Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Uruskan ‘Wardrobe’ Anda Dengan Teratur Melalui 8 Almari Baju Ini

Susun ikut jenis baju agar mudah diambil untuk dipakai

Setiap isi rumah pasti akan memiliki almari baju dari pelbagai jenis dan reka bentuk. Tidak hanya yang didatangi dengan 1 atau 2 pintu, malahan ada juga jenis ‘walk-in wardrobe’. Begitu juga halnya dengan bilik hotel dan homestay yang sering bertukar pengunjung. Pendek kata, almari baju adalah perabot penting yang diperlukan oleh semua orang agar pakaian dapat disimpan dengan teratur dan mudah diuruskan. Keperluan setiap orang untuk memiliki almari baju adalah berbeza mengikut jantina, usia, jenis pekerjaan dan ruangan kediaman.

Kebiasaannya dalam sesebuah keluarga, ayah dan ibu akan berkongsi almari baju manakala anak-anak memiliki almari sendiri ataupun berkongsi dengan adik-beradik yang sebilik. Lain pula halnya dengan orang bujang yang duduk menyewa, biasanya mereka memiliki almari baju jenis kompak untuk memuatkan pakaian dan barang peribadi.

Sekiranya anda sedang memilih almari baju yang sesuai mengikut keperluan anda, ikuti senarai pilihan almari untuk anda;

Almari baju diperbuat daripada material plastik
mulai
RM57.30
Semak Cabinet 8 Cube Cubes Black Stripes DIY Wardrobe Black Stripes harga dibawah:

Almari baju plastik yang di reka berbentuk kiub ini, sesuai ditempatkan dalam kediaman atau bilik yang sempit. Ianya juga sesuai digunakan dalam kediaman keluarga yang mengutamakan keluasan ruang. Setiap kiub boleh memuatkan beban baju seberat 10kg dalam satu masa.

Sangat mudah untuk dipasang dan tidak perlu penggunaan pemutar skru (screwdriver) serta dapat dialihkan tanpa memerlukan bantuan yang ramai kerana ringan. Istimewanya almari ini diperbuat daripada material kalis air dan memudahkan anda untuk membersihkannya jika terdapat sebarang kekotoran.

Harga ikut kemampuan bajet anda dan materialnya tahan karat
mulai
RM35.90
Semak LIKEBUG: Large Size Multifunctional Wardrobe harga dibawah:

Walaupun murah dan masih dalam lingkungan bajet anda, almari ini bersaiz besar dan mempunyai banyak ruangan untuk dimanfaatkan bagi kegunaan penyimpanan pakaian anda. Almari ini mudah dipasang dan dialihkan kerana ianya sangat ringan. 

Dilengkapi dengan 2-way zipper dan pintu penutup daripada material kalis air yang boleh digulung. Selain itu, rangka almari ini diperbuat dengan bahan tahan karat manakala material penutupnya pula tidak pudar. 

Susun baju anak anda lebih teratur untuk memudahkan si kecil mengambilnya
mulai
RM158.99
Semak JFH SU 331 Children Wardrobe harga dibawah:

Anak-anak semakin membesar, pasti mahukan bilik serta perabot mengikut kemahuan dan kehendak mereka. Nah, latihlah si manja anda uruskan penyimpanan baju dengan sempurna melalui almari yang dihiasi dengan karakter kartun menarik ini. Si kecil pasti teruja memiliki barangan perabot mereka sendiri.

Selain harganya yang berpatutan, almari ini juga dilengkapi laci dan tempat penyangkut baju untuk memudahkan si kecil mengambil pakaianya sendiri tanpa bantuan ibubapa atau orang dewasa. Tentu anak anda gembira memiliki almari ini di dalam bilik mereka. 

Almari baju jenis sliding door – jimatkan penggunaan ruang
mulai
RM1,925.00
Semak PAX Wardrobe, White, Sekken frosted glass harga dibawah:

Almari baju dengan sliding door berjenama IKEA ini mempunyai kaki yang boleh dilaraskan agar ia berkedudukan tetap di atas lantai tidak rata. Sliding door yang melengkapi almari ini dapat menjimatkan penggunaan ruang dalam bilik tidur kerana pintunya tidak perlu dikuak luas untuk dibuka.

Anda boleh memasang sendiri almari ini di rumah di samping boleh menambah aksesori seperti lampu dan laci yang sesuai untuk almari ini. Ianya jenis tahan lama dan disertakan bersama waranti selama 10 tahun. Berbaloi bukan dengan harganya?

Bermaterial jenis kayu – tidak mudah dimakan anai-anai
mulai
RM849.00
Semak MF DESIGN HACHI 3 Doors Wardrobe harga dibawah:

Almari baju ini diperbuat daripada papan zarah (particle board) dengan kemasan PU lamination. Almari yang cantik ini dilengkapi dengan ruangan laci untuk anda menyimpan pakaian dengan lebih teratur dan juga kemasan besi untuk memudahkan almari dibuka dan ditutup. 

Dengan bermaterial daripada kayu yang kukuh, almari ini sangat berpatutan dengan harganya. Selain itu, almari ini direka agar tidak bersentuhan dengan lantai supaya habuk di bawah almari mudah dibersihkan.

Diperbuat daripada aluminium – kombinasi almari dengan rekaan ikut kreativiti
mulai
RM2,030.00
Semak ELVARLI 3 sections, white harga dibawah:

Sekiranya anda seorang yang minimalis, almari baju ini sesuai untuk anda. Anda boleh saja menggunakan kombinasi almari baju aluminium seperti yang dicadangkan oleh IKEA ataupun membuat rekaan sendiri yang sesuai dengan keperluan pakaian dan ruangan bilik. 

Jika anda mempunyai bajet lebih, almari ini boleh dikombinasi dengan sistem penyimpanan tertutup dari jenama IKEA. Bagusnya almari ini ialah untuk setiap laras 40cm batang aluminium, ada boleh menyangkut 10 hingga 12 helai baju dengan penyangkut baju tanpa membuatkan pakaian anda berkedut. 

Almari 2-dalam-1 – lengkap dengan cermin untuk bersolek
mulai
RM445.00
Semak 4 Feet Wardrobe W937 harga dibawah:

Ingin menjimatkan ruangan bilik tidur? Lengkapkan ruangan peribadi anda melalui almari baju yang lengkap dengan cermin ini. Kemasan luaran almari yang diperbuat daripada material Plywood ini juga sangat cantik sebagai dekorasi tambahan bilik anda. 

Almari dengan ketinggian 4 kaki ini juga direka dengan 2 laci, 3 ruangan bertingkat dan satu ruang untuk menggantung pakaian agar sesuai dengan keperluan penyimpanan pakaian anda. Tersusun dan teratur, jadikan ianya sebagai rutin harian! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article