Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Susu Untuk Ibu Hamil Bagi Penjagaan Kandungan Lebih Sempurna Dengan Harga Mesra Poket

Ibu sihat, bayi anda pun sihat!

Antara nasihat utama yang akan setiap para ibu mendapat berita kehamilan ialah untuk menjaga diri sebaik-baiknya bagi memastikan bayi yang dilahirkan serta ibu yang hamil itu sendiri berada di dalam keadaan yang sihat sentiasa. Mungkin ada wanita hamil yang tidak gemar meminum susu, tetapi susu antara gizi yang penting terutamanya ketika hamil. Pentingnya untuk anda mengambil susu supaya dapat memberi kebaikan nutrisi yang ada di dalamnya buat kandungan. Ianya dapat membantu perkembangan janin, memberi kebaikan untuk tulang dan elakkan daripada bayi anda lahir dalam keadaan tidak sempurna.

Sesetengah daripada anda tidak dapat meminum susu kerana alahan pada bahan tenusu. Terdapat pelbagai produk susu yang diperbuat daripada bahan organik boleh anda ambil. Jom ikuti senarai susu pilihan yang terbaik untuk ibu yang hamil agar dapat membantu para ibu memilih susu yang bertepatan dengan empunya badan.

Susu untuk ibu hamil yang menghidapi penyakit diabetes
Anmum
mulai
RM33.89
Semak Anmum Materna Formulated Milk Powder for Pregnant Mothers No Added Sugars (Plain) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai pilihan perasa
add_circle Kandungan GI dan lemak rendah
add_circle Tidak mengandungi gula tambahan
remove_circle Rasa kurang sedap
Susu daripada jenama Anmum Materna ini, tidak ada bahan perisa atau gula tambahan. Pastinya yang paling sesuai untuk dijadikan pilihan bagi ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes serta ianya dapat mengurangkan tahap gula di dalam badan di samping memberi nutrisi yang sepatutnya buat ibu hamil.
 
Bukan sahaja tiada gula tambahan malah ia juga rendah lemak dan didatangi dalam bentuk pek yang mudah digunakan. Tiada lagi masalah untuk membancuh segelas susu dengan minuman dari jenama Anmum ini. 
Susu rendah lemak dan kurang gula – sesuai untuk ibu hamil yang jaga badan
mulai
RM31.50
Semak WYETH Promama Milk harga dibawah:

Pertambahan berat badan semasa hamil adalah sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, penambahan berat yang keterlaluan dan mendadak pastinya sesuatu yang akan membawa lebih banyak mudarat buat si ibu.

Susu Promama keluaran Wyeth ini mengandungi rendah lemak dan kurang gula menjadikan ianya susu pilihan para ibu hamil di luar sana. Kandungan nutrisi yang ada sudah lengkap dan memenuhi keperluan ibu yang hamil.

Susu kambing sesuai untuk ibu hamil dengan nutrisi penting dari ekstrak kurma
mulai
RM40.00
Semak LAZZ Susu Kambing Kurma harga dibawah:

Ada para ibu yang lebih sesuai dan gemar memilih susu kambing berbanding susu formula yang lain. Bagi ibu hamil yang mahu mencari susu kambing yang sesuai, susu kambing dari Lazz ini sudah tentu menjadi pilihan terbaik. Mungkin sesetengah daripada anda tidak boleh mengambil susu lembu kerana sifatnya yang asid. Cubalah susu kambing sebagai alternatif.

Susu ini juga memberi tenaga tambahan serta menghilangkan loya dan pedih ulu hati. Oleh kerana susu kambing bersifat alkali, dijamin tidak akan membahayakan kesihatan ibu dan kandungan.

Susu yang penuh khasiat DHA dan Choline untuk perkembangan janin
mulai
RM61.90
Semak ENFAMAMA A+ harga dibawah:

Susu ENFAMAMA A+ untuk ibu hamil ini mengandungi 52% DHA dan 24% Choline bagi membantu perkembangan minda bayi di dalam kandungan. Dua nutrisi ini amat diperlukan sebagai sumber asas penting bagi bayi mengimbangkan sistem kognitifnya.

Selain itu, susu ini juga dilengkapi dengan asid folik, zat besi, zink dan Vitamin B6 serta ditambah dengan Probiotik (Inulin) yang membantu memperbaiki sistem penghadaman ibu mengandung. Mengambil diet yang betul dan seimbang adalah satu keperluan buat para ibu hamil untuk menyokong perkembangan bayi yang dikandung dari peringkat awal lagi.

Susu berperisa almond untuk memenuhi rasa mengidam ibu hamil
mulai
RM18.99
Semak ALMOND BREEZE Unsweetened Milk (1L) harga dibawah:

Kebanyakan susu yang diperbuat daripada beras, kacang almond dan badam mempunyai protein, lemak dan kalori yang rendah berbanding susu lembu atau susu kambing. Susu daripada Almond Breeze ini diperkaya dengan FOS, iaitu sejenis prebiotik merupakan bakteria aktif yang terkandung di dalam susu ini, baik dan bagus untuk sistem pencernaan badan.

Susu ini tidak mempunyai bahan pewarna, tiada laktosa, bahan awet tambahan serta diperbuat daripada bahan susu organik. Sangat selamat dan sesuai buat ibu yang hamil serta menginginkan rasa berbeza selain daripada susu formula dari lembu atau kambing.

Susu untuk ibu yang hamil di peringkat trimester awal (1-3 bulan)
mulai
RM49.00
Semak SERIUMMI Susu Lacta harga dibawah:

Kebanyakan ibu hamil akan pasti mengalami fasa yang meletihkan dan mual kerana alahan di awal peringkat kehamilan. Susu Lacta Seriummi ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi alam seperti tomato, air kelapa, safron, labu, barli dan kurma yang banyak membantu ibu untuk membekalkan tenaga. Ia juga mencegah rasa mual dan mampu mengawal paras gula di dalam badan.

Anda haruslah mengamalkan pengambilan susu dari peringkat awal kehamilan lagi untuk memberi nutrisi penting buat kandungan agar ibu hamil mendapat kalsium yang secukupnya. Kandungan anda juga akan terjaga perkembangan tubuh, otak dan menguatkan tulang.

Susu ibu hamil yang juga membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.
mulai
RM53.30
Semak Frisomum Gold Honey Vanilla harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
add_circle Mengandungi lebih 6 nutrisi penting
remove_circle Harga mahal

Susu Frisomum Gold yang dihasilkan 100% daripada Holland ternyata antara pilihan terbaik untuk ibu hamil. Dengan menggunakan formulasi DualCare+ yang mengandungi nutrisi penting untuk menyokong bukan sahaja perubahan fisiologi tetapi juga menyediakan permulaan yang sihat untuk si bayi di dalam kandungan.

Kandungan Glycemic Index (GI) yang rendah juga membantu ibu yang hamil untuk mempunyai berat badan ideal dan stabil sepanjang waktu hamil. Ini untuk mencegah diabetes dan obesiti.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article