Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Topi Keledar (Helmet) Motosikal Terbaik di Malaysia 2024

Sentiasalah berwaspada dengan memakai helmet untuk elakkan kehilangan nyawa.

Motosikal merupakan antara kenderaan yang berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan, dan lebih bahaya kalau tidak menggunakan helmet motosikal semasa menunggang atau membonceng.

Jadi, helmet biasa yang dipakai semasa menunggang motosikal memerlukan ciri keselamatan yang terbaik atau mempunyai ciri helmet yang diluluskan JPJ.

Kami sarankan guna topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM atau jenama helmet terbaik.

Lagipun, pemilihan helmet yang betul dan terbaik dapat memberi keselesaan dan perlindungan menyeluruh.

Dalam artikel ini kami bantu anda menyenaraikan jenis helmet dan jenama topi keledar terbaik untuk penunggang motosikal.

Jangan risau, dalam artikel ni kami senaraikan jenama helmet terbaik dengan harga helmet mampu milik.


Senarai 14 Topi Keledar Motosikal Terbaik

Helmet terbaik secara keseluruhan
KYT NFR SERIES FULLFACE HELMET
mulai
RM610.00
Semak KYT NFR Series Fullface Helmet harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Selesa dipakai
add_circle Sesuai untuk kelajuan tinggi
remove_circle Hanya untuk penunggang superbike

Sebab menjadi pilihan utama:

Helmet gred perlumbaan yang harga berpatutan, ciri keselamatan yang tinggi, selesa dipakai dan reka bentuk aerodinamik yang baik mengikut trend terkini.

Ciri-ciri:

Menunggang pada kelajuan tinggi memerlukan helmet yang mempunyai ciri keselamatan serta memberi fungsi aerodinamik yang baik.

Helmet jenis KYT NFR merupakan helmet gred perlumbaan bertaraf dunia pada harga yang lebih berpatutan.

Bagi mereka yang memiliki motosikal superbike, sangat sesuai untuk memiliki helmet ini kerana pada kelajuan tinggi, helmet ini mencengkam penuh.

Helmet ini turut digunakan oleh beberapa pelumba MotoGP kerana mempunyai ciri keselamatan dan fungsi aerodinamik yang baik 

Helmet ini juga ringan dimana berat hanya 1.58 kg dan menepati standard piawaian beberapa badan keselamatan antarabangsa.

Review:

"Sangat memuaskan dan selesa bila pakai masa ride naik Genting. Memang terasa perlindungan penuh pada kepala dan muka."

mulai
RM88.00
Semak SGV Cruiser Visorex Helmet harga dibawah:
add_circle Diperakui oleh Sirim
add_circle Design simple
add_circle Ringan
add_circle Sesuai untuk ride santai
add_circle Visor disertakan sekali
remove_circle Tidak melindungi muka sepenuhnya
remove_circle Kurang selesa pada kelajuan tinggi

Berbeza dengan helmet kura-kura yang lain, SGV cruiser merupakan salah satu helmet kura-kura yang telah mendapat kelulusan SIRIM.

Helmet ini menjadi salah satu kegemaran penunggang motosikal kerana rekaannya simple, ringan, mudah dan memberi lebih pengudaraan di muka.

Helmet ini sesuai untuk kegunaan jarak dekat atau aktiviti berkonvoi pada kelajuan santai, dan memang sesuai untuk anda yang menggunakan motor skuter.

Helmet murah (bawah RM50)
MS88 Helmet Size L 60cm
mulai
RM48.00
Semak MS88 Helmet Size L 60cm harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Ringan
add_circle Rekaan simple
remove_circle Tidak sesuai untuk kelajuan tinggi
remove_circle Visor dijual berasingan

Topi keledar ini merupakan antara topi keledar yang popular dan sering menjadi pilihan utama penunggang motosikal kerana harga yang murah dan ringan.

