Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Meja Makan Untuk ‘Bonding Time’ Bersama Keluarga Dengan Lebih Selesa

Takkan tukar sofa je?

Product in this article

Apabila tiba musim perayaan, sudah pasti ramai yang mahu menceriakan rumah dengan menukar perabot baru, cat baru dan juga langsir baru. Dalam banyak-banyak perabot dirumah, set meja makan merupakan salah satu elemen penting kerana selain daripda di ruang tamu, keluarga juga akan duduk bersama-sama dan bersembang ketika makan di ruangan makan. 

Jadi, apa kata tahun ini kita skip tukar sofa baru dan gantikan set meja makan pula!

Apakah tips bagi memilih meja makan yang sesuai dan tahan lama?

Antara tips yang boleh diambil kira dalam memilih meja makan adalah:

  • Ukur ruang makan – pastikan anda ukur dengan betul ya. Jangan agak-agak ukuran kerana setelah meletakkan set meja makan, ruangan harus ada lebihan 42 inci untuk keselesaan bergerak.
  • Pilih bentuk meja makan – untuk ruangan kecil, meja berbentuk bulat adalah pilihan ideal manakala untuk ruangan luas, boleh pilih meja berbentuk segi empat. 
  • Pemilihan material yang betul – untuk jaminan ketahanan meja makan berbelanjalah sedikit untuk membeli meja makan yang dihasilkan dari kayu keras seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Buat anda yang kurang gemar material kayu, boleh pilih meja metal atau marble.
  • Konsep atau tema – pastikan set meja makan anda kena dengan tema yang telah ditetapkan untuk ruangan makan anda. Contohnya, gaya moden, klasik, minimalis dan lain-lain.
  • Tempat duduk yang cukup – pilih set meja makan yang sesuai dengan saiz isi rumah.

Sekarang apa kata kita lihat jenis-jenis meja makan yang terdapat dipasaran. Manalah tahu ada yang berkenan di hati, bolehlah order untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Jom kita lihat!

10 Meja Makan Untuk Jamu Selera Bersama Keluarga

Small Apartment Dining Table

RM 150
1. Small Apartment Dining Table
Meja makan terbaik untuk ruangan kecil dengan harga mampu milik

Meja kecil ini sesuai untuk rumah dengan ruang makan yang kecil. Ianya boleh dilipat jika tidak dipakai. Saiznya sesuai untuk pasangan baru berkahwin ataupun rumah bujang. Meja ini mempunyai ruangan dibawah untuk meletakkan barang. Harganya mampu milik untuk meja yang berkualiti.

Minimalist White Round Dining Table

RM 188.99
2. Minimalist White Round Dining Table
Meja makan bulat dengan reka bentuk minimalis pilihan terbaik

Buat anda yang lebih gemar meja makan berbentuk bulat, meja dengan rekaan minimalis ini pilihan terbaik. Ianya mudah untuk dipasang dan boleh memuatkan sehingga 4 orang. Rekaan sebegini sesuai untuk ruang kecil dan apa jua konsep yang anda inginkan.

AMGO Hospital Medical Adjustable Height Over Bed Table

RM 193.88

Buat anda yang mempunyai ahli keluarga sakit dan tidak boleh bergerak dengan banyak,  pastikan beli sahaja meja mudah alih ini. Ianya mempunyai roda, boleh diubah-alih dan dilaraskan mengikut ketinggian yang diingini. Meja ini sama seperti meja yang kita oleh lihat di hospital.

Sancy Folding Table Restaurant Furniture Dining Table (CT043)

RM 203.9

Jika anda mempunyai rumah dengan ruangan yang sangat limited, anda harus memiliki meja makan boleh lipat ini. Setelah dilipat ianya hanya sebesar 30.5cm x 80.5cm x 77.5cm, menjimatkan ruangan penyimpanan. Apa yang menarik adalah, kerusinya juga boleh diletakkan di dalam meja sebelum dilipat. Anda juga akan mempunyai ruang penyimpanan ekstra.

Modern Contemporary Dining Table Set with 4 Chairs – White

RM 419

Inginkan ruang makan anda tampil bersih dan simple? Nah, apa kata beli sahaja meja ini. Ianya mudah untuk dipadankan dengan apa jua hiasan dan perabot lain. Boleh memuatkan 4 orang, meja ini dihalusi dengan PU gloss diatasnya untuk memberi kilat yang cantik.

Contemporary Dining Table With Chairs and Bench Set

RM 549

Beri sentuhan kelainan dengan menggunakan bench sebagai kerusi makan. Meja untuk 4 orang ini didatangi dengan 2 kerusi individu dan 1 bench panjang yang boleh memuatkan 2 orang. Ia memberi feel yang lebih kontemporari dan sesuai untuk ruang makan bersaiz sederhana. 

Jika mahu, anda boleh menambah 2 lagi kerusi di bahagian atas dan hujung meja mengikut keperluan masing-masing.

Bailey Dining Sets Solid Wood Extendable Table with 4 Chairs

RM 688

Mahukan meja yang boleh dipanjangkan? Meja ini bukan sahaja boleh dipanjangkan dan memuatkan lebih banyak kerusi, ianya juga diperbuat daripada kayu Rubberwood untuk menjamin ketahanannya. Tak perlu lagi mengambil meja lain dari stor. Hanya sambung panel tengah-tengah semudah 1 2 3.

Scandinavian Dining Set

RM 799
8. Scandinavian Dining Set
Meja makan muat untuk 6 orang – jamu selera bersama keluarga

Meja makan ini bersaiz standard, sesuai untuk isi rumah 6 orang. Ianya simple dan mudah untuk dipasang. Meja ini diinspirasikan dari tema Scandinavian atau Nordic yang bercirikan clean dan sleek. Anda boleh memilih dari 3 warna kayu yang berbeza. 

Diperbuat daripada kayu Rubberwood, set meja makan ini dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Dining Set 3x5ft Tempered Glass Dining Table with Cushion Chair

RM 899

Jika anda mencari meja makan kaca, ini untuk anda. Meja makan kaca lebih mudah untuk dibersihkan dan senang untuk dijaga. Ianya tidak mudah pecah kerana diperbuat daripada tempered glass. Set ini didatangi dengan 6 buah kerusi makan jenis cushion untuk keselesaan yang lebih. Ianya kukuh dan tahan lama kerana dihasilkan dari kayu.

Bahagia Bimba 1+8 Dining Set

RM 2599
Bahagia
10. Bahagia Bimba 1+8 Dining Set
Meja makan marble sesuai untuk memuatkan sehingga 8 orang

Jika anda mempunyai keluarga yang besar dan mahukan meja yang tahan lama, pilihlah meja makan ini. Ianya diperbuat daripada kayu dan batu marmar dan dilengkapi dengan 8 buah kerusi makan. Kelebihan menggunakan batu marmar pada meja makan adalah ianya kalis air dan pasti tidak akan mengembang apabila lama diguna. 

Set meja makan ini akan memberi mood yang lebih tradisional dan sophisticated pada ruangan makan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article