Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Sediakan Makanan Dari Rumah untuk Si Kecil dengan 8 Kotak Makanan Menarik

Kaedah terbaik untuk melatih si kecil cara menjimatkan wang.

Budaya membawa bekalan makanan samada ke sekolah atau ke tempat kerja telah menjadi satu amalan yang wajib sejak dahulu lagi. Tetapi, amalan ini sudah semakin berkurangan akibat kekangan masa, terutama bagi ibubapa yang sibuk bekerja dan tidak berkesempatan untuk menyediakan bekalan buat anak-anak ke sekolah.

Walaupun dipandang kuno bagi sesetengah pihak, tahukah anda bahawa terdapat banyak faedah membawa bekal makanan dari rumah iaitu mengelakkan pembaziran, selain dapat membentuk corak pemakanan yang sihat kerana ia lebih berkhasiat daripada yang beli di luar? Jangan risau. Dengan peredaran zaman, kotak makanan telah direka dari pelbagai bentuk menarik yang sesuai untuk kanak-kanak membawa ke sekolah seperti berikut.

Kotak makanan tahan panas
mulai
RM25.40
Semak Stainless Steel Thermal Lunch Box Container Food Jar  harga dibawah:

Menjamu selera dengan bekal makanan dari rumah sudah tentu lebih enak jika makanan yang dibawa terhidang dalam keadaan yang masih hangat. Terutama sekali bagi anak anda yang membawa nasi dan sup sebagai bekalan sewaktu rehat.

Kanak-kanak yang gemarkan siri kartun boleh pilih dari pelbagai corak yang telah dicipta khas oleh pembekal seperti produk ini. Kotak makanan yang tidak terlalu besar dan ringan, sesuai untuk mereka bawa ke mana-mana. Yang penting, kotak ini tahan panas sehingga 1-2 jam.

Review pengguna: Cantik.... & cute suka sgt dis thing - Norafizah.dollah

mulai
RM5.90
Semak Elianware DC Justice League 2 Compartments Food Container (BPA Free) harga dibawah:

Sebelum membeli, ibubapa haruslah beringat untuk mencari kotak makanan yang tidak mengandungi bahan yang merbahaya dan pastikan yang ia BPA-free, iaitu bebas dari bisphenol A, kimia sintetik yang akan memudaratkan kesihatan anak anda.

Produk dari jenama Elianware ini bebas dari BPA dan selamat untuk anak anda guna. Dilengkapi dengan sistem smart seal, makanan anak anda akan kekal segar sepanjang hari, serta boleh dipanaskan bila-bila masa kerana ia selamat untuk digunakan dalam ketuhar gelombang.

Review pengguna: Kali kedua beli dgn Elianware. Siap beli combo banyak dpt diskaun. Anak2 pun suka bawak pegi sekolah. Irma bagi 5 bintang. :) - Irma H.

Kotak makanan dari bahan berplastik
Kotak makanan dari bahan berplastik
mulai
RM46.55
Semak LEGO Storage / Lunch Box harga dibawah:

Kotak makanan ini direka khas dengan bentuk klasik bersesuaian dengan peminat permainan LEGO. Bekalkan makanan ringan seperti salad, buah-buahan atau snek sebagai kudapan anak anda di waktu rehat nanti. Dengan penutup bekas kedap udara, kotak ini mampu menjaga kesegaran makanan anak anda sepanjang hari.  

Bekal makanan ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan alat tulis. Banyak fungsi, anak anda pasti suka.

Kotak makanan bento
mulai
RM31.90
Semak Yookidoo Bamboo Fiber Kid's Lunch Box harga dibawah:

Kotak makanan jenis bento ini sesuai untuk mereka yang gemar menyediakan pelbagai jenis makanan dan snek buat anak-anak. 

Dengan bentuk rekaan yang ringkas dan slim, kotak ini diperbuat daripada buluh fiber yang mesra alam dan biodegradable. Ia juga datang dalam 4 variasi comel dan warna yang akan menarik perhatian rakan-rakan anak anda.

Kotak makanan besar
mulai
RM37.00
Semak Cute Cartoon Lunch stainless steel box For Kids harga dibawah:

Sudah tentu anda ingin memastikan si kecil mendapat makanan yang berkhasiat dan seimbang yang baik untuk tumbesaran mereka. Jadi, bekalan dari rumah adalah jawapan yang terbaik kerana makanan yang dibeli dari luar tidak selalunya memberi kebaikan menyeluruh buat anak anda.

Kotak makanan bertingkat ini bersesuaian bagi anak anda yang ingin bawa makanan lebih untuk menjamu rakan-rakannya di sekolah. Selain mempunyai lapisan poliuretana yang tebal untuk memastikan masa pemeliharaan haba sehingga 2 jam, bekas ini juga datang dengan tangkai untuk memudahkan anak anda membawa ke sekolah, dan mampu memuatkan sebanyak 3 kali ganda isi daripada kotak makanan biasa.

Review pengguna: Dah la besar, barang pulak cantikkkkkkkk – Siti S.

Kotak makanan dari kayu
mulai
RM31.60
Semak Japanese Style Bento Boxes Wood Lunch Box  harga dibawah:

Direka bentuk seperti kotak makanan bento, kotak ini diperbuat daripada kayu semulajadi, eco-friendly dan baik untuk kegunaan kanak-kanak. Dengan sisipan dalam kotak yang mudah untuk ditanggalkan, anda boleh bekalkan makanan yang lebih untuk anak anda setiap hari.    

Kotak makanan ini sesuai untuk menyimpan makanan tengah hari, snek dan juga sushi bagi anak anda yang gemarkan makanan ringkas. Kotak yang mudah alih tidak akan membebankan anak anda semasa membawa makanan ke sekolah. Peringatan: tidak boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang atau mencuci dengan air panas.

Kotak makanan elektrik
No Brand
Kotak makanan elektrik
mulai
RM19.80
Semak Stainless Multifunctional Cooking Lunch Box harga dibawah:

Kotak makanan mini ini kompak dan mempunyai dwi-fungsi pemanas yang boleh dipasang untuk memanaskan makanan sewaktu anak anda ingin menjamu selera atau kekalkan kehangatan sepanjang hari. Selain itu, peranti stim dipasang pada penutup kotak ini untuk memastikan makanan anak anda sentiasa segar.

Panaskan makanan pada bila-bila masa selama 10 – 15 minit sahaja dan anak anda sudah sedia untuk menjamu selera. Perlu diingatkan bahawa kotak makanan ini tidak boleh digunakan dalam ketuhar gelombang atau disimpan di dalam peti sejuk.

Review pengguna: Kali kedua order tau. The best. Tqvm ? - Srahmah82

Kotak makanan bervakum
mulai
RM144.00
Semak BUBEE J950EB Double Layer Vacuum Lunch Box 0.95L  harga dibawah:

Tidak banyak ibubapa yang tahu akan kebaikan menggunakan kotak makanan jenis vakum ini. Selain makanan yang disimpan akan kekal segar sepanjang hari, kualiti makanan yang dibawa dari rumah juga tidak akan terjejas dan kehangatannya akan terjaga dengan sempurna

Dilengkapi dengan penutup yang kedap udara, ianya bertujuan untuk menghalang makanan anak anda dari tertumpah, serta boleh menyimpan samada makanan sejuk atau panas untuk 5-6 jam. Bahan dalaman yang terdiri daripada keluli tahan karat, mudah untuk anda membersihkannya.

Review pengguna: Kotak makan tengah hari yang bagus. Mesti ikut arahan apabila menyediakan makanan. Makanan akan tetap hangat selepas 6 jam. - Li

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article