Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Deodoran Tanpa Alkohol: Cegah Bau Badan Tanpa Beri Iritasi Pada Kulit

Bawah lengan sentiasa wangi, kering dan selesa sepanjang hari!

Pernah atau tidak berlaku pada anda lupa untuk memakai deodoran sehingga rasa tak selesa sepanjang hari? Lebih lagi jika badan senang berpeluh dan mengeluarkan bau badan yang sangat kuat. Memang jadi serba tak kena. Pemakaian deodoran antara rutin wajib dalam sesi penjagaan diri. 

Ketika membeli deodoran aspek dari bau, ketahanan, kandungan formulasi dan harga menjadi faktor utama. Namun kini ramai yang mula memilih deodoran tanpa sebarang kandungan alkohol. Ini kerana alkohol adalah antara lima bahan utama dalam produk yang akan menyebabkan kulit kekeringan dan iritasi

Kenapa sesetengah deodoran ada mengandungi alkohol? 

Alkohol telah digunakan secara meluas di dalam industri kecantikan sebagai bahan pengawet. Ia mampu membunuh bakteria dan menjadikan produk lebih cepat kering pada permukaan kulit. Jadi alkohol bahan yang paling mudah, murah dan efektif bagi menghasilkan deodoran. Namun ia juga mengakibatkan reaksi negatif pada pengguna berkulit sensitif. 

Bukan sahaja alkohol yang patut diambil kira, penggunaan paraben, pewangi, aluminium salt dan pelbagai lagi bahan kimia lain juga antara faktor utama kulit merengsa. Ayuh lihat senarai produk deodoran tanpa alkohol buat anda;

10 Deodoran Tanpa Alkohol yang Selamat di Malaysia 

Sesuai untuk remaja yang aktif dengan aktiviti outdoor
Rexona Teens Deodorant Spray Tropical Energy (102ml)
Rexona
mulai
RM8.86
Semak Rexona Teens Deodorant Spray Tropical Energy (102ml) harga dibawah:

Pada harga yang sangat berpatutan, deodoran semburan dari Rexona dirumus khas untuk remaja yang kekal aktif dalam aktiviti harian. Haruman floral tropika yang memikat membuat anak-anak terasa segar dan menghalang bau badan 24 jam. Ketiak juga sentiasa kering tanpa timbul sebarang ruam atau kemerahan. Dapatkan deodoran ini sekarang!

Formulasi mudah kering dan agen anti-perspirant
Nivea Roll On Dry Comfort (50ml)
Nivea
mulai
RM8.75
Semak Nivea Roll On Dry Comfort (50ml) harga dibawah:

Fokus anti-perspirant dalam formulasi deodoran khas untuk pengguna yang mengalami masalah peluh berlebihan di bahagian ketiak terutamanya. Rangkaian Nivea Dry Comfort ini secara efektif mengurangkan peluh sepanjang 48 jam hasil Dry-Plus System dan bahan mineral semulajadi. 

Terbukti secara klinikal oleh ali dermatologi, ianya tidak akan memberi kesan negatif pada kulit serta tidak terjadinya iritasi.

Membasmi bau badan dengan batu kristal mineral semulajadi
Total Image Smelly No More Crystal Deodorant 60g
Total Image
Deodorant garam tanpa antiperspirant yang dijamin Halal
mulai
RM14.90
Semak Total Image Smelly No More Crystal Deodorant 60g harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk lelaki dan wanita
add_circle Tidak melekit & berminyak
add_circle Bebas alkohol & wangian
add_circle Hypoallergenic
add_circle Anti bakteria
remove_circle Keberkesanan bergantung pada individu

Jenama deodoran alami paling laris dipasaran kerana ia sesuai untuk lelaki dan wanita. Deodoran ini 300 kali ganda lebih efektif berbanding jenama deodoran alkohol yang lain. Bahan utama kristal garam mineral mampu menghalang pertumbuhan bakteria tanpa memberi sebarang kesan negatif pada kulit. 

Selain itu, ia tidak meninggalkan tompok pada baju anda agar tidak kelihatan seperti memakai deodoran. Menariknya lagi produk ini bukan sahaja untuk ketiak malah boleh digunakan pada kaki, leher, belakang lutut dan mana-mana bahagian badan yang berbau.

