Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bawa Si Kecil Kemana Sahaja Dengan 10 Stroller ‘Lightweight’ Ini

Lakukan aktiviti oudoor dengan selesa bersama si manja

Jika anda mempunyai bayi dan ingin keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian, stroller bayi pastinya salah satu alatan yang banyak memudahkan urusan anda. Ia didatangi dengan pelbagai jenis dan ramai ibubapa yang keliru untuk memilihnya. Di antara jenis stroller yang ada di pasaran ialah lightweight stroller atau stroller bayi yang ringan. 

Stroller jenis ini direka untuk kemudahan perjalanan kerana ciri-cirinya yang ringan daripada stroller biasa, mudah dilipat serta padat dan kompak untuk disimpan. 

Berapa ringankah berat stroller "lightweight"?

Stroller lightweight yang berada di pasaran kini mempunyai berat seringan 4.5kg hingga 9kg. Ini memudahkan ia dibawa kemana-mana dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk simpanan. Jika anda gemar travelling, stroller jenis ini sudah tentu menjadi pilihan anda. Ada banyak stroller ringan yang boleh didapati masa kini. 

Ayuh lihat senarai stroller bayi ringan untuk panduan anda sebelum membelinya;

10 Stroller Bayi Ringan Pilihan Ibubapa Moden di Malaysia

Stroller bayi murah dan berkualiti tinggi setanding yang mahal
Little G
mulai
RM89.00
Semak Little G Lightweight Foldable Seat Baby Stroller (LG003) harga dibawah:

Harga yang kurang daripada RM100, stroller Litlle G model LG003 ini hanyalah seberat 4.6kg sahaja tanpa sebarang muatan. Ia mempunyai tempat duduk yang luas dan berkusyen untuk mencapai keselesaan maksimum. 

Dijamin selamat dan kuat untuk menampung berat sehingga 20kg. Didatangi dengan pilihan warna seperti biru, hitam dan ungu, ianya berbaloi untuk dimiliki.

Stroller untuk anak 6 tahun dan ke bawah
mulai
RM140.00
Semak Anakku Magic Stroller Backrest & Easy Folding harga dibawah:

Anak yang berumur 6 tahun ke atas mungkin tidak gemar duduk di dalam stroller dalam jangkamasa yang lama. Namun, bagi ibubapa yang merancang untuk bersiar-siar dan berjalan-jalan di kawasan yang besar dalam masa yang lama, stroller ringan untuk anak pasti membantu dalam memudahkan urusan. 

Stroller 4 tayar dari Anakku ini dilengkapi dengan backrest yang senang dilipat dan dibawa kemana-mana. Ia juga amat kuat dan boleh digunakan untuk anak-anak dalam lingkungan umur 6 tahun ke bawah. 

Stroller bayi yang simple – beri keselesaan maksimum
mulai
RM178.00
Semak LOUIS Ultra Lightweight Foldable Portable Magic Stroller harga dibawah:

Mudah untuk digunakan, ringan dan stabil, stroller Louis ini sangat bagus untuk ibubapa moden yang tidak gemar stroller biasa dengan saiz lebih besar. Rekaannya simple, mempunyai two-way facing iaitu berhadapan ibubapa atau pun melihat ke hadapan, anda boleh memilih posisi yang membuat anak dan anda selesa. 

Stroller ini juga mempunyai 4 roda diperbuat daripada getah sintetik untuk kestabilan dan kekuatan yang maksimum. 

Stroller untuk si kecil yang menarik - tampung keberatan sehingga 20kg
mulai
RM196.88
Semak Jollygear Paris Series Ultralight Foldable Baby Stroller harga dibawah:

Stroller bayi Jollygear ini direka untuk mobiliti dengan hanya seberat 4.7kg. Ia dilengkapi dengan roda untuk semua permukaan dan spring suspension yang memudahkan perjalanan yang lancar pada setiap permukaan. 

Stroller baby ini sangat memudahkan pelbagai urusan dan semasa menyimpannya, anda boleh melipat dan sandarkan sahaja pada dinding. Tidak memerlukan ruangan yang luas untuk menyimpan stroller ini.

