Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Hidup Menjadi Lebih Mudah Dengan Kegunaan 8 Meja Lipat Ini

Senang untuk dibawa ke mana sahaja, pada bila-bila masa!

Di era kemodenan ini, kebanyakan daripada kita lebih sukakan perabot yang minimal dan kecil untuk memuatkan kegunaannya pada satu ruang sahaja. Meja lipat atau foldable table adalah meja yang menjimatkan ruangan semasa menyimpannya dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja dengan mempunyai fungsi pelbagai guna. Sesuai untuk digunakan semasa melakukan aktiviti luar dan juga diletakkan pada ruangan yang kecil. Ianya diperbuat daripada material plastik iaitu polyethylene dengan kombinasi besi ringan dan kayu untuk mencantikkannya dan supaya meja lipat ini tampil lebih moden.

Nampak sahaja tidak kukuh tetapi meja lipat ini boleh menampung kapasiti besar dan banyak dengan tapaknya yang stabil. Oleh kerana meja lipat ini lebih ringan, ianya menjadi pilihan pengguna di luar sana untuk menggunakannya. Anda ingin membeli meja lipat yang bersesuaian tetapi buntu untuk memilih? Jom ikut senarai dibawah untuk mengetahui meja lipat terbaik;

Meja lipat sesuai untuk kegunaan peniaga di pasar malam
mulai
RM270.00
Semak Stainless Steel Portable Foldable Table Stall harga dibawah:

Meja lipat untuk kegunaan peniaga di pasar malam ini adalah meja yang paling sesuai dan selalu di gunakan untuk berniaga di pelbagai jenis tempat tidak kira samada indoor mahupun outdoor.  Meja gerai yang boleh dilipat ini mampu  menampung berat sehingga 100kg berserta dengan kaki meja yang boleh dilipat dengan mudah, ianya sangat kukuh dan tidak goyang. 

Papan plywood dilengkapi dengan engsel untuk menambahkan kekemasan pemasangan meja.

Meja lipat bermaterial jenis plastik
mulai
RM72.67
Semak FELTON Plastic Foldable Table harga dibawah:

Meja plastik lipat dari jenama Felton ini boleh dipasang dan dibuka dengan mudah. Dilengkapi dengan meja jenis plastik membuatkan ianya lebih ringan dan mudah alih. Meja ini tidak menggunakan ruang yang banyak untuk penyimpanan. 

Ciri-ciri meja plastik boleh lipat ini adalah stabil, kukuh dan tahan lama dengan jaminan 100% menggunakan produk asal bahan mentah asli.  

Meja lipat yang boleh dilekapkan pada dinding
mulai
RM179.00
Semak BJURSTA Wall-mounted drop-leaf table harga dibawah:

Meja lipat dari Ikea ini boleh bertukar menjadi rak di ruangan yang praktikal jika anda tidak menggunakannya. Sangat menjimatkan ruang dan permukaan meja ini adalah dari material clear-lacquered memudahkan anda untuk melakukan proses pembersihan. 

Permukaan meja diperbuat daripada bahan yang tahan terhadap cecair, kesan makanan, minyak, haba dan calar. Ciri-cirinya sangat stabil, kuat dan tahan lama serta dapat bertahan untuk beberapa tahun walaupun anda gunakan sebagai kegunaan harian.

Meja lipat diperbuat daripada bahan aluminium
mulai
RM53.50
Semak Portable Foldable Aluminium Table harga dibawah:

Meja yang diperbuat daripada material aluminium ini telah diuji ketahanannya terhadap karat. Ia boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti taman, pesta dan aktiviti luar. Bingkai meja ini juga diperbuat daripada aluminium dan ianya boleh dilaras ketinggian seperti diingini oleh anda. 

Dengan berat meja ini yang 5kg, ianya sangat mudah untuk dialihkan dan menyimpannya di ruangan kecil tanpa memerlukan tempat yang luas ruang. 

Meja lipat murah - tapaknya rendah, mudah untuk para pelajar
mulai
RM30.00
Semak Anti-slip foldable table with cup holder harga dibawah:

Meja yang boleh dilipat jenis ini sesuai digunakan untuk belajar atau membuat kerja dimana-mana sahaja. Ciri-ciri meja ini adalah ringan, senang untuk dialihkan dengan permukaan tidak mudah gelongsor dan dilengkapi dengan tempat untuk meletakkan gelas minuman.  

Anda akan dapat menggunakan komputer riba semasa di atas katil atau ruang istirehat dengan lebih mudah. Harganya yang mampu milik dan sangat praktikal.

Meja lipat dengan kemudahan untuk dialihkan kemana sahaja
mulai
RM143.00
Semak Meja Boleh Lipat harga dibawah:

Meja boleh lipat mudah alih ini adalah salah satu peralatan yang unik masa kini, semakin popular bagi mereka yang suka berkelah atau melakukan aktiviti luar rumah bersama keluarga. Ia adalah peralatan 2-dalam-1 iaitu kerusi dan meja yang boleh dilipat ehingga menjadi sebuah beg untuk memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. 

Boleh dibawa ketika berkelah, tepi pantai, di dalam hutan ataupun sebagai meja tambahan di dalam rumah. Meja dan kerusi plastik yang tahan lasak dan paling penting ianya berkualiti tinggi. 

Meja yang boleh dilipat menjadi lebih kecil dan jenis portable
mulai
RM35.00
Semak MUJI Inspire Japanese Portable Mini Table Tatami Design harga dibawah:

Meja kecil dengan yang unik direka untuk menghalang barangan anda daripada menggelongsor jatuh ke bawah. Berat meja ini lebih kurang 1kg sahaja, ianya ringan dan mudah dibawa kemana-mana, mudah alih dan boleh disimpan dengan menjimatkan ruang kerana saiznya yang kecil. Direka khas dengan bentuk yang elegan dan dilengkapi sisinya bulat. Terdapat pelbagai pilihan warna seperti hijau, merah jambu, putih, kuning dan kelabu.

Meja lipat jenis kayu – kukuh dan tahan lama
mulai
RM21.00
Semak INNOHUT Foldable Wooden Laptop Desk Portable Laptop Table harga dibawah:

Diperbuat dari material kayu pada permukaannya dan kaki pula diperbuat daripada logam. Dengan reka bentuk yang ringkas dan moden, meja ini mudah alih dan boleh dilipat dengan mudah. Sangat menjimatkan ruang dan boleh digunakan dimana sahaja seperti di atas katil atau sofa. Harganya juga amat berpatutan dan mampu untuk dimiliki.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article