Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Tilam Lipat Sesuai Untuk Kegunaan Setiap Hari & Menjimatkan Ruang

Sangat selesa dan tidak menyakitkan badan!

Yang manakah lebih selesa, tilam lipat atau toto?

Tilam lipat merupakan sesuatu yang harus ada di setiap kediaman. Ianya mudah untuk disimpan kerana tilam ini boleh dilipat sehingga menjadi saiz yang menjimatkan ruang untuk memudahkan penyimpanan selepas tidak diguna. Manalah tahu kalau saudara mara datang dari jauh dan bermalam dirumah terutamanya semasa raya, tilam lipat ini amat berguna dan boleh memberi keselesaan berbanding tidur diatas karpet atau lantai beralaskan selimut tebal atau toto.

Edisi kali ini, kami bawakan jenis-jenis tilam lipat yang terdapat di pasaran. Jika anda berniat mahu membeli tilam untuk kegunaan tetamu, apa kata beli tilam lipat daripada list dibawah. Ayuh kita lihat!

Tilam lipat sesuai untuk bayi
SUNPILLO
mulai
RM85.00
Semak SUNPILLO 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress harga dibawah:

Memilih tilam untuk si comel adalah perkara penting buat setiap ibu bapa dan harus diberi lebih perhatian. Tilam ini diperbuat daripada natural coconut fibre dengan high density rebond foam. Ianya amat penting untuk keselesaan tulang bayi yang masih lembut. Tilam lipat ini boleh juga digunakan sebagai alas untuk playpen. Dengan alas fabrik damask yang lembut dan licin, bayi anda tidak akan terkena kerengsaan pada kulit.

Tilam lipat bersaiz single, sesuai untuk kegunaan orang bujang
mulai
RM99.00
Semak GOODNITE Spinahealth Rebond Foam Foldable Mattress harga dibawah:
add_circle Diperbuat daripada rebonded foam berkualiti
add_circle Anti hama & habuk
add_circle Sesuai untuk bilik bermain anak-anak
add_circle Mudah disimpan
remove_circle Tilam nipis

Dapatkan tidur lebih berkualiti dengan tilam yang diperbuat daripada Rebond Foam, baik untuk posisi tulang belakang anda. Selain daripada digunakan untuk tidur, tilam ini juga boleh dijadikan alas ketika membuat senaman ringan di rumah. Didatangi dengan beg khas, tilam lipat ini mudah untuk disimpan.

Tilam lipat diperbuat daripada bahan kenyal seperti Rubber Foam
mulai
RM113.00
Semak Cassa Sunpillo Rubber Foam Foldable Mattress harga dibawah:

Sesetengah orang lebih menggemari tilam yang diperbuat daripada Rubber Foam kerana ianya mempunyai ciri anti anai-anai, bakteria dan kulat. Diperbuat daripada rubber foam yang mempunyai ketahanan tinggi untuk membolehkan tilam dipakai untuk jangka masa panjang serta tahan lasak.

Tilam lipat trifold (lipat tiga) – beri keselesaan pada pengguna
mulai
RM107.00
Semak Comfort upgrade Masterfoam Queen Foldable Mattress harga dibawah:

Tilam lipat ini bersaiz queen sesuai untuk kegunaan dua orang. Diperbuat darpada foam dan fabrik yang berkualiti, tilam lipat ini memberi keselesaan yang baik. Ianya boleh dilipat tiga untuk memudahkan penyimpanan jika tidak digunakan. Untuk tilam yang lebih empuk, jangan lupa lapik tilam dengan cadar dan comforter anda. Tidur lebih nyenyak dengan tilam lipat ini.

Tilam lipat bersaiz queen – boleh digunakan untuk 2 pax
mulai
RM151.86
Semak TATAMI Thicker Latex Foldable Soft Mattress harga dibawah:

Untuk anda yang mencari tilam lipat bersaiz besar, tilam ini menawarkan saiz yang lebih luas seperti queen dan king. Kebiasaannya tilam bersaiz queen sudah memadai. Diperbuat daripada latex dan polyester serta fabrik asas yang mempunyai ruang pengudaraan, tilam ini tidak mudah leper. Sesuai digunakan seisi keluarga dan tidak menyakitkan badan.

Tilam lipat diperbuat daripada Latex untuk beri keselesaan yang ekstra
DREAMLAND Latex Foldable Mattress
mulai
RM188.00
Semak DREAMLAND Latex Foldable Mattress harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Anti bakteria, anti kulat, anti hama
add_circle Material foam tahan lama
remove_circle Hanya ada tilam single

Untuk anda yang lebih gemarkan tilam yang diperbuat daripada latex, ini pilihan tepat. Tilam lipat setebal 8cm ini dilengkapi dengan High Density Latex Feel Foam. Ianya menggunakan fabrik berkait untuk memberi keselesaan yang berganda. Juga menggunakan sistem trifold, tilam ini sesuai untuk digunakan ketika malam atau sleepover bersama rakan-rakan.

Tilam lipat versatil pilihan, lipat untuk dijadikan sofa
mulai
RM298.00
Semak CASSA NANO Sofa Bed 4-in-1 harga dibawah:

Tilam lipat ini boleh dijadikan sebagai sofa bed jika anda tidak mahu menggunakannya sebagai tilam. Ianya boleh dilipat 4 cara untuk dijadikan sebagai sofa. Diperbuat daripada rubber foam dan fabrik quilted, sofa bed atau tilam lipat ini sesuai diletakkan di ruang tamu rumah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article