Zaman kini, memiliki ‘breast pump’ atau pam susu bukan sekadar satu lambang kemewahan, malah sudah menjadi keperluan dalam memberi segala yang terbaik untuk si kecil anda. Memilih pam yang bersesuaian pastinya satu cabaran buat para ibu apabila satu jenis pam yang disyorkan oleh sahabat kita mungkin sesuai untuknya tetapi bukan untuk kita. Bagi para ibu yang tekad untuk menyusu badan, pam susu ini akan menjadi keperluan harian bagi suatu jangka masa yang lama. Mungkin ada yang akan menggunakannnya sekurang-kurangnya enam bulan, setahun atau dua tahun dan mungkin juga untuk berberapa tahun yang mendatang.

Tidak rugi jika belanjawan yang agak mewah sedikit dilamburkan untuk membeli pam susu terbaik dan paling sesuai untuk kegunaan ibu. Yalah, anak pun tak mungkin hanya satu sahaja, bukan? Breast pump juga didatangi dalam 2 jenis samada manual atau elektrik. Panduan yang disediakan harap dapat membantu ibu memilih breast pump jenis elektrik terbaik untuk anda;

1. AOV Comfort Single Electric Breast Pump

Pam susu yang murah, ikut lingkungan bajet anda

Harga mulai RM130.62

shopping_cart Motherhood Malaysia RM130.62 shopping_cart YouBeli RM130.62

AOV Single Electric Breast Pump memberi keselesaan dengan menawarkan penggunaan yang cepat dan senang serta dengan harga berpatutan. Hanya dengan menekan butang yang disediakan, pam susu elektrik bebas BPA ini mempunyai tiga setting yang membolehkan penggunanya untuk duduk dan berehat dengan selesa sementara mesin pam digunakan. 

Direka dengan bentuk yang padat dan mudah alih, pam susu ini boleh dibawa ke mana-mana tanpa membuatkan anda rasa terbeban akibat beratnya. 

70 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka
2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. MEDELA Swing Single Breast Pump

Pam susu terbaik untuk ibu yang bekerja – tiada lagi masalah kekangan masa

Harga mulai RM699.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM699.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM699.00

Medela Swing Single Breast Pump ini dianugerahkan dengan pengiktirafan sebagai antara pam susu elektrik terbaik yang ada di pasaran. Pam susu ini sangat sesuai untuk kegunaan para ibu yang bekerja atau banyak melakukan kerja luar kerana ia tidak memerlukan masa yang lama untuk proses mengepam susu. 

Dengan teknologi ekspresi 2-fasa yang seakan mengikut rentak bayi menyusu, pam susu ini mengurangkan waktu pengepaman dengan selesa. Mudah dan selamat digunakan utnuk para ibu supaya boleh membawa breast pump jenis elektrik ini ke mana sahaja ibu berada. 

3. TOMMEE TIPPEE Closer to Nature Breast Pump

Tiada alasan buat ibu yang sakit dan sesuai untuk kulit sensitif

Harga mulai RM299.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM299.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM599.00

Ada para ibu yang menghadapi masalah kulit sensitif dan akan berasa sakit kerana menggunakan pam susu tidak sesuai dengan kulit badan ibu. Ini bukan alasan untuk tidak menyusukan anak kecil anda. Cubalah mesin pam susu elektrik dari jenama Tommee Tippee kerana ianya direka hampir menyerupai cara penyusuan bayi secara semulajadi dan membantu menambahkan kuantiti susu yang dipam. 

Dengan menggunakan cawan silikon yang unik, pam susu ini mempunyai empat laras yang boleh diubah mengikut keselesaan ibu semasa mengepam susu. 

4. SPECTRA S1 Electric Breast Pump

Pam susu jenis senyap, tidak mengeluarkan bunyi yang kuat semasa mengepam

Harga mulai RM569.99

shopping_cart Shopee Malaysia RM569.99 shopping_cart One Baby World Malaysia RM569.99

Segelintir ibu tidak selesa menggunakan kebanyakkan  pam elektrik kerana bunyi yang dihasilkan mungkin akan menganggu orang di sekeliling. Nah, pam susu elektrik Spectra S1 ini jawapan terbaik untuk para ibu yang mencari mesin pam susu yang tidak mengeluarkan bunyi bising dan senyap sahaja sepanjang mengepam susu. 

Selain mengamankan, pam susu ini juga selamat digunakan dan direka dengan perlindungan mengelakkan back flow. Didatangi dengan double breast pump, para ibu juga boleh memilih untuk menggunakan satu atau kedua-dua pam yang ada. 

5. HALFORD Duo Rechargeable Electric Breast Pump

Pam susu heavy duty - untuk kegunaan jangka masa panjang

Harga mulai RM298.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM298.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM299.00

Halford Duo Rechargeable Electric Breast Pump ini direka untuk kegunaan yang tahan lebih lama dan tahan lasak. Didatangi sekali dengan kuasa dual power iaitu menggunakan adapter elektrik dan USB, pam susu ini juga menyediakan bateri Litium-Ion yang boleh dicaj semula dan membolehkan ia digunakan untuk jangka masa yang lama.

Mempunyai 4 mod pam iaitu mengurut, mengekspres, mengikut frekuensi tertentu dan mod pam berterusan, pam ini juga multifungsi untuk kegunaan sambilan seperti mengecaj power bank atau gajet lain. 

69 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka
1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. UNIMOM Allegro Portable Single Electric Breast Pump

Terbaik untuk kegunaan para ibu yang baru bersalin

Harga mulai RM299.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM299.90 shopping_cart One Baby World Malaysia RM299.90

Mesin pam susu merupakan satu keperluan penting untuk setiap keluarga. Pam susu dari jenama Unimom ini sangat sesuai untuk para ibu yang baru sahaja lepas bersalin dan memerlukan mesin mudah untuk dikendali. 

Mempunyai dua peringkat ekspresi, ringan dan senyap, dikawal secara elektronik serta mempunyai paparan LED, pam susu ini juga ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Boleh digunakan dalam satu jangka masa yang lama jika dijaga dengan rapi. 

7. Philips Avent Double Breast Pump

Pam susu jenis double elektrik yang berkualiti tinggi

Harga mulai RM899.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM899.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM899.00

Kebanyakkan pam susu jenis double breast pump seperti ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Namun, untuk keperluan jangka masa panjang, kualiti tinggi yang terjamin dan mudah diselenggara, breast pump dari Philips Avent ini boleh dijadikan pilihan untuk ibu yang sedang mencari mesin pam susu elektrik sesuai. 

Boleh digunakan dengan kedudukan selesa semasa mengepam, pam susu ini mampu mengepam kuantiti susu berlebihan dalam masa yang singkat. Menstimulasikan payudara untuk mengepam secara semulajadi, penggunaan pam ini juga memudahkan untuk penyusuan badan atau botol susu untuk bayi.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!