Kebiasaannya, biskut bayi diberikan semasa waktu lapang di antara ‘meals time’ untuk dijadikan kudapan buat si kecil. Ianya juga merupakan salah satu cara terbaik untuk mendidik dan membiasakan bayi yang sedang membesar kepada makanan solid. Ada banyak pilihan pelbagai perisa, bentuk dan saiz yang berada di pasaran pastinya membuatkan para ibubapa sukar untuk membuat pilihan. Pilihlah jangan hanya mengikut jenama sahaja, tetapi harus juga diteliti isi kandungannya agar tidak membahayakan kesihatan si kecil nanti.
Kami senaraikan antara pilihan yang ada di pasaran Malaysia, namun harus juga dipertimbangkan citarasa si kecil. Setiap bayi mungkin mempunyai biskut kegemaran masing-masing tanpa kita sedari. Maka, list dibawah ini pasti akan dapat membantu anda serba-sedikit;
Diperbuat daripada beras berkualiti tinggi, Biskut Beras Baby Bites ini mudah dikunyah oleh bayi tanpa perlu mencairkannya dahulu. Dibungkus dengan teliti demi kesegaran berkekalan, biskut ini sedia dimakan setelah dibuka bungkusannya. Ianya juga tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam pembuatannya dan selamat untuk dimakan oleh si kecil anda.
Tekstur biskut yang sangat lembut pasti akan membuatkan si kecil mahukan lebih dari satu keping. Tidak menyakitkan gigi, gusi dan lidah bayi semasa si manja menghisap biskut ini.
Biskut Ten Ten Baby Guide ini mendapat sijil Halal dan dijamin selamat dalam pembuatannya. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan perisa tambahan, biskut ini juga tidak menggunakan sebarang penambah perisa yang lain. Sangat rendah lemak dan tidak menggunakan sebarang lemak atau minyak tambahan, biskut yang dibakar ini menjadi pilihan ibubapa serta amat digemari oleh bayi.
Didatangi dengan biskut yang dibalut secara individu, ianya memudahkan ibubapa dalam memastikan kesegaran biskut ini senantiasa terjamin.
Apa itu gluten? Campuran 2 protein yang hadir dalam bijirin seperti gandum dan merupakan penyebab utama kekenyalan sesuatu doh makanan itu. Bagi si kecil yang memerlukan diet dan pemakanan seimbang untuk mengawal berat badannya, disyorkan oleh pakar kanak-kanak buat si kecil mengambil makanan bebas gluten.
Sistem pencernaan si kecil juga akan lebih teratur dengan pengambilan biskut ini. Dengan perasa Wildberry, biskut ini juga sesuai untuk si kecil yang alergi kepada susu, telur dan kekacang. Baik di makan untuk perkembangan minda dan diet yang terkawal.
Biskut ini mudah didapati di mana-mana kedai online dan offline kerana bahan asasnya sangat selamat untuk diberi kepada bayi berumur 6 bulan ke atas. Biskut yang pasti membantu para ibubapa dalam usaha memperkenalkan makan solid untuk bayi tercinta, harganya juga sangat berpatutan. Boleh dihidang dalam bentuk bubur atau juga biskut, ianya juga membantu menggalakkan simulasi pertumbuhan gigi bayi.
Diperkaya dengan AA dan DHA, Biskut Bayi Milna membantu pertumbuhan otak bayi, sementara Vitamin C dan E yang ada di dalamnya membantu meningkatkan tahap imunisasi si manja anda. Ditambah pula dengan perisa Mixed Fruit, anak anda akan tidak sabar untuk tiba waktu snacking.
Menggunakan adunan yang diperkaya dengan tepung gandum dan arrowroot, Biskut Nestle Gerber Arrowroot ini mempunyai tekstur yang unik di mana ianya rangup pada gigitan pertama. Biskut ini jenis sangat lembut dan mudah hancur tidak akan menyakitkan gusi dan gigi si kecil anda.
Bebas perisa dan pewarna tambahan serta pemanis tiruan, biskut ini masih menyelerakan untuk tekak bayi dan sesuai diberi bagi bayi berumur 10 bulan ke atas.
Produk biskut terkenal untuk bayi dari jenama Heinz sememangnya menjadi kegemaran setiap keluarga sejak turun-temurun ini, pasti tidak akan mengecewakan ibubapa Dengan mengandungi khasiat dan nutrisi tinggi dalam biskutnya, baik untuk si kecil. Biskut diperbuat daripada rusk pastinya yang terbaik dimakan semasa dalam proses peralihan memperkenalkan makanan solid untuk bayi.
Biskut Organix Baby Finger Food ini mempunyai 9 keping biskut dalam satu pek. Diperbuat 100% daripada bahan organik termasuk tepung gandum, minyak kelapa, minyak bunga matahari dan perisa buah-buahan asli yang pasti menambahkan rasa enak untuk bayi menikmatinya.
Bagi anda yang mementingkan kesihatan serta menjaga diet si kecil, eloklah jika diberikan biskut berasaskan bahan seperti ini. Walaupun isi kandungannya organik, tetapi rasa tetap sama seperti biskut bayi yang biasa. Pasti si kecil tidak akan menolaknya.
Diformulasi sebagai makanan sampingan buat bayi berumur 6 bulan ke atas, Biskut Bayi Pureen ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti Vitamin A, D, B1, B2, Niacin, B6, Kalsium dan Zat Besi. Ianya sedap, rangup dan mudah cair di dalam mulut serta mudah dihadamkan. Bebas dari susu dan telur, biskut ini juga sesuai untuk si kecil dari 6 bulan ke atas.
Diperbuat dari biskut berasaskan susu gandum dan buah-buahan, Little Freddie Biscuit juga ada mengeluarkan bikut berperisa oat dan raisin anggur yang menyelerakan. Penuh dengan serat gandum untuk menaikkan perisa dan tekstur oat, rasa manis semulajadinya adalah dari jus anggur dan raisins.
Isi kandungan biskut ini dijamin selamat dan sihat untuk bayi serta tiada tambahan gula, garam dan penambah perisa yang dicampur di dalam adunan biskut ini. Tekstur oatnya yang lembut pasti membantu menstimulasikan pertumbuhan gigi bayi.
Istimewanya biskut ini adalah diterbangkan khas dari Itali yang boleh dinikmati oleh bayi tanpa sebarang keraguan daripada ibubapa yang mahu mengelakkan memberi makanan syubahah kepada bayi tercinta. Biskut ini disahkan halal dibawah seliaan Halal Italia yang turut diterima pakai di Malaysia.
Mengandungi zat besi, Vitamin B1 dan kalsium, biskut yang enak ini mudah untuk dipegang oleh si kecil dan mempunyai tekstur mudah cair di dalam mulut. Biskut ini dibakar terlebih dahulu, pastinya menambahkan keyakinan ibubapa yang mementingkan kesihatan si kecil.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!