Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bye-Bye Kulit Melekit & Berminyak Dengan 8 Moisturizer Water-Based Ini

Sesuai untuk melegakan kulit pada musim panas

Moisturizer yang berformula water-based atau gel bukan sahaja sesuai untuk kulit berminyak sahaja. Ianya amat sesuai digunakan ketika musim panas terik untuk melega dan menyejukkan kulit juga. Kulit juga akan sukar menjadi melekit, berpeluh, berminyak dan membuatkan anda berasa kurang selesa. Lagi-lagi dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. 

Apakah maksud water-based moisturizer?

Water-based moisturizer ialah pelembap yang berasaskan air atau mempunyai isi kandungan daripada bahan Aqua. Pelembap berasaskan air lebih senang meresap ke dalam kulit dan sesuai untuk menyejukkannya kerana saiz partikel yang lebih kecil. Pelembab berasaskan air selalunya dicampur dengan bahan humectants lain yang bertujuan untuk mengelakkan air di dalam kulit senang tersejat.

Ayuh lihat senarai dibawah untuk mengetahui pelembap yang manakah berasaskan air bagi memudahkan anda membuat pilihan;

10 Water-Based Moisturizer yang Berkesan di Malaysia

Moisturizer paling berkesan untuk kulit berjerawat
Aiken
Moisturizer murah untuk anti jerawat
mulai
RM12.67
Semak Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit berjerawat
add_circle Dapat mengawal minyak wajah
add_circle Bebas minyak
remove_circle Bukan untuk kulit kering & sensitif

Kulit berjerawat seringkali mempunyai kulit berminyak dan harus tetap mengenakan pelembap untuk menjaga penghadang kulit serta mengelakkan tanda penuaan pramatang. Jadi, pelembap yang digunakan haruslah jenis yang nipis, bertekstur gel dan mempunyai bahan rawatan jerawat.

Seperti moisturizer daripada Aiken ini yang mempunyai minyak Tea Tree sebagai bahan rawatan jerawat dan juga berformula water-based yang ringan untuk menghalang pori tersumbat.

Moisturizer dengan SPF – lindungi kulit dari sinaran UV
POND’S
mulai
RM26.40
Semak POND'S Flawless Radiance Hydrating Day Gel SPF15/PA++ harga dibawah:

Pelembap dengan pelindung matahri amat sesuai jika anda tidak sukakan tekstur sunscreen yang melekit dan kadang-kala membuatkan kulit berminyak. Nah, pelembap jenama Pond’s ini amat sesuai untuk anda! 

Pelembap ini sesuai untuk kulit berminyak kerana ianya membantu mengecilkan pori dan juga melicinkan kawasan muka. Tanpa meninggalkan sebarang residu, kulit anda dilindungi daripada sinaran UV dengan baik.

Moisturizer ‘all-in-one’ sesuai untuk kegunaan para lelaki
Hatomugi
mulai
RM29.93
Semak Hatomugi Skin Conditioning Gel harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan untuk seluruh badan
add_circle Mengandungi vitamin C
remove_circle Mahal dengan jumlah gram

Jika anda tidak mahu menggunakan produk penjagaan wajah yang banyak dan leceh, pelembap ini amat sesuai untuk anda. Anda tidak perlu lagi menggunakan serum pelembap ataupun produk extensive yang lain. 

Pelembap ini sahaja mampu untuk melembapkan kulit dengan mendalam namun tidak akan menyebabkan kulit berminyak. Produk ini juga sesuai untuk individu yang sentiasa sibuk dan tidak mahu rutin penjagaan wajah yang rumit akibat kekangan masa.

Moisturizer terbaik untuk kulit kusam dan lesu
Safi
mulai
RM32.30
Semak Safi Perfect White Hydrating Lotion (150ml) harga dibawah:

Jika anda tidak menggunakan sunscreen seharian, kulit anda pasti menjadi lesu dan kusam. Dengan menggunakan produk pelembap yang mempunyai bahan pencerah akan membantu membaiki skin barrier kulit dan menyegarkan lapisan kulit supaya kulit tidak akan kelihatan lesu. 

