Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

37 Skincare ‘Must-Have’ Tahun Ini Untuk Kulit Tampil Anggun Dan Menawan

Dapatkan kulit yang flawless dan berseri dalam sekelip mata

Product in this article

Kulit adalah organ yang terbesar di badan dan sentiasa terdedah kepada kondisi luar seperti habuk, cahaya matahari dan pelbagai aktiviti lain . Jika tidak dijaga dengan baik, kulit akan menunjukkan tanda penuaan seperti kedutan, ketuat, tona tidak sekata, kusam, berminyak dan pelbagai lagi masalah kulit.

Justeru, untuk dapatkan kulit yang sihat, anda perlu membuat pilihan bijak dengan mengetahui keperluan kulit sendiri. Terdapat pelbagai produk skincare yang dapat membantu kulit anda menjadi lebih sihat dan flawless seperti di bawah. Ini adalah senarai produk yang berkesan dan selamat digunakan berdasarkan jenis kulit:

36 Skincare Baik Untuk Jenis-Jenis Kulit Wanita Asia

  • KULIT NORMAL

Untuk anda yang berkulit normal, sangat beruntung! Ini kerana kulit jenis ini tidak mempunyai masalah kulit yang teruk. Jenis kulit yang paling senang hendak dijaga dan boleh gunakan apa sahaja jenis skincare tanpa perlu risaukan masalah ‘breakout’.

Pixi Glow Mud Cleanser (135ml)

RM 95
Pixi
1. Pixi Glow Mud Cleanser (135ml)
Pencuci muka pilihan terbaik untuk kulit normal
Updated on 7th August 2020

Serlahkan kulit wajah yang bersinar dan lebih sihat dengan Glow Mud Cleanser by Pixi. Formulasi lumpur membersih secara mendalam dan menyahtoksikkan pori-pori. Sementara asid Hyaluronik, lidah buaya dan minyak avocado membantu menganjalkan dan menyihatkan kulit wajah anda. Hasilnya adalah kulit yang kelihatan dan terasa halus dan segar.

The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask (75ml)

RM 100
Scrub/masker untuk muka – kecilkan pori
The Body Shop
2. The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask (75ml)
Skrub pilihan terbaik – mengecilkan pori dan bebas jeragat
Updated on 7th August 2020

Produk multifungsi dari The Body Shop ini boleh digunakan sebagai skrub muka dan juga masker. Dengan mengandungi arang buluh dan daun teh, tekstur masker ini yang kasar dapat melakukan proses pengelupas (exfoliate) untuk membantu mengecilkan liang pori.

Biarkan wajah kering selepas mencucinya dan lakukan gerakan putaran secara perlahan untuk menghapuskan sel kulit mati. Ianya dapat menghalang penghasilan minyak yang berlebihan serta membersih dan mengecilkan liang pori.

IsNTree Hyaluronic Acid Toner (200ml)

RM 50
IsNTree
3. IsNTree Hyaluronic Acid Toner (200ml)
Toner terbaik dari Korea dengan kandungan asid Hyaluronik
Updated on 7th August 2020

Miliki kulit bak artis Korea dengan toner ini. Ianya dirumus khas dengan 50% asid Hyaluronik, Birch Sap dan Phyto Oligo untuk mencipta lapisan pelindungan kelembapan bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Lapisan ini juga mengekalkan lembapan dan membekalkan hidrasi untuk jangka masa yang panjang. 

Ianya membantu menyekatakan tekstur kulit agar menjadi halus dan licin. Tidak ada lagi masalah kulit ‘kemarau’!

Bougas Beauty Advanced Serum (20ml)

RM 51.9
Bougas Beauty
4. Bougas Beauty Advanced Serum (20ml)
Serum muka berjenama lokal pilihan terbaik
Updated on 7th August 2020

Support lokal! Serum Bougas Beauty ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Ianya tidak berminyak dan 100% berasaskan air. Penggunaan 2-3 kali sehari boleh membantu merawat kulit kusam, memberi hasil kulit yang lembut dan licin, mengawal minyak berlebihan, mengecilkan liang pori serta memudarkan parut. Serum ini tidak akan memberi kesan mengelupas atau kemerahan pada kulit.

Sephora Collection Invisilk Mask Mono (Avocado)

RM 11
Sephora Collection
5. Sephora Collection Invisilk Mask Mono (Avocado)
Masker muka pelbagai variasi pilihan terbaik
Updated on 8th August 2020

Setiap rawatan dalam mask wajah fiber semula jadi Sephora diselitkan dengan bahan aktif yang berbeza untuk mengatasi masalah penjagaan kulit tertentu dan memperlihatkan kulit lebih sihat. The Avocado Moisturizing Mask memelihara dan menyokong kulit yang sihat dengan menawarkan nutrisi yang mencukupi sambil menenangkan tompok sensitif pada kulit.

