Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Basikal Dan Skuter Elektrik Untuk Perjalanan Low-Carbon

Bawa kenderaan bermotor ini di kawasan perumahan atau taman untuk beriadah.

Bermula 1 Jan 2021 kerajaan telah mengeluarkan kenyataan penggunaan basikal dan skuter elektrik di jalan raya dilarang dan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

Tapi itu bukan menjadi satu masalah untuk tidak memiliki basikal atau skuter elektrik sendiri kerana anda boleh bawak kenderaan bermotor tersebut di taman atau kawasan perumahan berdekatan.

Jadi jom lihat harga basikal elektrik yang ada di Shopee dan Lazada.


Isi Kandungan


7 Basikal & Skuter Elektrik 

Basikal elektrik untuk orang tua
LEM
LEM Z SCOOTER
mulai
RM820.00
Semak Electric Scooter Model LEM-Z (E-BIKES) 2 Seat harga dibawah:
add_circle Mempunyai signal
add_circle Mempunyai kunci keselamatan
remove_circle Hanya mempunyai 2 mod kelajuan

Sebab pilihan utama;

"Sangat selamat kerana mempunyai kunci, lampu isyarat, had kelajuan tidak melebihi 40km jadi tidak berbahaya."

Ciri-ciri;

Skuter elektrik ini khas untuk orang tua kerana kelajuan hanya 35-40 km saja jadi sesuai untuk dibawa ke masjid, kedai, pasar atau beriadah di sekitar rumah.

Malah, terdapat 2 mod kelajuan iaitu Slow dan High. Bahagian keselematan pula, skuter ini mempunyai tongkat skuter dan lampu isyarat kiri kanan lagi untuk keselamatan. 

Menariknya lagi, skuter elektrik model LEM-Z ini mempunyai bakul dihadapan dan tempat duduk dibelakang untuk penunggang membonceng.

Review;

Dengan kelajuan maksima 40km saja, skuter elektrik ini bukan saja sesuai untuk orang tua tapi untuk setiap golongan.

Alucard Electric Bicycle
mulai
RM1,499.00
Semak Electric Bike Alucard Aluminium Alloy 12 inch Wheel E bike B75 harga dibawah:
add_circle Rekabentuk urban
add_circle Ringan
remove_circle Hanya untuk satu penumpang

Kenderaan dengan roda 12 inci ini diperbuat dari aluminium aloi dan mampu menampung beban maksimum 120kg.

Dilengkapi dengan bateri lithium ion 36V 7.5Ah  dan dianggarkan boleh bergerak sejauh 25km. Malah, pengguna basikal elektrik ini boleh mengecas gadget mereka kerana ia datang dengan USB charging port.

Hayat bateri disediakan pada bahagian pemegang sebelah kanan sebagai panduan pegguna. 

Selain itu, basikal elektrik ini juga mempunyai sistem brake disc bahagian depan dan belakang, serta satu lampu hadapan untuk jarak penglihatan sehingga 5 meter. 

Bahagian tempat duduk boleh dilaras mengikut keselesaan dan ketinggian dan paling best, basikal skuter ini menggunakan tayar angin dimana boleh dibawa kemana saja.

Basikal mountain jenis elektrik
mulai
RM2,380.00
Semak Stonbike - MTB2620 26inch Electric Mountain Bike harga dibawah:
add_circle Rekabentuk sporty dan kelihatan rugged
add_circle Boleh dilipat
remove_circle Agak berat

Menggunakan bateri jenis portable 36V 10Ah dan tempoh mengecas antara 4 hingga ke 6 jam.

Motor elektrik ini berkuasa 250W dan mampu menampung bebanan sehingga 120kg.

Dengan sport rim bersaiz 26 inci, basikal elektrik ini mampu memecut dengan kelajuan maksimum sebanyak 25km/j dan dilengkapi dengan disc brake di kedua-dua bahagian depan dan belakang.

Paling menarik, pengguna boleh adjust kelajuan dengan 7 pilihan. Bahagian keselamatan pula basikal elektrik ini dilengkapi lampu hadapan dan belakang, lampu brek dan hon. 

Basikal elektrik ini datangkan terus dari kilang dan mempunyai jaminan selama satu tahun.

Basikal elektrik boleh lipat
Stonbike
mulai
RM1,499.00
Semak Stonbike 20 Bike Audi Electric Foldable Bike harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Mempunyai absorber
remove_circle Berat

Menggunakan bateri 36V 10Ah dengan motor berkuasa 350W dan pengguna boleh memilih 6 jenis kelajuan. 

Bahagian tayar pula basikal elektrik ini dilengkapi sport rim bersaiz 20" dan berat kasar 22kg.

Basikal ini boleh ditunggang di kawasan berpasir, batu, tar, berbonggol kerana mempunyai absorber bahagian depan dan tengah.

