Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Cawan & Gelas Unik Untuk Kegunaan Harian Atau Menjamu Tetamu

Cantik dan bermutu tinggi!

Dalam banyak-banyak peralatan dapur, cawan merupakan aset terpenting sesebuah rumah terutamanya bila ada tetamu. Mana taknya, setiap kali tetamu datang, pastilah sekurang-kurangnya dihidangkan air walaupun tidak ada makan-makan, jadi takkanlah kita nak hidangkan air didalam cawan yang kelihatan usang dan kotor kan? Kita sendiri nak minum pun tak berselera jadinya. Jom bersama kami melihat koleksi cawan-cawan mengikut citarasa dan keperluan anda.

Apakah material cawan yang tidak mudah pecah?

Kalau bercakap pasal material cawan yang tidak mudah pecah, sememangnya material seperti plastik atau silikon menjadi marerial yang menduduki tangga teratas, tetapi masalahnya ialah sesetengah plastik tidak bagus untuk kesihatan jika digunakan dengan hidangan yang panas dan kebanyakannya meninggalkan rasa asing didalam minuman anda.  Alternatif terbaik selain plastik ialah kaca yang diproses seperti Gibraltar Glass dan Tempered Glass yang memang direka khas untuk tahan hentakan dan sebagainya. Besi juga merupakan alternatif yang bagus tetapi ianya mudah memanas jika minuman yang dihidang panas.

10 Cawan Unik Untuk Anda

Gelas besar dengan tutup
Banfang
mulai
RM28.50
Semak Banfang Tall Covered Mug harga dibawah:

Untuk anda yang mahukan gelas yang berkapasiti besar berserta dengan penutup kami mencadangkan kepada anda Tall Covered Mug ini dimana ianya mampu menampung sehingga lebih kurang 400ml air, pasti tak kering tekak punya lah kalau anda minum segelas penuh air dari gelas ini.

Selain dari saiznya yang besar, ia juga disertakan dengan penutup kaca yang sepadan, dimana penutup ini akan memudahkan anda untuk membawa gelas ini kemana-mana tanpa perlu terlalu berhati-hati takut air dari gelas ini akan tumpah.

Gelas ini juga mempunyai rekabentuk yang menarik dan moden disamping mempunyai corak bertulis yang unik dan cantik, sesuai untuk rumah atau dapur yang bertemakan ‘happy go lucky’.

Gelas ini juga diperbuat dari material berkualiti yang mampu menahan kepanasan, jadinya anda boleh gunakan gelas ini secara versatil samada untuk minuman yang panas atau sejuk, cumanya, gelas ini sedikit berat kerana saiz dan materialnya.

Gelas kaca tahan panas
Luminarc
mulai
RM32.64
Semak Luminarc Coffee Cup (6 biji) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Tahan panas
add_circle Selamat untuk di-microwave
remove_circle Bentuk pemegangnya agak kurang selesa jika cawan penuh

Kalau anda perlukan cawan yang tahan lasak dan tahan panas, cawan keluaran jenama terkenal Luminarc ini sangat disyorkan untuk anda dimana Luminarc telah mula berkecimpung didalam pembikinan peralatan dapur di Perancis semenjak 1948 lagi, dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki syarikat ini, lahirlah cawan-cawan bermutu tinggi seperti ini.

Ianya diperbuat dari material hardened glass yang direka khas untuk bertahan dengan kepanasan dan hentakan, sekaligus menjadikannya cawan yang versatil untuk pelbagai jenis hidangan dan boleh digunakan oleh seisi rumah baik yang dewasa mahupun kanak-kanak. 

Cawan ini juga selamat untuk digunakan didalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan ia tidak akan mengelurkan bahan kimia berbahaya seperti sesetengah produk. Ia juga tidak akan pecah apabila anda microwave-kan ia. 

Cumanya, dari segi bentuk pemegangnya, ia mempunyai ruangan yang besar, jadinya untuk pengguna dengan ‘grip’ yang lemah, cawan ini mudah tergelincir dan minuman akan tertumpah.