Sendayu Tinggi 72hr Moistx Ultra Hydrating Gel

RM 34.90
Sendayu Tinggi
6. Sendayu Tinggi 72hr Moistx Ultra Hydrating Gel
Pelembap gel sesuai untuk kulit normal cenderung berminyak
Updated on 7th August 2020

Dapatkan kulit wajah yang kekal hidrat dan tona lebih sekata dengan pelembap ini. Ianya diperkayai ekstrak teh hijau, beri dan vitamin penting untuk kesejahteraan kulit. Selain meningkatkan keanjalan serta menegangkan kulit, krim pelembap ini juga mempunyai agen anti penuaan. 

Pelembap ini tidak mudah melekit dan mampu meresap ke dalam lapisan kulit sambil memberi hidrasi.

  • KULIT KERING

Penggunaan skincare bagi kulit kering adalah sama dengan kulit matang. Penampilan anda akan tampil kurang bermaya, kusam dan menjadi lebih kasar. Jika anda ingin merawat penampilan kulit matang, gunakan skincare yang menyokong pengeluaran kolagen dan elastin pada kulit wajah. Pastikan produk skincare anda mengandungi pelembap dan banyak menggunakan krim malam untuk perawatan secara semalaman.

SK-II Facial Treatment Essence (30ml)

RM 69
Essence terbaik dari Jepun – untuk kulit kering
SK-II
7. SK-II Facial Treatment Essence (30ml)
Untuk kulit matang agar kekal segar, lembap & bebas kedut/garis halus
Updated on 8th August 2020

Facial Treatment Essence daripada SK-II ini adalah produk yang paling popular dan mendapat sambutan hangat. Ia mengandungi lebih daripada 90% Pitera, satu bahan yang membantu melambatkan proses kematangan kulit.

Fungsi essence adalah untuk mempercepatkan proses penukaran sel kulit, yang membantu pemulihan sel kulit rosak. Apabila penukaran sel bertambah, kulit anda menjadi semakin lambat matang. Essence ini membantu untuk menghilangkan garisan halus dan tanda awal kedut, memelihara ‘keremajaan kulit’ selama mungkin.

Selain itu, ia juga dapat membuang bintik hitam, paruut acne, mengecilkan pori, ‘mengangkat’ dan menganjalkan tekstur kulit serta menjadikan kulit gebu. Facial Treatment Essence ini juga direka untuk exfoliate bagi membantu permukaan muka untuk menghasilkan sel kulit wajah baru.

Essence kebiasaannya mempunyai tekstur seperti air. Sebaiknya gunakannya sejurus selepas mencuci muka dan menggunakan toner. Tepukkan perlahan-lahan pada kulit dan leher, kemudian urut sehingga poduk meresap ke dalam kulit, kemudian gunakan serum dan moisturizer untuk ‘mengunci’ kebaikan essence pada kulit.

Sulwhasoo Gentle Cleansing Water Facial Cleanser

RM 140
Sulwhasoo
8. Sulwhasoo Gentle Cleansing Water Facial Cleanser
Pembersih wajah bentuk micellar water pilihan terbaik
Updated on 27th April 2020

Pembersih ini menyelaraskan komponen larut dalam air dan komponen larut minyak yang stabil untuk menawarkan pembersihan ringan namun menyeluruh. Teknologi Triple Micellar memberi kesan pembersihan kulit yang optimum. Komponen larut minyak menghilangkan make up sepenuhnya tanpa iritasi pada kulit. 

Hydra Capture Complex ™ menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan memberi kelembapan semasa dan selepas pembersihan. Kulit wajah anda akan menjadi segar sentiasa.

Baca lagi: 8 Makeup Remover yang Sesuai untuk Setiap Jenis Kulit

Fresh Sugar Face Polish (30ml)

RM 107
Fresh
9. Fresh Sugar Face Polish (30ml)
Skrub terbaik untuk kulit kering, tidak iritasi dan merengsa
Updated on 7th August 2020

Kekal hidrat dengan skrub dari Fresh ini kerana ianya mengandungi gula perang dan biji strawberry sebenar untuk memberi hasil kulit yang lebih cerah dan sihat setelah membersihkan kulit wajah. Penggunaan yang kerap menjanjikan kulit wajah lebih halus dan glowing. Tetapi bagi yang memiliki kulit kering, dinasihatkan untuk menggunakan skrub 1 – 2 kali sahaja seminggu.