Basikal elektrik buatan Malaysia mempunyai keistimewa lain dari yang lain kerana boleh dilipat, jadi boleh disimpan dalam kenderaan untuk dibawa kemana saja.

Selain itu, kenderaan elektrik ini mempunyai voltage display bahagian pemegang depan kanan untuk anda memantau penggunaan voltan.

Basikal elektrik buatan Malaysia
ES VOLT Malaysia LITE 11 Electric Scooter
mulai
RM1,680.00
Semak ES VOLT Malaysia LITE 11 Electric Scooter harga dibawah:
add_circle Rekabentuk moden
add_circle Platform lebar untuk lebih keselesaan
add_circle Boleh dinaiki dua orang
remove_circle Hanya boleh dipacu orang dewasa

Skuter elektrik yang dilengkapi bateri lithium 48V 21Ah dan motor berkuasa 1000W ini mempunyai 3 mode kelajuan iaitu Eco, Normal dan Turbo.

Kenderaan bermotor yang diperbuat daripada aluminium besi ini boleh pergi selaju 60km/j dan masa mengecas bateri pula adalah antara 3 hingga 6 jam.

Selain itu, pada sistem brake disc terdapat tripmeter dan speedmeter dalam bentuk paparan skrin LCD. 

Bahagian keselamatan pula, terdapat lampu keselamatan pada bahagian depan dan belakang serta menggunakan roda tubeless bersaiz 11 inci.

Ketinggian pengguna yang dicadangkan ialah antara 130cm hingga 200cm dan boleh menampung beban sehingga 200kg.

Uniknya skuter elektrik ini, tempat duduknya 2 dalam 1 dan mudah ditanggalkan. 

Basikal elektrik murah
CT BIKE Electric Scooter
mulai
RM1,199.00
Semak CT-Bike Electric Scooter harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu depan belakang
add_circle Kelajuan basikal boleh adjust
remove_circle Tidak mempunyai sistem alarm

Bersaiz 134cm x 63cm x 105cm dengan roda 14inci, skuter elektrik ini menggunakan bateri 48V dan motor berkuasa 350W.

Masa mengecas bateri pula dianggarkan selama 5 jam dan skuter elektrik ini boleh pergi sejauh 35 km hingga 45 km. Jika anda rasa basikal elektrik ini laju, jangan risau kelajuannya boleh adjust.

Bahagian keselamatan pula boleh dikatakan baik kerana mempunyai hon, dilengkapi dengan lampu LED pada bahagian depan dan belakang basikal dan juga mempunyai kunci tayar belakang.

Bagi memastikan keseimbangan semasa meletakkan kenderaan, skuter elektrik ini mempunyai stand pada bahagian tengah dan belakang.

Basikal elektrik budak
SCOOTER ELECTRIC 120W
scooter electric 120w
mulai
RM339.00
Semak SCOOTER ELECTRIC 120W harga dibawah:
add_circle Senang dibawa
add_circle Senang disimpan
add_circle Murah
remove_circle Terhad untuk kanak-kanak saja

Skuter elektrik ini menggunakan kapasiti bateri 24v4.5a (2 groups 12v4.5 siri bateri) dimana memerlukan 6 jam untuk mengecas dan motor 120W.

Kelajuan maksimum skuter elektrik ini hanya 18km/j saja jadi sesuai untuk penggunaan kanak-kanak bermula 8 tahun ke atas kerana tidak laju.

Bahagian tempat duduk pula boleh ditarik tinggi sehingga 58cm dan minimum 49cm.


Kelebihan & Keburukan Basikal Elektrik

Setiap ciptaan barangan dari manusia pasti ada kelebihan dan keburukan. Termasuklah basikal elektrik jadi jom kita lihat apa kelebihan dan keburukannya.

  • Kelebihan

Pengecasan mudah - Jika basikal elektrik kehabisan kuasa, anda boleh menggunakan tenaga anda untuk mengayuh. Bayangkan jika kenderaan motor kehabisan gas, boleh ke bergerak menggunakan tenaga anda seorang? 

Mengurangkan pencemaran - Penggunaan bateri dan elektrik [ada basikal dan skuter serba sedikit dapat mengelakkan pencemaran atmosfera yang semakin teruk.

Jimat perbelanjaan - Cuba anda kira jumlah duit minyak dengan penggunaan basikal elektrik selama sebulan. Pasti anda dapat lihat betapa banyaknya anda boleh jimat!

  • Keburukan

Masa - Rata-rata kelajuan maksima sebuah basikal elektrik adalah 45km/j. Bayangkan anda menaiki basikal elektrik ke tempat kerja yang memakan masa 30 minit jika menaiki motor. Berapa lama agak-agak nak sampai tu ye?

Kecederaan - Kajian di US membuktikan mereka yang menunggang basikal elektrik mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami kecederaan concussion atau gegaran. 


Artikel Berkaitan

End of Article