Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Tukar Ruang Kegemaran Menjadi ‘Library’ Dengan 10 Rak Buku Ini

Masa untuk memupuk aktiviti membaca

Product in this article

Pasti ramai yang memikirkan rak buku hanyalah satu perabot semata-mata untuk menyimpan buku-buku dan tidak pernah memikirkan bahawa rekaan, fungsi dan gaya juga mempunyai aspek yang besar untuk mlengkapi sesuatu ruang. Cuba bayangkan rumah anda berkonsepkan moden, maka pilihan rak buku haruslah tertakluk kepada keperluan, kapasiti ruang dan juga rekaan supaya rak buku tersebut padan dengan konsep ruangan anda.

Apakah jenis kayu yang sesuai untuk dibuat rak buku?

Jenis kayu yang sering digunakan sebagai rak buku ialah kayu Pine kerana ianya mudah didapati dan juga lebih murahberbanding jenis-jenis kayu lain. Namun, kayu Pine tidak boleh tahan berat untuk menampung buku-buku yang tebal dan banyak. Jadi, jika anda inginkan rak buku yang tahan lama dan dapat menampung berat buku tebal, kayu jenis Koa dan Red Oak adalah jenis paling sesuai sekali. 

Jenis kayu ini yang sangat tahan lama serta boleh menampung berat buku tebal dan banyak. Ayuh lihat senarai rak buku terbaik untuk melengkapkan ruangan kegemaran anda;

10 Rak Buku Untuk Hiasan Dalam Ruang Kegemaran Anda

3 Tier Multipurpose Rack Book Shelves

RM 16.1
1. 3 Tier Multipurpose Rack Book Shelves
Rak buku murah dengan warna menarik untuk anak kecil

Jika anda mencari rak buku untuk kanak-kanak dan tidak mahu membeli jenis rak buku yang bercorak kartun, anda boleh memilih rak buku yang ini. Warnanya sangat menarik dan sesuai untuk ruangan bilik kanak-kanak yang comel dan riang. Kini, anda tidak perlu lagi membeli perabut kanak-kanak dengan corak kartun yang tacky.

MyTools Adjustable Expandable Wood Desktop Bookshelf

RM 25.5
MyTools
2. MyTools Adjustable Expandable Wood Desktop Bookshelf
Rak buku di atas meja yang menarik dan menjimatkan ruang

Rak buku ini sangat sesuai bagi sesiap yang mempunyai meja yang kosong dan tidak mempunyai ruangan organisasi bagi meletakkan buku dan juga menyimpan alat tulisan.Rak buku ini sangat minimalis yang padan dengan apa jua ruang dan meja. 

Juga boleh berfungsi sebagai dekorasi di atas meja dan rak buku ini juga sangat sesuai untuk ruangan kecil dan sempit.

BeautyLand Korean Diy 5 Tiers 8 Columns Book Shelf Storage Rack

RM 28.9
3. BeautyLand Korean Diy 5 Tiers 8 Columns Book Shelf Storage Rack
Rak buku DIY sesuai untuk letakkan di ruang tamu

Rak buku ini sangat sesuai jika anda ingin kan sesuatu yang ringkas dan boleh dipasang sendiri dengan senang kerana kebanyakan rak buku yang diperbuat daripada kayu sangat susah untuk dipasang dan berat. 

Rak ini sangat ringan kerana ianya diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi dan juga bingkai besi yang ringan. Jadi pasti rak ini sangat senang untuk dipasang dan kurang mengambil masa.

Floating Wall Shelves Rack Book Shelf (4-in-1 set)

RM 45
4. Floating Wall Shelves Rack Book Shelf (4-in-1 set)
Rak buku yang simple untuk bilik sempit

Rak buku ini sangat sesuai jika anda mempunyai bilik atau ruangan yang kecil kerana anda dapat menggunakan ruangan dinding untuk meletakkan perabot kecil dan simple. Dengan menggunakan ruangan dinding yang luas, anda juga menggunakan floating shelves ini sebagai dekorasi yang menarik sambil memenuhi fungsinya sebagai rak buku.