Greenology Rose Hydrosol Deep Hydration Facial Toner (120ml)

RM 58
Greenology
10. Greenology Rose Hydrosol Deep Hydration Facial Toner (120ml)
Toner 100% asli – sesuai untuk remaja
Updated on 7th August 2020

Dengan harga mampu milik, toner 100% asli dengan air bunga mawar ini menyekatakan kulit dan menegangkan serta menghidrat kulit kering. Selain itu, ianya juga membantu menangani jerawat dan mengawal kulit berminyak. Sesuai untuk kulit kering, matang, berjerawat, kusam dan sensitif, kulit wajah anda tidak akan mudah iritasi.

Lancôme Advanced Genifique Sensitive Dual Concentrate (20ml)

RM 267
Lancôme
11. Lancôme Advanced Genifique Sensitive Dual Concentrate (20ml)
Serum dengan antioksida pilihan terbaik – sesuai untuk kulit matang (50 tahun ke atas)
Updated on 7th August 2020

Serum antioksidan berganda yang diperkuat dengan asid ferulik tulen dan vitamin E tulen dengan campuran Centella Asiatica ini boleh menenangkan kulit yang tertekan serta melindungi dari persekitaran yang tidak sihat untuk kulit. Persekitaran seperti cuaca, perubahan musim, tekanan dan pencemaran boleh menyebabkan kerapuhan pada permukaan kulit. 

Serum segar ini menenangkan kulit dari stress, ketidakselesaan, gatal-gatal, dan kemerahan akibat kekeringan. 

3-in-1 MEIN Korean Halal Aloe Stemcell Mask Sheet Set

RM 30
12. 3-in-1 MEIN Korean Halal Aloe Stemcell Mask Sheet Set
Mask muka halal dengan stemcell pilihan terbaik
Updated on 7th August 2020

Anda harus cuba mask muka halal pertama dari Korea ini. Ianya mengandungi stemcell dari tumbuhan yang baik untuk kulit. Essence tinggi konsentrasinya menyerap jauh ke dalam kulit untuk memberi lembapan yang kekal sentiasa. Kulit wajah akan berasa lebih sihat dan glowing.

Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream

RM 19.8
Moisturiser untuk atasi masalah kulit kering dan kusam
Organic Aid
13. Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Pelembap wajah organik kaya dengan Vitamin E pilihan terbaik
Updated on 7th August 2020

Krim Pelembap Vitamin E baru dengan asid amino adalah produk yang lembut dan berkesan. Ianya mengandungi Vitamin E untuk mempromosi dan mengekalkan kulit berseri yang sihat. Asid amino digunakan untuk membantu mengembalikan nutrien ke kulit kasar. Formula khas ini juga merangkumi emolien semula jadi untuk kelembutan tambahan, serta penambah kelembapan untuk melindungi dari sinar matahari dan angin.

Satu aplikasi Vitamin E Moisturising Cream akan melegakan dan menyegarkan kulit yang kering serta kasar, menjadikannya lembut dan cantik secara semula jadi.

  • KULIT SENSITIF

Kulit sensitif boleh dikategorikan sebagai ekzema atau rosacea. Kulit jenis ini paling susah hendak mencari produk yang bersesuaian. Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti paraben, alkohol dan lain-lain lagi. Tidak digalakkan untuk anda menggunakan produk yang mengandungi pewangi tiruan kerana ini akan membuatkan kulit bertambah iritasi dan merengsa.

Dr. Jart+ Dermaclear Micro Foam Cleanser (120ml)

RM 55
Dr. Jart+
14. Dr. Jart+ Dermaclear Micro Foam Cleanser (120ml)
Pencuci muka jenis buih (foam) pilihan terbaik
Updated on 7th August 2020

Pembersih berbuih ini mengandungi buih mikro berkrim untuk menghilangkan kotoran kulit anda dengan lembut manakala air bio hidrogen dan garam laut mati menjadikan kulit anda berasa segar dan lembap setelah pembersihan. Diuji secara dermatologi dan menggunakan surfaktan yang dihasilkan secara semula jadi, ia sesuai untuk kulit yang paling sensitif.

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

RM 18.4
Neutrogena
15. Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Skrub terbaik daripada drugstore dan berkualiti
Updated on 8th August 2020

Skrub dengan mikrobead ini dapat merawat masalah blackhead dengan efektif tanpa merengsakan kulit. Ianya bertindak dengan membersih kotoran yang paling dalam agar blackhead tidak kembali terhasil. Skrub ini juga bebas minyak, bersifat hypoallergenic dan tidak menyumbatkan pori.

Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Toner

RM 14
Always Be Pure
16. Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Toner
Toner dengan kandungan asid Hyaluronik - baik untuk kulit sensitif
Updated on 7th August 2020

Sesuai untuk kulit sensitif, toner ini mengandungi  3 jenis asid Hyaluronik untuk menghasilkan lembapan yang hebat pada kulit anda. Selain itu, ianya juga padat dengan Niacinamide untuk mencerahkan kulit. Tidak kurang juga daun Tea Tree dan Centella Asiatica untuk membantu mengawal sebum yang berlebihan serta menenangkan kerengsaan.

Skin Inc Pure Serum Mist (30ml)

RM 84
Skin Inc
17. Skin Inc Pure Serum Mist (30ml)
Serum ‘go-to’ wajib untuk kulit sensitif
Updated on 7th August 2020

Pure Serum Mist ini mengandugi asid Hyaluronik dengan berat molekul rendah, air panas Onsen Jepun yang kaya dengan mineral untuk memberikan kulit cerah dan glowing. Direka untuk penyerapan optimum, ia menghidrat dan menguatkan kulit serta mengurangkan sensitiviti, walaupun untuk kulit yang mudah cela. 

Pure Serum Mist ini dibotolkan dalam easy-to-use mist, mudah untuk dibawa kemana-mana dengan hanya letakkan sahaja ke dalam beg tangan anda.

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Clay Mask (100ml)

RM 73
The Body Shop
18. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Clay Mask (100ml)
Mask pilihan terbaik untuk kulit sensitif dan bebas kimia untuk lelaki
Updated on 8th August 2020

Mask ini membantu membersih, mendingin dan menyegarkan kulit tanpa cela. Diperkaya dengan minyak Tea Tree dari Kenya, topeng ini membantu membersih kekotoran sambil menyerap sebum berlebihan, menjadikan kulit terasa tenang dan kelihatan lebih bersih. Selain itu, mask dengan minyak Tamanu dan Tea Tree lemon ini boleh mencegah jerawat dan memudarkan bintik hitam dengan penggunaan yang kerap.

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30

RM 23.9
Moisturizer untuk memutihkan wajah
Garnier
19. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30
Moisturizer terbaik untuk kulit sensitif – mencerahkan wajah yang kusam
Updated on 8th August 2020
add_circle Beri lembapan dan menyerap pantas ke dalam kulit
add_circle Mencerahkan kulit agar tona kulit sekata
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Kulit lebih lembut
remove_circle Aroma floral yang kuat
remove_circle Kesan hasil lebih lama

Kulit anda terasa tidak bermaya dan kusam? Dengan ekstrak bunga Sakura, Vitamin B3 dan Vitamin CG, pelembap ini dapat menutup liang pori yang terbuka dan mengembalikan tona kulit tidak sekata.

Formulanya sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk kulit sensitif. Dalam hanya masa 4 minggu sahaja, kulit anda akan terasa cerah dan tiada lagi kekusaman pada kulit wajah.

Baca lagi: 12 Moisturizer Terbaik Untuk Memastikan Kulit Muka Anda Sentiasa Lembap

  • KULIT BERMINYAK

Pemilik kulit jenis ini selalu alami masalah liang pori besar. Wajah anda tampil berkilat dan kusam, jenis mudah timbul breakout dan blackhead. Jika anda selalu terdedah kepada sinaran UV, stres atau berlakunya gangguan hormon akan membuat kulit wajah menghasilkan minyak berlebihan. Pilihlah skincare jenis non-comedogenic agar ianya tidak menyumbat liang pori.

Sephora Collection Skin ‘N Seed Cleanser (150ml)

RM 58
Sephora Collection
20. Sephora Collection Skin ‘N Seed Cleanser (150ml)
Diperkaya dengan manik pembersih Vitamin E – sesuai untuk wajah berminyak
Updated on 7th August 2020

Rangkaian Sephora Skin 'n Seed memberi penghidratan, purifikasi dan kecerahan kulit yang sihat secara berterusan. Dengan mengandungi ekstrak dari biji Camellia dan manik-manik pembersih Vitamin E, digabungkan busa lembut untuk membersih liang serta menyegarkan kulit anda. Pembersihan pori muka penting untuk mengawal sebum berlebihan.