Deodoran jenis spray untuk melindungi dan memutihkan ketiak
Dove Original Light & Smooth Deodorant Spray (150ml)
Dove
mulai
RM16.98
Semak Dove Original Light & Smooth Deodorant Spray (150ml) harga dibawah:

Antara deodoran drugstore tanpa formulasi alkohol dan melindungi kulit bak litupan krim pelembab. Bukan setakat menghilangkan bau kurang enak, ia juga dapat membaiki kulit dari kesan mencukur dan mencabut bulu ketiak. Dalam masa 7 hari anda akan merasai perubahan warna bawah lengan lebih cerah dan kulit lembut.

Jenama deodoran stick semulajadi terbaik di Malaysia
Buddy’s Natural All Natural Deodorant
Buddy’s Natural
mulai
RM20.00
Semak Buddy’s Natural All Natural Deodorant harga dibawah:

Tercari-cari deodoran jenama tempatan? Buddy’s Natural antara yang patut beli kerana ia dianugerahkan sebagai Winner Reader’s Choice Awards 2018 Natural Health’s Magazine. Deodoran jenis stik ini nyah bau badan secara efektif selama 12 jam, malah ia direka khas untuk para atlet. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan disyorkan juga kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Deodoran berasaskan bedak dengan haruman segar
A’pieu Deo Armpit Powder
A’pieu
mulai
RM25.00
Semak A’pieu Deo Armpit Powder harga dibawah:

Gabungan ekstrak lemon, White Lily, Aloe Vera dan timun meninggalkan bau segar dan kesan kering pada ketiak sepanjang hari. Deodoran tekstur bedak yang halus ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan peluh atau lembapan di bahagian tubuh yang lain. Bungkusan yang comel dan bersaiz mini sesuai untuk dibawa kemana sahaja.

Direka khusus untuk masalah kulit ekzema, psoriasis, dermatitis dan rosacea
Grahams Natural Deodorant 65ml
Grahams Natural
mulai
RM26.90
Semak Grahams Natural Deodorant 65ml harga dibawah:

Tanpa alkohol, pewangi tiruan, aluminium, paraben dan kandungan toksik menjadikan ia produk paling melegakan pada kulit yang sedang berjuang dengan masalah ekzema. Proses pembuatan deodoran ini ialah dari air bersih, ekstrak Aloe Vera, potassium alum dan xanthan gum dimana semua bahan semulajadi. 

Anda boleh pilih dari lima bauan asli Aloe, Rose, Pear, Fresh dan Herbal yang kekal selama 10 jam.

Deodoran lembut dan sesuai pada anda yang sensitif terhadap pewangi
The Body Shop Aloe Caring Roll-On (50ml)
The Body Shop
mulai
RM35.00
Semak The Body Shop Aloe Caring Roll-On (50ml) harga dibawah:

Diformulasi khas tanpa pewangi, pewarna dan alkohol bagi memberi keselesaan kepada penggunaan tanpa meninggalkan bau yang agresif. Dari ekstrak Aloe Vera menjadi setiap geseran di celah ketiak akan menjadikannya lebih lembut dan segar. Ulasan dari pengguna juga mengatakan ia sangat selesa, tidak melekit dan melindungi dari bau badan yang tidak menyenangkan.

Krim deodoran yang melembapkan kulit dan mengatasi bau peluh
Quick Beauty Medicated Deodorant Stick
Quick Beauty
mulai
RM59.00
Semak Quick Beauty Medicated Deodorant Stick harga dibawah:

Hanya sedikit calitan di bahagian ketiak, formulasi deodoran ini mampu mengetatkan kelenjar peluh dan membunuh bakteria penyebab bau busuk. Rumusan dari 16 bahan herba dan 8 bahan pelembab semulajadi menjadikan deodoran ini sesuai untuk si kulit sensitif juga. Ia kalis air, peluh dan mudah dibawa ketika travel. 

Deodoran bebas paraben, silikon dan phthalates
Kopari Coconut Oil Charcoal Deodorant
Kopari
mulai
RM75.00
Semak Kopari Coconut Oil Charcoal Deodorant harga dibawah:

Deodoran ini diformulasi dari arang aktif bagi menyerap peluh sekaligus mengurangkan bau badan secara semulajadi. Bahagian ketiak menjadi lebih selesa dan tidak merosakkan baju anda. Bau deodoran ini sangat lembut dan tidak membuatkan kulit ketiak berasa tidak selesa seperti jenama yang lain. Sesiapa yang mempunyai bajet lebih, wajib cuba Kopari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article