Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kilatkan Automobil Kesayangan Anda Dengan 10 Wax Kereta Ini

Kereta sentiasa kelihatan baru!

Kereta yang kilat dan bersinar pastinya lebih bergaya dan menonjolkan imej yang kemas. Pemanduan seharian sudah pasti mendedahkan kereta anda kepada hujan, habuk, debu, lumpur serta pelbagai kotoran yang akan membuatkan warna kereta anda menjadi kusam dan tidak menarik. Bagi penggemar automotif pula, sudah tentu anda memerlukan produk wax yang terbaik untuk menggilap kereta agar ia kelihatan baru dan sentiasa berkilat.

Namun, tahukah anda bahawa anda boleh menggilap kereta dengan sendiri di rumah? Terdapat pelbagai lambakan produk dipasaran, anda tidak perlu lagi menghantar kereta untuk digilap pada mana-mana car centre. Dapatkan produk wax berikut, khusus untuk kereta kesayangan anda dengan seleksi produk yang telah kami pilih.

Wax kereta terbaik untuk menghilangkan kesan calar
mulai
RM12.17
Semak WAXCO New Tech Nano Metallic – Colour Scratch Remover (150ml) harga dibawah:

Jika badan kereta anda terdapat banyak kesan calar halus, produk Waxco ini mungkin ada penyelesaiannya terbaik. Khusus untuk menghilangkan kesan calar halus pada badan kereta, produk ini juga berkesan dalam menghakis kesan tar. Lebih sesuai digunakan pada cat jenis metallic, ianya mampu mengembalikan kilauan pada kereta anda dan hilangkan kesan calar dengan lebih sempurna.

Untuk kesan tahan lebih lama, wax ini sesuai untuk anda
mulai
RM16.90
Semak CYBER High Gloss Car Wax (500ml) harga dibawah:

Gilapkan kereta anda seminggu sekali, kesan kilatnya akan kekal bersinar dan tahan lama sehingga sepanjang tahun. Formulasi unik wax dan penggilap yang mudah digunakan, produk ini berfungsi dengan memudarkan kesan calar halus serta meratakan permukaan cat pada badan kereta untuk hasil lebih kemas dan sempurna. Produk ini juga diciptakan khusus untuk menepati cuaca panas (humid) di negara ini.

Bersihkan cermin kereta dengan lebih sempurna
mulai
RM32.90
Semak 3M Glass Cleaner 19 Oz harga dibawah:

Tahukah anda bahawa cermin kereta juga perlu digilap agar ia sentiasa bersih dan tiada kotoran yang menghalang pandangan ketika pemanduan? Wax jenis spray ini berfungsi menanggalkan kotoran degil pada permukaan cermin dan cermin hadapan kereta anda akan kelihatan bersinar tanpa tompokan yang mengganggu.

Produk ini mudah digunakan dengan hanya beberapa semburan, cermin kereta anda sudah kembali bersih berkilat. Bersihkanlah selalu supaya cermin kereta anda tidak tampil bertompok dengan kotoran.

Dalaman kereta juga haruslah dijaga – sesuai untuk dashboard
mulai
RM36.90
Semak ASTONISH Car Care Vinyl Trim & Dashboard Cleaner harga dibawah:

Bahagian dalaman kereta juga penting untuk dijaga agar ia kelihatan kemas dan sentiasa tampak bersih. Produk khusus untuk membersih bahagian dashboard kereta ini berfungsi menanggalkan kesan kotoran dan habuk, hasilnya akan lebih cantik berkilat.

Formulasi istimewanya juga bersifat anti-statik, menghalang pembentukkan habuk pada permukaan dashboard. Wax dari jenama Astonish ini boleh membersih dan melindungi bahagian dalam kereta anda tanpa perlu lagi ke kedai dan bayar dengan mahal.

Sesuai untuk kereta yang bercat hitam
mulai
RM89.00
Semak TURTLE Wax Jet Black Black Spray Wax 16 FL.OZ harga dibawah:

Kereta yang berwarna gelap memerlukaan penjagaan yang teliti agar warnanya kekal cantik dan menawan justeru produk jenama Turtle Wax ini pasti dapat membantu. Formulasi produk ini yang mengandungi shine polymers dan carnauba untuk menghasilkan efek kilat dan melindungi permukaan badan kereta dari sinaran UV.

Produk wax ini adalah sesuai digunakan utuk semua jenis cat kereta bewarna hitam.

Lampu kereta menjadi malap? Gunakan wax ini!
mulai
RM21.15
Semak Waxco Clear Light Lens Restorer & Treatment harga dibawah:

Kesan kotoran dan kusam pada lampu kereta boleh menghalang cahaya dan menyebabkan lampu kelihatan malap. Produk ini berkesan menanggalkan kesan calar halus pada permukaan lampu serta kotoran degil yang menghalang pembiasan cahaya semasa anda menghidupkan lampu kereta di waktu malam.

Tingkatkan keselamatan pemanduan dan pastikan permukaan lampu anda sentiasa bersih agar cahaya yang disuluh lebih efisyen.

Polish dan wax – 2 dalam 1, wax murah dan berkualiti
mulai
RM9.90
Semak STAR99 Premium Carnauba 2K Metalic Wax harga dibawah:

Seleksi produk pada harga mampu milik, produk wax premium ini memiliki fungsi dan ciri yang berkesan untuk menggilap kereta. Wax kereta ini menjanjikan perlindungan menyeluruh dari kerosakkan akibat sinaran UV dan hujan asid. Produk ini berkesan menanggalkan kotoran, kesan karat dan kesan calar. Sesuai digunakan pada semua jenis permukaan cat kereta, lakukan sahaja sendiri dapat menjimatkan wang.

Wax kereta jenis spray, mudah untuk anda
mulai
RM12.17
Semak AEROPAK Cleaning Wax (12.3oz) harga dibawah:

Untuk lebih memudahkan pengguna, wax kereta kini terdapat dalam bentuk spray. Hanya beberapa semburan dan sedikit gilapan, kereta anda akan menjadi kilat serta bersinar. Semburan produk pada permukaan kereta juga menghalang habuk dan kotoran daripada terus melekat dan melindungi permukaan badan kereta dari kerosakan.

Gilapkan tayar kereta sehingga berkilat
mulai
RM9.34
Semak GETSUN High Tire Gloss G-7108A harga dibawah:

Selain permukaan badan kereta dan bahagian dalaman, tayar juga perlu digilap dengan sempurna. Permukaan tayar dan bahagian sport rim boleh digilap agar ia kelihatan bersih dan kemas. Kesan seperti lumpur dan tanah yang melekat boleh dihilangkan dengan formulasi khusus yang mengandungi polymer kalis air ini.

Produk ini juga boleh melindungi tayar dari merekah dan rosak agar ia bertahan dengan lebih lama dengan harganya mampu milik.

Berasaskan air, water wax terbaik untuk kereta
mulai
RM52.90
Semak 3M PN39034 Quick Wax 16 Oz harga dibawah:

Wax kereta yang dihasilkan dari bahan berasaskan air, produk jenama 3M ini berkesan untuk mengekalkan kilat pada permukaan badan kereta. Dihasilkan dari bahan Carnauba yang tulen, wax ini dapat menghasilkan sentuhan yang sempurna, hanya dengan beberapa semburan. Produk ini lebih sesuai digunakan untuk mengekalkan wax yang sedia ada sahaja pada cat kereta anda.


Artikel Berkaitan

End of Article