Lagipun topi keledar ini amat sesuai untuk kegunaan harian pada jarak dekat saja seperti ke kedai, kelas, ataupun meronda ke kawasan rumah.

Topi keledar ini berukuran saiz 60cm dan mempunyai pelbagai pilihan warna

Walaupun agak tidak sesuai dan tidak selesa untuk tunggangan laju tapi topi keledar ini mempunyai kelulusan SIRIM. 

Helmet kanak kanak sirim
LTD VTEC JUNIOR VISOREX HELMET
mulai
RM57.55
Semak LTD VTEC JUNIOR VISOREX HELMET harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
add_circle Rekabentuk moden
add_circle Disertakan visor
add_circle Ada klip
remove_circle Tidak sesuai untuk orang dewasa

Saiz helmet ini berukuran 54 cm dan sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah.

Rekaannya yang moden dan menarik, pasti akan menarik minat si kecil untuk menyarung helmet.

Jangan risau, helmet ini disertakan visor untuk memberikan perlindungan sepenuhnya pada muka si comel

Terdapat juga butang klip untuk mengelakkan helmet dari tercabut dan helmet ini mendapat kelulusan SIRIM.

Solid White Givi m30.3 Double Visor Open Face Helmet
mulai
RM263.00
Semak Solid White Givi m30.3 Double Visor Open Face Helmet harga dibawah:
add_circle Selesa dipakai
add_circle Sesuai untuk ukuran kepala yang besar
add_circle Ada double visor
add_circle Padding boleh buka untuk cuci
add_circle Selamat dan selesa untuk kelajuan tinggi
remove_circle Tidak sesuai untuk ukuran kepala kecil

Disebabkan helmet GIVI M30.3 ini mempunyai ciri keselamatan yang baik jadi sesuai untuk kegunaan harian atau touring.

Direka sesuai untuk anda yang mempunyai ukuran kepala yang besar kerana dapat memautkan sehingga saiz XL.

Ditambah dengan cutting rekabentuk luar yang besar, ia membuatkan helmet nampak matching sekiranya anda berbadan besar.

Padding helmet ini boleh dibuka untuk cuci dan mempunyai ventilation untuk pengaliran udara yang baik agar anda tidak berasa panas ketika memakai helmet. 

Helmet ini juga mempunyai double visor dimana terdapat visor kedua di dalam yang anda boleh buka sekiranya cuaca terlalu panas dan menyilaukan mata anda.

Helmet ini diperakui selamat dan menepati piawaian SIRIM dan beberapa badan antarabangsa lain.

Helmet untuk wanita bertudung
Helmet ARC AF6 Steng Original Size L 60cm
mulai
RM108.80
Semak Helmet ARC AF6 Steng Original Size L 60cm harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk wanita bertudung
add_circle Menepati piawaian SIRIM
add_circle Visor disertakan sekali
remove_circle Berat

Helmet jenis half face atau helmet kura-kura memang menjadi pilihan yang baik untuk wanita bertudung kerana mudah dipakai.

Namun berbeza dengan helmet kura-kura lain kerana helmet ARC AF6 ini merupakan salah satu helmet half face yang memberi lebih perlindungan dan lebih selamat.

Lagipun wanita bertudung selesa memakai helmet ini dan seakan helmet open face penuh.

Helmet mempunyai rekaan yang moden, berukuran free size atau 60 cm dan disertakan dengan visor untuk perlindungan muka.

Helmet in menepati standard piawaian SIRIM.

Helmet untuk touring
Helmet Givi X.16:X16 Voyager
mulai
RM635.00
Semak Helmet Givi X.16/X16 Voyager harga dibawah:
add_circle Terdapat fungsi flip up
add_circle Mempunyai double visor
add_circle Selesa dipakai untuk pelbagai situasi
remove_circle Harga mahal

Jenama Givi terkenal dalam dunia touring kerana direka dengan ciri keselamatan yang bagus.