Baca lagi: Buang Kulit Mati Sekarang dengan 8 Scrub Muka Ini

Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner (250ml)

RM 99.00
Kiehl's
21. Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner (250ml)
Toner terbaik untuk kulit berminyak dan sesuai buat ibu mengandung
Updated on 7th August 2020

Produk dari jenama Kiehl’s ini terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Toner bebas alkohol ini, tidak akan membuatkan kulit anda kekeringan serta mampu untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. 

Toner ini membantu mengekalkan kelembapan dengan sempurna serta mengimbangkan pH kulit wajah anda tanpa membuatkannya terasa pedih. Selamat untuk kulit sensitif, toner ini bebas pewangi dan paraben.  

The Inkey List Alpha Hydroxy Acid Serum (30ml)

RM 50
The Inkey List
22. The Inkey List Alpha Hydroxy Acid Serum (30ml)
Serum terbaik untuk kulit berminyak mengandungi AHA
Updated on 7th August 2020

Serum ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid atau AHA yang membantu pengelupasan kulit dengan lembut. Ia bertindak dengan menyingkirkan sel kulit mati di permukaan yang menyebabkan tona kusam dan liang yang membesar. Penghasilan sel kulit baru boleh mengurangkan pigmentasi dan memberikan kulit yang lebih cerah dan sekata.

Sand & Sky Australian Pink Clay – Porerefining Face Mask (60gm)

RM 195
Sand & Sky
23. Sand & Sky Australian Pink Clay – Porerefining Face Mask (60gm)
Mask mencerah dan mengecilkan pori untuk kulit berminyak
Updated on 7th August 2020

Formula mask 4-in-1 ini mengecilkan pori, mencerahkan kulit kusam dan memberi natural glow hanya dalam 10 minit. Organik Liquorice merangsang pengeluaran sel baru, sementara Old Man's Weed mengatasi masalah pigmentasi. Aloe Vera adalah astringen secara semula jadi mengetatkan liang dan menenangkan iritasi pada kulit wajah manakala ekstrak delima pula meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang anjal.

Tatcha The Water Cream (50ml)

RM 280
Tatcha
24. Tatcha The Water Cream (50ml)
Krim pelembap jenama terunggul Jepun – diperkaya ekstrak emas 23 karat
Updated on 7th August 2020

Sebilangan besar botani Jepun dipilih untuk menambahkan glow yang diidamkan oleh kulit yang letih. Wild Rose dan Leopard Lily mengawal lebihan minyak dengan membersih kulit serta menyokong pertumbuhan sel semula jadi kulit. 

Sementara sentuhan emas 23 karat menambah glow bebas kilat. Tidak lupa juga, krim ini memberi kelembapan maksima pada kulit yang lebih bersih.

  • KULIT BERJERAWAT

Kulit jenis ini sama sahaja seperti kulit berminyak. Ini kerana jika wajah menghasilkan minyak berlebihan akan mengakibatkan timbulnya jerawat atau breakout. Maka pilihan produk yang oil-free baik untuk kulit anda.

Mario Badescu Acne Facial Cleanser (177ml)

RM 81
Mario Badescu
25. Mario Badescu Acne Facial Cleanser (177ml)
Pembersih wajah dengan asid salisilik – terbaik untuk menghapuskan jerawat
Updated on 7th August 2020

Dengan asid Salicylic yang berfungsi sebagai agen anti-jerawat yang kuat, pembersih ini merawat dan mencegah pertumbuhan jerawat yang timbul pada kulit wajah anda. Ianya juga diperkaya dengan lidah buaya dan Chamomile yang menenangkan kulit iritasi serta menghentikan kerengsaan selanjutnya.

Garnier PureActive Acne & Oil Clearing Scrub (100ml)

RM 10.9
Garnier
26. Garnier PureActive Acne & Oil Clearing Scrub (100ml)
Skrub dengan bahan anti-bakteria untuk kulit berjerawat
Updated on 8th August 2020

Produk ini mengandungi bahan anti-bakteria dan ekstrak Blueberry asli untuk menangani kulit bermasalah terutamanya masalah jerawat dan blackhead. Ianya juga membantu mengurangkan garis halus dan parut akibat jerawat. Skrub ini juga merawat liang pori terbuka.

Purito Centella Green Level Calming Toner (200ml)

RM 67
Purito
27. Purito Centella Green Level Calming Toner (200ml)
Toner untuk kulit berjerawat, kecilkan liang pori
Updated on 7th August 2020

Toner berbentuk jeli ini mengandungi 10% ekstrak pekat Centella Asiatica ekstrak pekat yang memberi kesan kelegaan kulit dan asid Hyaluronik. Ianya membentuk lapisan lembapan yang kuat dan menghalang kulit wajah anda dari cepat kekeringan. Toner ini juga membantu mengecilkan pori agar pengeluaran sebum dapat dikawal.