Bahan pencerah yang terkandung dalam pelembap ini pula akan memudarkan kekusaman pada kulit wajah. Tampil angun dan berseri serta tingkatkan keyakinan diri!

Moisturizer jenis krim untuk kulit normal
Nivea
mulai
RM33.50
Semak Nivea Aqua Sensation Day Cream For Normal & Combination Skin (50ml) harga dibawah:

Moisturizer berasaskan air ini berformula gel berkrim dan ianya membantu melembap secara mendalam, menghilangkan kekusaman dan kulit lesu. Pelembap ini juga mampu menyerap dengan cepat pada lapisan kulit paling dalam dan tidak meninggalkan residu ke atas kulit. 

Dengan hasil gabungan Hydra IQ dan ekstrak timun, kulit anda akan kekal hidrasi dan lembap serta tampil segar dan bermaya.

Moisturizer untuk kawal penghasilan kulit berminyak
Clinelle
mulai
RM39.98
Semak CLINELLE PureSWISS Hydracalm Refining Cream (40ml) harga dibawah:

Pelembap berasaskan air ini menjanjikan hidrasi yang intensif, mengunci lembapan dalam masa 72 jam, menggurangkan penampilan garisan halus dan menghalang penghasilan minyak berlebihan. Pelembap ini boleh dikatakan dupe yang sama dengan Clinique Moisture Surge tapi untuk kulit berminyak!

Moisturizer gel untuk kulit sensitif – elak iritasi dan merengsa
Bio Essence
Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
mulai
RM35.94
Semak Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel harga dibawah:
add_circle Membaiki dan memperbaharui lapisan kulit
add_circle Membantu kulit bernafas dengan lebih baik
add_circle Menyegar dan menenangkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering

Jika anda mempunyai kulit yang jenis sensitif dan sering merengsa, pelembap ini pasti akan menjadi kegemaran anda. Dengan teknologi Bio Energy Complex, ianya meningkatkan daya kulit untuk membaiki kerosakan, memperbaharui dan juga menyegarkan lapisan kulit supaya sensitiviti kulit akan cepat berkurang serta susut.

Bahan-bahan yang digunakan akan membantu kulit bernafas dan menenangkan kulit yang iritasi. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang alami masalah sensitif.

Moisturizer paling BEST dari drugstore Watsons – melembap tahan lama
Neutrogena
mulai
RM48.90
Semak Neutrogena Hydro Boost Water Gel harga dibawah:
add_circle Kunci kelembapan pada kulit
add_circle Bersifat non-comedogenic & bebas minyak
add_circle Bina penghadang daripada radikal bebas
remove_circle Kulit sedikit menegang sementara

Pelembap ini paling best kerana ianya berformula gel dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya juga mempunyai humectant yang mengunci lembapan dalam jangka masa lama. Yang menariknya ialah moisturizer ini menggunakan sistem ‘progressive release’ yang akan sentiasa melepaskan lembapan dalam kulit dan mengekalkannya supaya kulit kekal hidrasi.

Moisturizer dengan asid Hyaluronik untuk kulit kombinasi
Hada Labo
mulai
RM48.63
Semak Hada Labo Goku Jyun Super Hyaluronic Acid Hydrating Water Gel harga dibawah:

Jika anda mempunyai kulit kombinasi dan tidak tahu pelembap apa yang anda harus gunakan, cubalah pelembap Hada Labo ini. Pelembap ini mengandungi humectant jenis Super Hyaluronic Acid yang akan melembap kulit, namun ianya tidak akan sesekali membuatkan kawasan T-zon anda berminyak kerana formulanya nipis tidak akan menyumbat pori.

Moisturizer paling popular untuk kulit kering
Clinique
mulai
RM105.00
Semak Clinique Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator harga dibawah:

Siapa saja tak pernah mendengar tentang Clinique Moisture Surge? Moisturizer popular ini bertujuan untuk menyegarkan kulit dan memberi moisture boost dengan segera. Moisturizer ini bertekstur nipis dan ringan untuk semua jenis kulit

Sangat sesuai untuk kulit kering yang sering kehilangan hidrasi kerana pelembap ini mengunci lembapan selama 72 jam walaupun selepas membasuh muka.

End of Article