Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Amalkan Rejim Penjagaan Kulit Wajah Berseri Dengan 10 Skincare Dari Bio-Essence

Tiba masa anda mengetahui kehebatan jenama Bio-Essence!

Product in this article

Nama Bio-Essence sudah tidak asing lagi di pasaran Malaysia. Jenama mampu milik drugstore yang berasal dari Singapura ini telah dilancarkan pada tahun sekitar 2001 dan mulai mengembangkan sayapnya ke serata Asia. Uniknya, brand ini adalah di antara produk kecantikan yang menggunakan keunggulan teknologi bio energy yang memudahkan ianya menyerap dengan pantas ke dasar kulit. 

Adakah jenama Bio-Essence ini halal dan selamat digunakan? 

Sudah tentu! Bio-Essence hanya menggunakan bahan bahan semula jadi seperti royal jelly dan bird nest yang telah terbukti sangat berkhasiat pada kulit. Kini, Bio-Essence boleh juga didapati di drugstore terkenal Malaysia dengan harga yang berpatutan. Walaupun harga Bio-Essence tidak semahal jenama-jenama antarabangsa atau lokal yang lain tetapi kualiti produk ini tetap setanding dengannya.

 Jom kenali produk Bio-essence aman yang paling sesuai buat semua jenis kulit wanita Asia

10 Produk Skincare Bio-Essence Terbaik di Malaysia

Bio Essence White Advanced Whitening Cleanser

RM 18.9
Bio Essence
1. Bio Essence White Advanced Whitening Cleanser
Pencuci muka Bio-Essence untuk mencerahkan kulit kusam
Updated on 11th August 2020

Bio Essence Bio White Advanced Whitening Cleanser  ini dapat mencerah dan meremajakan kulit serta mengembalikan seri pada wajah. Ia diperkaya dengan ekstrak Tanaka Bark, Camelia dan Arbutin iaitu herba yang sangat terkenal dengan ciri-ciri penambahbaikan kulit. Kulit anda akan terasa lebih bermaya dan berseri.

Bio Essence Bio Water Sensitive pH, Moist in Water Lotion

RM 29.9
Bio Essence
2. Bio Essence Bio Water Sensitive pH, Moist in Water Lotion
Toner / Face Lotion untuk kulit sensitif yang bersifat anti-radang
Updated on 11th August 2020

Produk 2-dalam-1 ini boleh digunakan sebagai toner atau face lotion yang akan memberi kesegaran pada kulit anda apabila kulit terasa kering atau dehidrasi. Selain memiliki tahap pH yang seimbang, produk ini juga bersifat hypoallergenic. Ianya juga terbukti selamat dan anti-radang untuk kulit sensitif. Gunakannya secara konsisten selepas mencuci muka.

Bio Essence Bio-Treasure Jeju Marine Algae Facial Mask

RM 5.5
Bio Essence
3. Bio Essence Bio-Treasure Jeju Marine Algae Facial Mask
Face mask yang terbaik untuk menghidrat kulit kering
Updated on 11th August 2020

Wajib bagi anda yang mempunyai kondisi kulit kering untuk memakai masker wajah kerana ia akan membekalkan nutrisi secukupnya pada kulit anda. Bio-Essence Jeju Marine Algae Mask ini mempunyai ekstrak Aloe Vera yangsememangnya berkesan dalam membantu menenangkan serta menghidrat kulit agar kekal anjal dan tampil awet muda. Cubalah!

Bio Essence Bio-Vlift Eye Lifting Essence

RM 84.92
Bio Essence
4. Bio Essence Bio-Vlift Eye Lifting Essence
Eye serum anti-penuaan - bawah mata terasa lebih segar
Updated on 11th August 2020

Bio Essence, Bio-Vlift Eye Lifting Essence ini memberi rawatan dan ketenangan pada kulit bawah mata sejurus selepas aplikasi. Diformulasi dengan Vitamin B5 serta Glycerin, tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam. Sesuai untuk semua jenis kulit, sensasi dinginnya akan memastikan mata anda terasa lebih aman setiap pagi.

Bio Essence Bio-Bounce Collagen Essence

RM 58.9
Bio Essence
5. Bio Essence Bio-Bounce Collagen Essence
Essence dengan Bio Energy ComplexTM untuk kulit kombinasi
Updated on 11th August 2020

Bio-Bounce Collagen Essence ini sangat bermanfaat bagi mereka yang memiliki kulit kombinasi. Ia diperkaya dengan Bio Energy Complex, Niacinamide juga ekstrak Arbutin yang terbukti efektif dalam mencerahkan wajah serta menyamarkan tampilan pori-pori besar. Secara keseluruhan, produk ini aman digunakan oleh pemilik kulit kering maupun berminyak.

Bio Essence Bio-Gold Golden Ratio Double Serum

RM 67
Bio Essence
6. Bio Essence Bio-Gold Golden Ratio Double Serum
Serum sesuai untuk kulit berminyak dengan kandungan teh hijau
Updated on 11th August 2020

Bebas dari sebarang bahan alkohol, Bio-Gold Ratio Double Serum ini mengandungi formulasi Green Tea serta ekstrak Ginseng yang akan meninggalkan kulit anda terasa lebih segar dan bersih selepas dipakai. Serum ini juga akan membantu kulit anda mengecilkan pori-pori yang terbuka. Sesuai untuk anda dengan masalah kulit berminyak.

Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel

RM 40
Bio Essence
7. Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Moisturizer bersifat gel sesuai untuk kegunaan harian buat remaja
Updated on 11th August 2020

Dengan mengandungi bahan berasaskan air, Bio-Water Sensitive Gel Moisturizer ini adalah pelembap terbaik buat para remaja. Kandungan asid Hyaluronik, Arbutin dan ekstrak ginseng dalam pelembap ini berkesan untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah dari radikal bebas serta pencemaran udara yang kotor.

Bio Essence Bio-Energy Snail Repair & Smooth Cream

RM 79.5
Bio Essence
8. Bio Essence Bio-Energy Snail Repair & Smooth Cream
Krim malam dari Bio-Essence untuk mengeliminasi tumbuhan jerawat
Updated on 11th August 2020

Bio Essence Energy Snail Repair ini memiliki formula tidak melekit dengan kandungan Vitamin C, kolagen dan allantoin yang tinggi bagi membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih bersih dan bersinar. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam.

Bio Essence Bio-Water Hydrating Sunscreen SPF50+ PA++ (40ml)

RM 34.9
Bio Essence
9. Bio Essence Bio-Water Hydrating Sunscreen SPF50+ PA++ (40ml)
Sunscreen dengan SPF untuk hapus jeragat sambil baikpulih kulit
Updated on 11th August 2020

Dengan Nanotechnology Omega White-C, ianya berfungsi memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB. Krim pelindung matahari ini juga menghapus liang pori yang tersumbat dengan kotoran dan melindungi kulit anda daripada bintik-bintik hitam serta kekusaman. Kini, katakan selamat tinggal buat masalah jeragat!

Bio Essence Bio-Water Sensitive pH Mist (100ml)

RM 8
Bio Essence
10. Bio Essence Bio-Water Sensitive pH Mist (100ml)
Face mist untuk memberi efek glowing pada wajah
Updated on 11th August 2020

Bio-Water Face Mist dari Bio-Essence ini sangat kaya dengan kepekatan air mineral serta kandungan pH yang tinggi. Dihasilkan bagi menjaga kelembapan serta hidrasi yang diperlukan buat kulit wajah anda. Sesuai digunakan pada bila bila masa, di mana jua. Hanya semburkan pada wajah, terutama saat cuaca yang sangat panas dan terik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article