Dr. Rashel Vitamin C Serum

RM 11.8
Dr. Rashel
28. Dr. Rashel Vitamin C Serum
Serum kaya dengan Vitamin C dan agen anti penuaan
Updated on 7th August 2020

Diperkayai dengan asid hyaluronik, serum ini membantu menangani perubahan tona dan bintik hitam, menghaluskan tekstur kulit dan mengurangkan pembentukan kedutan yang mulai timbul pada kulit wajah anda. Asid Hyaluronik bertindak dengan menghapuskan sel-sel kulit mati dan melindungi serta memulihkan sel baru. 

Serum ini juga mengandungi bahan kolagen untuk kulit lebih berseri dan awet muda. Kulit wajah anda akan bertambah cerah dan bermaya jika anda menggunakannya secara konsisten.

Fresh Umbrian Clay Purifying Mask

RM 103
Fresh
29. Fresh Umbrian Clay Purifying Mask
Mask dengan fungsi 3-in-1, pilihan terbaik
Updated on 7th August 2020

Umbrian Clay® Purifying Mask dengan tanah liat Umbrian ini adalah rawatan 3-in-1 dapat digunakan sebagai pembersih harian atau untuk mengurangkan cela kecil. Ia membantu mengecilkan pori-pori serta menyahtoksin kulit tanpa menghilangkan lembapan asli untuk menampakkan kulit yang seimbang dan sihat. Minyak Sandalwood dan Chamomile juga membantu menenangkan kulit akibat iritasi.

First Aid Beauty Skin Rescue Oil-Free Mattifying Gel Moisturizer (56.7ml)

RM 50
First Aid Beauty
30. First Aid Beauty Skin Rescue Oil-Free Mattifying Gel Moisturizer (56.7ml)
Krim pelembap bebas minyak pilihan terbaik mengandungi niacinamide
Updated on 27th April 2020

Selain memberi kelembapan, krim ini juga mengawal tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat. Formula unik krim ini memudarkan penampilan garis-garis halus dan kedutan, menegangkan dan meningkatkan keanjalan kulit.  Sesuai untuk semua jenis kulit - bahkan kulit yang paling sensitif.

Pastikan anda sapu pelembap ini setiap malam sebelum tidur untuk bangun dengan tona yang lebih segar dengan kulit yang lebih tegang, licin, dan lembap.

  • KULIT KOMBINASI

Kulit kombinasi adalah gabungan kulit kering/normal dan berminyak. Permukaan kulit berminyak adalah pada T-Zon seperti dahi, hidung dan dagu. Manakala permukaan kulit kering/normal adalah di bahagian pipi dan leher. Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi minyak. 

Kini, terdapat pelbagai produk yang bersesuaian untuk kulit kombinasi. Yang paling penting, pastikan kulit anda kombinasi cenderung samada normal, kering atau sensitif.

Himalaya Purifying Neem Face Wash (150ml)

RM 26.6
Himalaya Herbals
31. Himalaya Purifying Neem Face Wash (150ml)
Cleanser terbaik untuk kulit kombinasi dan berjerawat
Updated on 8th August 2020
add_circle Sesuai buat kulit yang 'super' berminyak
add_circle Melambatkan pertumbuhan jerawat
add_circle Bebas paraben, SLES, sulfat dan sabun
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kombinasi

Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ianya mampu membersih kulit kombinasi atau cenderung jerawat tanpa kesan sampingan. Tidak mengeringkan, jadi usah risau kulit wajah anda tidak akan mengalami iritasi. Dengan kandungan dari bahan-bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit yang mampu menghapuskan bakteria, kulit akan terasa lembut, bersih serta segar sepanjang masa.   

ST. IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub

RM 9.99
ST. IVES
32. ST. IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub
Skrub dengan teh hijau terbaik – tidak menyumbat liang pori
Updated on 7th August 2020

Skrub viral ini berbau harum dan memberi efek kulit halus dengan hanya satu kali penggunaan. Ianya mengandungi teh hijau yang 100% asli untuk menghapuskan blackhead dengan tidak menyumbatkan pori. Skrub ini bebas minyak serta bahan kimia merbahaya untuk kulit dan ianya mudah didapati di drugstore berdekatan anda.

