Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Kipas Siling Dibawah RM200 Untuk Kegunaan Jangka Masa Yang Lama

Peralatan wajib ada di setiap rumah di Malaysia

Walaupun kini ada banyak rumah yang memilih untuk memasang aircond di rumah masing-masing, kami yakin pasti akan ada juga kipas siling sekurang-kurangnya satu yang terpasang di dalam setiap rumah di Malaysia. Namun, apakah kualiti dan spesifikasi yang dicari oleh kebanyakan tuan rumah membeli kipas siling untuk kegunaan di rumah? Bilang bilah atau saiznya kah? Yang ada lampu atau tidak? Yang murah atau berkualiti? 

Walaupun senarai kipas dibawah ini berharga bawah daripada RM200, tetapi kualitinya tetap dijaga dan setanding dengan jenama yang jauh lebih mahal. Apapun pilihan anda, kami yakin anda seorang pembeli bijak yang akan membuat sedikit kajian sebelum membeli. Bagi yang masih mengkaji, berikut kami senaraikan kipas siling terbaik yang murah di Malaysia untuk anda jadikan panduan dalam memilih kipas siling yang sesuai. 

Kipas siling kecil dan mini yang murah
mulai
RM25.99
Semak Mini Energy Saving Ceiling Fan harga dibawah:

Saiz minima kebanyakan kipas siling adalah 56”. Namun, istimewanya kipas siling ini adalah saiz kecil dan mini  iaitu sebesar 8.5cm sahaja. Kecil, bukan? Tetapi ianya mampu berfungsi seperti kipas biasa yang lain dengan memberi sensasi dingin kepada anda. Ianya mempunyai 5 bilah kipas yang diperbuat daripada material plastik. Tidak membahayakan anda atau kanak-kanak yang menggunakannya.  

Point tambahan untuk kipas ini adalah anda boleh gantung kipas ini dimana-mana sahaja kerana ianya mudah dialih dan mudah dibawa bersama semasa travelling. Kipas ini juga mudah untuk ditanggal dan dibersihkan.

Kipas siling yang sesuai untuk kegunaan di ruang tamu
mulai
RM106.00
Semak KHIND Ceiling Fan CF612 harga dibawah:

Kipas siling Khind ini sangat mudah untuk dipasang dan dilengkapi dengan bilah aerodinamik yang mampu menghasilkan udara segar dan kuat tanpa bunyi bising. Ianya juga mempunyai fius keselamatan mengikut standard keselamatan yang ditentukan dan menjimatkan tenaga. Kipas siling ini sesuai untuk dipasang di ruang tamu kerana bilahnya yang besar.

Kipas siling dengan angin yang kuat – pilihan ramai pengguna
mulai
RM138.90
Semak PANASONIC F-M15AO Ceiling Fan harga dibawah:

Mempunyai 5 tahap kelajuan dengan bunyi serendah 54fB, kipas siling Panasonic ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti mempunyai fius arus dan fius suhu keselamatan. Kipas siling ini juga mampu menghasilkan angin yang kuat dan memberi sensasi kedinginan buat anda. Beroperasi dengan bunyi yang rendah, jenama ini ternyata memuaskan hati sesiapa yang memilikinya.

Kipas siling yang tahan lama yang dilengkapi ciri keselamatan pengguna
KDK
mulai
RM139.00
Semak KDK K15VO-PBR 60” 3 Blade Ceiling Fan harga dibawah:

Kipas siling KDK ini adalah salah satu rangkaian kipas siling yang berada di dalam kategori murah dan mampu bertahan lama. Ia direka dengan bilah yang lebar supaya kitaran udara disekelilingnya bergerak secara sama rata dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. 

Kipas siling ini juga didatangi dengan ciri-ciri keselamatan pada bilahnya yang akan berhenti sendiri jika  terdapat gangguan dan tidak akan membahayakan pengguna.

Kipas siling dengan kelajuan yang mendinginkan
mulai
RM178.99
Semak ELMAR EL921 Ceiling Fan harga dibawah:

Kipas siling 54” yang berkualiti tinggi ini antara kipas siling yang laju dan menyejukkan. Dilengkapi dengan motor super 188mm, 5 bilah ABS dan alat kawalan jauh infrared, kipas siling Elmark ini memberi udara sejuk yang maksima pada keseluruhan ruangan. Kipas siling ini juga mendapat pensijilan SIRIM.

Jimatkan elektrik dengan penggunaan kipas siling ini
mulai
RM155.00
Semak ALPHA COSA 699/56 Ceiling Fan harga dibawah:

Mendapat pengiktirafan SIRIM, kipas siling Alpha Cosa ini juga mendapat 5 bintang dalam kadar penjimatan tenaga (Energy Saving Rating). Walaupun hanya memerlukan 20-74watt kuasa tenaga elektrik, kipas siling ini masih boleh menyegarkan udara di sekelilingnya. 

Ia didatangi dengan 5 bilah kipas daripada ABS, 3 tahap kelajuan dan juga timer yang boleh diset untuk 1, 3 atau 6 jam.

Kipas siling murah dengan alat kawalan jauh (remote)
Sharp
mulai
RM189.90
Semak Sharp 5 Blade Ceiling Fan With Remote Control harga dibawah:

Kipas siling Sharp ini bukan sahaja murah malah ia didatangi bersama alat kawalan jauh bagi memudahkan anda mengawal kelajuan kipas tanpa perlu pergi ke kotak suisnya. Kipas siling ini mempunyai 3 jenis kelajuan. Dilengkapi dengan 5 bilah daripada material ABS serta warna hitam yang bergaya, ia pasti menjadikan ruangan bilik tanpak moden dan menarik.

Kipas siling berlampu murah dengan rekabentuk moden
mulai
RM199.00
Semak NORDIC Ceiling Fan with LED Light Bedroom harga dibawah:

Kipas siling yang didatangi dengan lampu ini adalah antara kipas siling berlampu yang murah serta berkualiti. Lampu LED ini dilengkapi dengan kipas dan mempunyai rekabentuk moden, bersesuaian untuk ruang yang menggunakan gaya perhiasan moden. Lebih sesuai digunakan untuk ruangan peribadi seperti bilik tidur kerana bilahnya agak kecil berbanding kipas siling biasa.  

Kipas siling ini juga mempunyai alat kawalan jauh yang boleh dilaraskan mengikut kelajuan anda ingini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article