Penyangkut baju didatangi dalam pelbagai bentuk dan jenis untuk melengkapi keperluan asas harian anda. Terdapat 3 jenis penyangkut pakaian asas iaitu penyangkut dawai besi, penyangkut kayu dan penyangkut plastik samada bersaiz sesuai untuk baju orang dewasa atau kanak-kanak.

Sesetengah penyangkut mempunyai penyepit untuk mengantung skirt dan seluar dengan lebih mudah. Ikuti senarai dibawah untuk memiliki penyangkut baju yang bersesuaian dengan keperluan anda.

1. Adjustable Plastic Baby Clothes Hanger

Penyangkut baju bayi – boleh dilaras mengikut saiz baju

Harga mulai RM7.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM7.00

Penyangkut baju bayi yang diperbuat daripada material plastik ini sangat ringan dan ringkas untuk digunakan. Ianya tahan lama dan senang untuk dijaga. Dengan harga kos mampu milik, penyangkut baju ini dijamin kualitinya. 

Bucunya boleh diselaraskan agar mampu menampung baju dari pelbagai saiz. Tidak memakan ruangan yang banyak semasa menyangkut baju dan juga jaminan penjimatan wang berganda. 

2. Cartoon Wooden Hanger Animal For Children

Hanger yang sesuai untuk baju kanak-kanak

Harga mulai RM2.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM2.50

Penyangkut baju sesuai untuk kanak-kanak yang bermotifkan karakter kartun ceria ini, terbaik untuk para ibubapa yang ingin mula mengajar si kecil mengatur dan menyusun baju mereka sendiri. Corak kartun yang terang dan berwarna-warni ini boleh dijadikan sebagai dekorasi tambahan, sesuai dengan tema bilik anak anda. 

Produk ini diperbuat daripada material kayu yang ringan, selamat digunakan oleh si kecil kerana bentuknya tidak tajam.  

3. Premiun Velvet Clothes Hanger

Penyangkut baju hitam

Harga mulai RM75.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM75.00

Penyangkut baju ini dilapisi fabrik baldu yang bertindak sebagai material ‘non slip’, bertujuan untuk memastikan baju dan kain tidak tergelincir dari penyangkut. Rekaannya nipis dan ‘sleek’ juga sangat praktikal kerana penyangkut baju yang nipis dapat memberi ruangan ekstra dengan penggunaan maksima didalam almari kecil. 

4. Asotv Magic Hanger 8 in 1

Hanger baju berwarna putih - rekaan trendi dan praktikal

Harga mulai RM9.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM9.80

Penyangkut baju ASTOV Magic ini sangatlah sesuai digunakan didalam ruangan yang kecil samada untuk menyangkut dan menyimpan pakaian didalam almari ataupun untuk menyidai pakaian setelah dicuci. Rekaannya ringan dan tidak tebal memudahkan anda untuk menyimpan baju dengan betul. 

Bukan itu sahaja, penyangkut baju ini mempunyai lapan slot didalam satu batang penyakut yang amat menjimatkan ruang penggunaan dikawasan kecil. 

5. Solid Wooden Non Slip Hanger

Penyangkut baju jenis kayu, dapat menampung pelbagai saiz dan berat baju

Harga mulai RM5.99

shopping_cart Shopee Malaysia RM5.99

Penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu ini mempunyai bar dibahagian bawah yang direka khas untuk menggantung skirt mahupun seluar. Jenis penyangkut sebegini banyak digunakan didalam bilik hotel kerana rekaannya yang elegan dan estetika. Penyangkut baju jenis kayu ini, tebal dan tahan lama serta sesuai digunakan didalam almari yang lebih besar. 

Diperbuat daripada seratus peratus kayu pejal, ianya sedikit berat berbanding penyangkut baju biasa dan amat sesuai untuk menyangkut kot atau jaket. 

6. IDROP Wall Mounted Retractable Clothes Hanger

Hanger yang sesuai untuk menyangkut baju panjang

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM39.90

Penyangkut baju ‘retractable’ ini amat sesuai dipasang ke atas dinding dan diluar rumah untuk menyidai cucian yang basah. Diperbuat daripada bahan kalis karat dan mudah untuk dipasang, rekaannya jenis ‘retractable’, dan nipis dapat menjimatkan ruang supaya dinding kelihatan kemas dan tidak bersepah. 

7. Stainless Steel Clothing Hanger

Penyangkut baju aluminium - kalis karat dan tahan lama

Harga mulai RM14.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM14.50

Penyangkut baju besi tahan karat ini direka untuk tahan lebih lama dan tidak mudah berkarat. Materialnya yang diperbuat dari besi aluminium dapat menahan berat kot atau jaket yang besar walaupun penyangkut baju ini ringan dan nipis. 

Bukan itu sahaja, penyangkut ini juga sesuai digunakan didalam ruangan yang kecil. Bentuk penyangkut ini amat ‘stylish’ kerana menggunakan lapisan ‘chrome’ yang memberi efek bersinar. 

8. IKEA SPRUTTIG Hanger

Hanger baju murah dan ekonomi

Harga mulai RM8.50

shopping_cart Ikea RM8.50

Penyangkut baju berjenama IKEA ini amat senang untuk didapati. Diperbuat daripada plastik, material penyangkut ini ringan, nipis dan berkos rendah. Penyangkut baju ini mnyempurnakan keperluan asas anda dengan mudah dan ringkas. Menjimatkan ruang serta wang anda.

Rekaannya stail dan trendi, sesuai untuk anda yang berjiwa muda! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!