Jadi helmet jenama ini sesuai dan selesa untuk menempuh perjalanan yang beratus atau beribu batu jauh.

Dengan fungsi flip up membolehkan anda menjadikan full face atau open face mengikut keadaan dan keselesaan anda.

Helmet ini juga disertakan dengan double visor yang mempunyai satu visor tambahan di dalam untuk dipakai ketika cuaca terang dan silau. 

Helmet ini diperakui selamat dan menepati standard piawaian beberapa badan antarabangsa.

Wholesale Super Helmet For Toddlers Retro Character
mulai
RM15.90
Semak Wholesale Super Helmet For Toddlers Retro Character harga dibawah:
add_circle Corak menarik
add_circle Tahan lasak
add_circle Warna tidak mudah pudar
add_circle Tidak menyebabkan pening kepala
remove_circle Tidak ada kelulusan SIRIM

Bagi parents yang ingin mencari helmet yang menarik untuk si kecil berusia setahun ke atas, kami syorkan helmet jenis ini.

Helmet ini mempunyai lebih 10 jenis corak menarik antaranya minion, frozen, spiderman, hello kitty, avenger dan banyak lagi.

Ukur lilit bahagian dalam helmet, 50cm dan didatangkan sekali dengan penutup helmet jenis kaca.

Jangan risau, material kaca yang digunakan jenis tidak menyebabkan si kecil pening kepala ketika memakai helmet ini.

Bahagian lining helmet ini menggunakan material synthesis leather yang dilekatkan dengan sangat kuat supaya dapat tahan lama.

Manakala bahagian tali pula diikat menggunakan klip dan tidak mudah loose.

helmet motor
mulai
RM73.99
Semak GTmotor GXT708 Double Lens Motorcycle Helmet harga dibawah:
add_circle Mempunyai double lens
add_circle Tahan lasak
add_circle Visor anti-silau
add_circle Terdapat fungsi flip up
remove_circle Jenis 'open face'

Helmet motor GXT bukan sahaja menawarkan reka bentuk double visor, malah mempunyai tempurung ABS yang sangat kuat, ringan, dan tahan impak.

Reka bentuk yang ringkas dan ringan mengurangkan bunyi angin, manakala lapisan pelapik ERP 3D menggunakan fabrik bernafas dan bebas alergi.

Selain itu, dilengkapi dengan kanta anti-silau yang boleh dinaik turunkan dan kalis angin yang terbina serta saluran saluran udara yang memastikan anda kekal sejuk di dalamnya.

Dengan berat yang hanya 1150g dan jenis 'open face', ia adalah pilihan terbaik bagi pemilik motosikal yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan.

Cartoon Kids Helmet Motorcycle
mulai
RM24.00
Semak Cartoon Kids Helmet Motorcycle harga dibawah:
add_circle Direka untuk keselamatan kanak-kanak
add_circle Lens anti kabur
add_circle Material ABS
remove_circle Hanya untuk kanak-kanak

Demi menjaga keselamatan anak semasa menaiki motosikal, sebaiknya pakaikan mereka helmet yang berkualiti dan terbaik untuk menyerap sebarang impak.

Anda boleh dapatkan helmet untuk kanak-kanak ini yang menggunakan bahan ABS pada bahagian luar untuk menyerap sebarang hentakan.

Selain itu, helmet ini juga mempunyai lapisan buffer yang diperbuat daripada EPS foam dengan ketumpatan span yang tebal.

Anak anda juga pasti selesa memakai helmet ini yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, serta mempunyai lens anti kabur untuk penglihatan yang lebih jelas.

Bahagian klip juga mudah digunakan dan juga kemas semasa memakaikan helmet pada anak anda.

Tambahan lagi, anda boleh pilih warna dan corak yang menarik untuk anak, jadi tidaklah ia kelihatan kurang menarik untuk mereka memakainya nanti.