Gelas plastik tahan pecah
mulai
RM14.00
Semak 8oz Unbreakable Drinking Cup (6 biji) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Rekabentuk menarik
remove_circle Tiada pemegang

Untuk anda yang mempunyai anak kecil, pastinya takut untuk bagi mereka gunakan cawan kaca nak-nak pula yang dibeli mahal-mahal kan? Apa kata anda dapatkan Unbreakable Drinking Cup ini dimana ianya diperbuat dari plastik Polycarbonate yang sangat kuat sekiranya terkena impak atau hentakan.

Selain dari kekuatan dan kepejalan, Polycarbonate juga memberikan rupa lutsinar yang luar biasa seakan-akan ianya bahan kaca, jadinya anda masih boleh mendapatkan gaya ‘classy’ dan elegan dengan cawan ini tanpa perlu risau yang ia akan pecah.

Walaupun cawan ini diperbuat daripada plastik, tetapi ianya juga mampu menahan kepanasan sehingga 100 darjah celcius dimana ia boleh digunakan untuk air yang mendidih. Adapun begitu, anda tidak dinasihatkan untuk meletakkan hidangan yang mendidih didalam cawan ini kerana dibimbangi campuran bahan didalam hidangan membuatkan hidangan tersebut bersuhu lebih tinggi dari takat didih yang normal (melebihi 100 darjah celcius).

Kekurangan cawan ini hanyalah pada ketiadaan pemegangnya, dimana kadangkala ia boleh menjadi agak licin terutamanya apabila tangan anda basah. Tetapi cawan ini kalau terjatuh pun tiada masalah, cumanya basahlah lantai anda nanti.

Gelas untuk kopi
No Brand
mulai
RM19.90
Semak Double Wall Bistro Glass Cup harga dibawah:
add_circle Tahan panas
add_circle Tahan perubahan haba
add_circle Rekabentuk elegan
remove_circle Mudah pecah

Untuk penggemar kopi diluar sana, tahukah anda pemilihan cawan yang betul mampu mempengaruhi kenikmatan anda meminum kopi? Cawan seperti Double Wall Bistro Glass Cup ini direka dengan ciri khas untuk peminat-peminat minuman panas dengan rasa yang unik.

Cawan ini dibuat dengan menggunakan kaca borosilikat yang selalu digunakan di makmal-makmal kerana ketahanannya pada haba yang sangat tinggi, menjadikannya sesuai untuk penggemar minuman panas seperti kopi. 

Rekabentuk dwi-lapisannya juga memainkan peranan penting didalam kenikmatan setiap cicipan kopi anda kerana rekabentuk ini membuatkan pengaliran haba keluar lebih perlahan, sekaligus memastikan kopi anda dapat kekal panas dengan lebih lama. Konsep ini lebih kurang dengan konsep yang digunapakai thermal flask dalam mengekalkan suhu kandungannya.

Dalam menggunakan cawan ini, anda perlulah sedikit lebih berati-hati kerana walaupun kaca borosilikat sangat kuat didalam menahan haba, ianya agak mudah untuk pecah sekiranya dikenakan hentakan yang kuat.

mulai
RM86.90
Semak 12 oz Libbey Premium Quality Tall Glass (12 biji) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Tahan panas
add_circle Kaca tidak akan menjadi serpihan kecil jika pecah
remove_circle Berat

Untuk anda yang mempunyai kedai makan atau café, mencari gelas yang betul-betul elok sememangnya penting untuk memberikan imej yang bagus kepada pelanggan anda sebab itu kami mencadangkan gelas Libbey Premium Quality Tall Glass ini, dimana saiznya yang besar mampu memberikan ‘ilusi’ yang kandungannya banyak. 

