Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Utamakan Keselamatan Anda Dan Orang Sekeliling Dengan 7 Pengesan Asap Ini

Elakkan dari berlakunya bencana!

Pengesan asap tidak mungkin mampu mengelakkan kebakaran tetapi pengesan asap yang terbaik mampu menyelamatkan nyawa anda daripada api dan asap tebal. Kebanyakan insiden yang meragut nyawa akibat kebakaran berlaku ketika kita tidur. Dengan adanya pengesan asap, anda akan dikejutkan dengan bunyi penggera (alarm) sekiranya terdapat asap kebakaran di sekeliling sekaligus memberi anda peluang untuk keluar dari kawasan tersebut dalam kadar segera.

Ada pelbagai jenis pengesan asap yang terdapat di dalam pasaran seperti untuk kegunaan asap kebakaran, rokok, rumah, pejabat dan lain-lain lagi. Ikut senarai dibawah untuk mengetahui jenis dan ciri pengesan asap yang terbaik, bersesuaian dengan keperluan individu.

Pengesan asap terbaik dan berguna untuk mengesan asap rokok
mulai
RM299.00
Semak AVIVAC No Smoking Cigarette Alarm harga dibawah:

Pengesan asap ini direka khas untuk mengesan asap rokok di kawasan sekitar anda. Asap rokok berlainan daripada asap kebakaran dimana asapnya tidak setebal asap kebakaran.  Alat ini cekap dalam mengesan asap rokok mahupun cerut pada peringkat yang awal. 

Ianya akan bertindak dengan membunyikan buzzer serta lampu merah yang berkedip bagi memberi tanda amaran sekiranya terdapat asap rokok. Unit ini amat bersesuaian untuk diletakkan didalam bilik-bilik hotel.

Pengesan asap dengan teknologi photoelectric terbaik
mulai
RM75.90
Semak YALE E-SD2 Smoke Detector harga dibawah:

Dilengkapi dengan teknologi sensor photoelectric, pengesan asap ini menggunakan jarak untuk menentukan adanya asap atau kebakaran. Ianya bersifat non-radioactive serta menjimatkan tenaga. Alat ini akan membunyikan penggera / siren sekiranya terdapat asap agar anda dapat menyelamatkan diri. 

Selain itu, pengesan asap ini amat mudah dikendali dan dipasang kerana ianya tidak memerlukan wayar atau tenaga elektrik external. Harga yang berpatutan dengan teknologi dan berkualiti tinggi.

Awas! Kesan kebakaran dengan pantas melalui pengesan asap ini
mulai
RM49.90
Semak KINGDUN KD 133 Super Sensitive Smoke Detector harga dibawah:

Menggunakan teknologi infra merah (infrared), pengesan asap ini mampu mengesan asap di tahap yang lebih awal. Ianya mempunyai sistem photoelectric, pemprosesan isyarat serta penggera. Jika asap memasuki ruangan pengesan asap yang mempunyai infrared, ianya akan menghantar isyarat ke penggera untuk membunyikannya dengan kekuatan volum pada 85-desibel. 

Satu ciri yang menarik pada pengesan asap ini ialah ianya mengeluarkan warning jika bateri sudah lemah dan perlu ditukar. Jadi, anda tidak perlu memeriksanya selalu. 

Sesuai untuk kegunaan dirumah - pengesan asap berteknologi canggih
mulai
RM108.00
Semak XIAOMI Mijia Honeywell Fire Smoke Alarm Detector harga dibawah:

Pastikan anda mempunyai pengesan asap ini dirumah untuk menjaga keselamatan yang tersayang. Pengesan asap ini akan membunyikan penggera dan mengeluarkan lampu amaran jika terdapat asap di persekitaran dalam atau luar rumah. Alat ini boleh dikendali melalui aplikasi yang dimuat turun pada smartphone anda. 

Aplikasi ini akan mengingatkan anda untuk membuat self-inspection setiap bulan agar memastikan ianya berfungsi dengan baik. Boleh juga digunakan secara persendirian atau disambung pada alat elektronik / gajet dari jenama Xiaomi yang lain seperti alat kawalan jauh.

Fungsinya 2-dalam-1, berguna untuk mengesan asap tebal dengan sensor haba
mulai
RM120.00
Semak AVIO ASD003 Smoke and Heat Detector Sensor harga dibawah:

Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, pengesan asap dengan sensor haba ini amat berbaloi untuk dimiliki. Selain fungsi mengesan asap kebakaran, ianya juga boleh mengesan haba sekiranya kawasan persekitaran melebihi 57 darjah celsius. Kebanyakan pengesan asap tidak memiliki ciri ini dan kadang-kala apabila pengesan asap berbunyi, ianya akan menyebabkan kesukaran mangsa untuk melarikan diri akibat persekitaran sudah menjadi panas. 

Dengan adanya pengesan asap dwi-fungsi ini, anda merasa lebih yakin akan keselamatan diri serta orang sekeliling. Amat sesuai digunakan untuk bangunan pejabat.

Harga paling murah, kualiti tiada tandingan
mulai
RM18.90
Semak WINSTAR Tech Smoke Detector harga dibawah:

Mempunyai ciri dan fungsi standing pengesan asap mahal yang lain, unit ini dijual pada harga yang murah dan mampu untuk dimiliki. Ianya boleh mengesan asap didalam bilik sebesar 20 meter persegi. Dilengkapi dengan bunyi penggera yang nyaring serta amat sensitif pada asap. 

Harganya mengikut kemampuan bajet anda, pengesan asap ini menggunakan sistem photoelectric. Sememangnya kualiti yang terbaik pada harga yang mesra poket.

Pengesan asap dan karbon monoksida untuk jaminan keselamatan anda
mulai
RM195.00
Semak KIDDE Smoke & Carbon Monoxide Intelligent Alarm harga dibawah:

Pengsan asap ini sesuai digunakan di ruangan dapur dimana ianya boleh mengesan karbon monoksida yang merbahaya. Mata tambahan untuk alat ini adalah ianya mempunyai bateri dengan jangka hayat selama 10 tahun. Tidak perlulah anda menukarnya selalu. 

Selain itu, pengesan asap ini juga mempunyai sistem Smart Hush dimana bunyi penggera akan disenyapkan selama 10 minit. Tambahan lagi, penggera akan berbunyi setiap 30 saat jika unit perlu diganti.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article