Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Baby Carrier Dengan Harga Mampu Milik Bawah RM50

Pilihlah baby carrier yang murah mengikut kesesuaian bayi dan anda.

Kehadiran cahayamata adalah perkara paling bermakna dalam hidup setiap pasangan. Tentu saja setiap masa mahu diluangkan bersama si comel tersayang. Namun, adakalanya sukar untuk melakukan kerja apabila si manja tidak mahu berenggang. Tangan tentu lenguh mendukung bayi apabila berada di luar rumah, bukan?

Baby carrier adalah penyelesaian terbaik untuk masalah yang anda hadapi ini. Dengan adanya baby carrier, pelbagai urusan dapat dilaksanakan sambil menjaga bayi anda. Selain merapatkan hubungan, keselamatan bayi juga terjamin kerana sentiasa berada di samping anda.  

Bingung mencari baby carrier yang sesuai untuk keperluan si kecil? Info dari list berikut dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat;

mulai
RM47.90
Semak Premium Ergonomic Breathable & Adjustable Baby Carrier With Hip Seat And Storage harga dibawah:

Seperti namanya, baby carrier ini mempunyai fungsi ergonomik agar postur badan bayi dan anda sendiri tidak terjejas. Antara ciri ergonomik baby carrier ini ialah ia mempunyai permukaan tempat duduk ekstra luas untuk mengelakkan bayi anda berada dalam posisi O-leg. Tali bahu baby carrier ini dibuat dari material anti-gelincir (anti-slippery) dan mudah diselaraskan untuk keselesaan anda sewaktu mendukung bayi.

Dengan rekaan khas tali kancingnya (buckle) yang besar sebagai perlindungan keselamatan untuk bayi anda, si kecil tidak boleh bergerak aktif semasa di dalam dukungan. Ruang untuk menyimpan barangan yang luas adalah ciri tambahan baby carrier ini agar keperluan bayi seperti botol susu, pampers dan baby wipes dapat dimuatkan.

Baby carrier yang sesuai untuk bayi 3 bulan
Baby carrier - sesuai untuk bayi 3 bulan
mulai
RM49.99
Semak Fiffy Multi Function Baby Carrier harga dibawah:

Baby carrier jenama Fiffy ini mempunyai pelbagai fungsi untuk bayi berusia 3 hingga 15 bulan (3.5-9kg). Diperbuat daripada fabrik yang memudahkan pengaliran udara agar bayi anda tidak berasa panas dan berpeluh semasa memakainya. Baby carrier ini bukan sahaja tahan lasak malahan ruang tempat duduk yang lebar dapat menjamin keselesaan bayi anda. Tali kancingnya (buckle) mudah diselaras dan dileraikan dengan satu tangan saja mengikut kesesuaian anda.

Baby carrier untuk bayi baru lahir (newborn)
Baby carrier untuk bayi baru lahir (newborn)
mulai
RM19.90
Semak Cotton Strap Newborn Baby Carrier harga dibawah:

Badan bayi baru lahir ini sangat lembut dan perlu dipegang dengan berhati-hati serta dijaga dengan rapi. Baby carrier yang direka dengan bentuk sling agar mudah dan selamat digunakan untuk mengendong bayi newborn.

Materialnya diperbuat daripada kain kapas yang lembut dan ringan, amat selesa untuk digunakan oleh si comel. Dilengkapi dengan tali laras (strap) yang boleh diubahsuai, baby carrier ini menjimatkan ruang dan mudah untuk dibawa kemana saja.

Baby carrier sesuai untuk bayi 2 bulan
Baby carrier sesuai untuk bayi 2 bulan
mulai
RM24.99
Semak 3 Ways Baby Carrier Seat, Sleep, Comfort harga dibawah:

Baby carrier ini dilengkapi dengan fungsi ergonomik agar dapat menyokong tulang belakang dan postur badan yang betul bagi bayi berusia 2 hingga 24 bulan. Dengan menggunakan material lembut sebagai rekaan untuk hoodnya serta boleh ditanggalkan agar dapat melindungi bayi anda pada hari yang panas.

Rona merah dan biru antara dua pilihan baby carrier ini berserta 3 cara pemakaian berbeza. Disertakan tali laras yang boleh diubahsuai untuk memberikan keselesaan maksimum buat si kecil.

mulai
RM36.90
Semak MB BEIQIYUAN New Function 3 In 1 Multifunctional Combination Baby Carrier harga dibawah:

Baby carrier yang mempunyai sistem pengudaraan dan ciri keselamatan ini, direka agar sesuai digunakan untuk bayi anda dari berusia seawal 1 bulan. Selain memudahkan anda mendukung bayi, baby carrier multifungsi ini juga didatangkan dengan hood kepala untuk melindungi bayi anda dari sinar matahari.

Ruang menyimpan barangan juga disediakan khas untuk membawa keperluan asas bayi puting, pampers dan lain-lain lagi. Tali boleh laras baby carrier ini mudah digunakan agar bersesuaian dengan keselesaan agar si kecil tidak terasa lemas semasa berada dalam dukungan anda.

Baby carrier sesuai untuk si kecil berusia 2 tahun
Baby carrier sesuai untuk si kecil berusia 2 tahun
mulai
RM49.00
Semak Babylab Colorful Lightweight Casual Baby Carrier And Hip Seat (0-36Months) harga dibawah:

Berat bayi sentiasa bertambah sejajar dengan kadar tumbesaran dan peningkatan usia. Jadi, keperluan baby carrier juga berbeza. Baby carrier ini sesuai digunakan untuk mendukung bayi yang berusia 2 tahun. Materialnya yang ringan, tahan lasak dan memudahkan pengaliran udara serta mempunyai tempat duduk yang luas untuk keselesaan bayi anda.

Baby carrier ini telah dipatenkan melalui USA Patent Technology (USPTO) dan disah dapat menjimatkan tenaga berbanding mendukung bayi dengan tangan atau menggunakan baby carrier tradisional.  Dengan fungsi ergonomik, ianya didatangkan dengan poket dan buckle keselamatan pada bahagian pinggang.

Baby carrier tahan lasak – sesuai untuk hiking
Baby carrier tahan lasak – sesuai untuk hiking
mulai
RM49.90
Semak Realeos 3 Way Carry Hip Seat Multi-Functional Baby Carrier - R486 harga dibawah:

Baby carrier ini direka dengan fungsi yang bersesuaian serta lengkap dengan kawalan keselamatan untuk membawa bayi anda hiking bersama. Diperbuat daripada kain kapas premium yang lembut dan memudahkan pengaliran udara agar bayi berasa selesa. Fungsi ergonomik yang terdapat dalam ciri-ciri keselamatan baby carrier ini dapat menyokong tulang belakang bayi anda dengan sempurna.

Dengan rekaan H-back serta ekstra span pada bahu dan pinggang agar anda berasa selesa sepanjang hiking bersama bayi anda. Baby carrier ini mempunyai tali yang mudah untuk diselaraskan dan boleh dipakai dalam pelbagai posisi untuk mendukung bayi anda.

Artikel Berkaitan 

End of Article