Gelas ini dikeluarkan oleh syarikat Libbey yang terkenal dari Amerika Syarikat dan bahan yang digunakan merupakan Gibraltar Glass, iaitu kaca hasil kajian terperinci pakar-pakar pengeluaran dari Amerika, dimana kaca ini terkenal sebagai kaca yang sangat tahan lasak, sesuai untuk tempat-tempat yang sibuk seperti kafe dan restoran.

Gelas ini juga boleh dibasuh menggunakan dishwasher, menjadikannya gelas yang bukan sahaja tahan lasak, tetapi mampu menjimatkan masa dan tenaga anda. Bentuknya yang besar juga memudahkan dishwasher untuk memastikan setiap inci cawan ini bersih berkilat, sememangnya pelaburan yang berbaloi untuk kualiti luarbiasa.

Cumanya, anda perlu sedikit lebih berhati-hati ketika membawa gelas ini kerana ianya agak berat dan besar untuk dibawa secara banyak sekaligus. Anda dinasihatkan untuk membawanya di atas tray makanan kotor sekiranya jumlah yang hendak dibawa banyak.

mulai
RM29.90
Semak 11 oz Set Minuman Berkaki (6 biji) harga dibawah:
add_circle Rekabentuk ergonomik
add_circle Rupa yang elegan
remove_circle Mudah pecah

Gelas ala-ala wine glass mampu memberikan rupa yang elegan dan anggun kepada imej keseluruhan set dapur anda. Gelas yang kami cadangkan ini datang dengan set enam biji gelas berkualiti tinggi. 

Gelas ini diperbuat daripada kaca silika yang rare dimana ianya merupakan bahan yang berkualiti dan mampu menahan haba yang tinggi. Ia juga tidak mudah rosak dan kelihatan kelam seperti sesetengah bahan lain. Ini kerana gelas dari kaca silika mampu menahan proses kimia yang berlaku apabila sesuatu bahan diletakkan didalamnya.

Gelas ini juga mempunyai kaki yang tidak terlalu tinggi, memberikannya kestabilan yang lebih bagus dari gelas wine yang biasa. Ia juga mempunyai rekabentuk yang ergonomik dimana anda boleh memegangnya dengan selesa dan meletakkannya tanpa risau ia akan terbalik.

Cumanya, seperti gelas kaca yang lain, anda perlu berhati-hati ketika mengguanya kerana ia mudah pecah jika digunakan dengan terlalu kasar atau dikenakan hentakan yang terlalu kuat.

mulai
RM9.90
Semak Borosilicate COLA Glass Cup harga dibawah:
add_circle Tahan panas
add_circle Rekabentuk unik
remove_circle Tiada pemegang jika gelas panas

Anda mahu nikmati jus-jus segar anda dengan lebih ‘umph? Apa kata anda nikmatinya didalam gelas Borosilicate COLA Glass Cup ini? Ia diperbuat daripada kaca borosilikat yang tahan perubahan suhu, maknanya kalau anda nak minum jus yang sejuk kemudian masukkannya didalam dishwasher, ia tidak akan menjadi masalah.

Rekabentuk gelas ini juga mengambil knsep ala-ala hipster dan minimalis sekaligus memberikan rupa yang lebih cantik kepada hidangan jus anda. Barulah sesuai untuk dimuatnaik ke Instagram!

Ia juga mampu memberikan gaya atau rupa yang unik kepada keseluruhan setup dapur anda kerana gelas seperti ini masih jarang digunakan, disamping mempunyai gaya yang moden dan tersendiri. Sememangnya pembelian yang berbaloi untuk harganya yang murah.

Namun seperti biasa, seronok-seronok menggunakannya pun anda masih perlu berhati-hati kerana kaca boro silikat mudah pecah jika digunakan dengan terlalu kasar.

Gelas untuk hari raya
Ikea
mulai
RM4.90
Semak Ikea Pokal Glass Set (4 biji) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Rekaan yang menarik
remove_circle Jika ianya rosak sedikit, kemungkinan untuk pecah itu tinggi.