Harley Style Helmet Half Face Motorcycle Helmet with Visor
mulai
RM39.90
Semak Harley Style Helmet Half Face With Visor harga dibawah:
add_circle Reka bentuk unik
add_circle Menggunakan material ABS
add_circle Hadir bersama visor
remove_circle Tidak menutupi keseluruhan kepala

Buat gadis-gadis di luar sana yang mencari helmet comel dan bergaya, boleh dapatkan helmet jenis separuh kepala ini yang mempunyai reka bentuk seperti helmet Harley.

Helmet ini hadir bersama dengan visor untuk melindungi mata anda daripada terkena objek atau habuk yang tidak dikehendaki semasa menunggang motosikal.

Selain itu, ciri keselamatan lain adalah bahagian luar diperbuat daripada ABS yang boleh menahan atau menyerap impak hentakan yang kuat.

Permukaan helmet ini pula mendapat kemasan gloss paint atau matte paint mengikut citara anda, dan saiz helmet ini sesuai dengan saiz kepala 56-58cm.

Berat helmet pula hanya 0.5KG sahaja, jadi sangat ringat buat kaum wanita di luar sana.

Bagaimanapun, disebabkan ianya jenis half helmet, jadi ianya tidak menutupi keseluruhan bahagian kepala.

Helmet separuh terbaik
MHR
Half Cut Helmet
mulai
RM29.00
Semak Genuine MHR III Half Cut Helmet harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk motor kapcai
add_circle Mudah dan cepat dipakai
remove_circle Visor beli secara berasingan

Anda merupakan peminat motor kapcai dan mahu gunakan helmet santai-santai untuk menunggang di kampung? Inilah helmet santai dan style yang sesuai untuk anda.

Helmet separuh atau helmet steng terbaik ini daripada jenama helmet motor yang diyakini iaitu MHR, jadi anda tidak perlu lagi ragu-ragu dengan kualiti helmet ini.

Bagaimanapun, helmet separuh ini tidak hadir bersama dengan visor helmet, jadi anda perlu beli visor secara berasingan jika anda mahu.

Disebabkan ianya jenis helmet separuh, kepala anda juga tidak akan dilindungi secara penuh dan ia mungkin agak berisiko untuk digunakan di lebuh raya.

Dari segi gaya, helmet separuh ini betul-betul nampak unik dan style terutamanya bagi mereka yang menaiki skuter atau kapcai.

Helmet full face murah
HNJ
HNJ Full Face Helmet
mulai
RM188.00
Semak HNJ Full Face Helmet harga dibawah:
add_circle Menutupi muka secara penuh
add_circle Material berkualiti untuk keselamatan
add_circle Visor jenis kalis angin dan hujan
remove_circle Lebih sesuai untuk motor superbike

Helmet HNJ Full Face ini direka dengan teliti dan dibina untuk perlindungan dan keselesaan yang terbaik.

Ia dibangunkan dari bahan premium yang menjamin kekuatan tiada tandingan dan mampu menyerap impak kuat untuk menjaga keselamatan anda dalam apa jua situasi.

Apa yang membezakan helmet ini dengan helmet lain adalah dalaman yang direka dengan teliti, menggunakan lapisan yang selesa dan breathable yang boleh memastikan anda kekal selesa dan tak rasa panas.

Selain itu, dengan tali yang boleh disesuaikan, anda boleh menyesuaikan saiz dan bentuk kepala anda bagi memastikan pemakaian yang selesa dan selamat setiap kali anda menggunakannya.

Bukan sekadar selamat digunakan, helmet ini juga bergaya untuk dipakai dan ditawarkan dalam pelbagai warna yang menarik untuk anda pilih mengikit cita rasa anda.

Bagaimanapun, helmet jenis full face ini kurang sesuai untuk yang menggunakan motor skuter atau kapcai.

