Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Permainan untuk Kanak-Kanak Lelaki Supaya Otak Berkembang dan Menyerap Seperti Span

Kurangkan penggunaan gajet, aktifkan minda si manja

Bagi anak kecil, bermain bukanlah sesuatu aktiviti yang boleh diambil mudah kerana dengan bermainlah mereka belajar tentang menguruskan kehidupan. Maka dengan itu, memilih alat mainan yang sesuai menjadi suatu keperluan bagi ibubapa. Pemilihan alat mainan yang betul dan tepat membantu mengembangkan daya imaginasi dan koordinasi anak. 

Alat mainan bagaimanakah yang sesuai untuk anak lelaki?

Kanak-kanak lelaki kebanyakannya lebih aktif dan lasak berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Dalam memilih alat mainan yang sesuai, umur kanak-kanak haruslah diambil kira.

Lazimnya, kanak-kanak lelaki mempunyai sifat ingin tahu dan daya meneroka yang tinggi. Permainan yang merangsang pelbagai deria seperti sentuhan, rasa, pendengaran dan sebagainya sesuai untuk kanak-kanak. 

Apabila kanak-kanak lelaki meningkat umur, permainan yang sesuai diberi adalah seperti merangka strategi dan idea-idea yang dapat menggalakkan perkembangan minda. Di sini kami rekomendasi antara mainan kanak-kanak lelaki yang mungkin sesuai untuk ibubapa jadikan aktiviti musim cuti sekolah akan datang nanti. 

10 Barangan Mainan Kanak-Kanak Lelaki Pasti Suka 

Mainan kanak-kanak murah dan berkualiti tingg
mulai
RM13.49
Semak Excavator Construction Truck Toy harga dibawah:

Permainan trak pembinaan ini mempunyai tayar berkelajuan tiggi serta lampu LED yang menarik. Ianya tahan lasak dan mampu bergerak dengan mudah di permukaan kasar. Lengan atau arm trak ini berfungsi dengan baik. Walaupun ia dilengkapi dengan pelbagai hiasan menarik, harga truk ini sangat murah dan kualitinya antara yang bagus. 

Ia dapat merangsang daya imaginasi anak serta menggalakkan pembelajaran dalam meneroka persekitaran yang ada.

Permainan untuk kanak-kanak lelaki berkeperluan khas
mulai
RM32.90
Semak MUWANZI Wooden Building Blocks harga dibawah:

Bermain bukan sahaja terhad buat kanak-kanak normal dan aktif. Kanak-kanak yang berkeperluan khas seperti Autisma, Dyslexia dan sebagainya juga perlu bermain untuk belajar serta meneroka persekitaran. Bagi kanak-kanak sedemikian, set blok binaan ini pasti dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah yang disukai tanpa paksaan. 

Set blok Muwanzi ini diperbuat daripada kayu Beech yang berkualiti tinggi dan cat yang digunakan selamat untuk si kecil. Ianya membantu anak untuk memahirkan koordinasi tangan dan mata serta membina daya imaginasi anak. 

Khemah mainan kanak-kanak – menjimatkan ruang
mulai
RM57.50
Semak 3-in-1 Kids Pop Up Tent harga dibawah:

Mempunyai permainan dan kawasan khas untuk bermain pastinya akan menggembirakan hati anak. Khemah mainan Cutiehaus ini sangat menarik untuk diletakkan di dalam bilik anak anda atau di ruang permainan. Khemah ini mempunyai rumah khemah, ruang terowong untuk merangkak serta pit bola keranjang untuk bermain. 

Materialnya diperbuat  dari bahan lembut yang selamat serta mesra alam. Mudah untuk disimpan dan dipasang serta ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk meletakkannya.

Permainan kanak-kanak tadika – belajar untuk seimbangkan badan
mulai
RM58.50
Semak 6025 Ice Kids Scooter harga dibawah:

Kanak-kanak lelaki perlu diberi ruang yang luas untuk bermain dan mengeluarkan peluh. Bagi anak-anak yang sudah berada di peringkat tadika, Ice Kids Scooter ini pastinya alat mainan yang ideal buat mereka bermain di sekeliling kawasan rumah ataupun taman permainan. 

Dilengkapi dengan pemegang yang boleh ubah, laraskan ketinggiannya mengikut kesesuaian dan saiz kanak-kanak. Ice Kids Scooter ini membantu melengkapkan kemahiran untuk mengimbangkan badan, koordinasi dan motorskill kanak-kanak.

Mainan kanak-kanak lelaki sesuai buat si kecil berumur 2 tahun
YDL
mulai
RM59.99
Semak YDL 8-in-1 Activity Toy Learning Cube Education harga dibawah:

Semakin bayi membesar, semakin banyak aktiviti yang diperlukan untuk merangsang perkembangan minda agar si kecil peka pada persekitaran. Mainan 8-in-1 Activity Toy antara mainan kanak-kanak lelaki yang dapat membantu anak berumur 2 tahun dan ke atas untuk belajar sambil bermain. 

