Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Moisturizer Terkenal Dibawah RM50 dari Drugstore Kegemaran Anda

Miliki kulit muka licin dan sempurna dengan produk berkualiti dari drugstore

Product in this article

Moisturizer untuk muka sangat penting sebagai pelengkap harian bagi setiap wanita. Tahukah anda pelembap muka sebenarnya memiliki berbagai nutrisi iaitu mineral dan juga vitamin. Ia juga membantu dalam melindungi kulit anda, mencerahkan wajah, mengurangkan bintik hitam, meremajakan kulit dan banyak lagi.

Adakah moisturizer dari drugstore baik dari segi kualiti untuk kulit wajah?

Moisturizer muka ini juga mudah untuk di dapati di farmasi-farmasi berdekatan dan juga berpatutan dari segi harganya. Walaupun ia murah dari segi harga tetapi tidak bermakna pelembap muka ini tidak bagus kerana apa yang lebih penting adalah bahan kandungannya. Pilihlah pelembap muka yang bersesuaian dengan anda dan yang dapat menyelesaikan jenis masalah kulit yang dihadapi. 

Jom lihat senarai moisturizer/pelembap dibawah RM50 dari drugstore kegemaran ramai;

10 Moisturizer/Pelembap Dibawah RM50 Ikut Bajet Anda

Safi Krim Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya

RM 8.84

Krim pelembap ini diformulasi dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberi nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.

Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream (150ml)

RM 27.9
Moisturizer drugstore yang bagus
Himalaya Herbals
2. Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream (150ml)
Terbaik untuk hapus dan melawan kulit cenderung jerawat
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung kering
add_circle Kulit kekal anjal dan tampil awet muda
add_circle Bertekstur ringan
add_circle Melindungi kulit dari radikal bebas
remove_circle Agak 'greasy' dan meninggalkan kesan residu

Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal kulit wajah dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. 

Krim ini mengekalkan lembapan dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit anda ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.

Syahirah Hydra Soft 3x Moisturizing Cream

RM 20.23
Syahirah
3. Syahirah Hydra Soft 3x Moisturizing Cream
Terbaik untuk kulit kombinasi, bebas minyak dan alkohol

Diformulasi dengan kandungan yang dapat memberi hidrasi pada kulit wajah, Syahirah menggunakan bahan-bahan semulajadi diimport dari Kepulauan Jeju. Dengan kandungan Tri-Flower Essence iaitu ekstrak Ginseng, Chamomile dan Green Tea, krim ini dapat memberi lembapan dengan hanya sekali sapuan sahaja. 

Ianya dapat mengurangkan penampilan penuaan seperti kedutan dan garis halus pada kulit wajah. Kulit anda akan kekal anjal dan tampil awet muda selepas memakainya. Krim ini mengurangkan iritasi serta memberi kebaikan antioksida seperti pencerahan kulit.

Nurish Organiq 24K Gold Krim Pelembap Malam

RM 28.6
Nurish Organiq
4. Nurish Organiq 24K Gold Krim Pelembap Malam
Krim pelembap malam – baik untuk semua jenis kulit

Pelembap yang mengandungi emas 24k ini dirumus dengan bahan antioksida dan organik untuk halang proses penuaan kulit wajah dengan cepat. Bertekstur halus dan ringan, krim pelembap ini mampu menghapuskan kulit kusam, garis dan kedutan halus yang muncul pada kulit. Diformulasi dengan bahan penghidratan untuk mengekalkan hidrasi dan lembapan pada wajah anda.

Gunakan krim ini di waktu malam sahaja sebelum tidur agar bahan aktif di dalamnya dapat ‘bekerja’ lebih ekstra untuk membaiki kulit wajah anda. Bangun pagi sahaja, kulit anda akan terasa lembut, segar dan lebih anjal.

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30

RM 18.32
add_circle Beri lembapan dan menyerap pantas ke dalam kulit
add_circle Mencerahkan kulit agar tona kulit sekata
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Kulit lebih lembut
remove_circle Aroma floral yang kuat
remove_circle Kesan hasil lebih lama

Pelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan C yang membantu menyuburkan wajah anda dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan sahaja, wajah anda akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya.

Pink By Pure Beauty So Smooth Pudding Cream (50ml)

RM 29.33
Pure Beauty
6. Pink By Pure Beauty So Smooth Pudding Cream (50ml)
Moisturizer terbaik beri hasil kulit wajah lebih ‘glowing’

Bahan aktif dan antioksida yang terdapat di dalam pelembap ini mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi lembut, cerah dan berseri. Direka khas untuk wanita yang ingin mengekalkan keanjalan dan awet muda, produk ini diterbang jauh dari Korea hanya untuk anda. 

Dengan gabungan unik Gigawhite, Niacinamide, Oligo-HA, Pink Flower Complex dan Alps Rose, kulit wajah anda akan kelihatan rosey dan dewy. Ianya krim pelembap bertekstur ringan yang beri hidrasi pada kulit wajah anda tidak kira cuaca.

Neutrogena Moisture SPF15 (100ml)

RM 26.9
Neutrogena
7. Neutrogena Moisture SPF15 (100ml)
Lindungi kulit wajah dari sinar UVA & UVB

Pelembap daripada jenama Neutrogena ini memberi perlindungan pada kulit wajah anda selama 12 jam dengan hanya sekali sapuan sahaja. Ianya krim pelembap bebas minyak dan mengandungi SPF15. Diuji secara klinial oleh ahli dermatologi, pelembap ini juga tidak terasa melekit pada kulit wajah semasa anda memakainya. 

Bersifat non-comedogenic, hypoallergenic dan bebas pewangi tiruan, krim ini juga tidak akan menyebabkan liang pori kulit wajah anda mudah tersumbat. Gunakannya secara konsisten untuk hasil lebih lumayan.

Simple Kind to Skin Protecting Moisture Cream SPF30 (50ml)

RM 26.55

Pelembap dari Simple ini mampu memberi lembapan secara menyeluruh pada kulit kering dan membaikpulih semula kerosakan kulit dengan berkesan. Diformulasi dengan bahan yang tidak melekit, kulit wajah anda akan tampil cerah berseri dan bermaya sepanjang masa. 

Dengan mengandungi Vitamin E dan B3, Glycerin serta Sweet Almond Oil, krim pelembap ini mampu memberi lembapan selama 24 jam. Teksturnya yang lembut dan ringan, sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif.

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream (40ml)

RM 46.22

Moisturizer daripada Clinelle ini mengandungi asid Hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberi lembapan selama 72 jam. Diperbuat daripada Pure Swiss Thermal Spring Water, krim bertekstur ringan dan tidak melekit ini akan mengembalikan hidrasi dalam kulit anda agar kekal segar sepanjang hari. 

Dilengkapi juga dengan Bio-Calm Complex yang dapat menenangkan ketegangan serta mempertingkatkan sistem pertahanan kulit. Krim pelembap ini tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi, pedih atau merengsa.

Sukin Super Greens Nutrient Rich Facial Moisturizer (125ml)

RM 32.13

Pelembap wajah bertekstur ringan ini diperkaya dengan ekstrak daun Kale, Spirulina, Parsley dan Chlorella untuk mendapatkan kulit wajah lebih berseri dan sihat. Mengandungi bahan tambahan seperti ekstrak Acai dan Goji Berry yang kaya dengan antioksida serta nutrien, ianya mampu melambatkan proses penuaan pada kulit wajah anda. 

Bahan-bahan seperti minyak Rosehip, Avocado dan Jojoba pula bertindak sebagai agen yang mengunci lembapan pada wajah anda agar kekal hidrasi sepanjang hari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article