhaskan untuk aktiviti berjalan.
Ciri-ciri keselamatan mesin treadmill ini sangat bagus kerana mempunyai anti-licin, isyarat bahaya, perlindungan anti-beban, kunci untuk kanak-kanak dan anti-gelincir.
Teadmill untuk badan besar ini mampu menampung berat sehingga 90 kilogram dan bersaiz sederhana 120 x 42 sentimeter.
Menariknya lagi, anda tidak perlu khuatir tentang ruang penyimpanan kerana dengan ketebalan 6.5 sentimeter anda boleh sorok dibawah katil atau sofa!
Kelainan walking treadmill ini ialah tidak mempunyai handrails dan bahagian paparan tetapan diganti dengan alat kawalan jauh bercirikan 3 mod seperti berjalan, jalan kaki laju dan larian pendek.
Anda inginkan peralatan senaman yang murah tetapi mempunyai banyak fungsi senaman, anda mungkin boleh memiliki alatan gym ini di rumah.
Dengan hanya menyangkutkan di pintu ia boleh memberi 5 mod senaman iaitu sit up, push up, dips, serta senaman bergayut seperti chin up dan pull up.
Senaman bergayut merupakan salah satu cara yang agak efektif untuk anda membina serta menguatkan otot.
Alat ini sesuai untuk semua baik yang beginner dan pro.
Bagi yang ingin memiliki six pack, boleh dapatkan AB Carver Pro ini supaya perut tidak membuncit.
Alat senaman ini membantu anda untuk membuat senaman yang merangsang otot di bahagian abdominal serta lengan.
Malah terdapat "enjin" kinetik menggunakan spring keluli karbon untuk mengecas turbo senaman perut dan lengan anda.
Ini akan memberikan rintangan pada otot semasa anda menolak dan menarik pemegang bahagian tepi roda ultra wide.
Selain itu dapat memberi kestabilan yang baik semasa anda menggunakannya serta memberi cengkaman yang ergonomik untuk mengaktifkan otot lengan dan abdominal.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi untuk produk ini yang memaparkan panduan senaman yang berkesan serta mengikut tahap kecergasan dari beginner hingga ke advanced.
Anda juga akan mendapat tikar senaman percuma untuk setiap pembelian produk ini
Ciri basikal ini mempunyai tempat duduk boleh laras dan kawalan mengikut peringkat.
Mesin ini mempunyai paparan LCD yang memaparkan semua maklumat termasuk masa, kelajuan, jarak, kalori yang dibakar, odometer dan nadi.
Alatan gym ini diperkuasa dengan flywheel stainless steel dengan berat 8kg untuk memberi momentum seakan mengayuh basikal sebenar.
Untuk keselesaan dan posisi tunggangan terbaik, tempat duduk boleh dilaras sehingga 4 cara dan 5 tahap ketinggian manakala handlebar boleh laras dengan 2 cara dan 5 tahap ketinggian.
Walaupun berat dumbell ini 5-6kg tapi banyak kegunaan yang boleh dipraktikkan dengan dumbell heaxagon ini.
Antaranya, jogging atau yoga sambil pegang dumbell ini bagi menguatkan otot badan dan senaman jadi lebih efektif.
Lagipun alat senaman ini tidak terhad untuk kegunaan dalam rumah saja, anda boleh bawa dumbell ini keluar untuk bersenam.
Jangan risau, material badan dumbell ini direka anti-non slip maksudnya walaupun tangan anda basah disebabkan berpeluh, dumbell ini tidak akan mudah terjatuh dari genggaman anda.
Bagi yang ingin menguatkan otot pada bahagian genggaman tangan, boleh lakukan senama di rumah sambil menonton televisyen.
Beli saja alat Adjustable Hand Grip Gripper Fitness ini, anda boleh dapat set barangan senaman untuk menguatkan kembali genggaman tangan anda.
Alat senaman ini boleh diselaraskan mengikut berat yang anda inginkan, bermula dari 5KG hingga 60KG.
Cuma diingatkan, alat senaman ini tidak menghasilkan otot tapi menguatkan genggaman tangan, pergelangan tangan dan lengan.
Mungkin anda antara individu yang sedang mencari penyelesaian untuk mengecilkan bahagian paha anda.
Kami cadangkan untuk dapatkan alat senaman Aerobic Stepboard H Step Platform ini untuk lakukan senaman yang boleh kecilkan peha.
Tidak perlu ke gym untuk dapatkan bentuk badan ideal, anda boleh gunakan alat senaman ini dengan mudah di rumah.
Alat ini boleh menampung beban sehingga 150KG dan mempunyai permukaan pemijak yang tidak licin, semua demi keselamatan anda.
Permukaan pemijak juga agak luas, jadi anda boleh memijaknya dengan selesa dan mendapat keseimbangan yang diperlukan semasa bersenam.
Buat kaki-kaki gym di luar sana, pasti anda mahukan bentuk badan yang kelihatan fit dan juga berotot, tapi mungkin agak sibuk untuk ke gym secara konsisten.