3 Tiers Mini Book Shelf Wooden Display Rack

RM 145
5. 3 Tiers Mini Book Shelf Wooden Display Rack
Rak buku yang kreatif dengan rekaan minimalis

Rak buku kreatif ini mempunyai gabungan rak buku dan drawer yang sangat sesuai dibuat sebagai bedside table. Rekaan yang minimalis juga membuatkan rak buku ini padan dengan semua stail bilik anda daripada mid-century modern kepada gaya Nordic. 

Ruangan drawer juga boleh menjadi ruangan organisasi ekstra untuk menyimpan barang peribadi seperti alat mengecas telefon bimbit dan juga ubat-ubatan.

Multifunction Computer Desk With Book Shelf

RM 159.9
6. Multifunction Computer Desk With Book Shelf
Rak buku dan meja kerja 2-dalam-1

Rak buku ini sangat sesuai jika anda inginkan sesuatu yang berbajet rendah. Bukan sahaja harganya murah, malah ianya di datangi dengan meja kerja yang tersambung sekali dengan rak buku ini. Rekaan yang moden menggunakan besi warna putih dan kayu bertona cerah, membuatkan ianya sesuai dengan pelbagai stail ruangan samada di ruang kegemaran, bilik tidur ataupun di ruangan ofis anda. 

Ruangan rak ini mampu menampung pelbagai buku, dokumen, fail dan juga komputer dekstop mahupun printer yang besar! Sangat mudah bukan?

Nordic Design Book Shelf Living Room Furniture Modern Design

RM 159.9
Nordic Design
7. Nordic Design Book Shelf Living Room Furniture Modern Design
Rak buku dinding dengan rekaan kayu Nordic yang modern

Jika anda menggemari konsep Nordic dan Scandanavian, anda pasti menyukai rak buku kayu ini. Dengan warna yang cheeky dan menarik perhatian, rak buku ini sangat sesuai menjadi dekorasi di ruang tamu ataupun di bilik dengan style yang minimalis dan clean.

Tambahan pula cabinet berpintu di bahagian paling bawah rak buku itu, anda juga boleh menyimpan segala benda yang messy supaya tidak kelihatan jadi rak buku anda lebih kemas.

Rotatable Book Shelf (D4144B)

RM 170.9
8. Rotatable Book Shelf (D4144B)
Rak buku yang unik dan boleh diputar

Rak buku yang unik ini sangat sesuai untuk ruangan kecil dan sempit kerana rak buku ini dapat mengurangkan penggunaan ruang dengan menggunakan sistem rotation. Rak ini juga sangat unik bukan hanya kerana ianya mempunyai sistem putaran, namun ia juga mempunyai rekaan Jepun yang menarik seperti puzzle.

Modern Wood Home Bookcase Shelves 6 Tier

RM 228

Rak buku ini sangat sesuai untuk rumah yang mempunyai ruang tamu besar kerana saiznya bersesuaian dengan keluasan ruang.Namun, rekaan yang sangat menarik juga amat sesuai dibuat sebagai salah satu tumpuan dekorasi.Rak buku ini juga amat sesuai buat sesiapa yang mempunyai koleksi buku yang banyak untuk dipamerkan. 

Tiangnya diperbuat daripada besi menambah ciri tahan lamanya dan juga ruang rak kayu menambah kepada ciri-ciri Nordic yang minimalis dan menarik.Sangat senang untuk dipadankan dengan pelbagai ruangan.

Ikea Billy Bookcase with glass-doors

RM 699
Ikea
10. Ikea Billy Bookcase with glass-doors
Rak buku dengan pintu kaca untuk sentuhan mewah

Rak cabinet daripada IKEA ini sangat menarik dengan warna yang terang, sesuai menjadi perabot dekorasi pada ruangan yang simple. Pintu kacanya juga menambah ciri-ciri elegan pada sesuatu ruang untuk mempamerkan buku-buku dan juga dekorasi supaya tampak mewah. 

Pintu kaca ini juga berfungsi untuk mengelakkan habuk daripada berkumpul di ruangan buku yang susah untuk dibersihkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article