Untuk anda yang masih tercari-cari gelas yang sesuai digunakan ketika hari raya, apa kata anda dapatkan gelas model Pokal keluaran IKEA ini. Ianya mempunyai warna yang menarik dan sesuai dengan warna-warni perayaan di Malaysia. 

Ia juga diperbuat daripada material tempered glass yang sememangnya terkenal dengan ketahanannya kepada hentakan dan pengendalian yang lasak. Tidak rasa risaulah kalau anda hendak menghidangkan minuman kepada kanak-kanak kecil dan sebagainya.

Gelas ini juga mempunyai rekabentuk yang cantik dan elegan, sekaligus memberikan seri ala-ala moden dan classy kepada rumah anda. Pasti tetamu akan rasa kagum apabila mereka datang berkunjung.

Walaupun materialnya tahan lasak, anda perlu berhati-hati kerana tempered glass akan terus pecah sekiranya terdapat walau sedikit keretakan atau bahagiannya yang pecah akan mengakibatkan keseluruhan cawan ini pecah, tetapi ia direka untuk tidah pecah kepada serpihan kecih sebaliknya deraian yang besar dan mudah dikemaskan.

mulai
RM37.50
Semak Tupperware Blossom Mugs & Seals (4) (350ML) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
remove_circle Warna dari hidangan boleh melekat pada permukaan produk

Untuk anda yang mencari set gelas dan jug yang sepadan untuk rumah anda, apa kata anda cuba set gelas dan jug keluaran Tupperware ini. Ia mengandungi Jug dan beberapa biji mug berpenutup dengan warna merah ala-ala Cherry Blossom yang pastinya kelihatan comel.

Ianya juga merupakan produk yang sangat sesuai sekiranya annda mempunyai anak-anak kecil yang buas kerana material yang digunakan sangat tahan lasak, tidak adalah nanti pecah berderai dikerjakan oleh si kecil anda.

Ia juga dilengkapi dengan penutup bagi memudahkan anda membawa minuman anda kemana-mana tanpa perlu risau ia akan tumpah dan sebagainya. Penutupnya juga melindungi air daripada terdedah kepada pencemaran persekitaran supaya minuman anda sentiasa bersih dan segar.

Seperti produk berasaskan silikon yang lain, produk-produk ini boleh terkesan oleh warna hidangan yang diletakkan didalamnya, sebagai contoh, kalau anda letakkan pati tomato didalam produk slikon, warna merah tomato akan melekat pada produk tersebut walaupun setelah basuhan.

Gelas seramik cantik
Giacomo
mulai
RM38.00
Semak Giacomo Fine Porcelain Mug Set (6 biji) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Tahan panas
add_circle Mudah dicuci
add_circle Corak yang menarik
remove_circle Mug mudah panas jika isinya panas

Bagi anda yang meminati peralatan dapur ala-ala seramik, kami mencadangkan kepada anda set cawan keluaran Giacomo ini. Tahukah anda, Giacomo merupakan syarikat tempatan? Ya, dengan kualiti produk seakan-akan produk antarabangsa ini, siapa yang sangka kan.

Cawan ini diperbuat dari seramik bermutu tinggi yang selesa dipegang dengan rekabentuk yang simple tetapi menarik. Salah satu kelebihan utama cawan ini ialah corak dekoratifnya yang sangat cantik dan berseni. Warna corak-coraknya juga tidak terlalu keterlaluan, membolehkan nya untuk sepadan dengan pelbagai tema dapur.

 Cawan ini juga mampu menahan kepanasan dan tahan lasak, disamping mempunyai ruangan dalam yang besar sekaligus memudahkan proses pencucian. Sememangnya pembelian yang sangat berbaloi untuk kualiti produk yang sangat bagus.

Disebabkan ia menggunakan porselain, permukaan gelas akan mudah untuk menjadi panas sekiranya air panas diletakkan didalamnya, tetapi anda tidak perlu risau kerana ia mempunyai tangkai pemegang supaya anda masih boleh memegang cawan tersebut walaupun panas. 

End of Article