Stroller ringan untuk bayi kembar dengan rekaan minimalis
mulai
RM249.00
Semak HoXiLe Lightweight Twin Stroller harga dibawah:

Sesuai untuk bayi berumur 9 bulan ke atas, stroller ringan Hoxile ini hanyalah seberat 7kg dan mampu menampung berat sehingga 35kg. Ia mempunyai rakabentuk yang simple dan senang untuk digunakan serta menjimatkan ruang penyimpanan. 

Ianya mempunyai 12 tayar secara keseluruhan yang membantu memberi kestabilan pada stroller ini. Si kecil pasti akan berasa lebih selesa dengan stroller jenis ini. 

Stroller bayi baru lahir – lindungi si kecil dari sinaran UV
Prego
mulai
RM299.00
Semak Prego One Hand Fold Stroller for Newborn harga dibawah:

Stroller Prego ini hanyalah 5.3kg dan direka khas untuk kemudahan ibu-ibu yang tidak boleh mengangkat stroller terlalu berat. Ianya boleh digunakan untuk bayi baru lahir sehingga anak berumur 4 tahun. Posisi kerusinya boleh diubah dari 170˚ untuk bayi baring dan tidur lena hinggalah posisi duduk sehingga  80˚. Ia juga didatangi dengan kanopi yang melindungi bayi dari UV dan boleh dibuka ketika berada di dalam bangunan. 

Stroller untuk si kecil yang menjangkau keberatan hingga 40kg
mulai
RM313.43
Semak WOW High View Detachable Bassinet Anti-Shock Baby Stroller harga dibawah:

Buat ibubapa yang mempunyai anak berat sehingga 40kg, mungkin sukar untuk mendapatkan stroller yang sesuai dan ringan di pasaran. Stroller WOW ini diperbuat dengan rangka besi yang berkualiti tinggi dan kuat serta mempunyai sistem kusyen dan spring untuk menyerap gegaran. 

Dilengkapi dengan sistem brek yang baik, ianya mudah diberhentikan. Alas kusyennya juga boleh dibuka untuk dicuci. Stroller ini boleh menampung berat muatan sehingga 70kg.

Stroller baby 2-in-1 jenis stainless steel – tahan lama dan lasak
OBaby Paris
mulai
RM239.90
Semak OBaby Paris 2-in-1 Travel System Stroller (OB010) harga dibawah:

Stroller OBaby Paris model OB010 ini adalah kombinasi stroller baby dan carrier baby yang boleh diletakkan pada stroller. Rekaan premium dengan 3 roda ini mempunyai ketepatan mekanikal yang membuatkan ianya lebih tahan lasak daripada stroller biasa

Diperbuat dari stainless steel yang kuat, stroller ini mudah untuk dikendali dengan hanya satu tangan sahaja. Kerusi yang luas membolehkan carrier baby diletakkan di atas stroller tanpa mengganggu bayi yang nyenyak tidur. 

Stroller bayi yang boleh dilipat kecil dan jimatkan ruang
GB Pockit
mulai
RM441.00
Semak GB Pockit Compact, Easy Foldable & Lightweight Stroller harga dibawah:

Stroller GB ini telah mendapat pengesahan dan boleh dibawa ke dalam kabin kapal terbang kerana bersaiz kompak dan kecil. Ianya ringan dan mudah dibawa kemana sahaja terutamanya semasa travelling

Stroller ini hanya memerlukan anda menekan satu butang sahaja untuk melipatnya bagi memudahkan penyimpanan pada ruang yang kecil. Rel tangannya juga boleh dibuka untuk simpanan. 

Stroller bayi sesuai buat travelling untuk bayi 6 bulan ke atas
Recaro
mulai
RM1,558.00
Semak Recaro Easylife Stroller Travel System harga dibawah:

Stroller Easylife daripada RECARO ini sangat ringan dan kompak bagi memudahkan anda yang sering berjalan dan melancong. Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas, ia mampu menampumg muatan sehingga 15kg berbanding berat stroller ini yang hanya 5.7kg. 

Kerusinya selesa dan dilengkapi dengan harness 5-point serta footrest untuk bayi meletakkan kaki. Ia juga mempunyai ruangan untuk meletakkan barang-barang keperluan si kecil.

End of Article