ACES Premium R2 Matte Black With Visor Smoke
mulai
RM95.00
Semak ACES Premium R2 Matte Black With Visor Smoke harga dibawah:
add_circle Material ABS
add_circle Sesuai untuk lelaki dan perempuan
add_circle Mempunyai saluran udara
remove_circle Hanya warna hitam

Anda tak tahu nak beli helmet mana untuk digunakan sebagai helmet harian redah jem ke tempat kerja? Boleh je cuba helmet jenis open face ini.

Apa yang bagus tentang helmet ini adalah ia menggunakan material ABS yang dijamin selamat dan juga mempunyai padding yang tebal untuk keselamatan tambahan.

Selain itu, ia juga mempunyai air ventilator yang sudah dinaiktafar bagi meningkatkan lagi pengaliran udara pada bahagian dalam, jadi anda tidak rasa begitu panas semasa memakainya.

Anda juga akan dapat visor smoke yang berkualiti, boleh melindungi mata anda daripada sinaran matahari yang terik.

Sesuai untuk lelaki dan juga wanita, namun disebabkan bahagian padding agak tebal jadi ia kurang sesuai atau sedikit ketat jika anda mempunyai ukuran kepala yang besar.


Cara Memakai Topi Keledar Yang Betul

Sebelum memakai topi keledar,anda perlu adjust tali pengikat di dagu atau rahang mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Seterusnya pegang pada tali pegikat bahagian bawah tepi atau pipi helmet dan pastikan tali pengikat rahang diluar.

Kemudian sarungkan helmet ke kepala anda dan akhir sekali ikat tali melalui D ring atau topi keledar.

Untuk melihat cara secara praktikal, jom ikuti video dibawah.


Kesalahan Tidak Memakai Topi Keledar

Tidak memakai topi keledar merupakan satu kesalahan jalan raya yang boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM300 mengikut Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

Lebih teruk lagi, anda berisiko untuk mendapat kecederaan yang serius pada kepala sekiranya anda tidak memakai topi keledar.

Kesalahan ini bukan satu perkara remeh, buktinya salah satu saluran berita mengeluarkan topik kesalahan tidak memakai topi keledar.


Ciri Keselematan Topi Keledar Motor

Kalau nak beli topi keledar, kita mesti tengok ciri keselamatan yang ada pada helmet tersebut agar pembelian kita berbaloi dan kita pun rasa selamat semasa menunggang motosikal.

Jika anda kurang pasti ciri keselamatan yang perlu anda lihat pada helmet, boleh lihat di bawah:

  1. Pilih topi keledar yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi seperti polikarbonat atau fiberglass. Bahan berkualiti tinggi ini mampu menyerap impak dengan lebih baik, menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada kepala.

  2. Pastikan topi keledar mempunyai penyambungan yang kukuh di bahagian yang penting seperti bahagian tengah dan tempat kedudukan visor. Penyambungan yang kukuh meningkatkan kekuatan topi keledar untuk menangani impak.

  3. Semak sama ada helmet tersebut mempunyai pensijilan keselamatan seperti sijil PUSPAKOM atau standard keselamatan lain yang sah. Ini menunjukkan bahawa topi keledar telah disahkan memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

  4. Kualiti padding dalaman yang baik dapat meningkatkan keselesaan pemakai serta membantu menyerap kejutan semasa berlaku kemalangan. Pastikan padding dalaman yang sesuai dengan bentuk kepala anda atau ia dapat disesuaikan dengan baik dan selesa.

  5. Sistem penyelamat pemuka yang baik adalah penting untuk melindungi mata dan wajah anda semasa menunggang. Pastikan topi keledar dilengkapi dengan sistem yang kukuh dan mudah digunakan.

Jadi sebelum beli topi keledar, anda boleh perhatikan dahulu ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada helmet tersebut, dan ingatlah bahawa keselamatan adalah keutamaan utama semasa memilih topi keledar motor.

Jom lihat video tentang 5 kesalahan yang kerap dilakukan semasa membeli helmet.


Artikel Berkaitan

End of Article