THE LAB by Blanc Doux Oligo Hyaluronic Acid 5000 Toner (200ml)

RM 40.00
33. THE LAB by Blanc Doux Oligo Hyaluronic Acid 5000 Toner (200ml)
Toner dengan HA terbaik untuk kulit kombinasi
Updated on 8th August 2020

Ini adalah toner muka Ultra-Hydrating yang melembapkan kulit dengan berat molekul rendah (5,000 Da) untuk penyerapan yang lebih baik. Ianya membantu menenangkan kulit iritasi yang disebabkan oleh haba seperti haba matahari. Asid Hyaluronik mengumpul dan mengunci lembapan untuk melegakan kulit.

SOME BY MI Snail Truecica Miracle Repair Serum (50ml)

RM 46.5
34. SOME BY MI Snail Truecica Miracle Repair Serum (50ml)
Serum terbaik untuk kulit kombinasi, bantu menguatkan kulit
Updated on 7th August 2020

Kombinasi Black Snail dan Truecica - formula eksklusif ini mencipta "Snail Truecica" yang menenangkan sensitiviti kulit dari kerengsaan luaran dengan menguatkan kulit dari dalaman. Ini adalah serum berair tidak melekit yang cepat menyerap serta memberi lembapan. Ianya mengandungi asid Glycolic untuk mengawal lebihan minyak. Ekstrak Sage pula memberi efek menenangkan manakala ekstrak Willow Bark menghapuskan sel kulit mati.

Dr. Jart+ Dermask Clearing Solution Facial Mask (1’s)

RM 25
Dr. Jart+
35. Dr. Jart+ Dermask Clearing Solution Facial Mask (1’s)
Mask wajah dengan Niacinamide (Vitamin B3) pilihan terbaik
Updated on 7th August 2020

Masker ini membantu memerangi jerawat dan mengurangkan penampilan parut dan warna kulit yang tidak sekata. Ianya diperkayai dengan antioksidan, minyak tea tree dan asid Salicylic untuk menenangkan kulit, mengawal minyak berlebihan, mencerah dan sekatakan warna kulit. Lebih baik lagi, masker dengan niacinamide ini bebas daripada 10 bahan berbahaya. 

Antaranya ialah wangian atau warna tiruan, alkohol denaturasi dan lain-lain bahan yang menyebabkan kerengsaan kulit. Ianya bersifat hypoallergenic dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

IUNIK Beta Glucan Daily Moisture Cream (60ml)

RM 26
36. IUNIK Beta Glucan Daily Moisture Cream (60ml)
Krim pelembap harian dengan fungsi 4-in-1
Updated on 7th August 2020

Pelembap ini mengandungi sokongan 3000mg Beta Glucan, krim pelembap mengandungi asid Hyaluronik ini memberi lembapan 20% lebih dari biasa. Penggunaan ekstrak buah merah seperti plum dan raspberries menyegarkan dan menghidupkan kembali kulit.

Dengan penyerapan pantas, krim yang mengandungi Centella Asiatica dan Aloe Vera ini juga melindungi kulit dari keradangan. Plus point, produk ini mempunyai agen untuk mencerah serta menghilangkan kedutan pada wajah.


Kebaikan Penjagaan Kulit Wajah Dengan Sempurna

Bagi sesetengah wanita, penjagaan wajah hanya dengan mencuci muka dan pakai pelembap sahaja sudah cukup. Jika mengikut langkah yang betul satu-persatu, bukan sahaja memakan masa yang lama tetapi LECEH. Tahukah anda, ada kebaikannya yang tersendiri jika melakukan rutin penjagaan kulit wajah dengan sempurna dan teratur?

Antara manfaatnya adalah keadaan struktur kulit muka anda akan bertambah baik, tiada lagi kekusaman serta kadar pertumbuhan jerawat juga semakin berkurangan. Untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah, rutin penjagaan kulit wajah haruslah dilakukan selalu bagi mendapat hasil yang ‘lumayan’.

12 Langkah Utama Rutin Penjagaan Kulit Wajah;

Step 1 : Double Cleansing / Remover

Jika anda memakai solekan (make-up), langkah ini haruslah dilakukan terlebih dahulu. Teknik ini dipanggil oil-cleansing. Kulit wajah dibersihkan terlebih dahulu untuk membuang kotoran, debu, habuk dan solekan yang masih melekat pada kulit wajah sebelum memulakan langkah seterusnya iaitu mencuci muka. 

Step 2 : Mencuci Muka

Untuk langkah ini, anda harus berhati-hati semasa memilih pencuci muka yang terbaik untuk kulit wajah anda. Ini kerana tidak semua produk sesuai untuk kulit anda.

