Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Simpan Barangan Keperluan Si Kecil Dengan 8 Beg Lampin Bergaya Ini

Pembantu yang memudahkan anda di kala kekalutan

Sesetengah ibubapa sukakan gaya yang ringkas unntuk mengisi keperluan bayi seperti beg lampin. Mungkin ada yang senang hati memiliki dengan sekadar bag galas belakang yang sedia ada di dalam almari simpanan kita atau mungkin juga dengan beg lampin berjenama yang lengkap dengan tempat penyimpan botol dan dilengkapi dengan tikar mini untuk menyalin lampin bayi. Empat faktor utama yang selalu dititikberatkan dalam memilih beg lampin termasuklah ruang simpanan, gaya beg, kualiti dan jenis fabrik. Ada yang gemar ruang simpanan yang banyak bagi menyimpan segala keperluan si kecil.

Beg lampin datang dengan pelbagai gaya seperi beg tote, beg sandang, berzip dan sebagainya amat menitikberatkan kualiti jahitan atau tali beg agar tidak mudah carik atau terkoyak dan bertahan dengan lebih lama. Fabrik juga memainkan peranan penting seperti jenis kulit, kain nylon dan lain-lain. Beg lampin merupakan satu keperluan yang membantu ibubapa untuk menjadikan pengurusan bayi lebih teratur di mana-mana pun kita pergi.

Beg lampin murah, sesuai dibawa semasa aktiviti luar
Semak MC-C Series Baby Water Resistant Diaper Wet Bag harga dibawah:

Dengan harga yang mampu untuk dimiliki, beg lampin ini mampu menjalankan fungsinya dan amat mudah digunakan untuk aktiviti luar serta didatangi dalam pelbagai corak dan warna menarik. Mempunyai zip dan bersaiz 28 x 18cm, ianya boleh digunakan untuk menyimpan lampin bayi.

Material beg lampin ini yang jenis kali air, memudahkan anda untuk membersihkannya dari sebarang kekotoran akibat tertumpah susu atau air. Sudah pasti harganya yang murah menjadi antara faktor tarikan para pembeli. Walaupun harganya mampu untuk dimiliki tetapi kualiti beg masih tetap terjaga dengan baik. 

Diaper bag jenis beg galas belakang (backpack) yang bagus
Semak JMALL Insular Lightweight Diaper Bag harga dibawah:

Beg ini diperbuat daripada fabrik Jacquard Nylon berkualiti tinggi, tahan lasak dan selesa digunakan. Ia mengandungi poket individu bagi memudahkan barangan si kecil disimpan secara teratur. Saiznya yang sederhana besar sesuai untuk ibubapa menyimpan pelbagai barangan si kecil yang diperlukan semasa berjalan-jalan di luar. 

Beg ini dilengkapi dengan aksesori lain termasuklah tali untuk kereta sorong bayi, tikar mini dan ruang penyimpanan yang luas. 

Beg lampin penuh gaya untuk ayah
Semak Terminus Urban Dad 2.0 Diapers Bag harga dibawah:

Beg yang telah ditambahbaik rekaan ini pernah memenangi anugerah Urban Dad Stylish Fashion Smart Award Winning Design. Mempunyai ruangan yang besar, beg galas ini mempunyai banyak kompartmen dan dilengkapi dengan pad penukaran lampin serta tempat letak tisu basah untuk memudahkan anda mencapainya. 

Direka dengan rangka beg yang besar, beg ini boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan dalam keadaan lebih selesa. Rekabentuknya yang ergonomik, ia mempunyai pad pada tali galas serta boleh juga digantung di kereta sorong bayi. 

Diaper bag yang sesuai digunakan untuk travelling
Semak 2-In-1 Baby Diaper Bag Cum Travel Bed harga dibawah:

Berfungsi sebagai beg lampin dengan ruangan yang disediakan, beg ini juga boleh dijadikan sebagai beg mengisi pakaian bayi serta barang keperluan. Uniknya beg ini, ia juga boleh diubah menjadi katil sementara untuk perjalanan jauh semasa di dalam kereta atau kapal terbang di mana ruangan yang disediakan adalah terhad. Didatangi dengan tali sling untuk memudahkan anda membawanya. 

Beg lampin multifungsi sesuai untuk menyimpan keperluan bayi baru lahir
Semak 4 In 1 Mummy Baby Toiletry Diaper Bag Set harga dibawah:

Beg 4 dalam 1 ini terdiri daripada 1 beg besar, 1 beg sederhana besar, beg botol dan tikar lampin untuk kegunaan ibubapa yang mempunyai bayi baru lahir dan perlu membawa pelbagai barangan bagi keselesaan si kecil. Didatangi dengan pelbagai corak dan warna yang menarik, beg ini mudah untuk digunakan dalam menguruskan bayi. 

Diperbuat dari fabrik Polyester kalis air, beg ini juga tidak akan menambah kerisauan ibu untuk menggunakannya di kala hari hujan. Ianya tidak akan menyerap air dan menyebabkan barangan yang disimpan menjadi lembap. 

Diaper bag bayi yang bersaiz kecil dan kompak - menjimatkan ruang
Semak Reusable Small Diaper Bag harga dibawah:

Diperbuat dari fabrik kapas dan dilapisi dengan Polyester, beg ini kalis air, selamat digunakan dan tahan lasak. Beg bersaiz kecil ini mempunyai pita pelekat yang senang dibuka dan ditutup serta praktikal untuk digunakan. Dihiasi dengan corak kartun yang pelbagai, kualiti pembuatannya memuaskan dan bergaya. 

Sesuai untuk digunakan menyimpan lampin bayi, tisu, jajan dan makanan ringan, beg ini boleh memuatkan antara 6 hingga 8 helai lampin bayi. 

Beg lampin bayi yang besar untuk semua kelengkapan di luar
Semak CARLA Mummy Essential Diaper Bag Big Capacity harga dibawah:

Beg berkualiti tinggi ini di reka istimewa buat para ibu dengan hasil pembuatan yang terbaik, bergaya, praktikal dan tahan lasak. Mempuunyai ruangan poket yang banyak untuk pengurusan barangan lebih teratur dengan saiznya besar juga memudahkan untuk mengambil botol, tisu basah atau pelbagai barangan yang dibawa bersama. 

Ianya satu keperluan buat ibu bapa yang ingin membawa si kecil bersiar-siar di taman sambil menikmati keindahan alam. 

Diaper bag yang kalis air - satu keperluan buat ibubapa
Semak ALLERHAND Trendy Diaper Bag harga dibawah:

Seringkali kita akan dihadapi dengan lampin basah, baju basah dan ditambah pula dengan cuaca di Malaysia yang kerap hujan, beg lampin jenis kalis air pastinya menjadi satu keperluan. Allerhand diperbuat dari material Polyester dan 100% kalis air ini, didatangi dalam tiga warna. 

Talinya yang lebar dan mempunyai banyak ruang poket untuk mengisi lampin, tisu, botol susu, kunci, telefon bimbit dan sebagainya. Para ibubapa juga boleh membuka zip di ruangan depan dan dijadikan sebagai tilam untuk menukar lampin sudah tersedia. Ianya sangat praktikal. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article