Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Berus Gigi Baby Untuk Penjagaan Gigi Yang Lebih Sihat

Kebersihan gigi dan oral kaviti adalah sangat penting dimulakan pada peringkat awal. Kebiasaannya, gigi pertama tumbuh seawal usia si kecil 6 bulan. Pada waktu ini, anda sudah boleh mula memberus gigi bayi anda dengan berus yang sesuai. Rutin ini akan dapat melatih dan menggalakkan anak anda untuk memberus gigi sendiri apabila mereka membesar nanti.

Sekiranya anda sedang mencari berus gigi yang sesuai untuk anak anda, mari lihat senarai di bawah. 

Sesuai untuk bayi berusia 1 tahun – belajar menggosok gigi dengan sendiri
mulai
RM48.00
Semak Dr. Brown’s: Infant-To-Toddler Toothbrush Berus Gigi Bayi harga dibawah:

Berus gigi jenama Dr. Brown ini sesuai digunakan untuk melatih bayi yang berumur 1 tahun ke bawah untuk memberus gigi kerana ia sangat lembut dan selamat digunakan untuk gigi pertama bayi. Berus gigi ini juga mempunyai pemegang yang fleksibel agar dapat memberi sentuhan lembut pada gusi bayi anda.

Selain itu, berus ini mempunyai grip yang selesa dipegang oleh si comel. Reka bentuknya yang seperti ikan lumba-lumba (dolphin) tentu akan menjadikan pengalaman memberus gigi sesuatu yang menyeronokkan untuk bayi anda.

Berus gigi untuk bayi berusia 6 bulan yang baru mula tumbuh gigi
Untuk bayi berusia 6 bulan yang baru mula tumbuh gigi
mulai
RM11.50
Semak Baby Banana Toothbrush for Infants harga dibawah:

Berus gigi berbentuk seperti pisang yang dikupas ini direka agar mudah dipegang oleh bayi agar dapat mengelakkan insiden yang tidak diingini semasa si kecil menggunakan berus ini. Diperbuat 100% daripada Food Grade Silicon dan sesuai digunakan untuk bayi berusia 3 hingga 12 bulan.  

Direka khas agar mudah lentur untuk mengurangkan risiko kecederaan dalam oral kaviti bayi anda. Bebas daripada BPA, Phthalate, Latex dan toksin iaitu bahan yang akan membahayakan kesihatan si kecil. Berus gigi ini juga dapat membantu melegakan gusi bayi di kawasan gigi sedang bertumbuh.

Berus gigi jenis silikon – tidak membahayakan si kecil
Berus gigi jenis silikon – tidak membahayakan si kecil
mulai
RM2.40
Semak Baby Silicone Tooth Brush Soft Baby Kids Finger Toothbrush harga dibawah:

Berus gigi ini diperbuat daripada bahan silikon yang lembut dan selamat untuk bayi anda. Ia sesuai digunakan semasa si kecil baru sahaja mula tumbuh giginya yang pertama sehingga berusia 2 tahun. Berus gigi ini direka khas supaya dapat memuatkan jari orang dewasa agar dapat memudahkan anda untuk memberus gigi si comel.

Dengan harganya mampu milik, anda bolehlah menggunakan hanya 1-2 kali dan tukarkan kepada yang baru untuk mengelakkan bakteria terkumpul pada berus gigi silikon ini.

Bagi si kecil berusia 2 tahun, berus gigi ini terbaik untuknya
Bagi si kecil berusia 2 tahun, berus gigi ini terbaik untuknya
mulai
RM1.80
Semak Baby Kids Cartoon Toothbrush harga dibawah:

Rekaan berus gigi dalam bentuk kartun beruang dengan warna ceria ini tentu menarik minat anak anda untuk memberus gigi sendiri seawal usia 2 tahun. Berus yang lembut dapat mengelakkan berlakunya kecederaan pada gusi anak anda semasa memberus gigi.

Terdapat 4 pilihan warna yang boleh anak anda memilihnya. Juga didatangi dengan pilihan jika anda membeli 4 set dalam 1, lebih menjimatkan wang anda. Gantikan sahaja dengan yang baru apabila yang lama sudah mengembang.

Berus gigi sesuai untuk si kecil berusia 3 tahun ke atas 
Sesuai untuk si kecil berusia 3 tahun ke atas – tidak menyakitkan gusi
mulai
RM14.90
Semak Pororo Tooth Brush For Children Kids harga dibawah:

Berus gigi dengan design karakter kartun Pororo ini sesuai digunakan untuk si manja yang berusia 3 tahun ke atas. Dilengkapi dengan 2 jenis berus lembut iaitu normal dan panjang dalam bentuk V untuk memudahkan pembersihan gigi serta oral kaviti pada bahagian sukar diberus dengan berus gigi biasa.

Bahagian pemegang berus gigi ini juga disaluti dengan getah supaya tidak mudah licin semasa dipegang oleh anak anda.  

Berus gigi jenis elektrik – memudahkan si kecil menggosok gigi
Berus gigi jenis elektrik – memudahkan si kecil menggosok gigi tanpa pengawasan
mulai
RM40.98
Semak Colgate Kids Battery Toothbrush - Extra Soft [Bundle Of 2] harga dibawah:

Berus gigi elektrik jenama Colgate ini direka dengan motif kartun kegemaran anak anda seperti Barbie dan Spiderman yang tentu akan menggalakkan mereka untuk rajin memberus gigi. Bahagian kepalanya mempunyai berus yang sangat lembut untuk membersihkan gigi dan plak pada gusi anak anda.

Dilengkapi dengan butang yang mudah untuk dihidup dan dimatikan, si kecil tidak perlukan lagi pengawasan semasa memberus gigi.

Penjimatan lebih tanpa perlu guna ubat gigi
Penjimatan lebih dengan berus gigi miswak tanpa perlu guna ubat gigi
mulai
RM15.00
Semak Berus Gigi Miswak Kanak Kanak harga dibawah:

Berus gigi ini merupakan berus gigi miswak pertama di dunia dan direka khas untuk kanak-kanak. Ia diperbuat daripada ekstrak kayu sugi dan mineral semulajadi yang baik untuk menjaga kebersihan gigi dan oral kaviti. Berusnya yang lembut pada gusi dapat mengurangkan risiko kerosakan gigi dan gusi.

Seperti penggunaan kayu miswak yang mengikut sunnah bagi orang Islam, berus gigi ini boleh digunakan tanpa ubat gigi. Jimat perbelanjaan tanpa perlu membeli ubat gigi buat si kecil.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article