Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Keselesaan Berpanjangan Untuk Ibu Hamil Dengan 7 Bantal Pilihan Ini

Product in this article

Apakah kebaikan bantal untuk ibu hamil?

Keadaan fizikal bakal ibu yang berubah dalam tempoh kehamilan menyebabkan ketidakselesaan kepadanya walaupun dalam keadaan duduk mahupun ketika sedang berbaring.

Bantal untuk ibu hamil boleh memberi keselesaan dan sokongan untuk postur badan dalam pelbagai posisi, melegakan sakit badan dan membolehkan bakal ibu untuk tidur mengiring yang boleh menggalakkan peredaran darah. Terdapat pelbagai pilihan bantal untuk ibu hamil di pasaran dengan pilihan produk terkenal. Jom lihat 7 senarai di bawah.

U SHAPE Pregnancy Pillow

RM 38
Sesuai untuk ibu hamil yang mengalami sakit belakang
1. U SHAPE Pregnancy Pillow
Sesuai untuk ibu hamil yang mengalami sakit belakang
Updated on 8th August 2020

Sekiranya anda sedang mencari bantal tidur untuk digunakan semasa hamil, bantal ini sesuai untuk anda. Sangat selesa digunakan kerana isinya 100% kekabu asli yang akan memberikan keselesaan berpanjangan untuk anda terutamanya semasa berbaring.

Penggunaan bantal ini juga dapat membantu mengurangkan sakit belakang ketika tidur, membantu menjaga postur badan serta mengurangkan tekanan pada bahagian leher, bahu, perut, belakang badan, pinggang dan kaki. Boleh juga digunakan untuk memberi sokongan semasa penyusuan bayi anda.   

Waist Back Pregnancy Pillow

RM 26.99
Bantal untuk menampung perut ibu hamil
2. Waist Back Pregnancy Pillow
Bantal untuk menampung perut ibu hamil
Updated on 8th August 2020

Pilihlah bantal ini sekiranya anda sedang mencari sesuatu yang selesa untuk menampung perut yang sedang membesar terutamanya ketika berbaring secara mengiring. Bantal ini direka dengan bentuk yang dapat memberi sokongan untuk bahagian perut dan pinggang.

Bantal bersaiz 70cm x 40cm x 15cm ini diperbuat daripada campuran material polyester dan kapas yang boleh dibasuh dengan tangan atau dengan menggunakan mesin basuh. Pengunaannya yang selesa membuatkan anda tidur lena tanpa perlu rasa sakit di bahagian pinggang.

Pregnancy Pillow For Side Sleeper Pregnant Women

RM 36.9
Bantal ibu mengandung murah
3. Pregnancy Pillow For Side Sleeper Pregnant Women
Bantal ibu mengandung yang elok untuk tidur mengiring
Updated on 8th August 2020

Pilihlah bantal ini sekiranya anda sedang mencari bantal untuk ibu mengandung yang murah tapi selesa. Ia direka dengan design ergonomik berbentuk huruf U agar sesuai untuk ibu mengandung dan juga sesiapa saja yang biasa tidur dalam keadaan mengiring. Bantal ini lembut dan boleh digunakan sebagai kusyen belakang.

Bantal ini diperbuat daripada kain kapas non-woven yang pastinya selesa untuk kegunaan anda, sarungnya mudah ditanggalkan dan dibasuh.

Donut A Tailbone Pillow Pregnancy Hemorrhoid Post Natal Memory Foam Sitting Pillow

RM 49.9
Bantal terbaik menetapkan posisi punggung ibu hamil dengan selesa
4. Donut A Tailbone Pillow Pregnancy Hemorrhoid Post Natal Memory Foam Sitting Pillow
Bantal terbaik menetapkan posisi punggung ibu hamil dengan selesa
Updated on 8th August 2020

Bantal berbentuk donut ini direka agar dapat mengurangkan tekanan pada punggung dan kaki ibu hamil.  juga direka agar dapat melegakan kesakitan akibat hemorrhoid (urat bengkak) semasa hamil serta melancarkan peredaran darah dan mengekalkan postur badan yang (dengan) baik semasa duduk.

Bantal ini Sesuai digunakan untuk semua jenis kerusi termasuklah kereta, kapal terbang atau di atas kerusi roda. Anda tidak perlu risau jika ada habuk dan kotoran yang melekat, sarungnya mudah untuk ditanggalkan dan dibasuh.

Multifunction U-Shaped Pregnant Body Pillow, Maternity Pillow

RM 185
Bantal guling sesuai – untuk ibu hamil yang ingin bertukar posisi semasa berbaring
5. Multifunction U-Shaped Pregnant Body Pillow, Maternity Pillow
Bantal guling untuk ibu hamil yang ingin bertukar posisi semasa berbaring
Updated on 8th August 2020

Bantal yang berbentuk seperti huruf H ini selesa untuk digunakan sebagai bantal guling oleh ibu hamil. Anda boleh berguling untuk mengiring ke kiri atau ke kanan tanpa membuatkan badan terasa sengal akibat perubahan posisi.

Didatangi corak rona moden terang, pasti akan menarik perhatian anda serta sarungnya mudah untuk ditanggalkan dan dibasuh. Samada menggunakan mesin basuh atau tangan,  sarungnya tidak akan mudah carik dan berbulu.  

Pregnant Pillow/Bed

RM 359.00
6. Pregnant Pillow/Bed
Tilam dwi-fungsi untuk beri keselesaan pada ibu hamil dan bayi
Updated on 19th February 2020

Mengiring di sebelah kiri adalah digalakkan untuk bakal ibu ketika hamil. Ia adalah posisi yang terbaik bagi bakal ibu dan bayi. Bantal ini sangat sesuai dan selesa untuk posisi ini kerana ia dapat memberi sokongan pada bahagian belakang, perut dan lutut.

Bantal dwi-fungsi tilam ini juga boleh digunakan sebagai alas untuk breastfeeding selepas anda bersalin nanti. Berbaloi bukan?

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article