Setiap sisi bahagiannya mempunyai aktiviti berlainan. Ia membantu koordinasi tangan dan mata kanak-kanak serta menggalakkan si kecil mengenal warna, bentuk serta menyelesaikan masalah. Diperbuat dari kayu padat dan bermutu, permainan ini tahan lasak serta selamat untuk kanak-kanak.

Permainan kanak-kanak taska – bantu merangka strategi dengan berkesan
Hot Wheels
mulai
RM129.90
Semak HOT WHEELS Double Loop Dash Playset harga dibawah:

Set permainan Hot Wheel ini pastinya set yang mampu membuatkan anak lelaki anda yang berada di alam taska berasa sangat gembira dan bertuah. Ia membantu untuk membina kemahiran motor dan minda anak anda. Si kecil dan rakan-rakannya boleh mengasah kemahiran dan strategi dalam 3 cabaran litar iaitu litar drift, drag serta cabaran mendaki cerun. 

Set Hot Wheel ini juga membantu anak-anak berfikir cara-cara menyelesaikan masalah bagi melengkapkan setiap cabaran yang ada.

Mainan kanak-kanak lelaki terbaik untuk 3 tahun ke atas
mulai
RM130.00
Semak MINION Electric Scooter harga dibawah:

Kanak-kanak lelaki memang tak boleh lari dari meminati benda-benda yang menggunakan motor, bergerak dan mengeluarkan bunyi. Hadiahkan skuter elektrik yang menggunakan imej Minion ini, pasti akan menambat hati si kecil. Skuter elektrik ini membantu kanak-kanak menggunakan kemahiran mata, tangan, kaki dan minda untuk koordinasi serta menentukan arah yang betul ketika kendalian. 

Hanya caj sahaja bateri skuter ini selama 8 jam, si kecil boleh menggunakannya sepanjang hari. Skuter ini juga mengeluarkan bunyi muzik dan hon yang boleh dikawal serta kelajuannya juga boleh dikawal.

Mainan kanak-kanak lelaki untuk yang berusia 1 tahun
Fisher Price
mulai
RM139.00
Semak FISHER PRICE Play & Learn Activity Cube harga dibawah:

Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur 1 tahun dan baru mula hendak meneroka pelbagai barangan yang ada di sekelilingnya, mainan yang harus diberi kepada mereka tentulah sesuatu yang dapat merangsang minda. 

Mainan  Play & Learn Activity Cube dari Fisher-Price® ini mengandungi 5 aktiviti seperti menyusun, mengisi, mengalihkan, menarik, menolak serta menyanyi. Warnanya yang cerah serta bunyi yang pelbagai pasti menarik perhatian si bayi untuk bermain sambil meneroka. Sekaligus, ia membantu bayi untuk berinteraksi dengan persekitarannya.

Mainan kanak-kanak sekolah rendah – cungkil bakat si kecil dari awal
Takara Tomy
mulai
RM199.90
Semak TAKARA TOMY Beyblade Burst Set harga dibawah:

Rata-rata, permainan Beyblade sememangnys menjadi kegilaan kanak-kanak lelaki di sekolah rendah. Malahan, ada banyak pertandingan profesional yang diadakan untuk mencungkil bakat anak-anak. Permainan ini pastinya dapat membantu mengurangkan ketagihan gajet telefon pintar dan sebagainya. 

Takara Tomy Beyblade adalah jenama yang mempelopori dunia beyblade. Burst Set ini datang lengkap dengan alatan beyblade seperti layers, disk, rangka / frames, pemacu beyblade, alat untuk menukar, pelekat dan kad kod beyblade serta manual cara penggunaannya.

Mainan kanak-kanak yang disediakan untuk pesta keramaian
Nerf N-Strike
mulai
RM255.00
Semak NERF N-STRIKE Elite Hyperfire Blaster harga dibawah:

Bagi ibu bapa yang merancang untuk mengadakan pesta hari jadi atau apa-apa pesta keramaian untuk kanak-kanak lelaki, bolehlah cuba untuk mencari kelainan dengan permainan strategi perang yang pasti menambat hati anak-anak. Kanak-kanak lelaki pasti akan menghargai hadiah selaras senapang Nerf ini. 

Senapang Nerf ini dilengkapi dengan HyperCire blaster yang mempunyai kelajuaan yang pantas. Ia mampu menembak 5 peluru dalam masa sesaat. Didatangi dengan drum yang boleh memuatkan 25 peluru sekaligus, ianya pasti membuatkan pertempuran bersama jiran dan rakan lebih meriah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article