Pertama sekali, kenalpasti dahulu jenis kulit wajah sebelum memakai sebarang produk untuk mengelakkan kulit anda menjadi lebih bermasalah. Setelah itu, cucilah dengan bersih untuk menghilangkan segala kekotoran yang melekat pada kulit.

Step 3 : Exfoliate (proses pengelupasan)

Gunakan skrub yang sesuai dengan kulit wajah terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Sel kulit mati yang tidak dibuang sepenuhnya semasa mencuci dapat dihapuskan dengan menggunakan skrub. 

Gosokkan dengan lembut pada kulit wajah. Lakukan skrub sekurang-kurangnya, 3-4 kali seminggu. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, 1-2 kali seminggu sahaja bagi mengelakkan kulit bertambah kering dan memerah. 

Step 4 : Toner

Penggunaan toner penting untuk menutup liang pori pada kulit wajah dan mengimbangkan kembali tahap pH selepas mencuci muka. Jangan lupa untuk membeli toner yang sesuai untuk kulit wajah anda. 

Tidak pasti tentang jenis kulit anda? Jom ambil kuiz ini untuk kenali kulit wajah anda! Lepas tu, bolehlah pilih dari senarai toner terbaik di Malaysia

Step 5 : Essence / Emulsion

Essence memiliki tekstur yang lebih cair jika dibandingkan dengan serum. Formula yang terkandung dalam produk ini berbeza kesesuaiannya untuk semua jenis kulit. 

Sangat ringan daripada losyen tetapi kesan penyerapan lebih pantas ke dalam lapisan kulit dan manfaat essence adalah memperbaiki kulit daripada kerosakan. 

Step 6 : Serum 

Serum adalah dalam bentuk cecair yang jernih serta mempunyai tekstur ringan dan bebas minyak. Memiliki bahan aktif berkonsentrasi tinggi seperti asid amino, anti-oksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrasi dan eksfoliasi berkesan untuk kulit. 

Berbeza dengan pelembap, serum meresap masuk ke dalam lapisan kulit jauh lebih pantas melalui molekul zat yang merupakan partikel kecil. Hasilnya, 10 kali lebih berkesan daripada krim wajah biasa. Pastikan anda semak senarai serum terbaik dan terkini di Malaysia tahun ini supaya tidak ketinggalan! 

Step 7 : Ampoule

Manfaat yang ada pada serum dan ampoule sebenarnya, sama sahaja. Cuma ampoule mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding serum dengan mengandungi bahan aktif yang berkesan untuk memperbaiki kulit bermasalah dalam masa yang lebih singkat.

Step 8 : Face Mask

Gunakan face mask terlebih dahulu sebelum anda memakai pelembap. Ini kerana hanya 70% sahaja face mask ini melekat pada kulit wajah dan memberikan kesan sementara seperti menenangkan kulit akibat ketegangan serta dari kekotoran. 

Step 9 : Pelembap (Moisturizer)

Ada 2 jenis tekstur krim pelembap yang terbaik di pasaran iaitu gel dan krim. Pilihlah yang bersesuaian dengan kulit anda agar ianya kekal terhidrat dan mengekalkan kelembapan sepanjang hari. 

Step 10 : Krim Malam / Night Cream

Fungsi antara krim siang dan krim malam, ada perbezaannya. Krim siang digunakan untuk melindungi kulit wajah manakala krim malam diformulasikan untuk perawatan. Manfaatnya adalah untuk memperbaiki, melembap dan menjana semula kebaikan kulit sewaktu anda sedang tidur. 

Ketika itu, kulit anda sedang berada dalam keadaan tenang (relax). Bahan yang terkandung dalam krim malam seperti retinol, asid Glycolic dan asid Hyaluronik khas untuk anti-penuaan. Namun, terdapat pelbagai jenis krim malam untuk kegunaan dan jenis kulit tertentu. Semaklah senarai pilihan krim malam terbaik supaya anda pilih yang paling sesuai.

Step 11: Eye mask

Wajah yang berseri tidak akan lengkap tanpa mata yang bermaya. Bahan- bahan di dalam eye mask adalah lebih sesuai untuk kulit mata yang sensitif. Oleh itu, sentiasa gunakan eye mask untuk mengelakkan mata yang kelihatan lebam kerana eyebag dan dark circle.

Step 12: Sunscreen

Kekalkan hasil daripada rutin penjagaan kulit anda dengan menggunakan sunscreen supaya bebas daripada sunburn daripada sinaran UVA dan UVB!

Lebih jelas tentang langkah-langkah penjagaan kulit wajah yang betul? Mulakanlah sekarang! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article