Anda sebenarnya boleh juga dapatkan alat senaman untuk upper body ini bagi mendapatkan bentuk badan atau otot yang tegap.
Alat ini mudah digunakan dan juga mudah disimpan, jadi tidak membuatkan rumah anda kelihatan penuh dengan alatan gym.
Anda boleh pilih beban yang anda mahukan, bermula dari 20KG hingga 50KG, jadi pastikan pilih beban mengikut kemampuan.
Paling penting, alat senaman ini mempunyai ciri keselamatan dengan adanya wrist wraps, membuatkan ia lebih selamat untuk digunakan.
Tips & Trick Pemilihan Alat Senaman yang Betul
Pengetahuan tentang pemilihan alat senaman yang betul sangat penting untuk memastikan bersesuaian.
Lagipun supaya tidak mendatangkan kemudaratan dan pembaziran di masa akan datang.
Antara dua peralatan yang paling asas untuk anda bersenam adalah:
-
Alat Kardio
Alat ini berfungsi untuk menjaga kesihatan kesihatan jantung. Latihan yang dilakukan juga dapat meningkatkan kualiti kardio.
Antara pilihan alat kardio yang terbaik adalah treadmill, basikal pelbagai fungsi atau elliptical trainer.
-
Alat Beban
Alat ini berfungsi untuk meningkatkan isi padu otot supaya badan tetap tegap dan kencang.
Untuk latihan beban, anda haruslah mempunyai tikar senaman untuk melakukan pelbagai gerakan meningkatkan isi padu otot (bahagian paha, perut, lengan).
Selain itu, anda juga boleh membeli stability ball atau set dumbell.
-
Perhatikan Ketahanan Badan
Seterusnya anda perlu melihat ketahanan badan anda bagi memastikan alat yang dipilih sesuai untuk kondisi badan anda.
Kami kongsikan tiga langkah terbaik untuk anda iaitu:
Treadmill – Anda boleh memilih alatan ini jika anda seorang yang fit dan tidak mempunyai masalah kesihatan.
Eleptical Trainer – Pemilihan alatan senaman ini sesuai, jika anda mempunyai masalah kesihatan dan obesiti. Selalunya untuk membantu kesihatan jantung dan bahagian badan yang lain.
Minta panduan dan nasihat dari pakar – Mintalah panduan daripada jurulatih peribadi atau kaunseling dari doktor untuk anda mendapatkan peralatan senaman yang terbaik.
Kelebihan Bersenam Di Rumah
Buat anda yang sibuk dengan rutin kerja harian sehingga tiada masa untuk melakukan senaman, anda tentu mahukan altenatif untuk lakukan senaman di rumah.
Memang sangat bagus sebab bersenam di rumah juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri, seperti:
- Tidak perlu pergi jauh untuk melakukan senaman, dan semua yang anda perlukan mungkin sudah ada di rumah seperti mat senaman, peralatan senaman kecil, atau video latihan online.
- Bersenam di rumah memberikan anda fleksibiliti untuk menetapkan jadual bersenam yang sesuai dengan rutin harian anda. Jadi anda tidak terikat dengan waktu senaman di gym atau di kelas-kelas fitness di luar.
- Anda boleh bersenam tanpa rasa tertekan dengan orang lain atau rasa malu tentang penampilan anda. Ini memberikan kebebasan untuk explore pelbagai lagi jenis senaman tanpa risau.
- Paling bagus, bersenam di rumah dapat menjimatkan masa dan wang anda!
- Anda juga dapat mengawal persekitaran bersenam sendiri, termasuk suhu dan kebersihan yang secara tidak langsung memberikan keselesaan tambahan.
- Dengan pelbagai sumber latihan yang tersedia secara online, anda boleh mencuba pelbagai jenis senaman dan mencari senaman yang sesuai dengan minat dan keperluan anda. Ini boleh meningkatkan keseronokan dan motivasi anda untuk terus bersenam.
Kelebihan-kelebihan ini menjadikan bersenam di rumah sebagai pilihan yang menarik bagi individu yang mencari fleksibiliti, privasi, dan keselesaan semasa bersenam.
Izzat Zin
Sebenarnya kalau tiada alatan senaman di rumah pun tiada masalah sebab kita boleh guna body weight atau berat badan sendiri untuk lakukan senaman.
Kalau kita tengok di YouTube ada banyak contoh-contoh senaman yang menggunakan berat badan.
Bagaimanapun, bagi saya alatan senaman yang paling sesuai digunakan di rumah adalah resistance band.
Alat senaman ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis senaman; seperti senaman untuk kaki, tangan, perut, bahu dan lain-lain.
Kalau ada resistance band ni boleh tengok je di YouTube contoh-contoh senaman yang ada menggunakan alat ini.
Resistance band ni pun ada banyak jenis berat dan ketegangan untuk lakukan senaman dengan efisien.